Saturday, March 9, 2019

Koloni Fiksyen : Republika de Kolonia Trinidad

Bersesuaian dengan nama, Trinity. Republik ini yang terletak nun jauh di Borneo adalah hasil serahan pengiran muda kepada empayar Belgium, Itali dan Swiss.

Koloni Belgium

Sarikei dan Sibu diserahkan kepada Raja Leopold II, Raja Belgium yang menjadi orang tengah di antara perebutan wilayah Afrika Penjajah Perancis dan Inggeris. Dengan Raja Leopold II menandakan satu kawasan di tengah tengah benua Afrika dan disitu had jajahan mereka, jadi Raja Leopold II menjadikan kawasan yang ditandakan itu sebagai wilayah neutral, iaitu wilayah miliknya. Kini wilayah itu dikenali sebagai Democratic Republic Congo.

Disebabkan negara Belgium yang merdeka itu dahulunya sebahagian dari empayar Belanda, maka sebab itu wilayah Sibu dan Sarikei diserahkan kepada  Raja Leopold II untuk mengimbangi kuasa-kuasa penjajah di Nusantara yang pada waktu itu dibawah naungan
British(Myanmar,Malaysia,Singapura)
Belanda(Indonesia),Sepanyol(Filipina),
Perancis(Indo China- Vietnam,Cambodia,Laos).

Dengan penyerahan itu menjadikan Sibu dan Sarikei ialah satu satunya koloni Belgium di Asia. Bahasa Perancis, Belanda dan Jerman secara tak langsung dibawa masuk dan menjadi medium para pendatang dengan warga tempatan.

Koloni Itali

Miri diserahkan kepada Itali semasa era penyatuan Itali. Menjadikan Miri koloni Itali selepas Ethiopia.

Miri diberikan kepada Itali untuk menjadikan Pulau Borneo ini bebas dari cengkaman Sepanyol, Inggeris, Perancis dan Belanda. Susulan Sibu dan Sarikei diserahkan kepada Belgium.

Koloni Swiss

Sri Aman dihadiahkan kepada Swiss atas dasar negara itu yang tidak mahu menyertai mana-mana blok kuasa negara negara besar dan memilih untuk kekal neutral dan tidak terlibat dalam mana-mana perang.

Itu juga penting untuk demografik politik. Disamping mengekang kemaraan kuasa besar ke pulau Borneo. Disamping kemaslahatan umat kerana Swiss yang bertutur bahasa Perancis, Italy dan Jerman banyak membantu untuk berkomunikasi dengan koloni lain - Miri (Itali), Sibu & Sarikei - Belgium (bertutur bahasa Belanda, Perancis, Jerman).

Disebabkan dasar ini Sibu dan Sarikei terselamat dari pendudukan Jepun semasa era perang dunia kedua. Biarpun penjajah mereka, Belgium berada dibawah pendudukan Jerman.

Malang bagi Kuching yang berada dibawah pentadbiran keluarga Brooke. Disebabkan keluarga Brooke pro-British maka jajahan mereka pun turut terkena tempiasnya, sama seperti Filipina yang dibawah jajajan Amerika Syarikat turut ditakluki Jepun (Amerika tidak terlibat dengan PDK2 sehinggalah peristiwa pengeboman Pearl Harbour Disember 1941).

Friday, March 8, 2019

Sejarah Fiksyen : Autonomi De Goa Mosa

Penduduk jati Goa Mosa membantah perjanjian Anglo-Belanda yang ditandatangani antara Anglo dan Thai yang menyaksikan negeri Kelate dan wilayah wilayah Melayu di selatan Thai diserahkan kepada Thai.

Mereka tidak bersetuju kerana perjanjian berat sebelah ini dibuat tanpa referendum dan sebulat suara oleh penduduk Goa Mosa. Mereka berdemo dan menuntut supaya diberikan kuasa autonomi dan dijadikan wilayah baru iaitu tidak lagi menjadi sebahagian dari negeri Kelate dan masih mengekalkan sistem Gabenor-Raja. Berbeza dengan negeri negeri Malaypura yang lain.

Hasil referendum dan rundingan ini, Goa Mosa berjaya mendapat 'kemerdekaan' sendiri dan diiktiraf oleh Thai, Anglo dan Kelate sebagai wilayah autonomi. Mereka juga diberi kebenaran untuk menubuhkan pasukan keselamatan negeri ' Fox Cave State Troopers ' mirip dengan National Guard di Amerika.

Raja berkuasa di Istana dan Gabenor pula jawatan yang diberikan kepada rakyat biasa yang dilantik secara meritokrasi.

Sistem monarki di Goa Mosa unik, pewarisan takhta bukan dari ayah ke anak lelaki, sebaliknya dari abang ke adik atau dari sepupu ke sepupu untuk memastikan pewarisan takhta adil dan saksama.

Sebagai contoh Raja Utara adalah anak sulung, Baginda mempunyai 2 adik lelaki, Raja Selatan dan Raja Barat. Mengikut kebiasaan sistem lain, Raja Utara akan mewarisi takhta itu kepada anak baginda, Raja Utara II. Walaubagaimanapun, sistem ini menyaksikan Raja Utara menyerahkan kuasa kepada adinda baginda, iaitu Raja Selatan dan seterusnya, Raja Barat.

Setiap seorang Raja akan diberi mandat 10 tahun dan ditabalkan menjadi Raja pada usia 25 tahun, usia yang cukup matang. Pewaris takhta juga wajib memiliki pendidikan tinggi, berkhidmat dalam jabatan Polis, Tentera, Bomba, Maritim, Kastam, Perubatan, Percukaian supaya mereka arif akan bidang bidang sebegini. Jika mereka ditabalkan, khidmat mereka akan dibekukan dan kembali berkhidmat setelah habis penggal 10 tahun.

Usai sahaja tempoh Raja Barat menjadi Raja, takhta itu akan diwariskan kembali kepada anak Raja Utara iaitu Raja Utara II. Jika dia telah memenuhi syarat syarat wajib.

JIKA Raja Utara mempunyai kakak, selepas tamat tempoh 10 tahun Raja Barat (adik lelaki bongsu) takhta itu akan pergi ke anak lelaki sulung Puteri Timor, Raja Timor. Selepas itu takhta itu diserahkan kepada anak Raja Utara iaitu Raja Utara II.

JIKA Raja Utara mempunyai adinda perempuan diantara baginda dengan Raja Selatan ATAU Raja Selatan dengan Raja Barat. Iaitu Puteri Tenggara, maka seharusnya sebaik saja tamat tempoh Raja Utara II atau Raja Selatan II tamat berkhidmat, pewarisan takhta akan diserahkan kepada Raja Tenggara.

Fiksyen Lagenda : 1938 Harimau Malaya

Sekumpulan pelajar-pelajar Malaya yang berhijrah ke Britain untuk menyambung pelajaran telah terkandas dan tidak dapat pulang ke tanah air sebaik saja bermulanya perang dunia ke 2.

Mereka tidak dapat pulang ke tanah air dengan segera dan kerana bimbang akan nasib mereka, para pelajar ini telah mendapat idea bagaimana untuk meninggalkan legasi pada anak cucu mereka.

Terdiri daripada pelajar universiti, maktab perguruan dan kelasi kapal. Mereka ini bersatu membentuk satu pasukan bolasepak yang mewakili penduduk di Tanah Melayu. Ada daripada mereka yang tidak tahu bermain bolasepak kerana terlebih dahulu didedahkan dengan sukan kriket, hoki di komuniti tempat asal mereka, ada pula didedahkan dengan sukan badminton. Tak kurang juga yang berasal dari keluarga elitis dan lebih menggemari sukan ragbi.

Hasil daripada kesatuan pelajar pelajar dan kelab sosial masyarakat Melayu di Britain, mereka sepakat untuk menubuhkan satu pasukan dan berlatih bersama jika ada kelapangan. Mereka amat merindui tanah air, keluarga nun jauh di Malaya tapi disebabkan kekangan suasana perang, mereka melepaskan kerinduan dengan meluangkan masa  bersama sama dan bersukan sambil mengeratkan tali silaturahim dan lebih mengenali antara satu sama lain.

Piala Negara negara semakin hampir dan pemilihan telahpun dibuat. Hasil kesepakatan kaum pekerja kapal, pelajar mereka ini berjaya mengumpulkan 1 pasukan dan hasil didikan seorang bekas guru British yang berkhidmat di tanah melayu. Pasukan bolasepak harimau malaya berjaya dibentuk dan dalam masa yang sama mereka mengadakan perlawanan persahabatan dengan pasukan-pasukan koloni seperti Singapura, Brookeland (kingdom of sarawak), British Chinese(HK), North Borneo(sabah), British India (Pakistan, India, Bangladesh) Burmese,

Persediaan dibuat dengan rapi dan menunggu masa menuju ke negara penganjur (Switzerland). Tetapi satu tragedi tak diingini telah berlaku. Meskipun mendapat keizinan untuk masuk ke switzerland melalui Perancis  berjaya, mereka terkandas di sempadan Switzerland atas faktor bahasa dan dituduh sebagai pengintip oleh Vichy France dan tidak dibenarkan ke Switzerland.

Mereka ditahan di kem tahanan bersama tahanan perang lain. Disitu mereka bertemu dengan beberapa pemain yang berpotensi ke Piala Sepakbola tetapi terpaksa ditinggalkan atas faktor perang dan mereka ditawan oleh Nazi Jerman. Antara mereka yang ditawan ialah French African, French Arab, French Monegasque, French Quebec. Atas sebab senasib mereka memilih untuk mengadakan perlawanan sesama mereka sementara menunggu tarikh perlepasan. Tetapi tarikh tidak kunjung tiba, tawanan perang disitu mendapat helah dengan menggali terowong dan lari ke Switzerland atas faktor kesukanan. Mereka lari sebelum subuh, biarpun ada yang terkorban akibat mati ditembak, mereka tetap ke Switzerland. Dan sampai sebelum hari pertandingan.

Berita kehilangan misteri mereka menjadi tanda tanya kerana sebelum itu ada pasukan yang terlebih dahulu mendaftar sebagai pasukan Harimau Malaya. Lebih ajaib lagi, pasukan itu adalah hasil gabungan warga warga Indonesia, Singapore, Brunei, Sabah, Sarawak. Sampai lewat kerana bimbang akan nasib rakan rakan mereka yang ditahan rejim Vichy France.

The Goldberg

Aku ni bukanlah penggemar siri tv, lagi lagi siri tv yang terkini.

Tapi tah cemane aku boleh terjebak dengan siri tv the Goldberg ni.

berlatar belakang kan era 80an dan setiap budaya pop, trendy di era itu diketengahkan dengan baik dalam setiap episod.

diadaptasi dari pengalaman hidup produser Adam F. Goldberg bersama keluarganya dan kawan kawan di era 80 semasa beliau masih kanak kanak dan  remaja. Istimewanya setiap episod ini akan diakhiri dengan real stock footage, sama ada simpanan peribadi arkib Adam Goldberg sendiri atau rakaman video di era moden milik beliau.

Semasa aku terjebak menonton, siri ini sudah masuk ke musim ke 6.

Meskipun diadaptasi dari kisah sebenar Adam, ada perubahan dibuat dalam siri ini seperti Erica, kakak Adam. Dalam keluarga Adam di dunia nyata, mereka 3 beradik kesemuanya lelaki. Tetapi watak Erica menggantikan Eric dalam siri tv ini.

Begitu juga dengan bapanya, Murray. Murray dalam siri tv ini bekerja sebagai pengurus kilang pembuatan perabot yang diwarisi dari bapa mertuanya. Tetapi di dunia nyata, Murray adalah seorang doktor, dia hanya bekerja sambilan di kedai perabot milik bapanya kandungnya semasa remaja.

Dalam siri ini, Erica, Barry dan Adam memiliki jarak usia yang dekat tetapi di dunia nyata, Eric dan Barry jauh lebih tua dari Adam. Semasa Adam mula memasuki sekolah menengah, mereka sedang melanjutkan pelajaran di Universiti dan tidak begitu rapat dengan Adam.

Wednesday, March 8, 2017

Filem Logan 2017 Full Movie

sumber : klik dan baca



Why Logan (2017) is so good
The film Logan is the thesis why DC can't make a good or decent Superman film since 1978. The thing about Logan is, it's a character driven film and what makes a character so interesting is the choices he makes. The story has to be written in a way that the character needs to make choices with consequences. These choices reveals the nature of the character. It unmasks the man or woman underneath. It also will change the character throughout the story. The man at the beginning of the story will not be the same man at the end and this will make us care about him and at the same time, the story.

Wolverine/Logan, albeit being a mutant, a superhero, struggles throughout his life with his humanity, with love and morality. And the choices he made regarding these issues made him into the man he is today and it doesn't necessarily mean for the better. And this makes him interesting and makes us care about what is going to happen and what has happened to him. Logan's character is very rich. He has things he regrets and things that he's proud of and he suffers a great deal hence making him very relatable.

Superman on the other hand, is a supreme being from another world, with superhuman strength, living among humans, determined to protect them with all his might. He can't be corrupted or killed the same way us humans can be. He is strong, wants to protect humans, love Lois, the end. Not many can be fleshed out from the character. In Man of Steel for example, he struggles with his sense of belonging and his purpose at the beginning but once he got through that, things doesn't get any interesting for the character. It's not impossible to make a good Superman story but it will be a challenge.

Studio executives shouldn't bother with the creative process of film-making in my opinion. The reason they get to make a film like Logan is because they gave James Mangold (director/writer) and Hugh Jackman (The Wolverine/Logan) a blank canvas to work on the story. Meaning they don't have to comply to certain studio criterias like big explosion sequences and focusing more on action scenes rather than the story.

The quickest way to tell if a film is good or not is think of the feeling you have when you walk out of the cinema after seeing the film. Because emotions, man, they make you feel alive. And Logan did just that. Because while cinematography, costumes, make up and action sequences are also important but if we do not care about the characters that's wearing the costumes, kicking butt in them in a wide angle shot, then what is the point of us spending 2 hours sitting in a dark room full of strangers?

 yusof bakar

LOGAN (2017)
Cerita yang bagus, lakonan yang bagus, pengarahan yang bagus, aksi yang bagus.
Tapi pada aku, Logan overrated dan overhyped!
Sebabnya mudah.
Kerana Logan datang dari francais superhero Marvel yang sentiasa hyped dan box office. Dari siri X-Men dan Wolverine yang sentiasa berjaya dari segi kutipan dan juga di hati penonton, Logan tiba-tiba membawa mood realisme ala-ala Dark Knight Trilogy, menyebabkan ia dijulang tinggi.
Oscar value? Entah, aku tak tahu politik Oscar. Apa-apa saja boleh terjadi.
Tapi Logan berjaya mengangkat permainan emosi superhero ke tingkat yang tinggi. Itu memang layak dipuji. Chemistry Patrick Stewart dan Hugh Jackman memang meyakinkan.
Hugh Jackman sendiri aku rasa tentunya tidak mahu dilihat sebagai Wolverine yang sasa, adakala kelakar dan tidak terkalah. Kerana resume Jackman sendiri memang impressive dengan watak-watak yang berat di dalam Prisoners dan Les Miserables.
Oleh itu bersama pengarah James Mangold (aku masih kagum dengan Identity arahan beliau), dan Stewart, Logan diolah dan dicanai menggunakan permainan emosi untuk mengikat penonton agar mengaguminya sebagai sebuah filem superhero yang lain dari yang lain.
Well, newsflash guys!
Nolan dah buat dulu.
Kalau nak dibandingkan dengan filem-filem pastinya kita boleh temui filem-filem lain yang lebih baik.
But of course should compare apple with apple.
By the way, conclusionnya Logan filem yang bagus. Just overhyped and overrated.
7.6/10
*Polemik yang sihat dan matang digalakkan.


Taufiq Aizuddin

Logan (2017)
Ini adalah filem ketiga dan terakhir Wolverine bagi pelakon Hugh Jackman setelah 2 filem beliau iaitu:
The Wolverine (2013)
X-Men Origins: Wolverine (2009)
Logan (2017)
Hugh Jackman berjaya membawakan watak logan aka wolverine aka James Howlett. Kali ini berkisar kepada keadaan tahun 2029 dimana semua populasi mutan telah pupus akibat dibunuh oleh manusia.
Hanya tinggal dua mutan original, iaitu Charles Francis Xavier ( Professor - X ) dan Logan ( Wolverine ) dimana logan menderita akibat penyakit misteri yang mengurangkan kebolehan beliau sebagai seorang mutant. Jadi untuk mengurangkan kesedihan beliau diatas kisah lalu, dia menjadi seorang yang alcoholic dan menjadi seorang pemandu VIP demi mengumpul wang untuk membeli bot dan ubatan Charles Xavier.
Charles Xavier mengalami masalah penyakit fungsi saraf otak dan sering kerap sawan. Selama masa itu Logan yang banyak menjaga Charles Xavier dibantu oleh seorang mutant lain iaitu Caliban.
Cerita bermula apabila logan bertemu laura aka X-23, klon pembunuh terbaik daripada wolverine yang perlu diselamatkan akibat kegagalan pihak kerajaan / tentera pada masa itu mahu menghasilkan tentera pembunuh mutant.
Selama 2 Jam 17 minit mata anda tidak akan terhenti dengan aksi kejam dan gelap oleh Logan/Wolverine dan Laura/X-23 demi misi menyelamatkan hidup daripada diburu oleh Kumpulan Reavers diketuai oleh Donald Pierce iaitu manusia separuh robot dan mempunyai perangai yang sangat buruk dan kejam.
Secara amnya. Watak yang difokuskan dalam cerita ini ialah
Logan (Wolverine),Laura(X-23), (X-24) Klon Wolverine, Professor Charles Xavier, Caliban dan Pierce.
Personal Rating : 4.5/5
Filem terbaik X-Men setakat ini selepas daripada Filem X-Men lepas iaitu Apocalypse. Syabas kepada pelakon Hugh Jackman, Patrick Stewart, Boyd Holbrook ( daripada series netflix Narcos ) dan Dafne Keen.

Shahrir Shuib

ULASAN LOGAN :
BAGAIMANA WOLVERINE sepatutnya berakhir..
<<(SPOILER ALERT..!!! read at your own risk)>>
APABILA WOLVERINE permulaan muncul dalam Logan, dia sudah beruban dan keletihan, struktur kuku beliau juga tersekat antara tulang² jari dan telah kehilangan (*SNIKT- trademark) responsifnya.keadaannya juga agak lemah dgn alkohol terlalu banyak dan kebiasaannya beliau pantas tetapi kali ini kelihatan seperti kusut dan tidak teratur... dan oleh kerana itulah filem ini di klafikasikan sbgai R-rated Wolverine.
kepada family2 yg menonton... bersiap sedialah dgn jutaan kata² kesat di gunakan dari LOGAN sendiri malah hingga ke XAVIER... aksi2 yg menjolok mata dan menusuk ke sanubari juga di bykkn dgn kepelbagaian teknik² claw memotong mangsanya... pendek kata ALL-OUT lah "X"nya...
bagi pendatang baru "Dafne Keen" sebagai "(X-23/Laura Kinney") utk menjadi penyapot jelas berjaya membuat penonton2 tercengang apabila aksi² ganas yg di pamerkan selevel dgn kecomelan nya... stun dan claw movement nmpaknya lebih memberangsangkan dr ayahnya sendiri.... wlaubgaimanapun... james x kurang hebatnya ...terutama babak bunuh di permulaan cerita..
cuma agak dukacita pada grup antagonis The Reavers yg nmpak lemah membuatkan less impact dan kurang "R" kekejamannya... mujurlah di ciptakan special X24 utk menaik semula mood dan martabat "sarip dol" transigen dlm filem ini..overall ok ...cuma di ikutkan... antagonis berani pun pasal hero dah tua ja...🤔
PERTENGAHAN... cerita... agak slow...TETAPI... slow yg ada makna² sentimental value yg tinggi.. kelihatan chemistry antara Xavier , logan & laura yg serasi bersama... the other persona of xavier yg dahulunya profesor... kini cuma seorang tua yg ada sawan berjaya memberi satu cebisan kenangan sepanjang filem ini bersiaran... telatah beliau , logan dan caliban terus menerus menggeletek kami satu panggung..
PENGAKHIRAN... cerita... generasi baru XMEN Bakal tertubuh (maybe) dan terus menamatkan era ORIGINAL X-MEN dgn penamatan 2 ahli terakhir yg terkorban di medan juang...kesimpulan... byk QUOTES yg menarik dalam filem ini.. kena pada MOOD, SITUASI, utk saling melengkapi antara babak ke babak...
akhir kata... LOGAN (oldman logan) adalah satu NASKAH koleksi yg harus di tonton oleh peminat2 tegar marvel universe... tambahan pula ianya WOLVERINE!!!
P/S : THERE ARE "NO" POST CREDIT SCENE..u can leave the cinema after the movie end..TQ
OVERALL RATE : 8 / 10
CLAW MOVEMENT RATE : 9 / 10
CHEMISTRY RATE : 9 / 10
BADASS RATE : 10 / 10
VILLAIN RATE : 3 / 10

Thursday, February 16, 2017

Pelakon Yang Hampir-hampir Putus Asa Dengan Watak Lakonan Mereka

Semasa sesi pengambaran, tekanan memang tidak dapat dielakkan hingga ada yang nekad meninggalkan set pengambaran dikala pembikinan filem masih lagi separuh jalan dan hampir-hampir siap. Tetapi mereka kembali untuk meneruskan kerja dan hasilnya, watak lakonan mereka menjadi ikonik dalam dunia perfileman dan tercalon ke anugerah-anugerah ternama.


Adaptasi Permainan Video Dari Filem Yang Gagal

Filem berlandaskan video game atau permainan video selalunya menemui kegagalan seperti Mortal Kombat, Street Fighter dan Resident Evil. Bagaimana pula dengan permainan video yang diadaptasi dari filem ?? 




Wednesday, February 15, 2017

Fakta Filem Batman Michael Keaton

Selepas Christian Bale, Michael Keaton adalah pelakon yang kedua berjaya membawakan watak Batman ( Batman 1989 dan Batman Return ) dengan cemerlang. Jauh mengatasi Val Kilmer dan George Clooney. Walaupun Michael Keaton yang terlebih dulu melakonkan watak itu.


Tuesday, January 17, 2017

Perkembangan Terbaru Crocodile Dundee

Filem Crocodile Dundee adalah filem Australia kedua yang kami minati selepas Mad Max. Tetapi hanya filem yang pertama sahaja benar-benar menambat hati kami. 2 sekuel selepas itu gagal mengatasi filem yang pertama.


Wednesday, January 4, 2017

Pelakon Yang Patut Memegang Watak Wolverine Selepas Hugh Jackman

Filem Wolverine yang bakal keluar pada tahun 2017 adalah filem terakhir dimana Hugh Jackman memegang watak serigala jadian yang mempunyai keupayaan untuk sembuh dengan pantas dan hidup lebih 300 tahun itu. 

Tidak pasti pula samaada kontrak itu hanya untuk francais solo Wolverine atau melibatkan filem-filem X Men yang lain dimana biasanya ada watak Wolverine. Kami terkilan kerana tidak dapat melihat Wolverine versi Hugh Jackman memakai kostum biru kuning seperti dalam komik dan juga kostum oren hitam versi X Men Evolution. 


Friday, December 23, 2016

Filem Desolasi 2016

Dalam thriller filem ini seakan-akan sebuah filem aksi dimana Shamsul seperti berada di dunia lain, dimana dia bebas melakukan apa-apa saja. Tetapi apabila sudah habes menontonnya...kami sedikit terkilan kerana filem ini begitu jelas dan terus terang berdakwah, sesuatu yang kami kurang gemari dan membuatkan kami malas berfikir maksud disebaliknya. Tetapi kredit untuk Viper Studios yang menghasilkan CGI yang baik kerana berjaya menghidupkan mood filem ini. 

Aiman, seorang pekerja di balai seni lukis. Sebagai seorang manusia normal, memang tidak lari dari masalah kehidupan. Tapi bagi Aiman dugaan demi dugaan yang menimpanya membuatkan dia jadi lari dari landasan agama, sering mempersoalkan perkara dan benda di sekelilingnya, kenapa tuhan jadikan ada manusia miskin, ada yang kaya. Mengapa daun pokok berwarna hijau tetapi tidak biru ??

Kemuncak kemarahan Aiman apabila ibunya meninggal dunia, ditambah pula dengan hubungannya dengan bapanya yang sentiasa dingin. Satu hari Aiman terlibat dalam kemalangan dan apabila sedar, dia sebenarnya berada di dunia yang tiada seorang pun manusia hidup. Dia jadi gembira kerana bebas melakukan apa sahaja. Tetapi tidak dapat lari dari kesunyian, 

Sebenarnya Aiman menghidap sindrom Anton Babinski, dimana dia berada dalam dunianya sendiri. Tetapi sindrom itu dirahsiakan darinya sejak kecil. Watak Dr Chua menjadi jawapan kepada segala persoalan dalam filem ini. Dr Chua diamanahkan oleh mendiang bapanya yang juga seorang doktor untuk mengawasi perkembangan Aiman ini dari jauh, tanpa pengetahuan Aiman. 

Aiman sebenarnya gila tetapi dia boleh berfikir menjadi waras dengan mesin yang dicipta oleh Dr Chua. Walaupun gila dan ' buat ' sementara, dia masih lagi boleh mempunyai deria sentuhan dimana dia boleh menerima dan merasa sebarang sentuhan dari orang lain di dunia nyata yang dia tak dapat lihat di dalam dunia nya sendiri. 

Di dunia fantasi itu, Aiman bertemu Maya yang dia sangka sama manusia normal sepertinya, tetapi sebenarnya tidak. Dia juga mempunyai sindrom sama seperti Aiman. Sebab itu mereka boleh bertemu di dunia sama. Aiman yang sudah mendapat kewarasannya mengambil risiko untuk menyembuhkan Maya walaupun kelak dia mungkin buta. Bapanya yang mencari Aiman kesana kemari akhirnya mengorbankan nyawanya untuk menyelamatkan Aiman yang sedang berimginasi dalam dunia nya sendiri untuk bertarung dengan musuhnya, Aiman yang berteraskan nafsu dan ketamakan. 

Aiman selamat dan dia mendirikan rumah tangga bersama Maya. Bezanya kini dia walaupun buta, dia tidak lagi lapar pada nafsu duniawi yang merajai dirinya dulu. 

* Kami lebih menumpukan pada aspek CGI dalam filem ini yang membuatkan filem ini menarik untuk ditonton. Bayangkan bagaimana pihak produksi berjaya ' mengosongkan ' kawasan yang sentiasa sesak dalam filem ini seperti depan Sogo, Chow Kit, Petaling Street dan Bukit Bintang. 

Kami menonton filem ini di TGV Wangsa Walk Mall dan sedikit wujud elemen ' umpama mimpi dalam mimpi ' disini apabila babak Shamsul Yusoff menaiki scrambler dan masuk ke pusat beli belah Wangsa Walk Mall ini dan menuju ke kaunter tiket TGV !! membuatkan kami tersenyum sinis dan terkejut seolah-olah dia akan menuju ke dalam pawagam. 

Ramai juga yang berteka teki sama ada Syafiq Yusoff menggunakan pengaruh bapanya untuk mengosongkan lokasi pengambaran di tengah-tengah kotaraya yang sentiasa sesak ini. Penjelasannya ada dibawah. 















Thursday, November 24, 2016

Reputasi Pelakon Yang Dimusnahkan Oleh Satu Watak Filem

Pastinya pedih apabila filem/siri TV yang diharap mampu mengukuhkan nama mereka dalam persada Hollywood kemudiannya menjatuhkan reputasi mereka lantas mengakibatkan mereka tenggelam dalam industri perfileman tersohor dunia ini.


Sunday, October 30, 2016

Filem Rock Bro!



Merupakan filem terakhir dalam trilogi filem Rock, kali ini penceritaan atau narratif berada pada watak Jijo (Khir Rahman) setelah 2 filem terdahulu Rock 2005 & Rock Ooo 2013, menggunakan watak Zack (Hasnul Rahmat) dan Amy Mat Piah (Que Haidar)

Cerita dimulakan dengan siapa sebenarnya Jijo, dia dilahirkan dalam keluarga pemuzik dimana ayahnya adalah pemuzik amatur. Dia adalah hasil perkahwinan campuran bapanya dari kaum India dan ibunya, Cina.

Malang sekali bapanya meninggal dunia pada usia 38 tahun, iaitu ketika dia masih lagi kanak-kanak dan tidak sempat mempelajari seni muzik. Selepas bapanya meninggal ibunya berkahwin lagi dengan seorang lelaki Melayu. Titik hitam dalam hidup Jijo bermula disitu apabila bapa tirinya menikam ibunya sehingga mati. Jijo menjadi anak yatim piatu dan dibesarkan oleh penjaga berbeza sehingga dia remaja di rumah pusaka bapa tirinya. Agaknya dari situlah dapat dijelaskan bagaimana Jijo mampu bertutur bahasa Melayu dengan begitu fasih.

Rimba Bara kini tiada pengurus setelah Amy Mat Piah disahkan mengalami masalah mental. Walaupun pernah muncul di kaca televisyen dan layak ke Anugerah Juara Lagu, Rimba Bara masih belum mempunyai pengaruh yang kukuh dalam industri Muzik. Mereka gagal menarik pengunjung ke funfair dan bilangan show makin lama makin merosot. Begitu juga dengan peminat muzik Rock pada era itu yang begitu berkira untuk membelanjakan duit membeli tiket konsert. Sebaliknya lebih suka menonton secara percuma.

Dio pula adalah ahli baru kumpulan ini yang bertindak sebagai Roadie kerana dia mempunyai peralatan muzik yang lengkap. Black pula mula menunjukkan tanda-tanda bermasalah seperti sering pengsan ketika membuat persembahan dan menjejaskan Rimba Bara secara keseluruhan. Slash masih lagi bersama mereka, Zul pula sering keluar masuk kerana tidak tahan dengan dugaan yang dihadapi. Akhirnya dia menyertai Al-Taqwas, sebuah gerakan agama yang mula meningkat naik.

Satu hari, surat tawaran untuk merakam album datang dan mereka menerima dengan hati terbuka, Tetapi satu masalah pula timbul, syarikat rakaman mahukan mereka tampil dengan seorang pengurus. Cik Man pula masih meringkuk dalam penjara, dia bakal bebas sebulan kemudia. Mereka pula perlu ke Kuala Lumpur pada minggu itu juga. Cik Man mencadangkan Cik Nod, adiknya yang juga pernah terlibat dalam menguruskan band-band rock membuat persembahan. Malangnya, Cik Nod yang baru saja dibebaskan dari Pusat Serenti telah ditahan dalam satu road block, dimana dia menyeludup masuk dadah ke dalam van Dio. Cik Nod ditahan Polis, manakala ahli-ahli Rimba Bara yang lain dibebaskan.

Jijo berjaya memujuk Zul Kapan untuk kembali, mereka di Kuala Lumpur telah menandatangani kontrak rakaman dengan Syarikat Guntol Recording. Malangnya, isi-isi perjanjian itu tidak dipersetujui Jijo. Salah satunya, semasa sesi rakaman hendaklah menggunakan sessionist yang dipilih oleh syarikat. Lagi menambah perih adalah lagu-lagu untuk rakaman telah dipilih sendiri oleh produser tanpa persetujuan dari ahli-ahli kumpulan. Sekaligus mendatangkan rasa bengang Jijo kerana kebebasan seorang rockers untuk berkarya dijahanamkan oleh syarikat rakaman.

Jijo mula menjalin hubungan dengan Ella tetapi hubungan itu sering pasang surut kerana prinsip masing-masing yang berbeza. Sebaik sahaja album pertama Rimba Bara dilancarkan, Jijo telah mengumumkan untuk bersara dari kumpulan itu. Terjadi pergaduhan antara Slash dan Jijo, Slash yang mahukan Rimba Bara kekal telah mengambil alih peranan Jijo sebagai ketua kumpulan. Malang sekali, Rimba Bara jatuh tersungkur kerana Slash terlalu mengikut panas barannya.

Jijo pula memeluk agama Islam, walaupun dia asalnya agama Kristian dia tidak mengamalkan ajaran itu kerana ibunya memeluk Islam sebelum berkahwin dengan bapa tirinya. Dia juga tidak memeluk Islam kerana tiada didikan. Akhirnya kembali ke babak-babak akhir dalam hidup Jijo, dia bersedia untuk membuat persembahan di majlis kahwin Zack dan Khaty, sewaktu dalam van Jijo hairan dimana Slash ?? diceritakan Slash dimasukkan ke penjara kerana menyebabkan kematian Ajak, pengganti Jijo yang terlibat dengan dadah. Sepanjang tempoh hiatus itu, Zul telah menukar haluan nya dengan menjadi penyanyi rap.

Ella, Jojie dan pengurus dari syarikat rakaman telah datang untuk menemui Jijo tetapi satu kemalangan ngeri telah berlaku dimana sebuah lori telah merempuh van yang dinaiki anggota Rimba Bara. Black dan Zul selamat, Jijo meninggal dunia dituruti Cik Man seminggu kemudian dan Dio 2 minggu selepas itu.

Di masa kini, Zack tampil menceritakan serba sedikit riwayat kumpulan Rimb Bara semasa sesi sidang media, kemudian anak Slash seorang pelajar datang dan meminta Zack menceritakan pengalamannya bersama kumpulan itu untuk dijadikan bahan dokumentari mereka. Slash yang kini sudah berusia tidak lagi bermain muzik dan bekerja sebagai penjual barang-barang ibadat. Di akhir babak, Black sudah boleh bercakap itu pun hasil pembiayaan Zul yang kini menghabiskan masa dengan kucing peliharaannya. 2 karakter ulung dalam Rimba Bara, Zack dan Slash yang tidak pernah bertemu akhirnya kini beradu tenaga bermain gitar.

* Que Haidar sebenarnya terlibat dengan projek lain yang menyebabkan dia tidak dapat turut serta

* Zack dalam filem ini dilakonkan oleh Isma Yusof, bukan Hasnul Rahmat dalam Rock 2005 dahulu

* Azmi Baharon aka Black sebenarnya memang menghidap sejenis penyakit. Sewaktu ditemuramah oleh wartawan dia mengakui sering pengsan dan kadang kala tidak sedarkan diri akibat penyakit itu.  sama seperti yang dipaparkan dalam filem ini.

* Pemilihan lagu-lagu untuk filem ini pula berdasarkan era itu.

* Artis seperti Hattan, Jihan Muse, Man Kidal, Black Wings turut membuat penampilan khas dalam filem ini.

* Diselitkan juga kritikan dari filem ini yang menyindir masyarakat pada waktu itu yang memandang serong pada muzik rock

* Gerakan Agama seperti Al Taqwas yang disertai oleh Zul Kapan itu seakan-akan menyindir kumpulan Al-Arqam yang bergiat aktif pada waktu itu


Tuesday, October 18, 2016

Filem-filem Yang Rugi Teruk Di Pasaran

Belanja besar, pelakon ternama masih belum cukup untuk menarik penonton ke pawagam dan meraih kutipan berganda. Mungkin juga penonton tidak begitu memahami jalan cerita ini ? atau filem-filem ini tidak menepati jangkaan penonton ??


Wednesday, October 12, 2016

Pelakon Yang Dipecat Dari Filem Lakonan

Back To The Future terpaksa di re shoot semula setelah pelakon asal watak Marty McFly,  Eric Stoltz digugurkan dan Michael J Fox dilantik untuk mengisi peranan itu dengan baik.




Saturday, October 8, 2016

Kisah Disebalik Filem Terburuk : Birdemic

Birdemic adalah filem terbitan James Nguyen yang dilabelkan sebagai filem paling teruk di Hollywood. Filem itu memiliki skrip yang teruk, CGI dan juga kualiti lakonan. James Nguyen bukanlah pembikin filem sepenuh masa, dia bekerja sebagai penjual software.

Penghasilan Birdemic juga hasil dari wang simpanannya, ikuti dokumentari filem Birdemic dibawah.


Friday, October 7, 2016

Trailer Filem Rock Bro

Filem Rock Bro bakal menemui penonton di pawagam pada 27 oktober nanti. Filem ketiga dalam siri Rock ini menampilkan barisan sama seperti Rock Ooo dahulu tetapi melihat dari sudut trailer filem ini, seakan akan pengarah cuba menonjolkan sisi kehidupan Khir Rahman atau Jijo dalam filem ini. Kebetulan juga, Dato' A Rahman Hassan, bapa kepada Khir adalah seorang pemuzik di era 60 an.




Saturday, September 24, 2016

Pelakon-pelakon Yang Hampir Memegang Watak Joker

Joker lakonan mendiang Heath Ledger dalam Dark Knight pastinya dikenang sebagai watak yang dibawa dengan baik dan berkesan, hinggakan Joker dalam Suicide Squad lakonan Jared Leto gagal menandingi karakter versi Heath Ledger itu. Jack Nicholson yang terlebih dahulu memegang watak Joker dalam filem Batman arahan Tim Burton turut ditenggelami pengaruh Joker versi Heath Ledger itu.

Siapa pula yang hampir-hampir memegang watak penjahat ikonik itu ?? pasti anda terkejut ada diantara calon-calon untuk watak itu bukan calang-calang orangnya.


Monday, September 19, 2016

Amazing Bulk : Filem Dengan CGI Yang Mampu Buat Anda Ketawa

Is this kind of movie ?? Saya sendiri biasa menonton cerita bajet murah tetapi apabila menonton trailer filem The Amazing Bulk ini saya ketawa tak kering gusi kerana CGI yang digunakan sangat lah amatur. Sama taraf dengan CGI filem-filem keluaran Nigeria.


Sunday, September 11, 2016

Pelakon Yang Bijak Menyembunyikan Diri Mereka Dalam Filem

Watak Tom Cruise dan Robert Downey Jr dalam Tropic Thunder begitu mengejutkan semua pihak kerana siapa sangka disebalik 2 lelaki berkepala botak tengah dan berkulit hitam itu adalah 2 pelakon yang segak penampilan mereka. Seakan-akan kita melihat watak itu dilakonkan oleh orang lain, bukan 2 pelakon gah Hollywood ini.

Jika ingin tahu siapakah dia pelakon yang bijak menyembunyikan identiti mereka tontoni video ini.