Monday, December 31, 2012

Masjid Khalid Al Walid

 Masjid di jalan padang tembak,kuala lumpur ni hampir 2 tahun dibuka.dulunya masjid ini kecil dan direnovation menjadi 2 kali ganda besar saiz asalnya.masjid ini semacam menjadi tempat aku menenangkan diri di petang jumaat tatkala ketika itu aku masih lagi di zaman persekolahan dari tingkatan 3-5.masjid ini mula di renovation pada 2007 dan siap sepenuhnya pada 2011.kali ini aku nak bercerita tentang kenangan aku di bahagian dalam masjid khalid al walid dan setiap ruang dalam gambar di bawah ada kenangan pada aku.dari 2007-2010

  
dulunya di sini la tempat orang masuk ke masjid ini,di lantai ini dulu tempat letak selipar dan kasut,di sini juga tempat sembahyang pada hari jumaat jika ruang dalam masjid tidak mencukupi.
 ini bahagian dalam masjid,jarang aku bersolat di sini kerana aku selalu bersolat di ruang sebelah.aku selalu bersolat di sini semasa solat tarawih tahun 2009,suasana dalam masjid ini sungguh tenang ditambah dengan udara yang tidak terperap seperti ruang solat masjid baru.
 dulunya sebelum direnovation di sinilah tempat kolam ikan emas,ikan koi,ikan keli afrika.aku tak tahu entah siapa mengambil ikan itu,di sebelah kiri tempat mengambil wudhuk yang sudah dirobohkan begitu juga kolam ikan itu
 dahulu kolam berwudhuk ditempatkan dalam bilik ini,aku tidak tahu apa fungsi bilik kosong ini
 di hujung laluan ini ialah laluan masuk ke ruang solat.di hujung jalan inilah aku beratur selepas berwudhuk menunggu dan melihat adakah ruang kosong untuk aku duduk.dan disini juga aku selalu berdiri bersama juhan shameerul pada 2009,sambil mengaminkan doa dan mendengar khutbah sambil berdiri sekiranya tiada ruang kosong untuk bersila
 di sini lah entrance di mana aku dan juhan shameerul selalu berdiri bersam jemaah lain semasa mendengar khutbah
 di sebelah kolah ini dahulunya tempat mengambil wudhuk menggunakan air paip
 
bahagian hujung ini dahulunya tempat aku selalu bersolat jumaat,jika ada ruang kosong aku akan ke bahagian dalam.sambil mendengar khutbah itu aku berkhayal sedar tak sedar sudah 5 tahun aku mengunjungi masjid ini

Thursday, December 27, 2012

Suara Hati Ini Memanggil Nama Mu

Dan terjadi lagi
kisah lama yang terulang kembali
kau terluka lagi
Dari cinta rumit yang kau jalani

Ku ada di sini
Pahamilah kau tak pernah sendiri
Karena aku selalu
Didekatmu saat engkau terjatuh

Aku ingin kau merasa
kamu mengerti aku mengerti kamu
aku ingin kau sadari
Cintamu bukanlah dia


Wednesday, December 26, 2012

Ditabir Tirai Malam Ada Insan Kesepian Keseorangan

Dan setiap detik yang ku lalui
Seluruh malam ku membisu
Tetap setia menantimu
Bayanganmu entah di mana

 Dah telah ku duga
Suasana keindahan seketika
Aku tetap menanti mu


13 Tahun Lalu Back To 1999

sebenarnya aku malas nak menulis tentang perasaan aku,jadi kali ni aku nak menulis tentang sebuah  lagu kempen kebersihan,lagu ni digunakan pada era 90 an dulu,sedap jugak lagunya walaupun bertemakan kebersihan dan walaupun 13 tahun aku tak dengar lagu ni tapi masih ada beberapa rangkap liriknya yang aku ingat sampai sekarang.


Di desa atau di bandaraya, 
Kebersihan haruslah dijaga,
Udara yang nyaman, menyihatkan badan
Hidup aman dan gembira

Keindahan tasik, kehijauan taman
Menjaminkan kesihatan
Mari kita bekerjasama
Menjaga kebersihan
Walaupun dimana kita berada
Bersama menjayakan

Mari kita berkerjasama
Mencapai hasrat murni
Kebersihan keindahan
Jadikanlah amalan
Jadikanlah...amalan..
 
memang skema kan ? tapi yang penting tak la poyo macam lagu im4u dan lagu sejahtera malaysia versi cat farish

Tuesday, December 25, 2012




hrm..harini 25 dec 2012. yes2!! hari y aku tunggu sangat2..ada 2 benda y buat happy harini..

1. sebab bufday mr fie dah dekat sgt dah..
2. sebab musuh aku akan rasa merana pasal ex dia dah tunang (kawan makan kawan) so baru dia tau ape itu erti peNYESALan. padan muke.

tapi itu x de kene mengene dgn post aku harini.buang current je aku nak post pasal die kn? haa..

let me start..
today aku nak buat confession (hari2 dah confess sebenarnya)
hehe..
tapi harini special sikit pasal bufday dia kan..
yelah kalau x de bufday dia masakan dia nak lahir n aku x kan boleh kenal dgn dia kn?
so appreciate something that we have to.

october 2010. cantik tarikh ni.
tarikh y membawa makna pada aku n dia sbb tanggal ni lah kitorang terima 1 sama lain.
short meaning couple lah kan..

dec 2010,2011, 2012 jugak bulan fav aku.
sbb hari special ktorang sama2 bulan ni..
harijadi aku 2 mggu awal dr die :)

2 tahun 2 bulan..
cantik tempoh ni..
aku suka die pasal perangai die x ramai y boleh paham..
die mmg nmpk kejam n kurang ajar d mata org lain tapi di mata aku die x mcm tu langsung.
aku y banyak kasar n ckp kurang ajar dgn die..
tp x de die nak dendam dgn aku..

knapa prangai dia menyakitkan hati org?
sbb org x boleh terima gurauan die..
hanya org y close gile dgn die je tau hati budi die..

die mmg seorang y suke terus terang..
komen y die bg sbenarnya utk membina..
die jugak x suka mengata blakang2..

die punye idea buat kan aku sgt perlukan die..
sbb tu lah aku sayang die..
bukan type lelaki biasa die ni..
wpun gadoh die tetap maafkan aku,.
syarat nye cuma kene cakap baik2 dgn die:)

so sayang, happy becoming bufday.. :)
how hard it is, i will always be with u.


i need u :)








Monday, December 24, 2012

Begitulah Cinta Kenangan 8 Tahun Lalu

dulu masa era pertengahan 2000 an, ada sinetron begitulah cinta yang menggabungkan pelakon 2 negara iaitu  indonesia dan malaysia,pelakon indonesia yang femes tu ialah kembar nessa dan rhessa.pelakon dari malaysia yang aku ingat ialah jehan miskin,farid kamil,bell ngasri,danny x factor,syed hussein-ex ruffedge. dalam cerita setiap malam selasa tu pukul 9 malam si adik ni berkawan rapat dengan farid kamil,diorang tu satu sekolah di sebuah sekolah antarabangsa indonesia mana kala si kakak pelajar kolej.menjadi kekeliruan bila si adik ganti tempat si kakak dan si kakak ganti tempat si adik.tapi cerita ni aku tak tengok selalu pun dan aku tak tau ending dia.
cerita ni yang aku ingat aku tengok masa hujung tahun 2004 kebetulan masa tu cuti sekolah jadi aku pun tidor lewat je lah.tapi yang menjadi penarik lagu aku untuk tengok sinetorn begitulah cinta ni ialah lagu tema dia yang sedap didengar sampai ke hari ini. wow!!! 8 tahun bukan tempoh yang lama.


Sunday, December 23, 2012

Akur Janji - Eddie & Wanie [Lirik] :)

Motif Band - Tuhan Jagakan Dia with lirik.by eVoLuTiOn

Mengimbas Kenangan Zaman Sekolah - Pagi Yang Gelap

5 tahun dulu,di hujung bulan disember aku melayari youtube dan aku ternampak adik aku tengah menunggu buffering untuk lagu ni.disebabkan kuno nya aku terhadap youtube masa tu aku pun tak nak dengar lagu ni lepas baca komen-komen di youtube yang kata lagu ni pasal gay la,pasal adik rindukan abang la,pasal abang masuk pusat serenti jadi lagu di tulis atas sebab si adik terlalu merindui abang dia la.

sebelum lagu jenis ini dicipta lagu melayu yang banyak dimainkan di radio masa tu tak habes-habes cinta sana cinta sini,aku gila geli.aku pun berfikir lagu ni rare pasal bukannya kisah cinta tapi lirik ini lebih kepada hubungan adik beradik yang terpisah.dan walaupun muzik ni masa tu pada aku terlalu ke indon-nan sehingga kedengaran macam band padi tapi bila dah lama dengar kita boleh bezakan mana hujan mana padi.

dan lagu ini juga kick start kepada hujan untuk menerobos arena mainstream dan lagu ini juga menjadi magnet kepada aku untuk mengenali apa itu indie,indie bukan genre muzik seperti yang didakwa oleh media hiburan tetapi indie itu sebenarnya lebih kepada gerakan atau cara pembawaan sesebuah group itu memasarkan muzik mereka dengan cara menulis lagu sendiri,merekod album sendiri,mempromosi kan album sendiri dan memasarkan album,ep dan lp mereka secara sendiri. pada aku perkataan 'sendiri' ini lebih baik digunakan berbanding terma indie yang banyak mencetus salah faham antara media dan pemuzik indie ops ! sendiri.


masa berlalu begitu pantas dan bila mendengar lagu pagi yang gelap pada hari ini di tahun 2012 aku berasakan lagu ini telah melalui perjalanan yang panjang untuk menjadi lagu kegilaan ramai,trend semasa dan evergreen.sumpah ! sampai sekarang bila dengar lagu ni aku akan mengimbas kembali zaman di mana hujan mula menceroboh arena mainstream dan antara band yang mencetuskan INDIE INVASION atau gelombang indie 4 tahun lalu. kini aku masih menanti gelombang indie yang kedua pula kerana sejak 2010 band-band indie kurang diberi perhatian oleh media.media pulak sejak 2009 seakan ada unsur favouratisme terhadap band indie atau band bebas ini.

indie invasion mula tercetus di saat oag mula mengganas dengan lagu 60 tv nya pada tahun 1995 dan 13 tahun kemudian pada 2008 baru gelombang indie kedua muncul.andai kata gelombang indie ketiga memerlukan masa 13 tahun lagi sejak 2008 maka gelombang indie ke3 dijangka tercetus di usia aku 29 tahun.dan pada masa itu I well keep on rocking beb !!!


Masih Ingat Lagi ??


4 tahun dulu masa aku berusia 16 tahun di tingakatan 4 lagu daripada band dia ni menjadi kegemaran telinga aku,dengan teen pop,pop rock yang dimainkan sungguh catchy dan rasa nak berpogo je bila dengar lagu band dia ni.tapi tahun 2010 band dia  berpecah tapi brader ni masih carry on lagi karier muzik dia pakai nama metro station jugak tapi secara solo lah. metro station - mewarnai zaman remaja aku.dan mamat yang sekarang ni nampak macam gengster ni berusia 23 tahun.

MASON MUSSO vokalis metro station

 metro station

Sarawak Pada Fikiran Orang,Tapi Di Pandangan Kami

aku sudah letih nak menerangkan dimana sabah di mana sarawak kepada masyarakat semenanjung ini.sebenarnya di kalimantan itu ada orang dan kalimantan itu bukan hutan tiada tamadun.sabah dan sarawak itu negeri yang berbeza.




Saturday, December 22, 2012

Mana Kiamat ??

Hari ini 22 disember 2012 - hari ni hari jadi obefiend effi nazrel bin saharudin

itu bukan topik utama,aku heran kenapa orang islam yang berbaca yassin,yang katanya percaya pada rukun iman tapi seakan lupa apa yang mereka percaya pada prinsip rukun itu sebab ramai yang seakan fobia dengan ramalan kaum mayan tentang kiamat.harus diingat kaum mayan itu kalendar mereka tamat pada 21 disember 2012,dulu pernah terjadi kes lebih kurang macam ramalan kaum mayan ni tapi tiada bencana alam la cuma bencana masa, awal 2000 an dulu heboh isu Y2K iaitu sejenis virus yang menyerang sistem komputer dan dicanangkan kalendar masihi akan terganggu iaitu sebaik saja pukul 11.59 malam 31 disember tahun 1999 masa akan berubah dan kalendar elektronik yang ada pada sistem komputer akan terganggu dan kita akan memulakan 'alaf baru' di tahun 1900 !!! bukannya seperti yang dijangka 1 januari 2000, tetapi ramalan hanya ramalan kalendar masa bergerak seperti biasa menuju ke  1 januari tahun 2000 dan isu y2k lenyap sama sekali.di alaf baru,media massa mula melancarkan iklan di tv bertemakan alaf baru ini seperti memadamkan isu Y2K yang digembar-gemburkan oleh media terdahulu.

berbalik pada kiamat,pada 21 disember 2012 aku dan miss d masih lagi dating seperti biasa dan seakan tiada apa yang menganggu hari kami,tiada bencana alam yang berlaku sepanjang perjalanan kami dari sabak bernam ke kuala lumpur ternyata kiamat 21 disember 2012 itu hanya lah sekadar di pinggiran,dan yang paling rare di sepanjang jalan ke kuala lumpur aku terjumpa 2 lokasi berasingan mengadakan kenduri tak pasti sama ada kenduri kahwin hari jumaat pasal takut esok nyawa dah takde agaknya dan mungkin kenduri doa selamat pasal kiamat tak terjadi.tapi yang pasti hari jumaat di negeri selangor bukan cuti umum seperti di kedah,kelantan dan terengganu jadi kepada para perumah tangga yang hendak jadi raja sehari semalam sila terima hakikat anda sebenarnya telah terkena prank yang maha hebat dari kaum mayan,bodohnya anda percaya pada kaum mayan yang pagan,tiada percaya pada rukun iman dan rukun islam,dan paling penting lagi kaum mayan tidak mengenali pun individu-individu seperti harold camping yang cuba menipu kita semua dengan ramalan kiamatnya, pada aku ramalan kiamat ini ibarat percaya pada horoskop dan zodiak yang serba serbi menipu.

kalau si peramal kiamat itu boleh meramal kiamat kenapa dia tak mampu meramal tahun bila liverpool akan menang epl ?? tahun bila malaysia akan layak ke piala dunia ? tahun bila team england akan menang euro ?? peramal ni hanya manusia biasa.setiap orang dari kita boleh jadi peramal, 14 tahun dahulu aku main telefon dari blok kayu tanpa memacakkan paku pada nya untuk menyerupai telefon ber arial pada masa itu dan pada hari ini kita dapat saksikan iphone,htc,samsung galaxy,blackberry,nokia, sony ericcson dihasilkan tanpa antena.adakah aku pada hari ini diiktiraf sebagai remaja yang mampu meramal masa depan ???bukan kah itu ramalan dan idea aku pada 1998 ?? tentu tidak sekali pasal aku tak mampu membuat mind control dan memukau audiens untuk taksub pada setiap ramalan aku.

yang paling penting sekali aku juga meramal malaysia tidak mampu menjuarai piala aff buat kali kedua,filipina dan singapura layak ke semi final aff, dan khairul amri berjaya menjaringkan gol di final aff buat kali ketiga ini terbukti aku juga mampu meramal dengan baik.tapi adakah aku berjaya mendapat perhatian media seperti paul the octopus ?? sudah tentu tidak.seperti aku cakap kan ramalan tentang kiamat hanyalah propaganda sesetengah douchebag yang inginkan nama dan publisiti segera.percaya lah kiamat akan berlaku tapi jangan diduga bila ia berlaku...


Demam Lagi

 Ini Kali ke 4 aku demam tahun ni.agaknya tahun 2012 tahun demam aku rasanya.secara purata aku demam 2 kali setahun tapi untuk 2012 dah 4 kali bermakna ada sesuatu yang tak kena pada sistem imunisasi aku.seksa rasanya walaupun demam dan selesema saja, nampak ringan pada mereka yang tak kena,tapi berat pada yang merasa tau !!!!

oh god cepat la pulihkan selesema ku ini,sudah 2 kotak dequadine + 3 paket halls dihabeskan  sakit tekak hari ni baru hilang,yang paling aku benci selesema ye lah,dah la hidung berhingus,bersin lagi.setiap masa nak kesat hidung je rabak la tisu aku nanti.masa demam ni la aku tak boleh meneruskan hobi baru aku iaitu membaca buku,sebab asyik nak mengesat hingus je kadang-kadang boleh membantutkan selera dan adrenalin membaca aku.

Wednesday, December 19, 2012

PMR lima tahun lalu....

credit to effi saharudin
kenangan yang paling aku tak dapat lupa dan sentiasa dalam ingatan ialah zaman aku form 3 tahun 2007.hari ni bila aku sedar,masa tu aku belum terbuka kepada teknologi dan boleh kata zaman itu zaman jahil aku kepada teknologi.yang aku tau 5 tahun dulu aku beli wisel,majalah g3 untuk mengisi masa lapang aku dan aku jugak membaca mastika pasal masa tu aku tak mengerti apa itu myspace,blogspot,friendster. disebabkan teknologi yang terhad itu  aku banyak menghabiskan masa aku mengulangkaji pelajaran lebih-lebih lagi subjek sejarah yang perlu banyak membaca.

masih segar dalam ingatan bila abes saja paper sejarah aku akan menyemak sendiri kertas soalan yang dibawa balek dan merujuk dengan buku teks,dari situ aku tak perlu berdebar-debar menanti keputusan peperiksaan mata pelajaran sejarah aku.sama ada A atau B itu saje.

tiba masa yang dinanti result PMR pun diumumkan masih aku ingat 26 disember 2007 lepas semayang maghrib berjemaah bapak aku buat perjanjian berat sebelah.dia kata 1A dia bagi 20 ringgit pada seorang remaja yang inginkan sebuah handfon pastinya aku nak handfon tak kira la dia offer satu A tu tiket lrt or wad so ever.

dan esoknya 27 disember 2007 - cantik tarikh tu result pmr pun keluar,mujurla masa tu aku tak pakai fon lagi jadi takde la mesej-mesej yang sibuk bertanya ' kau dapat berapa A ??'  dan masa tu aku belum memiliki sebarang akaun laman sosial jadi lagi tenang la aku menyorokkan keputusan PMR aku.datang ke sekolah dengan skemanya berbaju kemeja putih,seluar hijau dan ber neck tie aku pun pergi ambil result PMR dan satu perkara yang paling aku suka ialah MATHEMATIC aku tak fail !!! itu je benda yang paling aku nantikan selepas final paper PMR tu.

suka cita diumumkan PMR 2007 ialah Keputusan PMR terbaik dalam sejarah smk Taman Setiawangsa, bangga aku beb padahal bila difikirkan hari ni PMR tu ibarat AFF pada pandangan pemerhati bolasepak macam aku. pmr atau aff itu tidak membawa aku kemana-mana dan juara aff tu tak membawa sebarang makna pada malaysia.

keputusan PMR aku hanyalah : 3A 3B 1C 1D -
                                                A- Sejarah,geografi,agama islam
                                                B- Sains,bahasa melayu,kemahiran hidup
                                                C-bahasa inggeris
                                                D- Mathematik

Friday, December 14, 2012

Family Trip Of The Year

ini percutian keluarga yang paling aku enjoy sejak sekian lama.dalam percutian ini tercapai hajat aku untuk menjelajah kedah-perlis-langkawi.misi aku lepas ni nak menjejak terengganu-kelantan-singapura

perak - family day
 kedah - sepupu kawen
 kuala perlis  - transit 1 malam sebelum ke langkawi
 langkawi - cable car
 
perlis - padang besar 
 
 jelajah penang aku tak masukkan sebab aku  ke penang setengah jam saja itu pun hanya meronda dan duduk di dalam kereta lepas tu kembali semula ke tanah besar

Thursday, December 13, 2012

Final Kami Datang

apa de hal istanbul aku datang ??  oh ye,gol jaringan saya semalam saya tujukan khas kepada cik nurul diyana faizah binti yahya. singapura layak ke final menepati ramalan saya sejak sebulan yang lalu semasa melepak bersama khairul amir dan han di hadapan kedai runcit KMK yang sudah tutup sementara menunggu liverpool vs newcastle.

kebetulan pulak nombor memainkan peranan penting di sini 19 adalah umur awak semasa kita mula bertemu, 19 juga umur saya semasa ulang tahun pertama kita, 19 juga nombor saya yang menjaringkan gol kemenangan malam tadi dan 19 juga minit di mana jaringan itu berlaku.
dan KHAIRUL juga bakal nama anak lelaki saya nanti


Wednesday, December 12, 2012

HariJadi Mu Yang Akan Tiba

dalam akaun ada 93 ringgit,takde apa yang mampu aku belikan.aku akui masa-masa mustahak ni la mencemburui hubungan kami.pagi esok genap la 21 tahun en yahya mendapat anak perempuan ke  5 beliau yang akan menjadi tanggungjawab aku satu hari nanti. memang aku tak sweet macam mamat selebriti twitter dan fb yang tuju-tuju ayat cinta pada makwe diorang dengan  mempublish photo-photo ayat cinta yang dishare dari mana entah,ditambah lagi update status dengan lagu-lagu band-band jiwang era eddie hamid yang tak tahu apa itu muzik dan mamat-mamat jambu yang selalu mengupdate status 'baby i loveeee uuuu' ' shayunk hug me muah' yang cukup membuat aku rasa tak perlu ber friend dengan individu sebegini.

aku bukan takde perasaan jiwang cuma aku lebih suka meluahkan dengan cara bersastera melalui lagu

m nasir -  suatu masa adalah lagu yang puitis aku tujukan pada miss d sebab lagu itu menggambarkan apa yang aku rasa 6 bulan kami terpisah

click 5 - empty, aku tak pernah berpisah dengan miss d untuk tempoh yang lama dan sejak 1 disember 2011 aku mula merasa apa itu erti kesunyian dan kehilangan.

apa pun selamat hari jadi sayang :) tahun 2010 kita tak sambut dengan makan di A&W, tahun 2011 kita sambut dengan masing-masing terpisah, dan tahun 2012 kita bakal sambut tapi secara postpone.

IRWANSYAH - TENTANG PERASAANKU

IRWANSYAH _ TENTANG PERASAANKU azfar, dyana sayang azfar woo..;)))

Tuesday, November 27, 2012

Koleksi Cerita Mayat : 13 Tahun Pencarian


13 tahun dulu (1999) arwah atok aku, haji ali setiap petang akan tolong bacakan buku Koleksi Cerita Mayat yang di himpunkan dari cerita mayat yang ada dalam majalah mastika. bukan aku tak reti membaca,aku masa tu darjah 1 jadi tahap membaca aku kurang baik dan atok aku yang suka bercerita akan membaca siri yang ada dalam buku ini dan menerangkan kepada aku dan nenek tentang cerita yang dibacanya.

back then,1999 tiada apa yang dapat dibanggakan rumah aku masa tu belum ada astro,komputer,lcd tv,vcd player,ps 1 apatah lagi internet. tapi itu lah benefitnya tiada internet dimana kita dapat membaca dengan aman tanpa sebarang gangguan mesej,call masuk,bbm,dan tweet mesej. sambil dengar atok bercerita aku pun mula membayangkan situasi itu sungguh seram feel nya bila atok aku bercerita walaupun hari tu cerah dan cuaca elok.paling menakutkan bila tengok gambar ilustrasi yang diberikan yang paling menakutkan aku sampai hari ini ialah cerita mayat menyerupai babi,mayat itu tidak dikenal pasti sama ada mayat pendatang asing yang jadi mangsa bot karam atau pun mayat rakyat tempatan.

setelah 13 tahun aku akhirnya menemui semula cerita itu tetapi dalam bentuk softcopy dan aku berterima kasih kepada internet dan google yang menemukan aku kembali dengan cerita mayat berbentuk babi walaupun hari ini aku sudah tidak takut lagi seperti 13 tahun dulu.

ini link dia :  babi


cuma aku masih ternanti mana agaknya nak carik buku NERAKA tahun 2000 dulu di sekolah agama,rafiq syahmi ada tunjuk buku neraka dalam buku di tunjukkan siksa azab api neraka dan ilustrasi seksaan dia sungguh horor,tahun 2003 aku ada jumpa buku tu kat kedai cina tapi disebabkan aku takde duit jadi tergendala la hasrat aku tu.kedai cina yang jual buku tu pun dah hangus dibaham api dan kedai baru yang dibina di tapak sama pun entah apa dijualnya.dan sudah 12 tahun aku menanti buku tu tak tau dimana nak mencarik nya

AZFAR Di Dunia Novel

aku dah lama menantikan ada watak dalam movie atau drama menggunakan nama aku.tapi sepanjang 20 tahun hidup ni benda tu tak pernah berlaku balik-balik watak hero bernama daniel,apa penulis skrip drama meleis ni takde nama lain ke yang boleh difikirkan sebagai trend setter ?

agaknya nak tunggu skop production buat movie ada watak bernama AZFAR baru production lain ada akal nak guna nama azfar dalam karakter diorang.dan aku agak terkejut bila ada satu novel terbitan karangkraf,berjudul TAK MUNGKIN DIA karya rania firdaus.aku akui aku jenis tak suka baca novel tapi baca sinopsis novel ni dikira baca jugak la rumusan dia kan ? hek hek hek


Monday, November 26, 2012

Aku Tengok Bola Ni Bukan Sehari-Dua

lantak la nak tuduh aku macam-macam yang aku tau aku takde sikap seperti pemain malaysia yang bila dah glamour prestasi ke laut.bila dah mengentot artis lutut jadi longgar sampai main sikit je terus cedera berpanjangan.bila dah glamour terus dapat masuk majalah entah pape.

jangan kata aku fitnah pemain malaysia ni,dah terbukti yang pemain malaysia ni baru disentuh glamour sikit dah cair ibarat pak serban ketayap mula bercinta terus angau tak sudah.
disini aku sertakan pelbagai jenis link untuk tatapan dan artikel yang ditulis bukan memuja pemain malaysia dari hujung rambut sampai hujung kaki



















Monday, November 19, 2012

Jangan Tuduh Aku Semitik

Hatikva ini lagu kebangsaan Israel hatikva bermaksud harapan baru.dinyanyikan dalam bahasa Hebrew walaupun aku tak faham sepatah apa pun lagu ni tapi lirik dan melodi nya sungguh puitis dan jauh lebih bermakna dari lagu setia malaysia - yang diberi nafas baru oleh cat farish dan malique


Sunday, November 18, 2012

Ku Cari Damai Di Hati

sesalan tidak terucap bila kau berubah sikap ku sedar siapa diriku kau buat tempat berteduh

Saturday, November 17, 2012

Ibra Dan Kryptonite Nya


ini Zlatan Ibrahimovic, juga dikenali ibra kadabra - sejenis jampi mantera. dengan fizikal yang besar dan tinggi tak mustahil ibra mampu membuli sesiapa yang dibencinya, kerana ibra juga ada tali pinggang hitam taekwando pada usia 17 tahun.jadi setiap kelab yang dia pernah bermain mesti ada rekod disiplin seperti bergaduh dengan jurulatih,bergaduh dengan rakan sepasukan semasa sesi latihan dan menampar pemain pasukan lawan dalam perlawanan sebenar

tetapi ibra ini ada kelemahannya iaitu helena seger, helena seger ini bukan bidadari,penyanyi,pelakon juga selebriti tetapi helena ini ibarat batu kryptonite kepada ibra seperti superman lemah kepada batu kryptonite.helena seger hanyalah seorang wanita berusia 11 tahun tua dari ibra,bekas supermodel,bekas pemain bolasepak wanita,seorang eksekutif pemasaran. itu bukan status menarik minat ibra untuk memikat helena tetapi kerana helena itu satu-satunya individu yang berjaya mengawal tingkah laku ibra,mengajarnya cara mengawal panas baran,menjaga budi bahasa.


aku berharap andi khairul bertemu wanita yang mampu mengawal nya,kalau aku yang sekarang ni pun panas baran,apatah lagi anak aku.

Thursday, November 15, 2012

Seusia Malam Ku Menanti Mu

Seusia malamku menantimu
Dihembus embun aku tersipu
Mungkinkah kau lupa temujanji kita
Kau gembira bersama teman-temanmu

Berlari-lari ku mencarimu
Selembut salju musim berlalu
Mengapa berubah sekelip mata
Hatiku gundah tiada terhingga

Kau umpama merpati putih
Patah sayapnya di udara
Kau umpama merpati putih
Patah sayapnya di udara
Merbahaya

18 Perkara Tak Disukai LELAKI



1.kejutkan mereka,ajak keluar dating ketika mereka tengah syok tidur dibuai mimpi indah

2. ajak teman kan masuk butik pakaian wanita berjam-jam lamanya,ending tak beli sehelai pun..sekadar nak survey harga saja

3.ajak tengok wayang filem cinta dan romantik sedang kan awal-awal sebelum tu mereka dah cakap nak tengok filem aksi dan thriller

4.tentukan pakaian apa yang dia orang harus pakai ketika nak keluar dating

5.temankan pergi parti kawan .sedangkan di parti tu dia tak kenal seorang umat manusia pun.nak tak nak terpaksalah jadi pak pacak dan kera sumbang sambil tunggu habis bergosip dan mengumpat dengan kawan-kawan

6.mendesak,lelaki ni memang pantang kalau asyik kena desak lebih-lebih lagi kalau saban hari diajukan soalan yang sama bertalu-talu

7.cemburu yang melampau-lampau contohnya tanya awak kat mana ni..dengan siapa...itu suara perempuan mana pulak tu..memang sakit jiwa lah nak explain.lepas tu merajuk bagai nak rak sampaikan lelaki fed up nak pujuk walaupun sebenarnya tak ada apa pun berlaku.

8.tak reti settle perkara remeh temeh.kejap-kejap tanya macam mana nak buat itu lah.padahal benda itu simple dan senang diselesaikan

9.cakap meninggi suara ala-ala menengking .sedangkan kita duduk bukan  jauh sebatu daripada dia

10.perempuan yang suka berleter.padahal bukannya ada kesalahan besar pun yang lelaki dah buat

11.selalu cakap besar,meninggi diri,dan menunjuk-nunjuk

12. mengata perihal adik beradik,mak-bapak dan saudara mara dia orang

13.queen control.banyak sangat pantang larang.itu tak boleh,ini tak boleh.itu yang buat kaum adam bertambah tekanan

14.suka mengungkit.dari hal kecik sampai lah hal yang besar.yang peliknya,peristiwa 5-6 tahun lepas pun boleh ingat.memang kaum lelaki ni tak boleh cakap apalah

15.suka sangat nak tau jadual seharian kita.tadi makan dengan siapa,balik pukul berapa,lepas tu pergi mana,buat apa,kenapa tak SMS,kenapa tak call

16.suka memperkecil dan merendah-rendahkan kemampuan mereka.tambah pula jika pendidikan lebih tinggi dari dia orang

17 diam tak tentu pasal.cara dia berhadapan dnegan kita pun kita tahu yang dia ada masalah,tapi bila tanya cakap takde apa-apa.dalam erti kata lain ,berahsia tak tentu pasal.kalau dating 10 jam,10 jam lah buat muka monyok dengan kita

18 tak suka awek yang selebet ,tak pandai bergaya,kusut - masai dan tak terurus.kalau keluar dengan kita tu pakai asal boleh je.tapi bila kita puji awek-awek lain yang pandai bergaya,tau pulak dia nak jealous dan tarik muka


Wednesday, November 14, 2012

Tutorial Membuat Jeans Koyak

jean koyak atau ripped jean ialah seluar denim/jean yang sudah lusuh di bahagian tertentu seperti lutut dan paha dan digayakan dengan t shirt atau jaket.sejak tersalah beli seluar jean RAGS jean di jusco AU2 dulu aku mula memikirkan bahawa kesan ripped atau benang terburai di lutut dan paha agak memalukan kerana paha dan lutut aku berbulu jadi membolehkan sembahyang aku sah,bahagian dalam ripped jean itu ditampal dan aku mula berasa bergaya juga kalau pakai ripped jeans ini.

dibawah ialah bahan-bahan dan cara-cara membuat ripped jean secara do it yourself.


Tuesday, November 13, 2012

Kata Kata Hikmat

ayat-ayat ni aku copy paste dari komentar yang radikal pemikiran dan pandangannya.tak perlu serban ketayap dan jubah untuk mengajar aku menghormati dan mengagumi mu,cukup dengan ideologi dan fakta-fakta yang bernas dan pandangan yang radikal ...


Bak kata Mohammed Abduh, seorang ilmuwan Islam, "saya ke Barat dan melihat Islam walaupun ramai yang bukan Islam, dan saya balik, saya lihat ramai orang Islam, tetapi tiada Islam"
 semua nak jadi holier-than-thou. "Aku lagi suci dari kau". Aku lebih pandai ugama dari kau.Aku nak bertanya pada semua orang ni, yang sibuk melabon pasal ugama ni cuba fikir, kenapa kadar buang bayi negara kita jauh lebih tinggi berbanding Norway, Sweden atau Denmark yang makan babi minum vodka?
Apakah kita di negara Islam - yang korang kata sepatutnya lebih baik dari negara kafir, tetapi result sebaliknya? Bak kata Mat Sabu lah, Malaysia ni negara orang Islam, bukan negara Islam. Kalau difikir balik, aku rasa benda tu betul. Sebab orang Islam ni tak semestinya mengikut Islam.
 

Perkara Pelik Yang Ingin Dibuat Semasa Hujan

setiap kali hujung tahun saje mesti hujan lebat siang,tengah hari,malam sampai nak pegi mana-mana pun susah.lebih-lebih lagi KL ni kalau hujan lebat sikit je dah banjir satu bandar.dalam kebanjiran air yang melanda ini aku pun terfikir nak buat sesuatu untuk mengisi masa yang terbuang dek hari hujan ni.


Sunday, November 11, 2012

Oceh ... Oceh :0


Tabiat Selepas Gunting Rambut

sejujurnya dah banyak kali aku update kat blog ni yang aku tak suka rambut aku dipotong dan aku tak suka gaya rambut pendek.dan ini biasanya tabiat aku lepas gunting rambut
bangun pagi sebelum gunting rambut amek gambar dulu,maklumlah 2 bulan sekali gunting rambut

sebelum :

semasa :
 
 lepas je gunting rambut dalam kepala tu dah set nak balik rumah terus pasal dah miang satu badang dengan rambut yang lepas kena cukur dan gunting tu

selepas : lepas je mandi dan syampu,snap gambar dan bandingkan dengan gambar sebelum gunting rambut
 ada iras-iras NSIT bukan N'sync tapi Nor Shahrul Idlan Talaha aka Mat Yo


Music Player Dulu Dan Hari Ini

aku memang tak boleh berpisah dengan mp3 aku.setiap kali keluar jalan-jalan mp3 aku sentiasa ada menemani.agaknya kalau aku jadi remaja zaman 90 dan awal 2000 an mesti susah sikit aku nak enjoy dengar lagu sebab masa tu mp3 masih satu teknologi baru dan harganya mencecah 3-4 ratus untuk memori 500 megabait.dan teknologi yang mampu milik pada masa itu hanyalah walkman,biasanya yang murah walkman kaset tapi kalau mampu beli walkman cd dah kira kaya waktu tu. tapi aku lebih selesa mendengar lagu melalui mp3 sebab aku boleh ulang lagu yang aku nak dengar banyak kali hanya dengan sekali klik sahaja berbanding walkman yang cukup manual dan terpaksa tukar cd kalau nak dengar lagu maklumlah itu saje teknologi yang canggih masa tu.


Saturday, November 10, 2012

Fungsi Barang Yang Tidak Kita Sedar

bila melihat gambar ini ia mampu mengubah persepsi kita terhadap fungsi sesuatu barang itu dan dari gambar ini kita memperolehi pengetahuan baru dalam hidup kita.gambar pertama aku sudah praktikkan dan fungsi lain sabun kecil ialah kita boleh gunakan sebagai sabun pembasuh tangan.gambar kedua pula mengingatkan aku semasa Latihan Industri di Vistana KL dulu chef de partie menyediakan telur rebus nasi lemak dengan menghirisnya menggunakan benang.gambar ketiga pula sesuatu yang baru kerana fungsi bekas kerepek kentang mister potato itu boleh digunakan untuk menyimpan spageti keras,ini jalan penyelesaian kreatof kerana tiada bekas penyimpan (container) yang bersaiz sepanjang spageti yang masih keras itu.


Orang Jahat Pun Nak Berhibur Jugak







Macam Pernah Je Buat

Bila jalan-jalan aku selalu tersesat hingga ke kawasan yang tiada sebarang tarikan contohnya shopping mall yang tak laku,shopping mall yang baru bukak,shopping mall yang pertama kali aku pergi ke situ dan bila aku cuba carik surau tetapi jumpa jalan mati.gambar di bawah ini menerangkan apa yang biasa aku buat bila aku dalam situasi berikut.


Tasik Di Lofoten,Norway

aku sentiasa mengimpikan percutian bersama miss D di tempat yang jauh dari kesibukan kota di mana kami bebas berdua tanpa diganggu oleh orang dan kami mahukan kebebasan bersama dan melalui hari-hari tanpa dibebani komitmen yang memaksa kami rushing dalam setiap urusan.alangkah bagus kalau aku dan miss D dapat bercuti ke kawasan yang ada tasik seperti dalam gambar ni sungguh romantis nya suasana.