Monday, January 30, 2012

ada kaitan rupanya

pagi sabtu haritu aku dah sampai lrt masjid jamek pertukaran aliran ke stesen titiwangsa,nak ke tempat praktikal aku la.punya la lama menanti sampai 25 minit.paling lama tunggu tren pun 3 minit macam tu.masa sampai ke stesen tu pukul 8.20 target aku dalam 8.35 dah sampai vistana tapi 8.45 masih tak nampak cahaya lampu tren tu.yang aku baran operator boleh pulak buat announcement kata perkhidmatan tren tergendala pasal ada masalah tapi diorang tak bagi tau pun masalah ape.tren nak menuju ke seri petaling/ampang seberang laluan tu pun tak bergerak jugak stuck je kat situ.

aku baran satu sebab je, aku dah nak terkeluar jantung kena marah dengan chris si housekeeper kat departmen aku ni.memang la shift kerja aku pukul 10 tapi si chris 'strict' ni nak  buat briefing pukul 9.30 jadi 8.45 pun cahaya tren masih tak nampak aku kena buat sesuatu ni,dengan nekad hati aku turun ke kaunter bawah pelik jugak takde orang jaga kaunter macam biasa,kosong je. aku pun meneruskan perjalanan ke monorail bukit nanas dalam keadaan berpeluh + gemuruh. sebelum tu singgah dulu bank islam nak amik duit, memang baran aku hari tu dah la lrt takde dahtu tak boleh claim balek 1.20 sen aku yang sia-sia pasal lrt takde.

kiraan tambang macam ni

jelatek - masjid jamek  & masjid jamek - titiwangsa
= 2.00                               = 1.20
campur kedua-duanya = 3.20 sen tunai.


masalahnya 1.20 sen tu tak memadai dah la aku langsung tak naik tren dah tu kena berjalan kaki plak ke monorail bukit nanas dalam pukul 9.10 aku sampai ke stesen bukit nanas kena belanjakan 1.60 sen plak untuk ke stesen titiwangsa,belakang vistana je. dalam 9.20 sampai la ke stesen monorail titiwangsa dan pukul 9.25 aku selamat meng-punch kad. 9.30 terus naik briefing dan celakanya hari tu aku ditugas kan mengemas 16 bilik !! check out plak tu. standard 14 bilik tapi hari ni extra bilik pulak.terpaksa la jugak aku bekerja dalam keadaan lesu dan lemah, pagi2 dah kena senaman berjalan kaki dah tu terus kemas 16 bilik tanpa rehat.sakit kaki aku ni tak terbayang pedihnya kalau di check mileage dia aku rasa dah lebih 10 000 kilometer.

petang tadi lepas hantar barang ke pantri aku baca paper semalam meluangkan masa dengan membaca adalah melambangkan aku.aku pun belek la nak cari apa yang best tiba2 aku terbaca pasal ni

http://mynewshub.my/2012/01/28/warga-myanmar-maut-diseret-tren-lrt/

akhirnya terjawab persoalan aku untuk hari tu.pasal dia sorang aku dan orang lain jadi mangsa keadaan.

bangga ke fasih berbahasa inggeris ??

 aku tak nafikan yang bahasa bangsa anglo-saxon ni perlu dikuasai pasal bahasa ni lingua franca dan antara bahasa antarabangsa.tapi yang menjadi jelik nya kenapa sesama melayu jugak harus bertutur bahasa ni ?? ke melayu pada keturunan tapi dilahirkan di sydney,brisbane,canterburry,sheffield,yorkshire,dublin,belfast,aberdeen,dundee atau glasgow??

aku pasti tak ramai yang lahir di tempat-tempat tu tapi kenapa dari kecik - remaja -dewasa masih bangga depan kawan-kawan bila bertutur bahasa inggeris dengan mak bapak.pada aku yang berpandangan agak global, ni pun tak sibuk nak berbahasa inggeris sebaliknya masih bangga dapat bertutur dalam longhat melayu sarawak dengan mak-bapak aku walaupun ada istilah-istilah lama yang orang dulu-dulu sebut aku masih tak faham lebih2 bila balek kampung.sekurang-kurang nya aku tak lupa asal usul aku, bahasa kan menunjukkan bangsa.

setakat faham bahasa inggeris kita hanyalah keluar dari kepompong masyarakat melayu,cuba tengok di luar negara bahasa inggeris adalah 'basic' saja pada mereka yang telah mahir menguasai pelbagai bahasa seperti bahasa german,perancis,arab,sepanyol,portugis,russia,itali dan dialek2 scandinavia.ben bradshaw jugak pernah berkata : saya pelik la orang sini,sesama sendiri pun sibuk nak cakap bahasa inggeris.

pedih sungguh ayat mamat amerika ni.malaysia menggunakan bahasa inggeris UK iaitu ada perbezaan dalam sebutan perkataan dari inggeris amerika, seperti can't disebut KAN dalam inggeris UK dan disebut KEN dalam inggeris US. tapi masih ada orang kita yang bajet power english masih celaru apa beza sebutan UK english dan US english.


berbalik kepada ben bradshaw tadi,aku pernah bertemu dengan seorang guest budak kecik yang berumur dalam 12 tahun macam tu di hotel vistana tempat aku praktikal,muka dah sah sah orang melayu cuma tak yang kurang senang nya aku masa dia bercakap melalui telefon di front desk dengan mak-bapak dia pasal masa tu dia tertinggal kad bilik jadi dia tak boleh naik atas,dia bercakap dengan mak dia guna bahasa inggeris,bukan aku dengki tapi masalahnya bahasa melayu dia dah cukup betul dan fasih ke untuk bercakap bahasa inggeris??
muka pun 100% melayu dengan kulit sawo matang dan aku rasa aku jauh lebih cerah dari dia.aku pasti yang mak-bapak dia melayu urban yang bangga berbahasa inggeris sesama keluarga tetapi dalam ke urban-an itu dia lupa asal usulnya ,MELAYU MUDAH LUPA.

Sunday, January 29, 2012

lagu lama vs lagu jiwang karat

bila ada orang check handset dan mp3 aku  diorang akan tanya takde lagu lama ke ? apasal lagu inggeris je ada?

aku pun hairan dengan soalan tu.dia tak nampak ke tak reti baca?? lagu the beatles,the clash,sex pistol,backstreet boys,westlife,boyzone,gerry and the pacemakers,,the moffats,oag era 60 tv,spiral kinetic circus,KRU,m nasir,queen dan macam2 lagi.

untuk menjawab persoalan ini aku pun mule memikirkan kesimpulan yang lagu diorang maksudkan tu,sebenarnya lagu lama pada golongan ni ialah lagu jiwang sebenarnya tapi diorang ni malu nak sebut lagu jiwang atau lagu leleh nanti malu pulak.lagu lama diorang tu biasanya ditulis awal dekad 90 an dimana muncul band2 yang mengaku muzik mereka rock tetapi hampeh dan sampah.nama-nama band pun macam satu fenomena di mana bermula dari huruf S macam spin,scoin,sting,scan dan sebagainya lah.malu search bila tengok band macam ni bajet rock tapi haram!!.

penulisan lagu pulak boleh kata semua sama,berkisar tentang putus cinta,ditinggal kekasih dan cinta terhalang. dan golongan yang menjadi pendengar tegar lagu ni suka berkhayal lebih2 lagi yang tak ade awek tapi feeling dia masa dengar lagu tu macam pernah ada awek.pendengar tegar irama leleh ni jugak suka berkongsi ke jiwangan diorang dengan orang awam di kawasan awam macam bilik kelas,bilik kuliah,tempat tunggu bas,kafeteria,dalam tren pun ada,kedai-kedai makan. lantak la kitorang nak dengar lagu ape!! itu point diorang bila di sindir,memang hak kau masalah nya kitorang yang minat hardcore,punk,metal,sub pop,brit rock,pop rock,modern rock,progressive rock,shoegaze,akustik takde pun sampai nak pasang speaker handset kuat-kuat kat khalayak ramai hormat la hak orang lain di tempat awam.


kalau nak pasang speaker sampai pecah gegendang telinga pun pasang la dalam bilik tidur kau.cuba aku pasang lagu bring me the horizon,the damned,infectious maggot,korn kat tempat awam panas tak telinga kau??panas jugak kau kan?. aku lebih suka gelar golongan ni tak mampu beli earphone pasal tu suka sangat pasang lagu kuat2 kat tempat awam.kalau dia ada earphone dah lama lagu tu kedengaran kat telinga dia je tak kedengaran kat telinga aku.
bila diajak berborak pasal lagu lama macam pink floyd,rolling stone,the stooges langsung takde point dan isi nak bercakap dengan golongan macam ni.itu belum lagi diajak berborak pasal kassim selamat and the swallows,mike ibrahim and nite walkers,kembara,harmoni,revolvers.flybaits,m shariff and the zurah, langsung tak tau pape.ini baru lagu lama, maksud lagu lama tu bukannya merujuk kepada lagu leleh,jiwang karat,cintan dan sespesies dengannya sebaliknye merujuk kepada lagu-lagu dari zaman dahulu tak kira la genre ape.


apa impian anda ??

aku percaya setiap orang ada impian,dari seorang gelandangan hinggalah ke seorang trillioanire, KAMAL ASHNAWI siapa mamat ni?? haritu dia mendakwa diri dia dari keturunan maharaja china,kerabat diraja indon , ada simpanan ber-trilion2 dalam akaun,dan beberapa tahun lagi akan ditabalkan menjadi raja indonesia.


itulah impian , ada yang munasabah dan ada yang tak munasabah.bercakap tentang impian ianya sentiasa berubah2 dari zaman kanak2 hinggalah ke zaman dewasa.aku masa kanak2 dulu hanya lah bercita-cita nak jadi anggota GUTS iaitu pasukan penyelamat yang ada dalam siri ultraman,ada jugak pakcik-makcik yang tak tau GUTS tu apa dan fikir aku maksudkan guard pengawal keselamatan tu.

membawa ke zaman remaja berangan2 nak jadi ahli sejarah realitinya jadi blogger. sempena menganjak ke dekad yang terbaru iaitu 2011 ++ aku perlu melupakan segala impian aku di dekad 2000-2010 iaitu nak tengok liverpool menang epl,nak tengok england menang world cup,nak jadi pemain bola profesional dan banyak lagi.
untuk masa depan yang lebih selesa aku nak ada material-properties ni yang membuat aku berasa puas hati dengan pencapaian hidup aku.

aku nak ada hotel sendiri,bukannya grand hotel cukup la sekadar standard hotel.

RV ( recreational vehicle ) memudahkan aku bila mengembara tak perlu fikir nak carik motel,hotel dan sebagainya.
kedai jual newspaper,majalah,top up yang tak perlu modal besar
 outlet kedai baju,pasal aku ada minat jual merchandise band2 rock local, dan indie clothing

sebuah kafe yang santai dan boleh berkenalan dengan ramai orang

sebuah akademi bolasepak

nak sediakan satu ruang atau pentas untuk kelompok grunge,skinhead,punk,hardcore,metal,brit pop main muzik @ buat gig.

nak jadi blogger full time

jadi penulis majalah bolasepak

Tuesday, January 24, 2012

ke-pendek-kan akal filem dan drama melayu tentang england

 

pelik nya tajuk?? nanti aku terangkan.betapa lemah nya pengetahuan produser drama dan penulis skrip tentang england.asal drama yang kisah tentang sebuah keluarga kaya dan duduk kat rumah besar mesti sebut mak,ayah,kakak,abang dia pernah ke london .
persoalannya,london belah mane tu?? yang aku tau london tu ada banyak pecahan daerah di dalam nya.bukan sekadar sebuah bandar biasa yang penduduk nya hanya ribuan orang,jumlah penduduk london dianggarkan 24 juta orang bermakna kota london ada banyak pecahan daerah di dalam nya.tak perlu la sebut dari daerah yang rakyat malaysia tak tau macam dagenham,wandsworth,camden,brent,ealing dan sebagainya.cukup la sebut dari east end,west london,central london atau west end ke.

skrip : makcik I baru balek dari london
skrip : oh ye ke.

ulasan : memang korang akan kata betapa serabutnya aku nak mintak diorang sebut dengan detail tempat tu,tapi time bercakap bila aku bgtau yang aku dari KL orang akan tanya blek : KL area mane?? macam tu jugak la aku nak ada pada skrip drama melayu ni.bukan kena bayar pun bagitau belah mana kota london tempat dia duduk tu. kalau cakap dia dari kensington & chelsea boleh promote tempat yang dia sebutkan tu dan jugak membuka mata dan minda orang kita yang fikir london tu hanya lah bandar kecil seperti putrajaya.



lagi satu,asal berkaitan england je mesti LONDON yang jadi bahan skrip nya kenapa tak sebut manchester,lancashire,sheffield,cambridge,birmingham,ipswich,norwich,nottingham,canterbury.yang lain daripada yang lain pun hanya cikgu kemisah kirkby - sebuah cerita yang aku tak pernah tengok.hanya tahu kirkby itu adalah nama maktab perguruan iaitu kirkby college tempat di mana para2 cikgu bahasa inggeris dari malaya  era pra merdeka dan pasca merdeka belajar. dan bunga dari liverpool - tak pernah tengok tapi tengok iklan drama  ni je kat tv1. aku tau pasal kedua-dua drama ni pasal RTM yang nak tayangkan.kalau bagi kat astro atau media prima minta maaf la,jangan harap diorang nak terima,yang diorang tahu hanya lah glemer dan sensasi saje.
cuba bayangkan produksi luar buat skrip drama/filem berkaitan malaysia tetapi hanya KL disebut berulang kali.terasa macam georgetown,johor bahru,kuantan,kota bharu,kangar,ipoh dan bandar2 lain macam tak wujud je.agak nya penulis skrip tempatan kena membaca peta england dengan lebih kerap lagi untuk mengetahui lebih jelas yang england bukan hanya ada london saja tapi juga ada bandar2 lain.  kadang2 kebodohan juga terserlah dengan mengatakan yang tower bridge itu ialah london bridge.memang benar dari segi geografi layak dipanggil london bridge kerana berada di london,tetapi dari fakta ia lebih layak dipanggil tower bridge kerana mempunyai tower @ menara yang membezakannya dengan jambatan lain.london bridge sebenar hanya lah sebuah jambatan biasa yang tiada tarikan .

Monday, January 23, 2012

jemana tiraun






penamat yang tiada penghujung


the end has no end - pelik kan maksud nye??

sebenarnya itu merujuk kepada perjalanan hidup kita,dari janin menjadi bayi,selepas itu menjadi kanak-kanak. seronok di alam kanak-kanak yang bebas bermain,tak perlu pergi sekolah,bangun - tidor dah set minda nak jumpa kawan je.tengok tv selama mana yang boleh tal perlu mengadap buku,kecuali buku cerita atau buku mewarna itu pun terasa jeles bila membe ada buku mewarna dan kaler pensil kita kanak2 pun jugak.
dari kanak-kanak membawa ke zaman tadika, cuma kali ni terpaksa di kawal oleh cikgu kerana ada yang suka menyakat ada pulak yang suka lari balik ke rumah bila mak dah hantar depan tadika.2 tahun di tadika sungguh menyeronokkan zaman di mana mula memakai uniform, makan percuma diberi,cikgu membacakan kita buku cerita kisah-kisah haiwan,dengar lagu kanak-kanak dan menyanyi bersama dalam kelas.paling best dapat jumpa member baru dan ABC 123 tu hanya lah sekadar pandangan tanpa sebarang maksud bagi segelintir dari yang suka berkhayal dan bermain di dalam kelas.petang2 pula selesai tukar baju makan kejap lepas tu keluar berjalan keliling kampung tanpa mengira hari panas atau mendung dan tak mengadap TV satu perkara biasa kerana lebih banyak lagi permainan yang kreatif dicipta oleh rakan2.

habes 2 tahun di tadika,naik pulak ke sekolah rendah mcm ragam dapat dilihat lebih2 lagi masa minggu pertama paling menyampah aku tengok budak lelaki yang menanges tak nak masuk sekolah,entah apa penyakit melanda diorang ni sampai manja sangat mak bapak tak boleh tinggal. aku ok je takde pun macam tu. paling memalukan sampai ada yang nak balek bila dah dihantar sampai depan sekolah.di sekolah rendah 5 tahun terawal memang menyeronokkan tetapi benda yang paling dibenci ialah KERJA RUMAH dan alasan paling top masa tak buat dan hanta kerja rumah ialah BUKU TERTINGGAL, LUPA DAN TAK DATANG. aku dulu paling benci matemmatik dah la aku tak boleh mengira,lambat belajar pulak tu sampai hafal sifir pun tak boleh. paling seronok masa kokurikulum,PJ.kemahiran hidup dan bahasa melayu.enjoy gila masa subjek ni.dah masuk darjah 6 fikir pulak pasal bersunat dan tuisyen nak pasal nak UPSR aku pun hairan apa yang mashyur sangat 5A upsr tu ? Tak berguna kalau dia tak tau dimana letaknya ALASKA? apa beza UK dan BRITAIN ?? atau mungkin di England hanya ada LONDON sahaja, dan siapa pencipta tulisan BRAILLE ??

Biasanya golongan macam ni hanya pandai BUKU TEKS sahaja,bukannya pengetahuan am.entah apa beza ireland utara dan republik ireland pun dia tak tau.bukan aku dengki tengok diorang dijulang,diber pujian guru besar,cikgu dan mak-bapak tapi tak guna kalau pandai tapi tak cerdik.

satu transformasi

masuk ke sekolah menengah rasa macam melangkah ke satu era baru dari muka babyface ke muka akil baligh.paling memalukan bila tengok gambar kelas masa form 1,dah la muka budak2 lagi,style pulak seluar tinggi dengan rambut yang skema,bila dah masuk form 2 mula la pandai bergaya dah pandai mengayat perempuan,belajar dating masuk ke form 3 dah  mula ada kesedaran nak belajar pasal PMR masing2 dah pasang hajat nak masuk aliran akaun,sains dan macam2 lagi la.selepas tu datang plak SPM, masa tu semua dah setting nak masuk U tu, U ni lah.ada jugak yang memilih untuk belajar kolej biasa,ada yang nak kerja ,ada yang nak kahwin dan ada jugak yang nak merepeat  paper spm.

bermulanya zaman kolej,zaman di mana mak bapak - cikgu dah tak kawal lagi.semua nya atas tangan sendiri nak jadi ape.di sini bermulanya era baru untuk budak2 yang tak reti nak berjauhan dari ibu bapa.zaman di mana bebas bergaul dan ada yang dulu nya warak dan alim sekarang dah jadi haremm, ada jugak dulu nerd sekarang jadi playboy,ada yang zaman remaja nya bersekolah sesama jantina (boy school)sekarang berdepan plak cabaran nak cari perempuan atau betina.tamat je graduation mula fikir pasal alam pekerjaan plak.macam biasa,penamat tiada penghujung habes sesuatu perkara atau misi perkara baru plak muncul.

Thursday, January 19, 2012

liberal dulu atau sekarang ??

 orang dulu2 di zaman sekarang sering berkata yang zaman dulu lebih hebat dan zaman sekarang terlalu 'KOTOR' untuk didiami. aku mula tertanya apa yang 'bersih' sangat pada zaman tu sampai diorang terlalu bangga dan gembira kononnya. tak terkecuali orang yang selalu berkata macam tu ialah bapak aku sendiri tak habes2 mengungkit kehebatan dan keagungan zaman dulu. sampai aku pun dah naik muak.

jadi dari situ aku mula mengkaji benarkah zaman 60an,70an begitu hebat dan canggih pada pandangan mereka. setelah dikaji dari 'orang lama' yang mengikut arus zaman dan tak terlalu bangga dengan zaman dulu mereka berkata yang zaman sekarang jauh lebih mudah,selesa dan menyenangkan bagi mereka,pada aku mungkin mereka ini mengikut peredaran masa dan sedia menyesuaikan diri dengan persekitaran baru.

pada zaman 60 an dulu kehidupan masyarakat melayu di bandar begitu liberal seperti amalan main nombor,berjudi,main perempuan dan kelab malam dah jadi perkara biasa bagi mereka.dan benda itu tidak asing bagi mereka kerana MERDEKA pada pandangan mereka hanya bebas dari belenggu kekejaman penjajah dan MERDEKA untuk buat apa saja tanpa sebarang halangan.sampai ada satu iklan dipercayai diterbitkan zaman 60 an menayangkan pasangan melayu sedang makan dan si lelaki menikmati guinness stout dan pasangan nya tersenyum melihatnya.iklan itu juga diterbitkan dalam bahasa melayu.


iklan tu ditemui dalam sebuah booklet kesatuan guru melayu malaysia barat yang ada di sebuah universiti OHIO,amerika syarikat.dan selepas mukasurat yang mengandungi iklan tu ada ucapan dari tun abdul razak.abaikan ucapan bapak najib tu,sekarang fokus kenapa iklan tu harus ada di sebuah booklet yang berkaitan melayu,?? bukan kah guiness itu arak?? itu lah persoalannya ternyata orang dahulu lebih liberal penerimaan dan pemikiran mereka dari orang zaman kita.agaknya masa tu kalau team bola di malaysia di sponsor carlsberg,heineken,tiger beer,guiness, stell artois dan lain2 agaknya tak menjadi isu sampai masuk paper pun.



filem zaman tu pun scene nya lebih dahsyat dari sekarang contohnya filem DR RUSHDI lakonan P.Ramlee mencerminkan betapa bergolaknya kehidupan seorng doktor yang terlalu sibuk dengan kerjayanya sehingga mengabaikan kehendak batin isteri dan sebab itu isterinya curang dan mengadakan hubungan sulit dengan lelaki lain.dan pengakhirannya isterinya dibunuh dan lelaki itu dibunuh juga dan doktor rushdi hilang di dalam kegelapan malam yang sedang hujan lebat.filem lain boleh tahan juga dengan filem arahan mat sentul boleh mencuci mata para lelaki bila ada scene nya yang memaparkan wanita berbikini walaupun filem itu komedi dan tidak menjadi isu perbahasan pun tentang pelakon wanita inggeris yang berbahasa melayu berbikini dalam filem2 arahan mat sentol itu.sungguh LIBERAL mereka.
begitu juga di zaman 70 an wanita berskirt di anggap perkara biasa dan tidak bertudung walaupun islam tidak lah dianggap kafir dan tidak mengikut syariat agama seperti masyarakat hari ni.sebab masa tu mereka rata2nya JAHIL dan agama dan budaya tak boleh disatukan contohnya melayu - islam, bersolat cukup 5 waktu tetapi tidak bertudung dan menutup aurat dengan sempurna kerana pada mereka agama itu TUNTUTAN bukan AMALAN dan PERATURAN. kita tak boleh menyalahkan mereka 100% kerana keadaan yang memaksa dan kesedaran pada masa itu tiada
itu belum kisah artis lagi, sekarang ni heboh hattan kahwin 2 bulan dah bercerai macam2 kata kesat tersebar kononnya tak matang la, terdesak nak kahwin la,padahal dulu AR Tompel kahwin dengan Saloma 3 bulan relaks je takde pun kecoh heboh.cuma teknologi tak canggih menyebabkan masyarakat zaman tu tak tau pasal tempoh singkat perkahwinan mereka,begitu juga P Ramlee yang berkahwin banyak kali tetapi bercerai banyak kali bukan kerana tak bahagia tetapi kerana nak mencari keserasian dan kalau MELODI,beautiful nara,budiey.com,ada pada zaman tu dah lama heboh satu negara mengalahkan isu pengenalan akta AUKU yang menjadi pengakhiran kepada kebebasan mahasiswan untuk ber politik dan menyuarakan hak dan idea orang muda di parlimen.

rasa2nya kalau ditravel ke dekad 60an dan 70an adalah perkara biasa tengok bangsa melayu makan dan minum di kedai cina.pasal masa tu isu HALAL adalah perkara yang remeh untuk dibahaskan kerana pada mereka asal kan makanan tu tak de daging babi dikira halal la. walaupun dulu liberal tetapi agak sukar nak tengok kes buang bayi seperti yang berleluasa di zaman masyarakat sensitif pada hari ini.maksud aku sensitif kepada setiap isu dan kalau ada isu yang di usulkan pastinya ada suara-suara sumbang yang berkata ini semua idea barat untuk menghancurkan islam, martabatkan budaya ketimuran kita.mereka ini lah yang menjadi punca kenapa masyarakat kita tak maju pasal asyik memangkah saja setiap idea orang muda untuk menjadikan kehidupan kita ke arah yang lebih baik sebaliknya golongan pangkah ini tak memangkah pula artis kahwin mengalahkan bilionaire, rancangan realiti berbagai jenis yang realitinya terlalu hampeh. dan tak pula menentang sistem beraja di negara ini yang terdiri dari 9 sultan dan 10 raja, sedangkan di UK raja hanya 1 dan di belah rantau arab sana sultan dan raja hanya 1 berbanding kita di malaysia yang begitu banyak raja dan sultannya walaupun negeri hanya lah sekangkang katak.

harap2 golongan yang terlalu mengagungkan zaman dahulu bangunlah dari mimpi kerana dulu dan sekarang sama saje.cuma kecanggihan teknologi yang membataskan kita untuk mengetahui dunia di sekeliling kita,kalau masa tu dah ada internet rasanya lebih banyak ungkapan maki hamun yang kita dengar dari generasi zaman itu.