Saturday, December 13, 2014

Filem Lords Of Dogtown



Jay, Tony dan Stacy adalah 3 sahabat yang sama-sama menggemari sukan papan luncur dan skateboard. Mereka juga watak utama dalam cerita yang berlatar belakangkan zaman 70 an ini. Dogtown, nama tidak rasmi Venice, California tempat di mana sejarah awal revolusi skateboard bermula. 

Mereka asalnya hanyalah sekumpulan anak-anak muda yang cuba lari dari masalah keluarga masing-masing dan menghabiskan masa bersama-sama di Zephyr Skateboard milik Skip Engblom, yang diibaratkan abang/mentor kepada remaja ini. Skip memiliki kedai menjual peralatan meluncur air dan disitu jugalah dimana remaja ini sering melepak dan ada yang membuat kerja-kerja sambilan.


Tempat kebiasaan mereka meluncur adalah di tepi pantai dimana terdapat cerucuk bekas tapak taman tema di situ yang satu masa dahulu adalah tarikan utama pelancong ke kawasan Dogtown itu. Skip bersama rakan-rakannya sering meluncur di situ dengan Jay,Tony dan Stacy akan mengawasi kawasan pantai dan parking kereta di kawasan itu bagi memastikan kawasan itu hanya boleh digunakan penduduk dari kawasan itu saja.

Revolusi skateboard bermula apabila roda skateboard jenis baru diperbuat daripada Urethane yang mampu memberikan cengkaman, tidak seperti roda skateboard konvensional pada masa itu. Dari penciptaan roda urethane itu lah remaja-remaja ini mula menghasilkan skill-skill terbaru dan dari situlah bermula nya penubuhan Zephyr Boys atau Z boys yang mula menyertai pelbagai pertandingan skateboard di peringkat tempatan dan menjadi batu loncatan kepada Tony,Jay dan Stacy mencipta nama dalam sukan ini.

Mereka dikenali kerana teknik meluncur mereka mirip teknik meluncur ombak dan ini menjadi kelebihan kepada mereka kerana mereka banyak menghabiskan masa meluncur ombak. Ini adalah revolusi kepada dunia skateboard dan demam skateboard mula melanda Amerika akibat revolusi yang dicetuskan oleh Z boys ini.


Musim panas melampau melanda California, hampir kesemua kolam renang di kawasan itu tidak dipenuhi air dan para remaja ini mula mengambil kesempatan itu menambah skill mereka dengan meluncur di kawasan kolam renang yang mempunyai permukaan dinding yang melengkung dimana mereka boleh menghasilkan teknik-teknik meluncur yang baru. Dan ini lah pencetus kepada kewujudan ramp skateboard pada hari ini.


Setelah nama Z boys mula meningkat naik, para penaja mula mendekati 3 remaja ini dan menawarkan mereka kontrak lumayan. Ini mendatangkan rasa marah kepada Skip yang cuba membuat keuntungan dari anak-anak muda ini kerana perniagaannya yang berdepan masalah hutang, Tony mula meninggalkan kumpulan itu, diikuti Jay dan akhir sekali Stacy. Tidak diceritakan dengan lebih terperinci bila ahli-ahli Z boys yang lain mula meninggalkan kumpulan itu.


Masa depan Tony dan Stacy lebih cerah berbanding Jay kerana mereka memiliki kontrak yang besar dan sering mendapat perhatian media serta kerap menjadi pencabar utama dalam pertandingan skateboard diseluruh Amerika. Tony menjadi juara dunia dan Stacy mengembara dunia, Jay pula tidaklah semewah 2 rakannya itu kerana dia sering menolak pelawaan jenama-jenama terkemuka untuk iklan kerana berpegang pada prinsipnya. Jay akhirnya menjadi indiependent setelah penaja nya enggan menghasilkan skateboard dari material yang bermutu tinggi seperti yang dimintanya, ini mengakibatkan dia gagal beraksi dengan baik dan meninggalkan arena skateboard dan menyertai kumpulan gangster.

Skip pula menjual kedainya dan bekerja sebagai tukang membuat papan luncur, Trio ini kembali bersatu untuk memberi penghormatan kepada Sid, rakan mereka yang baru saja menjalani pembedahan akibat kanser. Tidak lama kemudian Sid meninggal dunia dan untuk beberapa bulan kolam renang di rumah Sid itu dikosongkan untuk anak-anak muda meluncur.

* sejujurnya tidak semua yang terkandung di dalam cerita ini adalah tepat 100%. Jeff Ho antara orang penting selain Skip Engblom tidak bersetuju wataknya diwujudkan dalam filem ini. Watak Sid pula hanyalah rekaan semata-mata. Sid yang sebenar hanyalah seorang budak yang ingin menjadi sebahagian daripada Z boys.

Filem Cool Running



Filem bertemakan sukan ini mengisahkan tentang sekumpulan 4 anak muda Jamaica yang menjadi satu-satunya pasukan dari negara beriklim tropika yang bertanding di Sukan Olimpik Musim Sejuk 1988 yang berlangsung di Calgary, Canada.

Cerita bermula dengan Derice, seorang pelari pecut 100 meter yang gagal di sesi kelayakan kerana dihalang oleh Junior yang terjatuh dan kemudian mengakibatkan seorang lagi peserta, Yul turut terjatuh dan mereka bertiga gagal menamatkan perlumbaan sekaligus peluang Derice, calon utama untuk mewakili Jamaica ke Sukan Olimpik musim panas gagal.

Derice bertemu dengan pihak Majlis Olimpik untuk bertanding semula tetapi cadangan nya ditolak. Di dalam bilik itu dia terpandang gambar lama mendiang bapanya bersama dengan Irvin, warga Amerika yang juga pemenang pingat emas 2 kali sukan olimpik musim sejuk dalam acara Bobsleigh. Derice yang tertarik dengan gambar itu cuba memujuk Sanka, kawan baiknya yang juga juara acara kereta luncur di Pulau Jamaica itu. Sanka tidak berminat pada awalnya kerana, bobsleigh itu sesuai di negara ber iklim sejuk  bukan tropika seperti Jamaica. Tetapi atas dasar persahabatan, dia cuba membantu Derice.

Mereka berdua pergi menemui Irvin yang kini menetap di Jamaica sebagai bookie sukan. Irvin dulu nya cuba memujuk bapa Derice untuk bertukar sukan dari lumba lari ke bobsleigh tetapi gagal. Di majlis memperkenalkan sukan bobsleigh kepada penduduk Jamaica hanya Junior dan Yul saja yang bersetuju membentuk pasukan bobsleigh Jamaica yang pertama.

Mereka mula berlatih dengan binaan bobsleigh yang mirip kereta luncur dan berlatih di lereng-lereng bukit. Mereka memerlukan 20 000 dolar untuk perjalanan dan belanja di Calgary nanti. Tetapi mereka hanya mampu mengumpul kurang dari 100 dolar. Junior muncul dengan membawa sejumlah wang tunai yang diperolehi hasil jualan kereta nya.

Setibanya di Calgary, mereka kekok dengan cuaca sejuk kerana tidak biasa berdepan suhu -25 darjah celcius. Masalah pertama yang mereka perlu hadapi ialah berdepan dengan negara-negara lain yang sudah lama melibatkan diri dalam sukan bobsleigh ini dan mereka tidak membawa bobsleigh bersama mereka dan Irvin meminta bantuan dari rakan-rakan lamanya untuk meminjamkan mereka bobsleigh untuk digunakan semasa sesi latihan. Bobsleigh yang ada hanyalah sebuah model lama yang usang, pada sesi kelayakan mereka bermula dengan teruk, seterusnya mereka berjaya memperbaharui catatan masa untuk layak ke pertandingan sebenar. Secara perlahan-lahan sejarah silam jurulatih mereka, Irvin mula didedah apabila dia didapati menipu untuk memenangi pingat emas dan pingat emas itu ditarik balik. Mereka juga dinafikan kelayakan apabila disingkirkan kerana tidak bertanding dalam pertandingan antarabangsa sebelum ini. Di saat akhir, pihak persatuan menarik balik keputusan mereka itu dan pasukan Jamaica kembali diserap semula.


Pada hari pertandingan mereka gagal menamatkan pusingan kerana tergelincir akibat masalah teknikal. Tetapi mereka menerima tepukan gemuruh dari penonton atas usaha mereka.

Apa yang dipaparkan dalam filem ini tidaklah 100% tepat seperti apa yang dialami pasukan bobsleigh Jamaica pada Sukan Olimpik musim sejuk 1988. Banyak penambahan dibuat untuk memastikan cerita ini dramatik.


Tuesday, November 4, 2014

Fakta Jenama Malaysia Yang Kita Tak Tahu

Pandai kan diorang guna jenama berasaskan tempat-tempat di luar negara untuk buatkan orang kita fikir jenama tu jenama luar negara dan lebih berprestij dari jenama tempatan yang lain.

Badan Lain-lain Tapi Rangka Kita Tetap Sama

Memanglah rangka kecik tapi ada diantara kita yang badan dia berotot, ada yang tak berotot jadi yang mempengaruhi struktur badan kita ni bukan rangka tapi otot dan lemak.


Erti Sebuah SPM


 

Betul apa dia cakap kan tu, abes SPM kena kerja untuk sedikit duit. Lepas dapat result SPM masing-masing kena setup hala tuju sama ada nak terus kerja, belajar atau jadi bini orang. Bila sambung belajar kena berhutang.. berhutang pulak berbelas ribu, ada yang cecah berpuluh ribu. Nak settle kan hutang makan masa 10 tahun, kadang-kadang ada yang berpuluh tahun kerja baru settle hutang. 


Masalah Laptop

Hampir 2 minggu aku tak aktif berblogging sebab laptop aku problem. Masalah dia ?? Blue Screen Of Death. Mula-mula aku ingatkan RAM aku yang problem, bila abang aku check rupa-rupanya Hard disk aku yang rosak.

Punca ?? Overheat, laptop aku ni 3 tahun pakai tak pernah servis, jadi pasal tu habuk debu berkumpul kat kipas laptop ni. Impak dia ?? Aku hilang semua fail-fail aku selama 3 tahun :( segala gambar-gambar lama aku dari tahun 2010-2014 hilang dan lesap buat selama-lamanya, begitu jugak dengan video-video anak buah aku masa kecik dan filem-filem yang aku ambik dari member zaman belajar dulu. Hilang dalam sekelip mata dan sudah tentu aku sedih segala kenangan bersama yang tersayang lenyap begitu saja.

Servis laptop ni saja dah makan Rm 80 ringgit. Tak lama lepas tu baru aku jumpa dealer yang  betul-betul prihatin dan tak cekik darah pada pelanggan marhaenis macam aku ni. Lepas jer hantar servis laptop ni baru aku tau kewujudan OK Computer Solution, sebuah retail yang khusus untuk membaik pulih komputer dari model yang latest hinggalah ke model yang susah nak dijumpai. Di website diorang jugak ada dinyatakan tip-tip menjaga laptop, komputer dengan cermat. Lepas ni kalau laptop ni problem aku fikir nak hantar ke OKCS je lah. Dari review yang aku baca, banyak pelanggan berpuas hati dengan servis OKCS ni, cepat, murah dan mesra pelanggan. Sambil repair laptop tu diorang boleh bagi tunjuk ajar lagi pada pelanggan tentang laptop.

OK ! 1 masalah dah selesai, tapi lokasi OKCS ni di Shah Alam, Aku di KL jadi nak kesana mesti makan banyak kos petrol. Bila aku check website diorang rupa-rupanya diorang ada cawangan di Gombak. Fuh !! lega lepas ni boleh la carik kedai diorang kat Gombak kalau laptop problem.


Thursday, October 2, 2014

Filem The Bilionaire A.K.A Top Secret


Filem ini tentang perjalanan awal seorang remaja lelaki bernama Itthipat Kulapongvanich aka Top, remaja Thai yang suka bermain permainan video online. Dia memperolehi pendapatan pertamanya dengan menjual senjata miliknya di dalam permainan video kepada gamers di negara luar, dari situ dia menjana wang dan mula membeli kereta mazda idamannya di usia 17 tahun, Dia kemudian berniaga DVD player tetapi rugi besar keraan alat itu adalah barangan tidak berkualiti dari China. Top menyambung pengajian ke Universiti atas desakan kekasih dan ibu bapanya.


Top menjalankan perniagaan menjual buah berangan di pusat membeli belah dengan membayar secara ansuran mesin memasak buah itu, dia berjaya membuka beberapa buah cawangan dalam masa setahun tetapi terpaksa ditutup kerana asap yang terhasil dari mesin itu menyebabkan siling pusat membeli belah itu kotor dan kontrak sewaan nya ditamatkan, ibu-bapa top cuba memujuk dia untuk berhijrah bersama mereka ke China kerana perniagaan bapanya dibebani hutang sebanyak 40 juta baht. Top kemudian menjalankan perniagaan rumpai laut hasil rumpai laut yang dibeli oleh teman wanita nya di luar bandar. 

Masalah pertama yang dilalui oleh Top dan pakcik nya ialah mereka tidak tahu teknik yang sebenar untuk memasak rumpai laut itu kerana apabila digoreng rasanya sungguh pahit dan pada satu malam Top menemui pakcik nya rebah di dapur dan mujur lah pakcik nya sempat diselamatkan. Keesokannya Top cuba menggoreng sendiri rumpai itu tetapi hasil nya masih tidak berubah, kemudian dia menemui sepaket rumpai yang terbiar di atas lantai dapur sehari suntuk dan berada dalam keadaan lembap akibat hujan lebat pada malam sebelumnya.


Masalah lain pula datang apabila rumah tempat Top dan pak cik nya tinggal bakal disita, Top pula terpaksa berpisah dengan kekasihnya kerana tertekan dengan masalah yang dihadapinya. Top mendengar kaset yang merakam perbualan pensyarah nya tentang teknik-teknik pemasaran dan Top mendapat ilham untuk memasarkan produknya yang diberi nama Tao Kae Noi dengan lebih meluas melalui perjanjian dengan 7-11 yang meluas cawangannya di Thailand. Dugaan baru pula ialah bentuk rekaan pek Tao Kae Noi itu tidak memenuhi piawaian rak pameran di cawangan 7-11. Top mengubah reka letak produk nya itu dan seterusnya dia perlu menghasilkan sebanyak 72 ribu pek untuk dipasarkan ke setiap cawangan 7-11 dan memiliki kilang pemprosesan sendiri. Top memohon pinjaman banyak sebanyak 19 juta tetapi gagal kerana belum cukup umur dan dibebani hutang bapanya yang banyak. Top menjual keretanya dan mula membuka semula premis bapanya dan diubah suai menjadi kilang pemprosesan, Top hampir hilang kontrak itu kerana kilangnya itu tidak memenuhi piawaian yang ditetapkan seperti tidak memakai sarung kepala,sarung tangan, lampu siling yang tidak ditutup menyebabkan debu dan habuk boleh jatuh ke atas rumpai laut yang digoreng, Sinki mencuci tangan sepatutnya menggunakan pedal bukan kepala paip kerana tangan pekerja akan kotor kembali jika hanya menggunakan kepala paip, sabun pembasuh tangan yang tidak membunuh bakteria sebaliknya untuk mencuci luka dan saluran parit yang tersumbat.

Top memperbaiki kesilapan itu dan berjaya lulus ujian Good Manufacturing Product itu dan bermula lah perjalanan Top untuk menjadi seorang bilionaire termuda di Thailand.