Thursday, March 29, 2012

depressed + heartbroken = forlorn


aku berhenti berharap dan menunggu datang gelap sampai nanti satu saat tak ada cintaku dapat
mengapa ada derita bila tercipta?
mengapa ada sang hitam bila putih menyenangkan?



                                         


                                            

tiada kata yang dapat ku gambarkan perasaan yang ku alami

terkapar kapar aku kelemasan
sakit dilambung ombak kerinduan
di dalam tidur di dalam jaga
diburu oleh mimpi yang serupa

mengapa aku jadi tidak menentu
kerana mu
                                           
ku menyusuri jalan berliku
membiarkan hari-hari berlalu
tiada salam tiada pesan
memaksa diri untuk melupakan
namun wajah mu bermain di mata ku tiap waktu

                                                
malam ku suram, siang ku kelam ku kegelisahan
mencari cari kemana pergi
harga diri ini
bertanyakan berita merisik khabar mendengar cerita
melaluinya kau ku hampiri
tiap hari
bersama luka di hati


tiada sehari yang berlalu
tanpa ku mengingati mu
rindu pada mu
sentiasa mendambakan
kasih dan sayangmu

semalam aku bermimpi
dalam hujan ku berlari
berlari mencari
memanggil namamu

nama mu yang sempurna
ku harap dan ku berdoa
semoga dapat bersua dengan mu

Wednesday, March 28, 2012

perkara yang memilukan


antara perkara yang memilukan sepanjang hidup aku :

  • kehilangan arwah nenek di usia yang muda

  • hilang teman baik

  • hubungan cinta yang gagal

  • gagal mencapai matlamat yang diinginkan sejak kecil

setiamu tiada lagi

Setiamu tiada lagi
Diriku kini engkau hindari
Kehadiran ku kau tak peduli
Senda ku menyakitkan hati

Tak tau apa sebabnya
Dirimu kini jauh beza
Memandang wajahku kau pun enggan
Mungkinkah aku kau lupakan

Kau bisikan... agar kau dilepaskan
Itu harganya... untuk kau berbahagia
Kau nyatakan... kau ada penggantinya
Kau tersentak... rasanya biar mati

Demi ketulusan cinta
Pada mu yang tiada batasnya
Ku relakan perpisahan ini
Biarpun menikam di hati

Tuesday, March 27, 2012

teh punjab di petang hari

pada minggu lepas aku lepak di khana khazana dengan ame dan raja.aku nak ikut pun sebab si raja nak memperkenalkan teh punjab kepada kitorang.si raja ni berasal dari punjab.
masuk saja raja tempah 3 cawan teh punjab dan kitorang berborak pasal asal usul raja dan dah berapa lama dia kat malaysia.
raja ni buat part time sebagai server/waiter kat vistana.kerja dengan dia ok dan just relax tak banyak membebel.selesa dapat staff macam ni.

sampai saja teh punjab aku dan ame tak terus minum pasal air dia panas sangat dan kitorang teruskan berborak dan dalam masa 8 minit berbual teh punjab masih tak suam-suam lagi.panas sungguh teh ni.rasa teh ni lebih kurang macam teh tarik dan rasanya berlemak + ber krim + susu segar. dan teh ni dibelanja oleh raja,murah hati orang punjab ni.

aku tak makan nasi,aku ok !

dah 3 minggu tak makan nasik pattaya
masuk khamis ni genap la 3 minggu aku berhenti makan nasik.sebab aku berhenti aku terkejut bila aku timbang berat badan aku mencecah 80 kilogram.padahal last time aku timbang berat aku dalam 60-61 kilogram.

dengan tekad dan azam aku berusaha untuk berhenti makan nasik dan setiap kali makan aku gantikan dengan mee goreng atau makan lauk saja.ini satu rekod baru kerana sebelum ni paling lama aku tak makan nasik adalah 24 jam.

dan aku masih hidup hingga ke hari ini.ternyata nasi tu hanyalah selera bukannya keperluan.,maksudnya tanpa makan nasik badan kita tak akan lemah.aku masih cergas lagi untuk buat kerja berat.

sampai sekarang aku tak terliur pun bila tengok nasik. roti kan ada,mee kan ada, itu boleh gantikan nasik. dan bila makan nasik,makanan yang tak dihadam tu susah nak di cerna dan sebab itu perut aku mudah kembung dan aku berasa tak selesa.
              
 aku nak sangat body kurus macam gambar di atas ni
                        
sejak berhenti makan nasik aku rasa lebih sihat dan macam tak percaya aku masih hidup tanpa menjamah sebutir nasi sepanjang minggu.aku takkan berhenti selagi berat badan aku tak turun dan aku nak badan aku kurus.pada aku kurus la senang nak carik baju dan seluar tiap kali time shopping berbanding badan saiz large macam aku.
                                        
harap-harap la tempoh aku berkempen tak makan nasik ni akan bertahan untuk 6 bulan dan sama ada aku kurus atau setakat turun berat badan itu sudah dikira menjadi.

aku terasing sendiri

Kegelisahan didalam kedinginan
Meniti sepi keseorangan
Sebuah kematian yang tiada bernisan
Sendu mengiringi perpisahan

Ruang nan luas diri bergerak bebas
Namun keupayaanku terbatas
Segala mimpi menjadi api
Perit membakar diri

Sebuah cinta dan harapan
Menjadi debu berterbangan
Tersekat nafasku kabur pandangan mataku
Amat tersiksa diriku
Kerana kehilanganmu

mengapakah terus mengharap menanti
Walau cukup kusedari
Kau tak kan kembali

Pemergianku mengisi permintaan
Biarpun dikau masih kuperlukan
Kita dikatakan pasangan bahagia
Kini terasing luka