aku tunduk malu tersipu-sipu malu
yang ku mahu kamu..
ada di depanku
Nanti ku menanti bila kau tanya aku
jadi kelu ku berada disisi kamu
kau sebut nama ku,
aku pun terpaku
wajahmu bermain diingatan
selalu...ku terkenangkan mu
Kamu yang buatku melayang terbang
kamu yang buatku mencapai bintang
kamu yang bawaku kesana
segala mula dari kamu
kamu...
dalam tawa,anggun renunganmu itu
yang bercahaya menyinari hatiku
adakah dia yang selama ini
ku nantikan
harum jua...jiwa ini
jiwa ini
wajahmu bermain di ingatan
selalu
ku kenangkankan kamu
biarkan hati ini berbisik perlahan
antara nilai sejati atau pun harapan
tak rela ku kehilangan sebuah kenangan
yang pasti akan tersimpan tak mungkin terpadam
walau apa melanda kita harus percaya
pada setia yang ada jangan sekali terlupa
kita harus bersama rela untuk berduka
dalam perjalanan ini
akan ku berjanji untuk setia takkan ada apa yang memutusnya
selasa kelmarin aku pergi ke jalan TAR bahagian lorong belakang nak tengok sama ada kedai jersi yang selalu aku pergi tu ada jual jersi everton away atau tak.dalam perjalanan ke situ aku singgah ke sebuah stall bergerak @ lori la kiranya.aku membeli cucur udang pada harga 2 ringgit dan sebaik saja menjamah ke mulut selera aku hilang serta merta.aku cukup benci dengan sikap peniaga yang jual cucur udang atau nama sebenarnya cucur tepung + serbuk kunyit + daun sup + tauge. aku tau la udang mahal tapi ber agak-agak la sampai tak letak udang dalam cucur yang dipanggil udang tu.aku heran dengan sikap peniaga ni apa salah nya udang tu dipotong dan dicincang lepas tu baru gaulkan dalam adunan tepung.
gambar sebenar
sebelum ni pun aku pernah beli dari peniaga cucur udang yang lain tapi aku nampak jugak udang yang dia letak kat cucur tu.satu lagi masalah,udang yang digoreng bersama cucur tu masa dipotong udang tu akan jatuh dan akibatnya terpaksa la main tikam lidi dalam plastik cucur udang tu sampai dapat udang yang seekor tu.bukan aku komen udang dia kecik pasal mak aku pun buat cucur udang guna udang spesies yang sama tetapi untuk memastikan setiap cucur udang tu ada udang di dalamnya mak aku akan cincang udang tu dan kemudian baru lah digaul dan digoreng bersama supaya udang tu melekat dalam cucur tu dan tak gugur atau tercicir semasa menghiris cucur.dari menggaul bersama udang dan adunan tepung tu la akan wujud keserasian antara udang dan cucur dan kemudian di panggil cucur udang.sebab bila digaul udang tu secara tidak langsung melekat dalam adunan cucur.
bukannya dengan menggaul adunan tepung lepas tu bila nak letak dalam kuali baru letak udang,memang tak melekat la udang tu.lagi satu yang aku heran, kebiasaannya peniaga akan membeli udang dari pemborong seperti NSK atau pasar borong dan pasar basah dan jika dibeli dari sumber sebegitu sudah pastinya udang yang dibeli lebih murah dan banyak dari yang dibeli dari pasarraya seperti giant,carrefour,dan tesco. tapi ni udang seciput entah dari mana dia beli agaknya ke udang sekarang ni diternak dalam air laut berteknologi HAI-O ??
aku mula mengenali XFM di saluran radio milik astro 8 tahun lalu pada masa itu XFM dikenali dengan X FRESH fm yang menjadikan para remaja sebagai sasaran pendengar mereka,antara barisan DJ terawal X fresh Fm ialah adi fashla & burn - af 1. ada juga DJ lain tapi disebabkan 2 tahun tak mendengar XFM aku sudah lupa dengan barisan deejay nya.yang aku tau shac,rizal,ray,haniff,ira dan dina yang kini di radio era dahulunya juga dj di Xfm .memang Xfm tak popular tapi aku menghormati xfm kerana pada era pra indie invasion mereka telah memperkenalkan konsep 100% lagu-lagu malaysia iaitu memainkan lagu-lagu band2 indie antara yang aku ingat ialah harmacy - rioh & SAM kuman - aku seekor kuman, ada juga lagu lain tapi2 lagu ini yang paling aku ingati hingga kini. sam kuman - aku seekor kuman
harmacy - riuh
bila mengingati XFM secara automatik aku akan mengingati zaman remaja sekolah aku yang menghabiskan masa lapang dengan menekan butang astro 858 dan mendengar lagu-lagu baru yang dimainkan oleh Deejay.mulai 9 julai 2012 frekuensi 103.0 sudah tidak berfungsi lagi dan XFM memilih untuk bersiaran secara online,dengan ini berakhirlah sudah perjuangan radio 100% malaysia yang masih lagi memperjuangkan konsep memainkan muzik malaysia kepada pendengar walaupun XFM cukup dikenali tetapi mereka tidak mendapat rating yang top seperti hot,era,sinar dan suria FM malah XFM juga lebih rendah rating nya dari radio milik RTM yang berlambak-lambak.
selepas ini para remaja jadi lah hamba telinga kepada najwa latif,mizz nina,siti nurhaliza,yuna,shila amzah tanpa mereka sedar yang mendengar muzik sebegitu hanyalah penyedap telinga dari membawa kita berfikir sambil mendengar bunyian muzik dan kemudian bercita-cita tampil dengan muzik tersendiri dan berangan-angan mempunyai rock band.XFM juga kaya dengan sokongan kepada band2 tempatan dengan sering mempromosi konsert,festival muzik atau gig.
juga sentiasa di ingatan aku - brader LOVE ! dia ni jadi idola aku sampai sekarang dia ni jadi pendamai atau peacemaker di kalangan pasangan kekasih yang bergaduh.paling aku ingat masa brader love jadi orang tengah antara penjual burger,samad dan bekas tunang dia yang materialistik,bekas tunang dia tu dah ada lelaki lain memilih untuk memutuskan ikatan pertunangan paling tak boleh blah si sheren ni hina pekerjaan samad si penjual burger.dalam temubual tu brader love selambek je sound perempuan tu.aku bukan seorang yang materialistik dan begitu juga D aku.pada aku,perempuan high maintenance @ materialistik ni tak lama hidup dia atau erti kata lain tak reti berdikari @ bertanggungjawab.dalam kes tu brader love nampak cuba kontrol kemarahan dia dan yang best nya panggilan telefon antara brader love,samad dan tunang dia sherene tu disiarkan tanpa ditapis.
memang XFM belum mati lagi kerana akan bersiaran secara online tapi apa bezanya bersiaran secara online dengan mendengar lagu di MP3 ??? antara punca kejatuhan jumlah pendengar XFM 2 tahun lalu ialah kerana membelakangi motto mereka sendiri, iaitu "berdiri dibelakang bunyi baru muzik Malaysia" X FM
membelakangi motto mereka dengan mengudarakan lagu-lagu tahun 90-an dan
kebawah, walaupun telah di kritik oleh pendengar, mereka tetap
meneruskan siaran tersebut. namun kini mereka menggunaka motto baru
iaitu xfm rocks untuk menmperdengarkan lagu 90-an kebawah
bagi generasi seperti aku tidak salah kalau nak memainkan lagu era 90 an seperti spiral kinetic circus,infectious maggots,nice stupid playground tapi jangan la sampai memainkan lagu-lagu spring, dan se spesies dengan mereka pasal kalau nak dengar lagu diorang tu lebih baik kami sebagai pendengar memilih radio RTM dan radio yang lain yang memang pasti memutarkan lagu sebegitu setiap hari,sebab nak inginkan muzik baru dan sesuatu yang lain dari yang lain lah kami memilih XFM.aku melihat ini seperti peristiwa di dalam filem the boat that rocked di mana radio ROCK yang beroperasi melalui bot di laut atlantik di kawasan perairan britain kerana pada masa itu kerana jika stesen radio itu hendak bersiaran mereka harus mematuhi undang-undang yang ditetapkan oleh BBC. radio BBC memainkan muzik klasik sahaja jadi pendengar yang berjiwa muda dan inginkan bunyi baru memilih mendengar RADIO rock yang digelar pirate radio kerana bersiaran dari bot di lautan.dan bukannya bersiaran dari bangunan serta memainkan muzik rock tanpa henti ini menjadikan radio rock mempunyai 25 juta pendengar di samping DJ yang ada identiti tersendiri seperti midnite mark,gavin cavanaugh,quentin dan the count.
seperti di dunia sebenar selepas era pirate radio berakhir para DJ nya di lamar oleh stesen radio lain untuk menjadi DJ mereka,begitu juga dengan XFM setelah pengarah operasinya ditukarkan radio ERA yang sedang mengalami perubahan pada masa itu,dibawa sekali Deejay dari XFM yang dan hasilnya kini 90 peratus dj radio era dahulunya dari XFM.
zaman aku form 3 dan 4 dulu setiap hari jumaat aku akan singgah ke masjid muadz bin jabbar di setiawangsa.dah jadi rutin harian aku setiap hari jumaat pasal bas/van yang aku naik selalu ambek lewat jadi dari berdosa tak solat jumaat baek aku korbankan 70sen aku untuk tambang dari setiawangsa ke jelatek.dalam 12.40 tengah hari aku dah bersila kat masjid muadz tu sebelum mendengar khutbah aku membaca flyer atau risalah yang disediakan beserta hadis dan memerhati gelagat manusia,di samping tu jugak aku menenangkan fikiran dengan melupakan segala masalah dan berfikir selepas solat jumaat ni aku nak pergi mana,biasanya aku akan pergi 7 eleven beli gula-gula,beli wafel depan 199,dan singgah kedai alat tulis yang aku tak ingat nama dia walaupun dah 6 tahun beli G3 kat situ.
dengan berbaju melayu sekolah berwarna putih aku merenung ke jalan raya tengok orang pergi ke masjid untuk solat jumaat,aku jugak tengok para peniaga di luar masjid yang sibuk berniaga makanan,ubat kuat,siasah,suara keadilan,harakah itulah keunikan masjid di KL ni di luar masjid setiap hari jumaat berniaga di situ macam berniaga di pasar malam berbanding masjid di luar KL yang rata-ratanya berfikir masjid hanya tempat untuk bersolat,sembahyang jenazah dan mendengar ceramah.semasa khutbah tengah bersidang pulak aku terganggu dengan bunyi bising budak SMK DTHO yang khutbah nya lebih bertenaga dari khutbah imam.
masa tingkatan 4 aku dah tak selalu pergi masjid tu pasal aku biasanya balek terus ke rumah,mandi dan bersiap pergi masjid.sebab sembahyang jumaat pukul 1.45 jadi dalam 1.15 aku dah ada kat rumah,mandi,besiapdan 1.30 dah pergi masjid.
setakat ni kat mcd malaysia ni aku tak pernah lagi jumpa telur yang dilipat kalau telur dimasak dalam bekas bulat tu ada lah. dan video di bawah ni menunjukkan cara melipat telur di mcd. aku heran kenapa mcD malaysia ni tak terbuka kepada orang luar yang nak tahu cara-cara mereka memasak telur dan patty burger.
seumur hidup aku,tak pernah aku tengok gajah beranak dan ini kali pertama.sungguh tragik bila tengok si ibu cuba mengeluarkan anaknya maklumlah anak gajah saiznya sama besar dengan seorang remaja.tak boleh bayankan kesakitan dia mengandungkan anak sebesar tu. paling ngeri bila tengok darah melimpah lepas anak dia dah selamat dilahirkan macam pecah je perut dia.lepas anak dia selamat dilahirkan aku heran kenapa si ibu menendang anak dia rupa-rupanya nak bukak selaput yang menutup bayi dia tu.