Monday, March 31, 2014

Lagu Tema Phineas Dan Ferb Bahasa Melayu





Siri animasi Phineas dan Ferb ini adalah siri kartun yang disiarkan
di Disney Channel dan Disney XD. Aku mula minat dengan siri ni sebab
ciptaan 2 beradik Phineas dan Ferb yang cool dan canggih tetapi selalu
hilang sebelum sempat di lihat oleh Ibu mereka. Siri ini 100%
diterjemahkan dalam bahasa Melayu termasuk bahagian di mana 2 karakter
utama siri animasi ini akan menyanyi dan lagu mereka itu dinyanyikan
dalam bahasa Melayu, ini sungguh berbeza jika dibandingkan dengan siri
animasi yang disiarkan di tv9 dan astro ceria dimana, hanya dialog
perbualan yang di 'dubbing' kan ke dalam bahasa Melayu tetapi lagu-lagu
mereka masih lagi dinyanyikan dalam bahasa asal Jepun/Inggeris.

104 panjangnya cuti ku sebelum sekolah bermula...

Bagaimanakah harus ku mengisi masa

Dengan perkara yang berguna



Marilah !!

Membuat roket atau bergurau mari kita naik Eiffel Tower

Mencari sesuatu yang tak pernah wujud

Atau mandikan si monyet tua....



Bermain di pantai

Jadi cerdik pandai dan mencari akal Frankenstein !!



Cari burung Dodo

Mengecat dinding PUDU

Dan menyakat si kakak ku



Buat semua perkara sebelum sekolah ku bermula

Bersama kita Phineas dan Ferb lakukan semuanya !!

Bersama kita Phineas dan Ferb lakukan semuanya !!


Wednesday, March 26, 2014

Dokumentari Punk Di Acheh

Dalam dokumentari ini aku tertarik dengan seorang punker dari Banda Aceh, Caplex Wahyu Muchlisa, vokalis band punk Trotoar Chaos. Dia sebatang kara setelah terpisah dengan abang kandungnya dan kini dia ada menjaga seorang anak yatim piatu bernama Sandi mereka berkongsi nasik kerana tidak cukup wang untuk membeli makanan ini cukup menyentuh hati aku bagaimana mereka ini cekal dan tabah untuk meneruskan kehidupan dengan cara mereka sendiri tanpa dipaksa, ibu-bapa dan adik perempuannya meninggal akibat tragedi Tsunami 2004 dulu.

Mengikut pengalaman, Aceh dahulunya bukanlah berpandukan syariat islam seperti yang dilihat dalam dokumentari ini, hanya kerana peristiwa Tsunami 2004 itu telah merubah imej Acheh dan menyebabkan munculnya golongan hijabista seperti buk Illiza yang menjadikan Acheh kini adalah pusat Hijabista dan mulai munculnya trend berhijab tetapi berseluar ketat dan ber kasut tumit tinggi....

 

Thursday, March 20, 2014

Mozilla Firefox Mess Me Up

Mozilla !! why are cant be open ?? i had clicked so many time but still cannot open. Just now i started to using google chrome frequently, no wonder because majority part in this world are using google chrome browser, and mozilla firefox only 10 percent of it percentage. So I no longer hipster.....

Wednesday, March 19, 2014

Freesat UK : TV Satelit UK



Freesat ialah pembekal TV Satelit di United Kingdom hasil usaha sama BBC dan ITV, 2 syarikat siaran tv percuma terkemuka di UK. Tanpa yuran bulanan dan hanya perlu membayar yuran untuk pemasangan, ini sudah cukup bagus untuk penonton TV di UK, kerana mereka memperolehi sebanyak 200 siaran TV selain itu ada juga video on demand. Mereka hanya perlu membayar cukai tv 145.50 pound setahun, dana dari cukai itu digunakan untuk BBC beroperasi seperti siaran TV BBC,Radio BBC dan Berita BBC.


Jangan terkejut Freesat ini ialah antara 3 pembekal TV satelit percuma di UK, selain FREEVIEW dan FREESAT BY SKY. Dengan 3 pesaing untuk membekal tv satelit ini sudah cukup bagus walaupun siaran tv mereka hampir semuanya sama kecuali kuantiti siaran mereka yang berbeza. Di Malaysia, astro mendominasi kesemuanya, hinggakan penggunaan satelit sebagai receiver pun di khas kan untuk mereka sahaja.

 apa itu freesat ??  
apa yang ada di Freesat ??
dapatkan freesat hari ini juga!
siaran tv freesat

Maksud Half Brother Dan Step Brother

Pada mulanya aku fikirkan 2 perkataan ini membawa maksud yang sama tetapi rupanya berbeza, Half brother ialah mereka yang berkongsi ibu/bapa yang sama tetapi ibu/bapa mereka berkahwin lain. Step Brother pula si A dan B yang sudah bercerai tetapi mempunyai anak berkahwin untuk kali yang kedua dan anak-anak mereka itu dianggap Step Brother melalui ikatan perkahwinan yang terjalin antara Si A dan B. Ini pada pandangan dan pemahaman orang barat lah.



 Half Brother -

Contohnya Khairul berkahwin dengan kamelia, tetapi bercerai dan mereka mempunyai 1 orang anak bernama Khairil. Kemudian Khairul berkahwin buat kali kedua dengan Kamariah, yang masih bujang. Apabila Kamariah mengandung dan melahirkan anak bernama Khairudin jadi dia adalah HALF BROTHER kepada Khairil kerana mereka berkongsi  bapa yang sama.


Step Brother -

Lawrence berkahwin dengan Laura, Lawrence sudah mempunyai anak bernama Fabrice dari perkahwinan terdahulu yang berakhir dengan perpisahan. Laura pula ibu tunggal yang juga memiliki anak dari perkahwinan sebelum ini bernama Venice dan Candice. Jadi Fabrice,Venice dan Candice adalah STEP BROTHER kerana mereka berasal dari ibu dan bapa yang berbeza tetapi dianggap Step Brother kerana disatukan pertalian menerusi perkahwinan kedua ibu-bapa mereka.


Monday, March 10, 2014

Beaches Negril Resort and Spa ,Jamaica

Bila tengok gambar resort ni buat aku rasa macam nak pergi sana sekarang jugak. Dengan pantai yang cantik,air laut yang jernih, swimming pool, gelongsor air, apa lagi aku mahu ??



Monday, March 3, 2014

SMK Taman Melati K.L



Dah 4 tahun jugak aku tak pakai seluar hijau + baju sekolah, tapi aku tak berdebar dan gementar pulak masa mula-mula masuk sekolah ni untuk mendaftar sebagai calon MUET

Bila Nak Belajar Ni ??

Cantik betul perangai....tau la sabtu ni ujian writing,reading dan listening je, aku boleh dok buat relax lagi sejak abes speaking test MUET selasa lepas.. rasanya dengan membaca daily mail dan wikipedia setiap hari itu boleh la dianggap latihan kepada aku untuk memantapkan bahasa Inggeris aku secara tak sengaja kot -__-.