Saturday, March 23, 2013

Ini Malam Earth Hour

masuk tahun ini sudah kali ke 5 earth hour diwujudkan.

2009 -  aku bagi cadangan kat member aku di petang jumaat, kau tutup lampu tapi kipas dan tv kau on

2010 -  aku tidor petang dan tak sedar dah pukul 8.30 malam,aku tengok mak dan bapak tengah tengok tv kat runag tamu

2011 - takde apa yang aku ingat kecuali aku rasa masa ni aku mula-mula buat blog

2012 -  masa ni aku praktikal kat fnb dan sebelum balik aku bertungkus lumus siapkan dewan sitiawan kat hotel vistana dengan kak shida.leceh betul la orang yang sewa dewan tu namanya tengku apa entah aku dah lupa yang pasti perempuan meleis la.dah la pakai sound system sampai rosak.itu rasanya first time aku balik hotel dalam keadaan hotel gelap.

2013 -  apa aku akan buat malam ni ???



Cool Ke Jadi Lelaki Tradisional ??

 
kajian dan tinjauan yang dibuat universiti missouri dan universiti negeri utah menunjukkan hubungan suami isteri akan lebih bahagia bila suami membantu atau melakukan tugasan suri rumah dan juga menjalin hubungan rapat dengan anak-anak.

ini kita dapat lihat dalam norma keluarga melayu, si suami bekerja pagi - petang balik rumah baca paper,makan dan tido.tak pasti adakah kerja office itu mampu membuatkan badan lemah atau minda lemah,atau mungkin kerja luar office seperti meniaga itu hanya membuatkan si lelaki menunjukkan pada orang dia gagah mengangkat kotak berat,tetapi di rumah hendak menyapu lantai pun malas.

ini benda yang perlu diubah,pada aku perempuan bergelar isteri itu bukan sekadar mesin melahirkan anak,suri rumah atau pasangan halal.tetapi lebih dari itu,aku mengaku yang mak-bapak aku jugak tak mengamalkan apa yang aku sembangkan ini tetapi bagi bujang seperti aku yang akan mempunyai rumah tangga nanti pasti merancang dari sekarang bagaimana membentuk keluarga sendiri dengan budaya berumah tangga yang  baru iaitu melakukan apa jua tugasan rumah seperti membasuh,mencuci kain,memasak kerana pada aku lelaki itu lebih dihormati oleh wanita jika dia membuat apa yang wanita buat.
aku jugak sedikit berang dengan bapak aku yang membiarkan mak aku seorang buat kerja di dapur.apa salahnya dia potong bawang,basuh sayur,masak nasik dan sediakan air minum untuk makan tengah hari.takkan sepanjang hari minggu dihabiskan untuk tidor,baca surat khabar dan tengok berita saja.

dalam kajian itu juga menunjukkan lelaki yang menjalin hubungan baik dengan anak-anak akan lebih bahagia,dalam tipikal kekeluargaan melayu si bapak lebih membiarkan tanggungjawab mendidik anak-anak kepada isteri sudah la isteri mencari nafkah,membuat kerja rumah,dia juga dibebankan seorang dengan tanggungjawab mendidik anak.aku rasa lelaki melayu ni hanya romantik bila bercinta tetapi tak romantik bila berumah tangga.

jalan mudah untuk menjalin hubungan mesra bapa-anak ialah membaca buku cerita kepada anak-anak sebelum mereka tidor,dan juga menemani anak-anak itu membuat apa yang mereka minat seperti menonton wayang cerita kartun,pergi ke kedai mainan itu berkesan kerana si anak itu berasa bapa mereka sedia masuk ke dunia mereka.
aku sekeras-kerasnya menentang mana-mana bapa yang memberatkan isteri mereka,sebagai lelaki apa salahnya membantu membuat kerja rumah seperti membasuh kain,menyapu lantai,memvakum,melipat kain,dan membuat air minuman untuk isteri.isteri itu adalah pasangan hidup bukan hamba