Thursday, December 26, 2013

Beza Hari Mengundi Malaysia Dan UK

blogger yang pernah belajar di London School Of Economic ini antara blogger yang menjadi favourite aku terutamanya melibatkan entri-entri nya yang membezakan Malaysia dengan United Kingdom, entri ini agak lama tetapi cukup berinformasi, aku rasa mengundi di UK lebih mudah dan teratur berbanding di Malaysia

http://www.longhaffiz.com/2010/05/mudahnya-mengundi-di-united-kingdom-uk.html


Tuesday, December 24, 2013

Pasar Ikan Waterfront Sejarah Yang Hilang...

Setelah sekian lama tidak menyelusuri tebingan Kuching atau nama Inggerisnya, Waterfront aku berasa sedikit hairan kerana pasar basah yang berada di kawasan Brooke Dockyard berdekatan India Street sudah tiada lagi dan patut lah aku berasa  hairan kenapa sebelum bila pergi ke Waterfront, aku akan bermula dari kawasan yang berhadapan dengan Kompleks Mahkamah lama seperti kebiasaan, bukan dari kawasan yang serba asing ini. Bila difikir kembali, rupa-rupanya tapak di mana aku melangkah ini dulunya adalah bekas tapak pasar ikan, patut lah aku berasa perjalanan sepanjang tebingan Kuching ini berasa sedikit jauh kerana laluan yang pendek 1 ketika dahulu sudah dipanjangkan.....


Semasa sampai di seberang sungai, aku sempat mengambil gambar waterfront dari kawasan seberang, ini menjadi petunjuk kepada aku untuk 50 tahun akan datang untuk melihat sejarah apa pula yang bakal hilang selepas pasar ikan, apa pula yang bakal dirobohkan..... hairan dalam kepala yang sedang pening ketika itu.... Negara-negara Eropah seboleh-bolehnya ingin mengekalkan bangunan lama mereka untuk dijadikan tapak warisan dan tarikan pelancong, tapi di negara dunia ketiga ini warisan zaman berzaman itu dirobohkan atas dasar pembangunan dan kemajuan.... kemajuan ??? sebaik saja aku kembali ke waterfront aku sempat melihat ke gigi air sungai sarawak dan terdapat sisa-sisa sampah yang terdampar dan lagi menyakitkan pemandangan terdapat kipas berdiri dan duduk yang dibuang ke sungai terdampar disitu.. ini ke kemajuan ??  my arsehole



Kisah Top Up Maxis Dan Nombor Phone

Masa aku nak call miss D petang semalam aku terkejut pasal apa keluar suara operator suruh aku top up sebab aku cek baki kredit aku ada dalam 14++. Tiba-tiba aku teringat yang Hotlink Youth Club Plan aku dah tamat tempoh, terpaksa la aku beli top up RM10 semata-mata untuk aktifkan nombor maxis ni.

Sampai di Pernama, cashier tu kata Top Up RM10 dah habes....pelik campur hairan pun ada dalam fikiran aku masa tu, sebab dia buat top up secara online dan print out dari mesin kad kredit/debit macam yang kita selalu jumpa di Petronas tu. Aku pun beli je la top up RM 5 + 5 = RM 10. Di rumah aku pun terkejut kenapa kod top up ni tak sah !? dah banyak kali try dan dalam 1 jam tu berkali-kali jugak la aku mendail *100# untuk membebaskan nombor maxis aku dari sekatan, dalam tempoh tu berkali-kali jugak lah aku melayari laman sesawang Maxis tapi takde satu pun FAQ yang betul-betul membantu.

Dalam pressure tu aku pun mengadu kat Miss D yang nombor aku ni problem, tadi suara operator  suruh top up aku pun top up tapi bila nak key in nombor kad top up ni dikatanya nombor tak sah pulak! dalam tak keruan tu pun aku mendapat hidayah......

Rupa-rupanya nombor yang aku key in *111* 16 angka # tu salah !!! aku key ini nombor bar kod bukan nombor PIN top up !!! LOL nombor bar kod tu adalah nombor yang di scan untuk pengesahan penjualan top up itu oleh cashier dan nombor PIN ialah 16 angka yang berada di bahagian bawah resit top up !! dan juga nombor sebenar dan sepatutnya aku key in...nasib baik aku tak call maxis customer service, kalau tak dengan aku sekali dapat malu

Monday, December 2, 2013

Filem Melayu....

Mutu filem merudum

FILEM KL Gangster 2 arahan Syamsul Yusof di mana moral dan akhlaknya untuk dijadikan rujukan masyarakat.
TAHUN lalu sebanyak 76 buah filem tempatan dihasilkan berbanding 49 buah filem pada tahun sebelumnya. Dari sudut kuantiti, ini memanglah satu perkembangan positif.
Lebih malang sambutan yang diberikan oleh penonton filem tempatan tahun ini juga merudum berbanding beberapa tahun sebelum ini. Jika dilihat kepada beberapa filem Melayu mahupun Mandarin dan Tamil tempatan, jumlah pungutan tiket cukup menghampakan sehingga ada yang hanya mendapat hasil jualan sekitar puluhan ribu ringgit sahaja.
Ya, benar sekiranya penerbit atau pengarah filem mengatakan bahawa pungutan tiket filem-filem luar juga sama. Mungkin ini adalah hakikat yang sedang dihadapi oleh industri perfileman global.
Bandingkan walaupun hanya 49 buah filem tempatan yang ditayangkan pada 2011 namun jumlah kutipan kasar mencecah RM126.49 juta berbanding 76 buah filem yang hanya mencatat kutipan sebanyak RM97.29 juta pada tahun lalu.
Pada tahun ini dengan 60 buah filem mencatat jumlah kutipan tiket hanya RM60.58 juta (sehingga September).
Tidak dinafikan ada faktor yang tidak diingini berlaku kepada salah sebuah filem tahun ini iaitu KL Gangster 2 yang telah dirakam rompak sebelum tayangannya sehingga jumlah yang sepatutnya diperoleh oleh pengarahnya lebur begitu sahaja.
Ini mungkin satu punca yang secara tidak sengaja berlaku tahun ini namun punca sebenar kepada merudumnya hasil jualan tiket pada tahun ini tidak boleh dituding kepada faktor ini sahaja.
Siapakah yang perlu dipersalahkan dalam hal ini? Penonton atau pihak berwajib seperti Finas? Ataupun perkara ini berlaku disebabkan oleh sikap penerbit atau pengarah sendiri?
Tidak keterlaluan jika dikatakan mungkin perkara ini terjadi kerana sikap penerbit dan pengarah tempatan. Boleh dikatakan penghasilan filem yang bukan setaraf selama ini menjadi sebab utama mengapa situasi ini berlaku kepada industri perfileman kita.
Penonton tempatan mungkin sudah bosan dengan apa yang dihidangkan oleh setiap filem yang mereka tonton. Filem-filem yang buruk, tidak bermutu dan mempersendakan intelektualiti penonton berlambak di pawagam. Apakah pengarah atau penerbit mengharapkan filem-filem ini dijamah walaupun buruk, busuk dan beracun kepada akhlak masyarakat?
Setiap tahun, filem yang sama sahaja ditonjolkan. Filem yang bermutu untuk mengubati penyakit sosial pula boleh dibilang dengan jari.
Sekiranya penonton kita dihidangkan dengan filem-filem yang berkualiti mungkin situasi ini tidak akan berlaku.
Dalam hal ini siapakah yang sepatutnya membimbing penonton kita kalau bukan dengan filem-filem kita sendiri.
Penerbit serta pengarah sepatutnya sudah lama menyedari hakikat ini malah pihak berwajib seperti Finas misalnya perlu ada satu pelan dalam memastikan kelangsungan filem-filem bermutu tempatan.
Setiap yang terlibat dalam industri filem kita sepatutnya berganding bahu bagi mewujudkan suasana industri filem kita agar berada pada tahap sepatutnya.
Kalau sebelum ini banyak pihak menganggap dengan jumlah filem meningkat dan kutipan juga meningkat sebagai satu kemajuan. Ini bukan kemajuan kecuali industri filem menerbitkan filem yang wajar untuk ditonton.
Kita selalu terperangkap dengan angka-angka. Padahal filem sebagai karya seni yang berkait rapat dengan pemikiran tidak boleh diterjemah dalam angka. Maka padanlah orang tidak menonton kerana sikap pengarah dan penerbit sebahagian besarnya hanya mengeksploitasi penonton. Ini sikap tidak bertanggungjawab

 sumber : utusan Malaysia

apa yang aku boleh kata ?? setiap apa yang berlaku itu mesti ada faktor nya, jadi tanpa segan silu aku menuding jari kepada metrowealth yang jadi dalang kepada lambakan kuantiti filem melayu di pasaran tapi tiada nilai kualiti pada filem itu. 2 tahun jugak aku tak menonton filem Metrowealth ni selepas filem terakhir yang aku tonton ialah Senario OPS Pocot.

Terputus Bekalan Air Dan Elektrik



1) takde elektrik =  tak perlukan air
2) takde air          = tak perlukan elektrik

2 situasi berbeza yang aku lalui di 2 tempat berbeza ..
situasi 1 aku lalui di rumah pakcik di kampung, situasi 2 aku lalui semasa terjadi peristiwa di mana seluruh lembak Klang terputus bekalan air sebab sumber air dicemari tumpahan minyak diesel
ada elektrik + ada air = BOSAN…..

Tuesday, November 12, 2013

Video Paranoid Melayu Tak Semestinya Islam

at the initial I thought this video is liberal approach about how malay practise christian in their daily life.... but after i watched the video until the end... it is far away from what i predicted....

if he or she chose to be christian why should this bullshit amateur production made a kind of paranoid video ?? seriously i see this video only to cause a fight between christian and islam. So Islamic element in this video is show that the moment when a man try to hug his wife/gf from behind but she refuse to do so ( which is mean that islamic law prohibited that kind of act by hugging a woman) , later that man went out from his house and the woman goes in to her bedroom and stare at the bible...this show that christian is support that kind of act ?? stupid video maker....

if this couple are husband and wife why should considered this as immoral act ?? they are marriage couple so no sin or wrong doing when a hubby try to flirting with his wife. when the camera focus on bible..is show that the woman is regret to marrying a christian ? i dont blame a person by his religion but I blame that person by his wrong doing.

for me Malaysia = paranoid toward religion....


Saturday, November 9, 2013

Beza Lelaki Dan Perempuan

Men is more frankly than women...that's the fact and no subliminial meaning when they speak


Friday, November 8, 2013

Mengharumkan Nama Universiti ?? Mahasiswa Jenis Ape ni ??

Dua pelajar antarabangsa harumkan Unimas

SEPTIAN M. Harris Nasution (tiga dari kiri) dan Devi Warsita (tengah) masing-masing memenangi tempat pertama dan ketiga dalam pertandingan nyanyian lagu Melayu sempena Festival Budaya Pelajar Antarabangsa 2013 di Kuala Lumpur, baru-baru ini.
KOTA SAMARAHAN 5 Nov. - Dua pelajar antarabangsa mengharumkan nama Universiti Malaysia Sarawak (Unimas) apabila membawa pulang dua anugerah dalam Festival Budaya Pelajar Antarabangsa 2013 di Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Kedua-dua pelajar tersebut, Septian M. Harris Nasution dan Devi Warsita yang berasal dari Indonesia masing-masing memenangi tempat pertama dan ketiga dalam pertandingan nyanyian lagu Melayu.
Septian yang menyanyikan lagu Fantasia Bulan Madu berjaya memukau juri yang sebulat suara memilih beliau sebagai juara bagi kategori Nusantara (Lelaki) sekali gus membolehkannya membawa pulang hadiah wang tunai RM1,500, trofi dan sijil.
Sementara itu, Devi yang mendendangkan lagu Memori Tercipta memenangi tempat ketiga kategori Nusantara (Wanita) dan menerima hadiah wang tunai RM750, trofi serta sijil.
Septian, pelajar tahun satu Fakulti Sains Sosial berkata, dia tidak menyangka nyanyiannya berjaya memikat hati juri.
"Saya tidak menaruh harapan tinggi untuk menang kerana kesemua peserta mempamerkan persembahan bermutu meskipun mereka tidak fasih berbahasa Melayu.
"Namun saya bersyukur apabila dinobatkan sebagai juara dalam pertandingan ini," katanya.
Bertemakan 1World Culture, Festival Budaya Pelajar Antarabangsa anjuran bersama Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Universiti Nilai berlangsung pada 25 dan 26 Oktober lalu.

Ini serius memalukan....ingatkan buat ciptaan terbaru atau pun buat kajian yang menghasilkan sesuatu yang berfaedah kepada masyarakat tetapi.... setakat menyanyi lagu fantasia bulan madu dan memori tercipta dah di anggap mengharumkan nama universiti ?? apa guna dia belajar 4-5 tahun dalam fakulti sains sosial kalau setakat nyanyi lagu untuk mengharumkan nama universiti ? Universiti tu kan gedung ilmu...bukan tempat untuk menghasilkan penyanyi.....adoi, kalau setakat nak nyanyi lagu baik bagi kat mamat busking je...ini mahasiswa, fungsi dia menggerak ketamadunan masyarakat dan hasilkan sesuatu dari apa yang dia belajar.....

Thursday, November 7, 2013

Periuk Kera Dan Mentaliti Dunia Ketiga

Pelancong minta arca dikekal

Diana Febriyanti merakam gambar rakannya di hadapan arca periuk kera semasa melawat kawasan Dataran Merdeka di Kuala Lumpur semalam. - UTUSAN/AZLAN HADI ABU BAKAR
KUALA LUMPUR 6 Nov. - Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) perlu mempertimbangkan semula cadangan untuk merobohkan pancuran air berbentuk pokok periuk kera yang terletak berhampiran Dataran Merdeka, di sini.
Orang ramai terutamanya pelancong berpendapat arca tersebut wajar dikekalkan kerana menjadi sebahagian binaan yang menarik perhatian mereka datang ke Kuala Lumpur.
Pelancong dari Indonesia, Diana Febriyanti, 24, dari Palembang berkata, periuk kera atau di negaranya dikenali sebagai Kantong Semar adalah spesies yang sangat unik dan sebarang arca yang mewakili tumbuhan itu wajar di kekalkan.
"Kebetulan saya sendiri bertugas sebagai Pegawai Peneliti (Penyelidik) di Kementerian Perhutanan Indonesia Wilayah Palembang dan sangat mencintai kehidupan dan habitat tumbuhan terutama untuk spesies yang semakin pupus, jadi saya sangat berharap agar arca ini tidak dimusnahkan.
"Jika dirobohkan umpama seperti memusnahkan tumbuhan itu sendiri sebagaimana habitat tumbuhan ini di hutan, tinggal lagi yang ini 'tumbuhnya' di bandar," katanya kepada Utusan Malaysia.
Beliau diminta mengulas mengenai cadangan DBKL untuk merobohkan arca itu bagi memberi laluan kepada projek Medan Countdown Clock di situ.
Medan itu merupakan sebahagian daripada elemen dalam Projek Jejak Warisan 5 yang akan dimulakan tidak lama lagi.
Datuk Bandar, Datuk Seri Ahmad Phesal Talib berkata, arca tersebut terpaksa dirobohkan dan akan dibina di lokasi lain yang akan ditentukan kemudian.
Sementara itu pelancong dari Katmandu, Nepal, Ralaja Tameng, 30, berkata, dia dan rakan-rakan yang pertama kali melancong ke Kuala Lumpur sangat teruja melihatkan keunikan arca itu.
"Sekurang-kurangnya saya masih dapat mengenali tumbuhan ini melalui arca ini dan menjadi inspirasi kepada saya untuk melihat sendiri tumbuhan ini di hutan suatu hari nanti.
"Jika benar arca ini hendak dirobohkan maka hilanglah keunikan Kuala Lumpur kerana saya percaya arca ini begitu menarik perhatian pengunjung malah patut diperbanyakkan air pancuran berbentuk arca seperti ini kerana sangat menyejukkan mata memandang di samping menambahkan elemen hijau dalam bandar yang penuh dengan 'bangunan-bangunan batu'," katanya.
Pelancong dari Republik Estonia, Akti Remmel, 55, turut berharap periuk kera itu terus dikekalkan malah DBKL perlu mewujudkan satu habitat khas bagi tumbuhan itu hidup di taman berdekatan dengan arca itu.
"Itu yang sewajarnya dilakukan, barulah tumbuhan ini dapat dikenali dengan lebih dekat dan menarik lebih ramai lagi pelancong untuk melihat sendiri habitat semula jadi periuk kera ini.
"Jangan diroboh atau dipindahkan ke tempat lain semata-mata untuk memberi laluan kepada pembinaan projek lain. Saya sangat tertarik melihat arca ini. Di Estonia, tumbuhan seperti ini tidak wujud.
"Saya benar-benar kagum dengan keunikan tumbuhan ini. Lebih-lebih lagi dikenali sebagai periuk kera, apa kaitan antara periuk untuk memasak itu dengan kera?," katanya.

sumber-utusan Malaysia 

bila bercakap mengenai Malaysia, perkara pertama yang terlintas di fikiran aku ialah ini negara dunia ke 3.... negara yang cuba mencapai kejayaan dalam masa singkat tanpa bermula dari kosong....
berkenaan isu periuk kera dalam berita di atas mencerminkan betapa mundurnya minda orang kita, sibuk membina projek mega sana sini tapi mengabaikan aspek-aspek penting yang lain, sebagai contoh dari sibuk membina Medan Countdown Clock itu, adalah lebih baik KEBERSIHAN kawasan sekitar itu diutamakan... aku yang sering berjalan kaki di kawasan itu rasa sakit mata bila tengok kaki lima dikawasan itu dicemari puntung rokok,ludah,kahak dan sampah bersepah di sana sini. DBKL ini fungsi nya merampas harta benda awam dan menyita premis orang berniaga saja kah ?? sad but true, i only see that is the function of this damn dirty idiot servant. 

Pelancong bersungguh - sungguh mahukan replika periuk kera itu dikekalkan dan jangan dipindahkan ke tempat lain. Kalau nak tengok periuk kera kena lah pergi ke hutan, jadi sebab mereka tidak punya banyak masa untuk meneroka hutan, mereka bergambar dan merakamkan kenangan di depan periuk kera buatan manusia ini. Adakah pelancong asing ini mahu Medan Countdown Clock ? TIDAK !! Sebenarnya apa yang kita ada ini sudah cukup untuk menarik kedatangan pelawat tanpa kita sedari, lagipun majoriti pelancong asing ini datang untuk melawat bukan membeli belah, dah banyak projek yang dibina di KL ini yang aku tengok tapi hasilnya hanyalah menguntungkan kroni seperti kontraktor. Contoh mudah... medan niaga di sebelah central market, barangan yang dijual disitu tiada unik pun, hanyalah barangan biasa yang mudah kita jumpa dan disitu bukannya menguntungkan sangat para peniaga kerana banyak gerai yang tutup semasa aku berkunjung ke situ.

Wednesday, November 6, 2013

Diva De Vida Program Tv Takde Motif Dan Syok Sendiri

Aku cuma sempat tengok program tv maha annoying ni masa 1st episode, lepas tu aku selalu terlepas nak tengok program ni. Lebih baik terlepas dari terjebak dalam program hampas ni. Aku tengok bukan nak menemubual artis jemputan tapi lebih kepada nak mengiklankan produk dia je. No Wonder la rating rendah sebab program ni pun tak berkualiti.. tak berkualiti dari pengisian...pengacara...pemilik dan semua yang berkaitan

Diva De Vida cara saya

SYOK sendiri? Itu kata-kata yang dilemparkan kepada program bual bicara Diva De Vida, terbitan AFS Pictures yang disiarkan di Astro Prima.
Ramai mempertikaikan program kendalian Roslan Shah itu yang dilihat tersasar apabila dikatakan sekadar mahu menjual produk semata-mata sehingga ada berpendapat, Diva De Vida tidak ubah seperti sebuah iklan.
Apakah motif program tersebut? Pancaindera mengajukan persoalan tersebut kepada penerbitnya, Dr. Hazmiza Othman atau Dr. Vida yang juga merupakan pengasas produk Vida Beauty.
 
 sumber - utusan malaysia

Kalau raspberry award atau razzie award dibuka untuk program tv yang paling teruk, aku tak teragak-agak Diva De Vida ni boleh sapu licin award....




Monday, November 4, 2013

Isu 2 Ekor Arab Terbeli Burger Babi Di Pasar Raya Di Georgetown



GEORGETOWN - Burger Babi Terbaik Di Bandar Ini! Perkataan dalam bahasa Inggeris itu jelas boleh dilihat pada kain rentang di depan sebuah kios yang terletak di tingkat bawah tanah sebuah pusat beli belah terkemuka di negeri ini.

Tanpa rasa bersalah, kios tersebut menjual burger daging babi yang dimasak secara terbuka malah kedudukannya merupakan laluan untuk pengunjung termasuk orang Islam.

Di sekelilingnya juga terdapat beberapa premis perniagaan lain yang mempunyai pekerja beragama Islam.

Ketua Wira Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) negeri, Mohd Rizuad Mohd Azudin berkata, beliau terkejut dengan keadaan itu.

Rizuad berkata, pengurusan pusat beli belah berkenaan sepatutnya lebih peka dan menghormati pengunjungnya terutama yang beragama Islam.

“Ini menunjukkan mereka (pengurusan pusat beli belah) tidak bertanggungjawab.

“Mereka seolah-olah tiada prinsip menghormati Islam sebagai agama rasmi negara,” katanya kepada Sinar Harian di sini semalam.

Rizuad berkata, beliau mendesak kerajaan negeri khususnya Exco Agama, Majlis Agama Islam Pulau Pinang dan pihak berkuasa tempatan supaya mengambil tindakan tegas terhadap pengurusan pusat belah belah berkenaan.

“Ini penting supaya kejadian serupa tidak berulang dan kesucian agama Islam tidak lagi dicemari pihak yang tidak bertanggungjawab,” katanya.

Sementara itu, tinjauan mendapati meskipun terdapat tanda ‘tidak halal’ namun kewujudannya masih mengelirukan orang ramai terutama yang tidak fasih bahasa Inggeris.

Difahamkan sebelum ini ada dua pelancong wanita Arab nyaris termakan burger berkenaan selepas memesannya tetapi sempat dihalang oleh seorang pengunjung tempatan.

Walaupun diberitahu dalam bahasa Inggeris makanan itu tidak halal, kedua-dua wanita berkenaan masih tidak faham dan selepas diterangkan dalam bahasa Arab, barulah kedua-duanya tersedar yang mereka sudah terbeli burger babi. sumber - sinar harian

Pada aku dah sah-sah di iklan burger tu ditulis PORK bermakna daging babi takkan tak faham lagi ?? takkan kena letak gambar babi belum disembelih baru faham yang kedai tu jual burger babi ?? amboi selama ni kat pasar raya ada je seksyen berasingan yang jual daging babi takde pun kena kecam macam apa yang ditulis dalam berita di atas ni. Lagi satu, ingat kalau dah melancong ke negara islam tu 100% penduduk dia bertutur bahasa arab ke ? ke bodoh nya 2 ekor arab ni.

Lagu Hijrah

15 tahun dulu masa aku kat tadika, sebelum balik setiap hari nyanyi lagu ni, harem betul !


Friday, October 18, 2013

My Raya Haji Memories



2006 : this year remember so strong because at the beginning of that year we celebrated raya haji before I moved to KL and at the end of that year the day I just moved in onto my new house that time and the day saddam Hussein being sentenced to death.. so cool ! celebrated raya haji twice per year

2007 : I began to learnt how to played Pro Evolution Soccer this time and this is the first time I surf youtube and since then I knew fell in love with the internet. After solat hari raya aidiladha what I did? just continue playing PES and later spent my time on TV

2008 : A rainy day in hari raya aidiladha… after solat haji it still raining and I listened to Oasis – Wonderwall on the radio, during the gloomy morning of hari raya aidiladha

2009 : I wore full white baju melayu that time. I only remember that day my cousin ( my father - elder sister- daughter ) with her husband and kids came to visit us,  later on my mom cousin came… nothing different for my hari raya aidiladha annually 

2010 : I spent my whole day flirting with nurul diyana faizah, that time we just knew each other about 1month...

2011 :  the rainy day in the morning of aidiladha is back !! nothing to do just face to face with my laptop in room

2012 : a quite sad when nurul diyana stuck in sabak bernam, while me in KL continue my boring day routine,after raya haji pray I return home and ate laksa Sarawak,  meanwhile nurul diyana got new experience celebrate raya with the Javanese aka orong jowo

2013 : after woke up late, I spent only 25 minute to jogging and fitness walking later made my wa to mosque. at midday I went to nurul diyana to delivered her the laksa Sarawak and nasi beriani arab

Wednesday, October 16, 2013

Ini Yang Selalu Naik Di Timeline FB Aku

Me only 21 years old, tapi aku cukup muak dan naik meluat la tengok orang update gambar kahwin dan gambar anak kat FB tu,kalau yang kahwin umur matang 24 ++ aku anggap itu normal. Tapi yang pesen kawen awal 18-19 ni la yang sibuk nak update gambar anak setiap hari kat FB, orang lain pun ada anak jugak tapi tak la sampai sibuk nak update itu ini. Anak awak tu ada privasi dia jugak, sila hormat hak dia. Oh lupe...orang yang kahwin awal ni eksaited lebih dan tak matang macam orang yang kahwen umur 24++. Aku pun mula berfikir, kalau anak diorang tu umur 15-21 diorang nak ke update apa anak diorang buat ?? mostly not


Friday, October 11, 2013

Sifat Harian Metro Dalam Diri Kita

Bila Harian Metro paparkan berita pelik-pelik mula la masyarakat kita ni berkata macam-macam pasal akhbar tabloid itu.Tapi 9 oktober lalu, kecoh sekejap di twitter jaya dengan kes budak kptm cheras mati dirogol bergilir-gilir oleh 13 orang warga Bangladesh, dekat 4 jam jugak isu tu berlegar-legar di twitterjaya cawangan Malaysia.

 
 
Sampai ada yang memaki hamun si Bangladesh punca jenayah makin teruk di Malaysia ni, tapi yang memaki hamun dan mengutuk Bangla di twitter jaya tu tak sedar, dia ada sifat Maha- Harian Metro dalam diri dia. Contoh mudah, belum confirm apa-apa lagi dan PDRM belum keluarkan sebarang statement dan paling mustahak, Berita Tv3 jam 8 malam belum menyiarkan berita ini si polan ini sudah buat kecoh di Twitter jaya Malaysia pasal isu pelajar perempuan KPTM itu dirogol 13 Bangladesh sehingga mati di LRT Pandan Jaya, disebabkan aku ni jenis tak mudah percaya berita ini dan paling penting, adik aku belajar di KPTM Cheras dan 4 hari seminggu berulang alik dari rumah ke kolej langsung tak cakap ape-ape pasal isu ni. selepas pukul 7 petang, barulah PDRM mengeluarkan kenyataan dan berita pelajar mati dirogol 13 Bangladesh itu adalah palsu semata-mata...selepas itu keadaan trafik di twitter jaya cawangan Malaysia kembali aman.


Dari perkara ini, kita perlu tahu bukan Harian Metro saja yang suka cari publisiti murahan dengan berita yang bertajuk ada unsur seks, tetapi masyarakat kita juga ada perangai sedemikian

Friday, October 4, 2013

Mr Bean Masuk Islam

why must kecoh-kecoh over this thing ?? I don't think it's really happen by the way. He is an atheist why must trust the rumours or khabar angin from the internet ?? it's 2013 already and you out there still stuck in early 2000's when everything come from internet without further research u all trust it.



Tuesday, October 1, 2013

Filem AWAS 1995



  


Filem lakonan Kumpulan KRU ini ditayangkan pada 1995 dan tidak banyak info di google sebab movie ni tak diterbitkan ke dalam format VCD jadi yang aku tengok di youtube tu dalam format VHS atau tape video.  Korang faham-faham la kualiti VHS ni macam mana….
 
Cerita bermula dengan seorang lelaki melarikan diri selepas kelibatnya disedari 2 orang konco gangster. Semasa dia berada kawasan parking kereta dia memasukkan disket ke dalam kereta Suzuki Vitara milik orang lain, kemudian dia berjaya ditangkap oleh 2 orang samseng itu dan ditembak mati.

Norman yang ketika itu baru saja selesai membuat persembahan di sebuah kelab malam bersama ahli kumpulannya terkejut melihat 2 orang tidak dikenali mengintai ke dalam kereta nya, setelah menyergah 2 orang lelaki itu mereka pun lari. Semasa hendak memainkan CD, Norman hairan kenapa ada disket di sebelah tempat duduk pemandu tanpa disedari dia diekori oleh 2 orang lelaki yang  telah membunuh lelaki tadi.

Mereka berjaya menceroboh masuk ke halaman rumah Norman tetapi gagal menemui disket itu. Norman bertanyakan kepada Yusri adakah disket itu miliknya Yusri menafikan kerana dia tidak memiliki komputer, Edry juga menafikan disket itu miliknya. Mereka membuka file disket itu tetapi tidak dapat difahami isinya kerana ianya rumit dan ada melibatkan statistik,nombor dan formula di dalam soft copy itu. Seperti cliché nya filem melayu, kesemua mereka ini memilik masalah masing-masing, Norman terjebak dalam friendzone dengan Linda Rafar dan Emilia, kawannya semasa di Medan,Indonesia yang datang ke Malaysia sebagai penyanyi tetapi menggunakan nama pentas, Nirmalia.

Yusri pula dihimpit masalah kerana sering menjadi tempat mengadu oleh Leina Hangat ( aku lupa nama watak dia dalam filem ni) yang ditinggalkan bekas kekasihnya lakonan Edika Yusof. Yusri dahulunya selalu mengikuti geng bermotosikal berkuasa tinggi Edika Yusof tetapi kemudian dia tidak lagi bersama grup itu dan menghabiskan masanya bekerja sambilan di stesen minyak, berlatih muzik bersama rakan-rakannya,bermain muzik di kelab malam dan menghadiri kuliah.

 Yusri makin terseksa bila Edika Yusof meninggalkan Leina dan mahu dia mengugurkan kandungannya, Norman juga memarahi Leina kerana sejak melepak bersama Edika dia meninggalkan mereka semua dan tidak mempedulikan nasihat mereka supaya jangan terlalu rapat dengan Edika. 1 hari bapa kepada Leina menemui Dekan dan bertanya  kerana sudah 3 bulan dia tidak  pulang ke rumah dan tidak menghadiri kuliah. Leina mati dan Yusri bersedih kerana Edika memaksa Leina mengugurkan kandungan itu

Edry pula sering di marahi oleh ibu nya kerana kedua-dua ibu bapanya sibuk dengan kerjaya masing-masing, ibunya mengesyaki ayahnya mempunyai skandal dengan seorang penyanyi, dalam masa yang sama ibunya pula mempunyai skandal dengan seorang lelaki. Edry akhirnya menemui bapanya secara tidak sengaja di semasa berkunjung ke kelab malam bersama rakan-rakan dan disitu terbukti apa laporan di akhbar yang bapanya benar-benar mempunyai skandal dengan seorang artis wanita, dia mendekati bapanya itu dan berpura-pura tidak mengenalinya dan meminjam lighter, bapanya memberi amaran  jangan memberitahu perkara itu pada ibunya. 

Tetapi itu semua tidak menjejaskannya kerana dia menghabiskan waktu lapangnya bersama Norman,Yusri dan dance kru, dia juga selalu melepak di rumah Mahmud ali bashah (aku lupa nama watak dia ) dan Husni, classmate kepada Edry, juga housemate kepada Mahmud Ali Bashah. Tanpa disedari MAB ini seorang gay dan sebab itu dalam filem ini kelihatan sentuhan manja dan belaian songsang dari dia terhadap Edry, dalam kemesraan MAB itu wujud perasaan cemburu dari Husni, berkemungkinan dia ini gay partner kepada MAB. Di hujung movie didedahkan oleh Husni sendiri bahawa Mahmud menghidap HIV positif dan husni juga mengakui dia berkemungkinan dijangkiti. 

Norman memberikan disket itu kepada seorang pakar komputer di kolejnya tetapi dia juga gagal memahami apa isi kandungan disket itu dan norman memberikan disket itu kepada Prof untuk membongkar apa isi penting di dalam disket itu, kata Prof  itu Norman tidak perlu tahu kerana disket itu bakal membahaya kan hampir separuh penduduk bumi dan disket itu akan berada di bawah simpanan nya untuk tujuan keselamatan ( dah macam cerita kartun kanak-kanak pun ada dengan data yang hanya disimpan dalam disket 1mb boleh membahayakan separuh penduduk bumi kah kah kah!!! ) 

kematian lelaki di awal movie itu didedahkan bahawa dia seorang mahasiswa dan data dalam disket yang ada padanya adalah maklumat penting yang ingin dimiliki oleh Prof ( Jalalludin Hassan)
kemuncaknya Nirmalia diculik dan mereka bertiga menemui penculik itu untuk menyerahkan disket itu dan Nirmalia terkejut kerana Profesor Rahman ( Jalalludin Hassan) adalah pakciknya dan kemudian tempat itu diserbu Polis, Prof Rahman ditangkap dan di akhir cerita Norman yang masih belum berani meluahkan isi hati  kepada Emilia memberikan kaset yang mengandungi lagu terbarunya, Emilia menerima cinta norman dan cerita berakhir disitu …sejujurnya cerita AWAS ini tiada yang menarik jalan ceritanya patut lah tidak banyak info mengenai movie ini di internet