Tuesday, April 2, 2013

rock 2005 - rock ooo 2013 - satu perjalanan panjang

 bak kata pepatah abang aku pada tahun 2006

' filem rock adalah filem yang tak kan jemu ditonton'

7 tahun dulu di zaman aku disogok muzik oleh astro dan radio era aku cukup benci dengan kata-kata hikmat abang aku ni.tapi setelah melalui alam rock,konsert,indie,hard rock,glam rock,metal core,punk rock,ska,post punk,brit pop dan macam-macam muzik rock aku mula meng iya kan kata-kata hikmat abang aku tu.

filem rock pertama mamat khalid tu keluar hujung tahun 2005 waktu cuti sekolah di mana aku meneruskan kehidupan aku di rumah mak bapak di kampung,masa tu rutin harian aku ialah bangun subuh 5 pagi,berdiri di tepi jalan menunggu van teksi untuk atuk aku yang menjalani rawatan hemodialisis 2 hari sekali.kemudian aku basuh baju,sidai kain,tolong mak masak dan main game,tengah hari pacik aku transit rumah kitorang lepas tu aku akan ikut dia pegi ambik atuk aku kat pusat hemodialisis bawak balik rumah.petang-petang aku akan tengok di balik tabir filem rock di tv3,sebab aku terpengaruh dengan iklan filem dia pada masa tu,filem tu tak mencatat kutipan tinggi sebab masa tu masyarakat di sogok dengan muzik AF dan mawi yang kononnya bersih,halal dan suci dan scene rock masa tu plak tak berapa boleh cari makan kecuali kepada kumpulan spider yang meletop masa tu.bila tengok iklan tu ada satu scene di mana amy mat piah menyebut beberapa nama band lepas tu menjerit rock oooo!!!! adik aku yang masa tu masih menyusu umur 2 tahun boleh mengajuk perbuatan amy mat piah lakonan que haidar dengan baik sekali,dah la pelat dia sebut rock oo bertambah lucu.
berpindah ke kl pada januari 2006 aku mula bebas dari tanggungjawab pada atuk itu.sebagai seorang yang culture shock tak tau budaya di kl ni dan tak boleh terima life style di kl ni yang kapitalis aku pun banyak menghabiskan masa dirumah dan hanya berkawan dengan aswad,haris,hafizat di smk taman setiawangsa.setiap sabtu hanya satu tempat yang aku tau iaitu pasar malam au2 depan majlis sukan negara au2 dan sekarang ni lokasinya bersebelahan aeon au2.pada masa tu aku pergi ke pasar malam semata-mata untuk beli cd wrestling sebab masa tu aku berhenti main bola dna rumah aku takde langgan pay per view astro box office channel 21,pada petang sabtu abang aku pun ikut sekali pergi pasar malam tu,di situ kitorang first, pergi port jual cd cetak rompak dan pada masa tu abang aku ternampak cd filem rock arahan mamat khalid jadi dia pun beli cd tu.

balik rumah je terus main cd tu dan aku yang tak berapa amik tau pasal movie tu pun join tengok sekali.rupa-rupanya best jugak movie tu lebih-lebih lagi kisah dia bukan rekaan tetapi realiti atau sejarah zaman muda mamat khalid di mana dia ahli kumpulan rock rimba bara,tapi karakter mamat khalid yang bermain keyboard untuk rimba bara tak di zahirkan.di tahun 2000 an zubir bercerita tentang life dia yang bosan sebagai seorang pekerja pejabat pos,balik menonton tv dengan keluarga dan menjalani rutin harian yang membosankan,pada satu hari dia diarahkan membersih kan surat-surat lama dan tiba-tiba dia terjumpa satu surat lama yang lusuh dan dialamatkan kepada kumpulan rimba bara.surat itu secara tiba-tiba mem flash back kepada zaman remajanya semasa dia memakai nama,zack yang menganggur tapi sebab minatnya nak jadi rock star dia pun sanggup tak bekerja sebaik saja habes spm semata-mata nak berseronok di  alam remaja dan merealisasikan hajatnya menjadi rock star.dia jugak bercerita tentang life harian dia berjamming bersama amy mat piah,jijo alfonso pareira abdullah dan black.
diselang selikan juga dengan kisah perkenalan si zack ni dengan khaty lakonan siti elizad.khaty ni awek yang dikenali secara tak sengaja masa tu zack baru lepas jumpa doktor ditemani ibunya kerana menghidap kayap dan dari situ dia berkenalan dengan khaty.dalam tahun 80 an itu juga zack berdepan tekanan dari bapanya yang mahu dia bekerja di pejabat pos dan melupaka impiannya untuk bersama rimba bara.rimba bara berjaya memenangi battle of the band dan ditawarkan kontrak ke kl tapi zack tidak ikut serta kerana tuntutan kehidupan baru nya.sejak itu terpisah lah dunia zack dengan kumpulan rimba bara.kali terakhir zack bermain bersama rimba bara ialah pada tahun 1994 di majlis kahwinnya dengan khaty.dan itu juga lah kali terakhir zack bersama rimba bara kerana mereka terlibat dalam kemalangan dan jijo meninggal dunia.tiba-tiba masa kembali ke tahun 2000 an,zack membaca surat itu dan terkejut kerana surat itu dari khaty dan khaty menyatakan dia sedia bersama zack dalam apa jua keadaan dan bersamanya mengharungi dugaan.tiba-tiba zack kembali tersenyum kerana cita-citanya lebih hampir 15 tahun dulu di sokong oleh khaty pada masa itu.pulang ke rumah dia membelikan anak nya gitar dan moodnya gembira kerana khaty merestui perjuangannya dalam arena rock.

rock tahun 2005 itu lebih menjurus kepada kisah rimba bara di secara ringkas dan pada 2011 aku terkejut campur gembira kerana di astro awani mamat khalid akan menerbitkan filem rock oo yang kesinambungan filem rock 2005 itu.que haidar pula kembali berlakon setelah 2 tahun bersara.aku terlalu menantikan rock oo kerana sepanjang tempoh 2007-2011 itu aku telah melalui pelbagai irama rock dan dari pembacaan aku di majalah konsert dan rottw itu menerangkan betapa peritnya rockers pada  era 80 an dan 90 an survive dalam industri dan betapa cekalnya hati mereka semata-mata mahu muzik mereka di dengar dan di jadikan pengaruh.dan aku dapat merasakan filem rock 2005 itu ibarat satu peristiwa yang menjadi batu penghalang kepada rockers zaman itu untuk berjaya.
rock oo 2013,situasi sudah berubah.amy yang wataknya terhenti di separuh jalan kerana posisi vokalisnya diambil oleh zul kapan dari malaikat maut, kembali di hidupkan semula dengan jadi watak utama dalam filem ini.amy yang dalam rock 2005 tidak dijelaskan dengan mendalam siapa sebenarnya telah dikembangkan dengan baik wataknya dalam rock oo ini.dengan amy meniaga abc di depan rumahnya,dan amy juga cuba menghidupkan kembali rimba bara setelah m nasir meng songlap zul dari rimba bara untuk digabungkan kembali dengan band lamanya malaikat maut.yang menghairankan zul kapan kata label m nasir,luncai emas aku pernah baca sejarah pasal search bukan ke label m nasir zaman 80 an dulu ialah polygram ?
rock oo kali ini juga menceritakan apa yang kumpulan rimba bara buat selepas trip pertama mereka ke kl gagal kerana di kapur oleh manager.jijo yang digambarkan tak bekerja dalam rock 2005 dulu bekerja sebagai tukang sapu di waktu malam atau awal pagi.amy menjadi penjual abc di depan rumahnya walaupun dalam rock 2005 dulu dia menjadi peniaga abc di sebuah kedai makan selepas zul di bawa masuk sebagai vokalis baru rimba bara,black pula tidak didedahkan lebih lanjut tentang kisahnya.ada juga unsur sarkastik dalam scene di mana flash back zul dan malaikat maut tengah perform tiba-tiba ajak kokak itik.masa tahun 2005 dulu jugak mastika sibuk besarkan kembali isu black metal di mana ahli kumpulan black metal minum darah kambing masa perform,padahal realitinya takde pun adegan minum darah kambing ciptaan mastika tu,agak-agak la nak minum darah kambing pun.seekor kambing harganya terlalu mahal duit bayar pemuzik indie pun bukannya besar kadang-kadang ada yang tak berbayar.mana datang duit nak beli kambing ? 
walaupun ending rock oo ini sesuatu yang kita angankan untuk sebuah kumpulan rock pada masa itu yang mahu bertanding di juara lagu,tapi itu hanyalah rekaan semata-mata dalam rock oo ini kerana tidak mahu penonton terlalu emosional terhadap apa yang berlaku seperti ending rock 2005 dulu di mana, jijo di meninggal dunia,pak syed owner studio syj jadi gila,rimba bara tak jadi rekod album kerana di tipu oleh label.