Sunday, October 30, 2016

Filem Rock Bro!



Merupakan filem terakhir dalam trilogi filem Rock, kali ini penceritaan atau narratif berada pada watak Jijo (Khir Rahman) setelah 2 filem terdahulu Rock 2005 & Rock Ooo 2013, menggunakan watak Zack (Hasnul Rahmat) dan Amy Mat Piah (Que Haidar)

Cerita dimulakan dengan siapa sebenarnya Jijo, dia dilahirkan dalam keluarga pemuzik dimana ayahnya adalah pemuzik amatur. Dia adalah hasil perkahwinan campuran bapanya dari kaum India dan ibunya, Cina.

Malang sekali bapanya meninggal dunia pada usia 38 tahun, iaitu ketika dia masih lagi kanak-kanak dan tidak sempat mempelajari seni muzik. Selepas bapanya meninggal ibunya berkahwin lagi dengan seorang lelaki Melayu. Titik hitam dalam hidup Jijo bermula disitu apabila bapa tirinya menikam ibunya sehingga mati. Jijo menjadi anak yatim piatu dan dibesarkan oleh penjaga berbeza sehingga dia remaja di rumah pusaka bapa tirinya. Agaknya dari situlah dapat dijelaskan bagaimana Jijo mampu bertutur bahasa Melayu dengan begitu fasih.

Rimba Bara kini tiada pengurus setelah Amy Mat Piah disahkan mengalami masalah mental. Walaupun pernah muncul di kaca televisyen dan layak ke Anugerah Juara Lagu, Rimba Bara masih belum mempunyai pengaruh yang kukuh dalam industri Muzik. Mereka gagal menarik pengunjung ke funfair dan bilangan show makin lama makin merosot. Begitu juga dengan peminat muzik Rock pada era itu yang begitu berkira untuk membelanjakan duit membeli tiket konsert. Sebaliknya lebih suka menonton secara percuma.

Dio pula adalah ahli baru kumpulan ini yang bertindak sebagai Roadie kerana dia mempunyai peralatan muzik yang lengkap. Black pula mula menunjukkan tanda-tanda bermasalah seperti sering pengsan ketika membuat persembahan dan menjejaskan Rimba Bara secara keseluruhan. Slash masih lagi bersama mereka, Zul pula sering keluar masuk kerana tidak tahan dengan dugaan yang dihadapi. Akhirnya dia menyertai Al-Taqwas, sebuah gerakan agama yang mula meningkat naik.

Satu hari, surat tawaran untuk merakam album datang dan mereka menerima dengan hati terbuka, Tetapi satu masalah pula timbul, syarikat rakaman mahukan mereka tampil dengan seorang pengurus. Cik Man pula masih meringkuk dalam penjara, dia bakal bebas sebulan kemudia. Mereka pula perlu ke Kuala Lumpur pada minggu itu juga. Cik Man mencadangkan Cik Nod, adiknya yang juga pernah terlibat dalam menguruskan band-band rock membuat persembahan. Malangnya, Cik Nod yang baru saja dibebaskan dari Pusat Serenti telah ditahan dalam satu road block, dimana dia menyeludup masuk dadah ke dalam van Dio. Cik Nod ditahan Polis, manakala ahli-ahli Rimba Bara yang lain dibebaskan.

Jijo berjaya memujuk Zul Kapan untuk kembali, mereka di Kuala Lumpur telah menandatangani kontrak rakaman dengan Syarikat Guntol Recording. Malangnya, isi-isi perjanjian itu tidak dipersetujui Jijo. Salah satunya, semasa sesi rakaman hendaklah menggunakan sessionist yang dipilih oleh syarikat. Lagi menambah perih adalah lagu-lagu untuk rakaman telah dipilih sendiri oleh produser tanpa persetujuan dari ahli-ahli kumpulan. Sekaligus mendatangkan rasa bengang Jijo kerana kebebasan seorang rockers untuk berkarya dijahanamkan oleh syarikat rakaman.

Jijo mula menjalin hubungan dengan Ella tetapi hubungan itu sering pasang surut kerana prinsip masing-masing yang berbeza. Sebaik sahaja album pertama Rimba Bara dilancarkan, Jijo telah mengumumkan untuk bersara dari kumpulan itu. Terjadi pergaduhan antara Slash dan Jijo, Slash yang mahukan Rimba Bara kekal telah mengambil alih peranan Jijo sebagai ketua kumpulan. Malang sekali, Rimba Bara jatuh tersungkur kerana Slash terlalu mengikut panas barannya.

Jijo pula memeluk agama Islam, walaupun dia asalnya agama Kristian dia tidak mengamalkan ajaran itu kerana ibunya memeluk Islam sebelum berkahwin dengan bapa tirinya. Dia juga tidak memeluk Islam kerana tiada didikan. Akhirnya kembali ke babak-babak akhir dalam hidup Jijo, dia bersedia untuk membuat persembahan di majlis kahwin Zack dan Khaty, sewaktu dalam van Jijo hairan dimana Slash ?? diceritakan Slash dimasukkan ke penjara kerana menyebabkan kematian Ajak, pengganti Jijo yang terlibat dengan dadah. Sepanjang tempoh hiatus itu, Zul telah menukar haluan nya dengan menjadi penyanyi rap.

Ella, Jojie dan pengurus dari syarikat rakaman telah datang untuk menemui Jijo tetapi satu kemalangan ngeri telah berlaku dimana sebuah lori telah merempuh van yang dinaiki anggota Rimba Bara. Black dan Zul selamat, Jijo meninggal dunia dituruti Cik Man seminggu kemudian dan Dio 2 minggu selepas itu.

Di masa kini, Zack tampil menceritakan serba sedikit riwayat kumpulan Rimb Bara semasa sesi sidang media, kemudian anak Slash seorang pelajar datang dan meminta Zack menceritakan pengalamannya bersama kumpulan itu untuk dijadikan bahan dokumentari mereka. Slash yang kini sudah berusia tidak lagi bermain muzik dan bekerja sebagai penjual barang-barang ibadat. Di akhir babak, Black sudah boleh bercakap itu pun hasil pembiayaan Zul yang kini menghabiskan masa dengan kucing peliharaannya. 2 karakter ulung dalam Rimba Bara, Zack dan Slash yang tidak pernah bertemu akhirnya kini beradu tenaga bermain gitar.

* Que Haidar sebenarnya terlibat dengan projek lain yang menyebabkan dia tidak dapat turut serta

* Zack dalam filem ini dilakonkan oleh Isma Yusof, bukan Hasnul Rahmat dalam Rock 2005 dahulu

* Azmi Baharon aka Black sebenarnya memang menghidap sejenis penyakit. Sewaktu ditemuramah oleh wartawan dia mengakui sering pengsan dan kadang kala tidak sedarkan diri akibat penyakit itu.  sama seperti yang dipaparkan dalam filem ini.

* Pemilihan lagu-lagu untuk filem ini pula berdasarkan era itu.

* Artis seperti Hattan, Jihan Muse, Man Kidal, Black Wings turut membuat penampilan khas dalam filem ini.

* Diselitkan juga kritikan dari filem ini yang menyindir masyarakat pada waktu itu yang memandang serong pada muzik rock

* Gerakan Agama seperti Al Taqwas yang disertai oleh Zul Kapan itu seakan-akan menyindir kumpulan Al-Arqam yang bergiat aktif pada waktu itu


Tuesday, October 18, 2016

Filem-filem Yang Rugi Teruk Di Pasaran

Belanja besar, pelakon ternama masih belum cukup untuk menarik penonton ke pawagam dan meraih kutipan berganda. Mungkin juga penonton tidak begitu memahami jalan cerita ini ? atau filem-filem ini tidak menepati jangkaan penonton ??


Wednesday, October 12, 2016

Pelakon Yang Dipecat Dari Filem Lakonan

Back To The Future terpaksa di re shoot semula setelah pelakon asal watak Marty McFly,  Eric Stoltz digugurkan dan Michael J Fox dilantik untuk mengisi peranan itu dengan baik.




Saturday, October 8, 2016

Kisah Disebalik Filem Terburuk : Birdemic

Birdemic adalah filem terbitan James Nguyen yang dilabelkan sebagai filem paling teruk di Hollywood. Filem itu memiliki skrip yang teruk, CGI dan juga kualiti lakonan. James Nguyen bukanlah pembikin filem sepenuh masa, dia bekerja sebagai penjual software.

Penghasilan Birdemic juga hasil dari wang simpanannya, ikuti dokumentari filem Birdemic dibawah.


Friday, October 7, 2016

Trailer Filem Rock Bro

Filem Rock Bro bakal menemui penonton di pawagam pada 27 oktober nanti. Filem ketiga dalam siri Rock ini menampilkan barisan sama seperti Rock Ooo dahulu tetapi melihat dari sudut trailer filem ini, seakan akan pengarah cuba menonjolkan sisi kehidupan Khir Rahman atau Jijo dalam filem ini. Kebetulan juga, Dato' A Rahman Hassan, bapa kepada Khir adalah seorang pemuzik di era 60 an.