Monday, May 23, 2016

Filem X Men Apocalypse

Apocalypse atau En Sabah Nur adalah Tuhan di zaman Mesir Purba. Sewaktu upacara pemindahan roh En Sabah Nur ke dalam jasad mutan yang lain, untuk memastikan dia kekal hidup telah berlaku satu kejadian luar jangkaan dimana para pengikutnya telah mensabotaj upacara itu dan 4 Horsemen yang jugak pengikut setia En Sabah Nur terkorban akibalo t runtuhan piramid.

En Sabah Nur gagal menjalani upacara pemindahan jasad lama ke jasad baru. Selain dapat memanjangkan hayatnya, dia juga dapat memiliki kuasa dari bandar mutan yang baru menjadi "rumah" pada roh nya itu. Jasad dia kekal terperangkap di bawah runtuhan itu beribu tahun lamanya, cuma ada segelintir saja pengikut kultusnya yang mahu En Sabah Nur dihidupkan kembali.

Di zaman moden, perisik CIA Dr Moira McTaggert yang dahulunya muncul dalam XMen First Class telah menjumpai tapak purba dimana jasad En Sabah Nur terkubur. Akibat kecuaian kecil, cahaya matahari telah menuju masuk ke tempat pembaringan En Sabah Nur dan menyambungkan semula upacara yang terbatal pada awal babak filem ini.

Di USA, Sesuatu yang tidak kena berlaku pada mata Scott Summers. Seorang pelajar sekolah menengah, dia secara tiba-tiba terpancar cahaya laser merah dari matanya dan hampir membunuh seorang pembuli.

Scott atau Cyclop dibawa oleh Alex, abangnya ke sekolah mutan Prof Charles Xavier. Disitu dia berkenalan dengan Jean yang mempunyai kuasa membaca minda.

Mystique pula dianggap hero oleh remaja pada era 80 an itu, 10 tahun selepas filem Days Of Future Past dimana dia menyelamatkan nyawa Presiden dari dibunuh Magneto.

Mystique membebaskan Nightcrawler dari menjadi hamba kelab gusti mutan. Nightcrawler dipaksa untuk berlawan dengan ArchAngel, seorang mutan bersayap seperti malaikat. Pertarungan itu disabotaj dan Mystique lari bersama Nightcrawler dan begitu juga Angel.

Mystique menyeludup Nightcrawler ke sekolah mutan Charles. Disana dia dikejutkan dengan berita Magneto yang kini hidup seperti biasa di Poland bersama keluarganya telah melakukan pembunuhan. Erik atau Magneto membunuh kerana dia diburu oleh pihak polis selepas dia melarikan diri dari Amerika. Dia dikesan mempunyai kuasa menolak objek besi setelah dia menolak kawah besi panas dari mengorbankan nyawa rakan sekerjanya dan insiden itu disaksikan segelintir pekerja yang lain.

Anak perempuan Erik diculik oleh Polis yang memburunya, anaknya itu mempunyai suara yang mampu menarik sekumpulan burung gagak. Akibat kemunculan burung itu, secara tidak sengaja, seorang anggota polis telah memanah anak Erik dan isterinya. Erik yang marah telah memanipulasi kalung besi anaknya dan menembusi leher kumpulan anggota polis itu.

Di Mesir moden, En Sabah Nur yang baru dihidupkan terkejut dengan perubahan zaman dan tamadun manusia. Dimana mereka sudah mempunyai " Tuhan Baru " dan tidak lagi menyembahnya. Dia tertarik dengan kuasa Ororo atau Storm dan merekrut Storm untuk berkhidmat padanya.

Storm, remaja yang menyanjung tinggi pada Mystique kerana jasanya pada mutan. En Sabah Nur telah mendownload segala maklumat yang terjadi sepanjang ketiadaannya ke dalam fikirannya.

Bersama Storm, dia mencari Caliban seorang mutan yang mempunyai kuasa menghidu dimana seseorang itu berada. Psylocke yang menjadi orang kanannya, menyertai En Sabah Nur setelah kuasanya ditambah oleh En Sabah Nur. Mereka kemudian menjejak ArcAngel dan akhir sekali, Magneto.

Semasa berkomunikasi dengan minda Erik melalui Cerebro, perbualan Charles telah dipintas oleh En Sabah Nur yang mahukan kuasa telepati milik Charles yang mampu menembusi minda dan akal seseorang itu. Charles telah dirasuk oleh En Sabah Nur dan dia tidak mampu menahannya.

Dia mengarah Alex menggunakan kuasanya untuk memusnahkan cerebro itu kerana ianya bakal menjadi satu malapetaka jika jatuh ke tangan En Sabah Nur yang mahu menggunakan mesin itu untuk mengesan semua mutan di dunia.

Alex yang berang apabila En Sabah Nur dan 4 Horsemen nya membawa pergi Charles telah mengeluarkan pancaran laser dan akibatnya berlaku letupan yang maha dahsyat menyebabkan sekolah itu terbakar.

Quicksilver yang dimaklumkan bahawa Erik itu bapanya telah pergi ke Sekolah mutan, dia sampai tepat pada masanya dimana letupan itu berlaku. Dengan kepantasan yang ada padanya  dia sempat membawa keluar penghuni di sekolah itu. Scott,Jean, Jubilee dan Nightcrawler baru saja pulang dari bandar semasa letupan itu terjadi dan mereka terkejut atas apa yang berlaku. Alex terkorban walaupun dialah yang paling awal dibawa keluar oleh Quicksilver.

Tiba-tiba sebuah helikopter datang ke sekolah itu atas dasar memberi bantuan tetap sebenarnya mereka ialah unit khas yang diketuai major William Stryker. Satu das tembakan yang mengeluarkan cahaya telah menyebabkan mereka yang ada dilokasi itu pengsan. Hanya Nightcrawler, Cyclop dan Jean terselamat. Mereka berjaya menembus masuk ke dalam helikopter yang membawa pergi Quicksilver, Beast, Moira, Mystique ke sebuah lokasi rahsia.

Kecanggihan teknologi di lokasi itu menyebabkan Quicksilver tidak dapat menggunakan kuasanya. Semasa Jean,Night, Cyclop berjaya menyeludup masuk ke kawasan itu mereka yang diburu oleh pengawal keselamatan telah membebaskan Wolverine dari bilik kebal. Wolverine yang berang itu telah membunuh semua pengawal disitu dan melarikan diri. Atas kuasa minda Jean, Wolverine telah mendapat semula ingatan nya yang telah terpadam.

En Sabah Nur yang menculik Charles telah menggunakan kuasa telepati Charles untuk memberitahu dunia yang dia akan menakluk dunia. Charles secara senyap menghantar mesej rahsia pada Jean,  yang dia berada di Syria.

Mereka pun pergi ke Syria untuk membawa pulang Charles sebelum jasad dia disatukan dengan roh En Sabah Nur. Mystique bersama Quicksilver cuba memujuk Magneto yang hilang harapan pada manusia, Beast dan Cyclop pula akan bertempur dengan Psylocke dan Storm. Nightcrawler ditugaskan untuk membawa keluar Charles tetapi dia kerap dihalang oleh ArchAngel.

Beast berjaya menumpaskan Psylocke, begitu juga dengan Nightcrawler setelah berhempas pulas melawan asakan ArchAngel dia akhirnya sempat membawa keluar Profesor X dari disatukan dengan roh En Sabah Nur.

ArchAngel dan Psylocke cuba mensabotaj pesawat yang dinaiki mereka untuk pulang ke USA. Akibatnya pesawat itu terhempas dan ArchAngel terkorban. Psylocke yang kini cedera berlindung disebalik timbunan runtuhan. Nightcrawler menggunakan kuasa nya semaksimum mungkin untuk membawa mereka semua keluar dari pesawat itu dan ke tempat yang lebih selamat. Akibatnya dia keletihan dan pengsan.

Mystique dan Quicksilver yang kecewa dengan Magneto telah cuba sedaya upaya menghalang En Sabah Nur dari memburu Charles. Quicksilver hampir berjaya menumpaskan En Sabah Nur dengan kuasa pecutan dan kelajuan nya tetapi terhenti akibat kakinya ditanam ke dalam tanah oleh kuasa En Sabah Nur. Mystique yang menyamar sebagai Psylocke pula berjaya menyelamatkan Quicksilver tetapi dia hampir hilang nyawanya.
Storm pula terkejut apabila mendapat tahu Mystique yang juga idolanya itu sebenarnya selama ini berpihak kepada musuhnya. Akibat itu dia berpaling tadah dan memilih untuk menentang En Sabah Nur.

En Sabah Nur yang berang telah bertempur dengan Charles di dalam mimpinya. Kesan daripada penyatuan yang tidak menjadi itu Charles telah gugur rambutnya dan kini botak. En Sabah Nur terbukti terlalu kuat untuk Charles hinggakan di dalam mimpi pun dia tidak mampu menang.

Dengan bantuan Magneto, X Men masih belum cukup kuat untuk memusnahkan En Sabah Nur. Dibantu Cyclop dan Mystique pun mereka belum cukup kuat. Akhirnya Charles mengarahkan Jean Grey menggunakan kuasa mutlaknya yang hanya diketahui oleh Charles untuk mematikan En Sabah Nur. Akhirnya kemenangan berpihak pada mereka.

* Masih ada kekurangan dalam filem ini. Seperti watak En Sabah Nur dalam komik adalah berwajah seperti King Kong tetapi dalam filem ini dia mirip Dr Doom.

Cyclop dan Havoc jika di dalam komik. Cyclop adalah abang, manakala Havoc adik. Tetapi dalam filem ini Havoc abang, Cyclop pula adik.

Hairan kenapa Charles, Hank dan Erik langsung tidak menyebut tentang Wolverine. Seakan akan mereka hilang ingatan tentangnya, walaupun dalam filem Days Of Future Past dulu mereka bersama sama pergi ke Paris. Wolverine turut membantu Hank dan Charles menghalang rancangan jahat Magneto. Begitu juga dengab Mystique yang langsung tidak tahu tentang Wolverine padahal diakhir babak Days Of Future Past dialah yang mengeluarkan Wolverine dari Sungai.

Dalam Xmen United dan Wolverine Origin, Wolverine dikurung di dalam akuarium kaca untuk eksperimen memasukkan besi Adamantium ke dalam badannya. Tetapi kali ini di dikurung dalam bilik besi/ bilik kebal.

Berbanding Nightcrawler versi Xmen United yang berwarna biru kehitam hitaman, versi kali ini dia berwarna biru pekat. Sama seperti biru Mystique.

Dalam Xmen The Last Stand, ArchAngel atau Warren Worthington III berasal dari keluarga kaya. Tetapi kali ini dia dia adalah seorang mutan yang tidak memiliki apa apa.

Friday, May 20, 2016

Filem-filem Yang Membuatkan Penonton Keluar Pawagam

Bukan sebab jalan cerita yang tipikal atau lakonan yang kayu. Tetapi disebabkan kekuatan mutu teknikal filem ini yang menyebabkan penonton keluar panggung. Efek yang terlalu realistik, audio bunyi yang menyeramkan dan sudut kamera yang menggerunkan menjadi faktor utama penonton tidak mampu bertahan.

https://youtu.be/682pOPYLueQ