Thursday, October 2, 2014

Filem The Bilionaire A.K.A Top Secret


Filem ini tentang perjalanan awal seorang remaja lelaki bernama Itthipat Kulapongvanich aka Top, remaja Thai yang suka bermain permainan video online. Dia memperolehi pendapatan pertamanya dengan menjual senjata miliknya di dalam permainan video kepada gamers di negara luar, dari situ dia menjana wang dan mula membeli kereta mazda idamannya di usia 17 tahun, Dia kemudian berniaga DVD player tetapi rugi besar keraan alat itu adalah barangan tidak berkualiti dari China. Top menyambung pengajian ke Universiti atas desakan kekasih dan ibu bapanya.


Top menjalankan perniagaan menjual buah berangan di pusat membeli belah dengan membayar secara ansuran mesin memasak buah itu, dia berjaya membuka beberapa buah cawangan dalam masa setahun tetapi terpaksa ditutup kerana asap yang terhasil dari mesin itu menyebabkan siling pusat membeli belah itu kotor dan kontrak sewaan nya ditamatkan, ibu-bapa top cuba memujuk dia untuk berhijrah bersama mereka ke China kerana perniagaan bapanya dibebani hutang sebanyak 40 juta baht. Top kemudian menjalankan perniagaan rumpai laut hasil rumpai laut yang dibeli oleh teman wanita nya di luar bandar. 

Masalah pertama yang dilalui oleh Top dan pakcik nya ialah mereka tidak tahu teknik yang sebenar untuk memasak rumpai laut itu kerana apabila digoreng rasanya sungguh pahit dan pada satu malam Top menemui pakcik nya rebah di dapur dan mujur lah pakcik nya sempat diselamatkan. Keesokannya Top cuba menggoreng sendiri rumpai itu tetapi hasil nya masih tidak berubah, kemudian dia menemui sepaket rumpai yang terbiar di atas lantai dapur sehari suntuk dan berada dalam keadaan lembap akibat hujan lebat pada malam sebelumnya.


Masalah lain pula datang apabila rumah tempat Top dan pak cik nya tinggal bakal disita, Top pula terpaksa berpisah dengan kekasihnya kerana tertekan dengan masalah yang dihadapinya. Top mendengar kaset yang merakam perbualan pensyarah nya tentang teknik-teknik pemasaran dan Top mendapat ilham untuk memasarkan produknya yang diberi nama Tao Kae Noi dengan lebih meluas melalui perjanjian dengan 7-11 yang meluas cawangannya di Thailand. Dugaan baru pula ialah bentuk rekaan pek Tao Kae Noi itu tidak memenuhi piawaian rak pameran di cawangan 7-11. Top mengubah reka letak produk nya itu dan seterusnya dia perlu menghasilkan sebanyak 72 ribu pek untuk dipasarkan ke setiap cawangan 7-11 dan memiliki kilang pemprosesan sendiri. Top memohon pinjaman banyak sebanyak 19 juta tetapi gagal kerana belum cukup umur dan dibebani hutang bapanya yang banyak. Top menjual keretanya dan mula membuka semula premis bapanya dan diubah suai menjadi kilang pemprosesan, Top hampir hilang kontrak itu kerana kilangnya itu tidak memenuhi piawaian yang ditetapkan seperti tidak memakai sarung kepala,sarung tangan, lampu siling yang tidak ditutup menyebabkan debu dan habuk boleh jatuh ke atas rumpai laut yang digoreng, Sinki mencuci tangan sepatutnya menggunakan pedal bukan kepala paip kerana tangan pekerja akan kotor kembali jika hanya menggunakan kepala paip, sabun pembasuh tangan yang tidak membunuh bakteria sebaliknya untuk mencuci luka dan saluran parit yang tersumbat.

Top memperbaiki kesilapan itu dan berjaya lulus ujian Good Manufacturing Product itu dan bermula lah perjalanan Top untuk menjadi seorang bilionaire termuda di Thailand.