Thursday, September 27, 2012

Tawa dalam tangisan

Dalam senyap ada ketawa,dalam diam ada sindiran -  itulah yang aku rasakan sekarang ini.ataupun minggu ini......



Bangga Ke Jadi Orang Malas ??



Mujur aku tak mengamalkan apa yang disenaraikan
Malaysia dengan bangganya berada di kedudukan nombor 10 dalam senarai negara yang rakyatnya paling malas di dunia daripada 122 negara dunia. Apakah kita boleh merasa bangga? tentu tidak sama sekali. Oleh itu ambil perhatian mereka yang berperangai sebegini
  1. Bawa kereta sampai ke pintu depan kedai dan kalau boleh nak masuk terus dalam kedai tersebut ambil barang dan pergi bayar tak payah keluar kereta
  2. Beli nasi lemak di tepi jalan tanpa keluar dari kereta, terus order dari tingkap hingga mengganggu pelanggan lain.
  3. Naik ke tingkas satu atau dua dengan menggunakan lif, atau turun juga dengan lif.
  4. Tak akan keluar rumah tanpa kenderaan bermotor
  5. Pergi ke surau dengan kereta sedangkan kalau berjalan tak makan masa lebih dari 10 minit
  6. Ada taman permainan depan rumah atau tak jauh dari rumah tapi tak pernah ambil manafaat darinya sekurangnya 3 kali seminggu.
  7. Marahkan jiran yang buat kenduri kerana terpaksa letak kereta jauh dari pintu rumah.
  8. Sanggup keluar sebelum fajar semata-mata dapat parkir paling dekat dengan pintu lif bangunan pejabat.
  9. Lebih suka pakai kereta mayat daripada berkumpulan angkat mayat ke perkuburan yang tak berapa jauh.
  10. Lupa cara naik basikal sebab terlalu lama sangat hanya bawa kereta
  11. Tak ada sepasangpun kasut jogging walaupun ada lebih dari 3 pasang kasut kulit kasual
  12. Hanya guna track suit untuk tidur
  13. Merasakan waktu jogging hanya pada petang atau pagi hari sahaja. Selain dari waktu itu tak boleh jogging.
  14. Rasa semua orang melihat anda jika berada di padang waktu petang dengan kasut jogging dan berpakaian sukan.
  15. Lebih suka duduk di taman baca surat khabar dan pulan daripada berjalan sedikit selama 30 minit keliling taman.
Jika anda gemuk, makan banyak, duduk lama dari berdiri, bersembang siang malam dikedai kopi dan perut buncit dengan berbagai penyakit, anda patut di salahkan kenapa negara kita menjadi antara rakyat paling malas di dunia. Boleh blah la kalau anda begitu punya malas, kasi malu semua orang.

credit to : warta shubhi

Sunday, September 23, 2012

mat salah

miss D sering menggelarkan aku mat saleh,padahal aku langsung takde kaitan dengan mat saleh dan cockney rhyming slang pun aku tak boleh cakap,apatah lagi slank mancunian,liverpudlian atau pun geordie.



Wednesday, September 19, 2012

Jam Besar Dan Sejarahya.....


Aku mula pakai jam ni masa aku tingkatan 5.jam ni pada masa tu berharga antara 10-15 ringgit biasanya aku beli dekat kiosk luar lrt pasar seni ataupun gerai area lrt masjid jamek.kelebihan jam ini ialah saiznya yang besar dan bergaya bila dipakai serta rekaannya yang pelbagai.kekurangannya pula jam ini tak tahan lasak bila terjatuh bukan setakat cermin jamnya pecah tapi dengan jarum jam nya sekali jahanam.
antara yang aku ingat aku dulu ada beli 2 jenis macam ni.sekarang bila aku tengok jam ni teringat kenangan zaman sekolah aku dulu.

Sunday, September 16, 2012

Ayah Dan Ibu Itu Tanggungjawab Kita

Kini kau lupakan ibu
Lupakan juga ayahmu
Mengapa kau begitu
Setelah sinar kau ketemu

Tidakkah kau kasihan
Ibumu sendirian
Di sini bukan syurga
Patut kau campakkan

Aku tak nafikan yang aku jugak macam remaja lain,memberontak,cakap kasar,kurang ajar dan tak dengar kata.tapi dalam hati aku takde sape yang tahu tersorok tanggungjawab seorang anak.aku jugak selalu memberi bantuan contohnya bila mak bapak aku sibuk dengan tugas mereka,aku lah yang akan menggantikan tempat mereka dengan menemani adik aku kemana saja dia pergi.5 tahun dulu aku tak fikir benda ini tapi pada hari ini aku berasa ini satu tanggungjawab kerana sudah sampai masanya aku mengajar diri aku tentang peranan seorang bapa.

paling aku tak suka ialah bila seseorang itu ada tanggungjawab sendiri tetapi lebih suka memilih kawan atau member tanpa memikirkan ibu bapa di rumah.tak kiralah adik beradik ada 10 dirumah tetapi si ibu pasti akan mengingati anak nya yang tak ada bersamanya.aku paling tak suka bila tanggungjawab kepada ibu diabaikan sebaliknya lebih memilih keseronokan bersama kawan yang disangka sahabat sejati padahal sebenarnya ular sawa yang akan memakan diri.sudah la si ibu sakit tapi sanggup bermalam di rumah kawan untuk tempoh lebih lama hanya kerana si kawan tidak puas bersama untuk satu malam saja,ingat lah awak tu bukannya 7 hari seminggu berada di rumah bersama ibu bapa.

daripada sibuk selesaikan hal rumah tangga orang lain,lebih bagus aku menjaga mak aku yang sakit di rumah.memang aku masih ada mak yang sihat walafiat tetapi aku jugak pernah merasai kehilangan 'seorang ibu', arwah nenek aku menderita sakit selama 6 bulan dan pada hari kematian dia tanpa aku sedari aku menitis air mata kerana dialah yang menjadi 'ibu' kepada aku dengan memberi didikan kepada aku dia menderita sakit selama 6 bulan dan akhirnya dia pergi untuk selamanya walaupun sudah 7 tahun dia pergi tetapi aku masih 'sakit' dan gagal menghilangkan kerinduan dan kesedihan aku atas kehilangan dia.sejak pemergian arwah nenek aku 7 tahun lalu kehidupan aku berubah sama sekali,aku hilang tempat mengadu,di pagi syawal aku rindu bermaafan dengan dia,di hujung minggu aku rindu seseorang yang bergurau sambil menyediakan nasi goreng kepada aku.

sudah 8 tahun hari raya aku hilang kemeriahannya,bermula pada raya 2004 arwah mula dikesan menghidap ketumbuhan di lehernya dan seterusnya bermula la fasa sedih dalam hidup aku.kepada sesiapa yang mempunyai ibu,nenek hargai lah mereka sementara masih ada.

ayah dan ibu
itu lah permulaan kami,dapat melihat bulan dan matahari
yang dikurniakan dari ilahi
ayah dan ibu lah mesti dihormati

Friday, September 14, 2012

Wednesday, September 12, 2012

Steward Downing And It's Staff Meal


Di satu hari ada seorang steward yang bekerja dari pukul 9 hingga pukul 3 petang.setelah habes sesi makan tengah hari steward itu pun mencari sesuap makanan dan yang tinggal hanyalah rojak yang selayaknya digelar RAJOK. dalam kehampaan itu steward pun berasa menyesal kerana sudah la bertungkus lumus tetapi tidak disediakan makanan dan dia pun pergi ke kafeteria membeli laksa tetapi hampas kerana laksa itu tiada dan dengan selamba babinya penjual laksa itu tidak memulangkan 2 ringgit steward menyebabkan dia benar-benar panas dan riak muka tidak bersalah dia menyatakan laksa sudah habes tanpa dia ingat 2 ringgit steward telah diberi tanpa dipulangkan semula.si steward pun menyumpah lain kali 'aku akan buat benda yang sama jugak,kau tunggu balasannya NAKHARUN !!!!!!!!
sampai di rumah si steward dengan rasa panas hati menjamah udang bakar yang selayaknya digelar benih udang itu pun berterima kasih kepada kawannya yang berusaha mencari sedikit sisa makanan yang tak laku atau lambat siap. cukup la sekadar untuk membuat gigi mengunyah saja makanan itu.
dan untuk melegakan hati yang panas si steward downing pun memasak la mee segera sebagai pengalas perut sambil dia menyumpah pelbagai jenis carutan kerana sudah la cuba berbaik dengan Crap Or Dipshit atau SEE OR DID.tetapi dia hanya mendapat penat tanpa sempat menjamah makanan yang dihasilkan agaknya ini la nasib seorang steward downing.

ulasan steward downing : it should be SEE OR DID not COD.which is mean u see something wrong then ask other people to settle that matter  or you do what supposed to do not just walk in or out then waiting for credit from the jury.

the leader are arrogant,she does not care about others who give a hand to manage this occasion but rather to fulfilled the guest needed instead thinking about the welfare of colleagues.

11 September 11 Tahun Lalu....


Pada masa itu aku tak mengesyaki apa-apa tentang peristiwa 11 september ini.yang aku tahu aku tengah bercuti masa hari kejadian dan pada malam itu ada BBQ,bapak aku sibuk bersembang dengan rakan sekolar hijau nya tentang peristiwa 11 september dan mulai hari itu pelbagai konspirasi yang dicetuskan oleh konspirator yang otaknya lebih suka menuduh yahudi yang bersalah dalam hal ini dan sejak itu negara Uncle Sam mula menjadi fobia kepada islam yang mencetuskan ISLAMOPHOBIA padahal mereka fobia bukan kerana ketaatan penganut nya tetapi takut kepada janggut lebat,serban dan lelaki berjubah pada aku Amerika menjadi fobia sebab pada mereka apa yang dipakai oleh para Arabia ini lah yang melambangkan Islam tak kiralah si Arab itu agamanya kristian,Islam mahupun majusi.

Tapi di Malaysia tak ramai yang sedar 11 september juga ada makna tersendiri walaupun tidak dikenali di peringkat antarabangsa.3 tahun sebelum 11/9 versi Amerika berlaku di Kuala Lumpur telah berlangsungnya perasmian sukan Komanwel iaitu Temasya Terbesar Selepas Sukan Olimpik - pada aku ini kenyataan yang bodoh kerana sukan Pan Amerika,Sukan Asia jauh lebih besar prestijnya dari sukan Komanwel yang hanya disertai negara-negara bekas jajahan British.


Saturday, September 8, 2012

Masih Belum Sempurna



Katak Di Bawah Tempurung

sesungguhnya katak itu tak mengetahui apa yang berada di luar tempurungnya sama ada kodok atau ular sawa.jangan la jadi katak....