Sunday, May 31, 2015

Cara-Cara Mengenal Mamak Muslim Dan Kafir

Seriusly ?? tak sangka pulak kena pastikan pekerja tu boleh mengucap 2 kalimah syahadah baru boleh pastikan makanan yang dia hidang,jual tu halal. Setahu aku, syarat-syarat macam tu bagai dikenakan kepada penyembelih ayam yang dijual untuk pasaran ayam sembelihan halal. Tapi perlu ke seorang pekerja yang bukan Muslim tapi masak makanan Halal kena macam tu sekali ?

Kalau dia nak cakap makanan halal tu jadi tak halal sebab kena peluh mamak tu , adakah makanan yang dijual di kantin sekolah, medan selera tu semua dijamin bersih tak dimasuki peluh penyedia makanan ??


Makan Di Resipi Rahsia

Aku ni sebenarnya kurang gemar makan di kedai makanan Melayu yang high end ni, contohnya 1 pinggan nasi goreng yang biasa aku bayar di kedai biasa cuma 5.50- 6.00 tiba-tiba jadi 19.00 ++ di kedai makanan Melayu yang kononnya high class.

Cerita nya macam ni, semalam lepas penat berkunjung ke pameran Gila-Gila di Petrosains aku pun makan di Resipi Rahsia cawangan bangunan tongkol jagung berkembar di Kolumpo. Aku tengok seleksi makanan dia tak berapa selektif sangat. Jadi aku pun order lah Black Pepper Chicken Chop dan Lemoned Jus. Giler kau ! BPCC saja dah 19.00 !! apa yang aku dapat ?? cuma semangkuk kecil jagung rebus, nasi putih dan BPCC. Wat kain of fag are this ?? cant believe it mang ! menu punya la simple dan so..so...je tapi harga mak bapak rm 19 ?? aku tau ini Suria tongkol jagung berkembar. Tapi yang aku tak puas hati tu feature dalam makanan aku tak sepadan dengan harga yang dibayar. Kalau aku makan Chicken Chop kat kedai Western standard lagi cantik dan bagus dari ni. Nama je eksen lagi acah-acah kokesen " Resipi Rahsia " tapi jual nasik putih + jagung + chicken chop.

Lagi pelik macam mana la restoran yang kononnya terkemuka serata Malaya ni boleh jual makanan macam tu. Serius mindfaq aku dibuatnya, itu belum kira harga jus lemoned aku lagi, dekat 10 hengget harga dia. Kadang-kadang aku tak faham la kenapa sesetengah kedai makan ni harga air minum dia terlampau mahal. Untuk air jus yang biasa tu caj sampai 6-9 aku rasa serius tak berbaloi. For the god sake la kenapa setiap kali keluar aku prefer makan kepsi dan mekdi yang lebih murah harga dia.


Friday, May 8, 2015

Selfie Suara Kubur

Kelmarin aku pergi ke GSC Nu Sentral, sampai saja di GSC tajuk filem ini tidak kelihatan di jadual tayangan. Padahal belum genap 2 minggu Skim wajib tayang iaitu tempoh yang biasa diperuntukkan untuk filem tempatan ditayangkan di pawagam. Tapi sebagai kaki wayang, tengok poster filem ini saja dah buat aku rasa nak tergelak. Kreatif dan berseni sungguh poster nya #Sarcasm

Otak Udang

Ada betulnya juga pepatah melayu ni....tapi dari penerangan dalam gambar ini otak udang ni bukan merujuk kepada sesuatu yang bodoh sahaja, tetapi juga merujuk kepada mereka yang pengecut, cakap besar dan tong kosong.





Kawan Dan Gajet



Harini hampir semua dari kita memiliki smartfon tetapi pengguna rata-rata masih belum 'smart' kerana terlalu asyik 'berbual' di internet dari berbual di dunia nyata. Trend ini bukan baru lagi kerana sejak 10 tahun lalu lagi sudah ada telefon pintar teknologi 3G tetapi pada masa itu tabiat bergaul di gajet ini belum lagi kritikal seperti hari ini. 


Contoh mudah, di meja makan di mana kita bertemu dengan kawan untuk sekian kalinya tidak berjumpa. Tetapi sampai saja di meja terus jibauk ini membuka henfon nya tanpa mempedulikan rakan-rakannya di sekeliling. Kalau kau setakat main henfon baik duduk di rumah atau melepak bersendirian saja.



Dahulu, mereka yang asyik berkepit dengan henfon ini kami gelar mat SMS sebab terlalu leka ber sms dengan girlfriend. Hari ini spesies ini bukan setakat ber sms tetapi dia juga ber wassap, tweet dan  instagram. Harap-harap la spesies ini cepat mampus dan tak membiak kerana tabiat keji ini mampu membuatkan masyarakat kita hilang sifat saling tegur menegur dan meruntuhkan institusi persahabatan.