Sunday, April 22, 2012

cara on bluetooth di asus A43S

aku sebenarnya masih belum memahami sepenuhnya laptop aku ni.pasal masa aku nak bluetooth file dari nokia X2 ke lappy ni bluetooth x2 tak dapat connect dengan bluetooth laptop ni.jadi terpaksa la aku upload gamba guna USB bengong.

bukan tak berusaha,aku dah check kat internet pasal macam mana nak on bluetooth kat laptop tapi satu pun tak membantu.pada satu hari dengan tak sengaja aku ter-klik satu simbol dalam hidden icon dan terus keluar ikon WLAN & BLUETOOTH jadi aku pun double klik ikon bluetooth serta merta bluetooth di asus A43S aku kembali berfungsi.

  
 simbol wireless console berwarna biru ni ialah simbol /ikon yang perlu di klik sebelum keluar ikon WLAN & BLUETOOTH.
 kalau simbol macam di atas ni bermakna bluetooth masih boleh di detect oleh mana-mana device/gajet
 kalau ada simbol ni plak bermakna bluetooth untuk laptop ni OFF dan kalau nak ON balek kena double klik je ikon Bluetooth tu.
 back to normal ! senang kan ?

sad sunday

 

berabad tak mendengar suara mu
berbisik manja kepada ku
yang terngiang
hanyalah kalimah pemutus cinta
gementar perasaan ku
menyahut panggilan mu

aku di coffee house


sudah 3 minggu aku di coffee house.sesi pagi,kerja aku ialah clear breakfast dan set cutlery.kalau runner sibuk aku kena buzzing la tray dekat trayjack tu.selain tu jugak aku amik egg order macam omelette,fried egg,scrambel dan soft boiled (telur separuh masak). beserta sekali dengan baked beans,chicken sausage dan potato.

mula-mula aku ditugaskan di backlane macam kena wiping(lap)bb plate,saucer, pinggan,glass,coffee cup dan tea cup.aku jugak kena top up pinggan,cereal bowl,rice bowl,dan juice glass di buffet line.re-fill air dah memang jadi tanggungjawablah . habis breakfast aku clear buffet line, kutip kicap dan bamboo table number atas meja.lepas tu lap balek meja buffet line.kemudian kalau ada guest pegi amik order dan bagi order kat orang yang bertugas kat backlane - kerja amik order ni yang paling aku tak suka
                                           
waktu lunch pulak aku akan tolong serve apa yang patut macam nasik putih,re fill air dan hantar main course.lepas tu clear pinggan kotor.lepas abes lunch aku pun buat air kat belakang.sehingga waktu balek.

pasangan QPR yang poyo

 masa aku nak berjalan keluar dari pasar malam jalan tar semalam aku sungguh bengang dengan 2 ekor bangang ni. dah tau jalan sibuk boleh lagi berhenti tengah2 laluan semata-mata nak tengok kain tudung.kalau nak tengok masuk la dalam gerai tu bukannya berhenti tengah laluan ni.dah la laluan tu sempit 2 ekor tenuk sejati boleh plak jadi roadblock.kalau badan tu kecik takpe boleh jugak mencelah ni besar badak !!!

lebih menyakitkan mata pakai baju QPR plak tu.entah tau ke tidak kat mana letak nya QPR tu. perangai serupa lelaki lembut pun ada hati nak pakai baju bola? agaknya dah jadi trend sekarang ni apa saja produk ada tulis malaysia mesti rasa bangga nak pakai.padahal takde self belonging pun kat situ. QPR itu di london,england.bukannya di kuala ketil,tumpat,jasin,muar,ulu kinta,serendah mahupun tanjung malim.

dan aku pasti 2 ekor lahabau ni bukannya pernah pergi ke loftus road , dion dublin ?? lagi la diorang tak kenal.

sungai oh sungai

 

di petang yang hambar aku berjalan di jejantas lrt dang wangi merentasi sungai klang.di tebing simennya kelihatan rumah-rumah lama yang aku jangka sudah ada di situ sejak merdeka lagi.masih cantik seni binanya tapi aku berasa kurang senang melihat keadaan rumah di situ yang dijadikan kedai makan dan berhadapan pula dengan bangunan-bangunan pejabat dan jalan raya yang sentiasa sesak.entah bagaimana diorang boleh hidup dengan keadaan macam tu.

satu masa dahulu aku mengejar pembangunan tanpa memikirkan untuk memelihara khazanah yang ada.rumah itu lah khazanah nya dan sungai klang itu lah aset kuala lumpur.bukan senang untuk melihat  sungai di tengah bandar yang sesak dan tak tersusun perancanggannya masih ada sungai yang mengalir.aku hairan tahun 2020 dicanangkan sebagai bermulanya era kemajuan negara dunia ke 3 macam malaysia.


 
tetapi itu tak bermakna kalau sungai klang dan sungai gombak masih lagi kotor sama seperti 30 tahun dulu.memang betul, sungai bukan lah penggerak kemajuan tetapi yang terselindung ialah KEBERSIHAN yang aku cuba terangkan di sini.di england,sungai thames satu masa dahulu tempat di mana sisa kimia dan najis mengalir hasil kesedaran orang inggeris mereka mula menjaga kebersihan sungai itu.bila sungai dah bersih pemandangan pun cantik dan dapat menjadi tarikan pelancong.








 


cuba bayangkan macam mana air di sungai venice,itali macam di sungai klang ?? sudah tentu takde pelancong yang sanggup ke situ bukan ? sedih sungguh aku melihar keadaan ini.aku teringin nak tengok air sungai klang itu bersih dan jernih macam 100 tahun dahulu.
                                 

Thursday, April 19, 2012

kalau dah x sehaluan x de jodoh,jangan la siksa orang lagi. just think about it.!

Sunday, April 8, 2012

meme di telur

tak tau la sama ada bosan atau kreatif  :)

aku bukan melayu

 

maksudnya di sini ialah aku bukannya melayu jawa,banjar,acheh,minang,bawean.siam dan sebagainya.aku seorang berketurunan borneo.ibu-bapa aku berdarah asli borneo dan susur galur keturunan aku takde yang berkahwin dengan melayu semenanjung. borneo itu merujuk kepada orang yang berketurunan bangsa atau penduduk yang menetap di kepulauan borneo.borneo itu tak terhad kepada sabah dan sarawak saja.borneo merangkumi kalimantan,brunei,sabah,sarawak dan labuan.

memang aku berbahasa melayu tetapi melayu sarawak, aku tak pasti dari mana asalnya bangsa melayu sarawak ini.aku lebih suka digelar orang borneo atau bangsa borneo.aku berang dengan tindakan segelintir melayu semenanjung yang cetek pengetahuan nya tentang borneo dengan menganggap borneo itu hanya ada kaum iban dan penan saja.padahal banyak lagi bangsa atau suku kaum  dan bahasa yang ada di borneo. dan pada mereka orang borneo masih lagi menjadi pangait dan memakai cawat.itu aku tak boleh terima kerana di KL juga ada  mamat jambu memakai short pants dan singlet di tempat awam pada aku itu serupa la dengan memakai cawat cuma cawat dan singlet mereka itu berjenama mewah saja.

memang kami dianggap kuno tetapi kami bangga dengan budaya kami sendiri dan tidak menjadikan budaya orang diserap menjadi budaya kami.tak hairan lah borneo sentiasa dibanjiri pelancong yang ingin mempelajari cara hidup masyarakat borneo yang hidup di hutan dan ada juga yang sanggup dicacah tatu di badan mereka kerana cara pembuatan tatu orang borneo yang unik dan maksud coraknya yang tersendiri.
                                           
aku akui aku hanya boleh berbahasa melayu sarawak saja kerana faktor geografi aku yang membesar di perkampungan melayu.itu tak mengahalang aku untuk memahami dan bergaul dengan bangsa lain.contohnya aku masih lagi faham apa yang dibualkan oleh kawan-kawan aku dalam bahasa mereka aku tak boleh bercakap dalam bahasa mereka tetapi aku masih boleh faham apa yang mereka cakapkan.
                                           
memang menjadi bahan ketawa bila dengar orang borneo bercakap dalam bahasa melayu dengan ayat tunggang langgang dan sebutan perkataan di dalam bahasa baku.aku tak terkecuali mengalami situasi yang sama 13 tahun dulu.aku asalnya fasih berbahasa melayu tetapi bila berpindah balik ke kampung pada 1998 aku mula bercakap dalam bahasa melayu sarawak dan berhijrah ke bandar pada 1999 membuatkan aku mengalami situasi masalah bahasa kerana sudah lama tak bertutur dalamb  bahasa melayu riau dan ini mengambil masa setahun lebih untuk aku mengasah semula kemahiran berbahasa melayu aku.

dan sehingga kini aku masih lagi mampu fasih bertutur dalam bahasa melayu semenanjung dengan baik dan tanpa kedengaran dialek sarawak aku.ini jugak menimbulkan kekeliruan kerana takde siapa percaya aku berasal dari sana kerana cara perbualan aku dah macam orang semenanjung tanah melayu.cuma aku kena touch up sikit sebutan perkataan aku kerana 6 tahun dulu semasa aku mula-mula memulakan kehidupan di KL aku masih menyebut ganja itu sebagai ganje. kerana bahasa aku yang banyak menyebut A itu e'.

dan jika lau aku berkahwin dengan orang bukan borneo aku mule terfikir macam mana aku nak mengajar anak aku bahasa melayu sarawak ??

4 minggu tak makan nasik , aku masih hidup


 tanpa nasik aku boleh lagi buat kerja berat dan tanpa nasik aku tak perut aku memerlukan banyak masa untuk menghadam makanan yan baru dimakan.pada aku tanpa nasi tak boleh hidup adalah pepatah yang tak logik.tuhan ciptakan banyak tumbuhan dan buah buahan yang boleh dijadikan makanan kenapa tak makan je benda lain??

dan dengan gaya hidup tak makan nasik ni jugak membantu aku untuk mengadaptasi kan selera perut dan lidah aku dengan makanan luar. pada aku nasik tu banyak karbohidrat dan setakat makan lauk,sup sudah memadai.
                                     
itu bukan masalah,aku tengok nasik pun tak selera dah sekarang ni.sebelum ni makan nasik menyebabkan aku tak mudah kenyang.bila dah makan nasik aku nak makan mee lagi.sejak makan lauk ni aku cepat kenyang.dan berharap gaya hidup macam ni berterusan sampai bila-bila dan berat badan aku kembali normal.

ya,nasi menjadi punca berat badan aku naik secara mendadak.jadi itulah punca kenapa aku berhenti dari makan nasik.mak aku memang masak nasik pasal kat rumah aku sorang je tak makan nasik,aku setakat makan lauk saje lah.kat kafe tempat kerja plak aku makan mee saje time rehat kalau takde mee, aku makan lauk je lah.

rambut baru dan danny worsnop

 
atas permintaan undang-undang aku kembali berambut pendek. genap sebulan 13 hari aku gunting rambut kini aku berambut baru.kos menelan belanja sebanyak 7 ringgit.biasanya aku akan gunting rambut bila dah genap 2 bulan tetapi belum genap 2 bulan aku terpaksa menggunting rambut atas faktor kerja aku sebagai server dan aku terpaksa akur.

sebelum ni kat FO dan housekeeping aku relax je berambut tebal dan aku tak pernah ditegur tentang rambut aku.dan ini lah harga sebuah pengorbanan walaupun antara benda yang paling aku tak suka ialah rambut aku digunting.
                                   
bagi aku bila rambut aku digunting tak sesuai la bentuk muka dan gaya aku dengan rambut pendek.aku lebih sesuai dengan rambut lebat dan panjang paras leher.dan untuk kali ni aku mengambil contoh rambut pendek danny worsnop vokalis asking alexandria.dalam masa 2 minggu lagi rambut aku akan jadi macam rambut danny.

3 minggu dalam neraka

hari terakhir di banquet ????


aku tak pasti pasal kalau bizi mesti aku kena naik bankuet punya.aku jugak cipta rekod setakat ni.lawrence trainee ICHM kena bankuet 4 hari, ame seminggu, aku pulak 3 minggu !!
dalam tempoh 2 minggu terawal memang aku pressure sebab target aku asalnya nak masuk coffee house dan tanpa diduga awal2 lagi aku dah masuk bankuet.

cakap pasal bankuet ni simpang malaikat 44 aku! dah la kerja tak menentu.selama 3 bulan aku praktikal kat vistana KL ni syif kerja aku hanya 8 jam.bila dah masuk bankuet aku kena culture shock, kerja sampai 12 jam,16 jam sehari.dahtu kena kerja dengan sorang akak yang kuat membebel dan kelam kabut. aku cukup benci kerja dengan orang yang kelam kabut ni macam dilanda kiamat pulak.
antara perkara kontroversi yang aku cetuskan ialah aku berani mantul@ kutuk kapten itu sebab aku dah pressure kena suruh itu ini dan kapten plak jenis takde budi bahasa dahtu tak boleh tengok orang rehat.sampai bos pun tanya aku kenapa aku macam tu,aku cerita la kat bos yang selama aku 3 bulan kat sini aku tak pernah melawan sebarang arahan dari senior,duty manager,supervisor itu pasal diorang tu tak terlalu mengerah keringat aku dan diorang bagi arahan dengan cakap elok-elok tak perlu la nak maki hamun.

nasib baik bos pun ok.jadi dalam hal ni aku selamat pasal bila aku memberontak adalah sebabnya dan aku takkan memberontak tanpa alasan kukuh.dah masuk minggu ke 3 aku mula bekerja seorang diri dan handle satu majlis seminar sebanyak 48 pax.dan untuk seminar 2 hari tu kapten aku tak terima sebarang aduan dari urusetia tentang kerja-kerja aku dan aku berjaya lulus ujian kerja seorang diri tu.hari pertama memang penat dengan aku kena pick up food sorang-sorang,kena clear,carik serving gear sendiri dan serve sendiri.tapi aku tak pressure pasal semua benda aku handle sendiri dan kapten tak kacau kerja-kerja aku pun.

minggu ke3 plak tak bizi macam minggu pertama dan kedua jadi aku lebih relaks disitu dan segala urusan berjalan lancar.yang ok bankuet ni aku tak payah nak amik order,aku cuma pickup food je dan serve.yang tak seronoknya, aku balek rumah cuma untuk tidor saja dan takde masa nak update blog.

mentari muncul lagi

Aku fikirkan mendung berterusan
Tapi kini mentari muncul lagi
Ku rasa kembali kehangatannya


Maafkan aku meninggalkanmu
Itu kulakukan kerana cintaku padamu
Ku tak sanggup melihat kau tersiksa
Tuhan saja yang tahu perasaanku
Berperang dengan suasana

Hinggakanku terpaksa meninggalkanmu
Kerana tak sanggup melihat kau menderita
Menyesalnya ku kerana menyangka

Nasib tak menyebelahi
Cinta dan hidup kita

Syukur Tuhan masih sayang pada kita
Masih sayang, masih ada cinta
Maafkan aku meninggalkanmu
Itu kulakukan kerana cintaku padamu
Ku tak sanggup melihat kau tersiksa

Wednesday, April 4, 2012

Oktober 2010


Bulan 10.satu bulan sejarah to me.coz bulan ni aku start kenal dia n ‘in a relationship’ dgn dia.hehe..happy nya terasa bila bulan 10 nak dtg.wlaupun ada tercoret sejarah hitam dalam bulan tu but still aku ingat sejarah menarik aku.which is aku jumpa org y totally different dr smua y aku kenal bfor2 ni.aku sayang sangat lelaki ni.walau apa jadi,walau aku ucapkan kata2 benci kat dia,aku tetap tak boleh lupa dia. Orang nya simple,matured, cool, patient.aku respect dia.dia mmg cukup sabar dgn kerenah aku.mmg selalu aku marah dia,bila aku cuba nak elak dr dia, dia x penah marah aku. Sayang, I love you. Aku nak hubungan ni berlanjutan sbb hanya dia y boleh timbulkan rasa kagum n respek aku. :)

Im happy with you.n my niece will happy too.:)
 

Pelengkap Hidupku - Eren Ft. Romi

3 words that I hiding inside. :)

I never forget you.