Friday, August 31, 2012

Budi Mu Tinggi Nilainya

Walaupun berhaluan kiri dan selalu memberi kritikan pedas.jauh di sudut hati aku sayangkan negara ini dan mahu merampasanya dari tangan si dajal kronisme dan kapitalis
lagu ni dah 10 tahun terngiang-ngiang di telinga aku setiap kali bulan kemerdekaan

Thursday, August 30, 2012

Makna HP Yang Kita Tak Sedar

secara umumnya kita tahu HP itu .....

 
tapi sebenarnya HP itu lebih dari jenama..dan ada jugak membawa maksud lain 

 

Sebab Kenapa Aku Dah Gemok

Pada berat 70 kg aku rasa dah cukup gemuk untuk seorang yang berketinggian 167 cm paras body mass index juga pada 24.9 iaiti berada di paras overweight.aku masih berasa hairan macam mana dalam masa setahun setengah berat badan aku boleh naik sampai 15 kg pada awal 2011 berat aku ialah 65 kg dan semasa cuti semester berat aku tiba-tiba naik jadi 75 kg !!

sejak bulan mac 2012 aku mula melakukan langkah drastik dengan mengurangkan berat badan,timbangan pada bulan mac menunjukkan berat aku ialah 80 kilogram,berat yang paling berat dalam hidup aku.selepas seminggu berhenti mengambil nasi berat aku turun kepada 75 kilogram dan berat itu statik sehingga bulan ogos 2012 bila timbangan berat diambil menunjukkan berat aku sebanyak 70 kilogram. 10 kg turun dalam masa 5 bulan,member aku memang tak nampak penurunan ini sebab aku bukannya menggunakan london weight management yang mampu menurunkan sehingga 20-30 kg dalam masa beberapa minggu saja,

satu lagi usaha keras yang perlu diambil ialah dengan menghentikan pengambilan makanan berasaskan beras.seperti mee hoon jadi dalam kes ini aku harus kembali kepada Rancangan Menguruskan Badan Azfar Pertama (RaMBAP) rancangan ini  terbukti berjaya pada 2007/20008 dengan aku mampu menurunkan berat badan sebanyak 10 kg dalam masa 7 bulan,berat aku asalnya 70kg tetapi dengan pengambilan roti yang berterusan aku berat aku akhirnya kurang kepada 60 kilogram untuk tempoh 3  tahun iaitu 2007-2010

pengambilan air gas jugak menjadi punca kenapa perut aku membesar.http://www.esempoi.com/kesihatan/2-sebab-utama-untuk-berhenti-minum-air-soda/

aku bertekad untuk menghentikan pengambilan air bergas dan mula mengambil roti sebagai makanan ruji,

Wednesday, August 29, 2012

3 bulan Sia-Sia Dan Teruskan Mengira

 masa LI dulu ada la jugak dapat pergi trip 3 hari 2 malam,4 hari 3 malam.bila dah habes latihan industri ingat dapat lebih masa bersama tapi lagi teruk dari yang disangka.aku cuba memberi layanan baik tapi bila diberi madu kita pulak disuap dengan racun.

5 bulan dulu aku percaya lah waktu kerja mengikat dan menjadi penghalang untuk bersama tapi bila dah sambung sem ni adakah waku kelas menjadi penghalang ? aku menulis dalam keadaan hati aku bengkak dan perasaan aku hancur lebur.aku masih tak dapat beli BB walaupun dah keluar duit cuma tinggal nak beli saje,aku nak dia teman beli BB pun susah ??  aku lupa yang 'menteri' ni lebih pentingkan nama dan prestij dari dihormati oleh orang yang lama menanti untuk bersama.

aku masih ingat ayat 'masa study ni la nak lalui semua benda sama-sama,sebab lepas study dah tak dapat lalui semua ni sama-sama' bila aku baca ayat ni dalam mesej aku pun tersentak dan tersedar dari mimpi tapi ayat ni jugak la yang 'menidurkan' si penulis ayat itu.agaknya mesej yang mengandungi ayat tu ditaip dalam keadaan mamai sebab tu lah masa menghantar mesej bersungguh-sungguh je bunyinya tapi bila di dunia nyata macam yang aku alami sekarang ni.
 
asalnya 2 bulan itu pun aku cukup berasa diperbodohkan dalam 2 bulan tu dengan alasan tak munasabah,aku lupa 'menteri' ni pentingkan diri dan kroni dari ahli keluarga sendiri sampai aku pun terabai.biasala menteri bila dah ada kroni pentingkan kroni bila bergaduh atau ada tak puas hati,aku jugak la tempat mengadu.sekarang dah 3 bulan dan aku cukup kecewa dan sakit hati dengan orang mengelak dari berjumpa aku dan orang suka bertangguh aku dah tak boleh terima sebarang alasan lagi,sebelum ni mengata aku mempermainkan perasaan dia tapi dia tak sedar dah 3 bulan mempermainkan perasaan aku yang bersemangat nak pergi trip tapi selalu batal sebab menteri yang terlalu sibuk menteri yang selalu ada masalah mood.


Saturday, August 25, 2012

Rambut Baru

Rambut baru ni mendatangkan kos RM 8.00 tunai kepada aku.kali ni di kedai gunting yang diusahakan oleh 2 orang lelaki berketurunan Acheh.# sebenarnya semua kedai gunting area Datuk Keramat ni diusahakan oleh keturunan Acheh.

Pilihan style rambut kali ini ialah layer-pendek sebab sebelum ni layer panjang mendatangkan masalah kepada aku kerana panjang yang tak sekata dengan panjang rambut sideburn boleh merosakkan penampilan.untuk rambut baru ni penampilan aku lebih mirip ALIF SATAR.
Muka aku sebelum digunting rambut agak kelihatan garang,ditambah dengan lebatnya janggut dan misai mampu menggerunkan sesiapa yang tak mengenali diri ini.

Akan tetapi selepas rambut digunting dan misai serta janggut dicukur aku kelihatan muda semula,sebenarnya punca aku tak mencukur janggut dan misai ialah kerana aku tak bawak balik pisau cukur dan krim pencukur yang aku tinggalkan di rumah sewa.atas sebab rimas dengan janggut dan misai yang makin lama makin menjadi lebat nya aku pun membeli krim pencukur dan pisau cukur yang baru untuk digunakan di rumah keluarga di KL.
 

sebelum

selepas

 

Wednesday, August 22, 2012

kecewa di raya ke 4

ini  bukan kecewa tak dapat merasa seafood,kek lapis,rendang atau ayam pansoh.tapi ini kekecewaan aku tak dapat ke stadium sarawak.sejak balek raya aku dah bersemangat nak pergi ke stadium untuk tengok team sarawak main di depan mata aku.tapi hari ini 22 ogos 2012 aku akan ingat sampai bila-bila.pertamanya, aku dah plan nak pergi dengan pakcik tapi disebabkan hal astro rumah dia rosak jadi dia terpaksa batalkan trip.sedikit bengkak pasal aku bersemangat ibarat budak kecik tetapi bila harapan musnah,tak payah la diceritakan rupa kecewa anak kecil bila hajat nya tak termakbul.

keduanya,setelah dicarik sape sape yang nak pergi sekor pun tak mengaku nak pergi ke stadium, ini ke saudara?? lantak la,nanti kalau ada match besar kat KL jangan harap aku nak tolong,hukum karma tu penting untuk mengajar orang.dapat la jugak sorang nak pergi tapi hampeh # harapan palsu.
tunggu punya lama sekali tak jadi pergi la.#nakharon
cukup kecewa aku dengan penantian berakhir sampai sebegini,di tanah sarawak ni aku dilahirkan,dibesarkan tapi di tanah air ni juga aku tak dapat menjejak kan kaki ke stadium negeri,tak berpeluang menonton aksi pasukan sarawak di depan mata.
dari sini dengan jelas aku dah nampak yang aku takde jodoh dengan pasukan sarawak.lagi pun aku bukannya bangga dengan pasukan sedia ada kerana pasukan so called sarawak ini bermain di kuching,pemain majoriti berasal dari kuching.aku dilahirkan di gedong,membesar di gedong dan kem penrissen batu 8.dalam setahun boleh dikira dengan jari bila aku pergi ke bandar kuching.dari seni makin kuat keinginan aku untuk ada team bola yang berkaitan dengan aku.contohnya 
FC penrissen 08, aku menetap di kem penrissen batu 8 selama 7 tahun dari situ aku berasa ada kaitan aku dengan kem itu.

untuk tubuhkan FC Gedong pulak aku lebih bersemangat kerana di kampung ini aku dilahirkan,di mana aku membesar dan bersekolah walaupun hanya untuk sekejap.di sini jugak ada saudara mara aku.jadi aku lebih menyokong FC gedong jika ditubuhkan.untuk batch terawal aku memilih budak-budak berusia 7-8 tahun sebagai first class team.kemudian pasukan ini akan dilatih dari kecil hingga remaja sebelum mereka dibentuk menjadi FC Gedong senior team. dan sudah pasti pasukan ini bermain di kampung gedong kerana lebih dekat di hati penduduk kampung gedong.

selamat tinggal teh tarik gelas besar

 TTGB banyak mempengaruhi dan membentuk aku pada hari ini hasil pembacaan artikel tulisan cob nobbler aka Nami di blog tu.hasil tulisan nami juga mengubah aku dari seorang yang taksub kepada teori konspirasi kepada seorang yang benci kepada konspirasi.dari seorang yang suka kepada kemewahan dan pangkat besar kepada seorang sosialis yang bangkit menentang golongan atasan.
dan yang paling penting tulisan nami menjadikan aku seorang yang menghormati hak orang lain beragama dan hak mereka memilih cara hidup masing-masing.

cara penulisan aku di blog kebebasan menulis ini banyak dipengaruhi oleh artikel tulisan nami di teh tarik gelas besar dan sebab itu aku tak segan silu menulis artikel serius aku yang pertama dulu iaitu liberal dulu dan sekarang.tetapi kematian ez mengubah segalanya sejak hari kematian ez pada bulan jun lalu nami sudah tidak lagi menerbitkan entri di TTGB sudah hampir 2 bulan lebih TTGB tidak 'di refill' teh nya.dan hari ini nami mengucapkan salam perpisahan kepada pembaca TTGB. kerana mulai 9 september 2012 TTGB akan ditutup. ini antara perkara yang menyedihkan aku untuk tahun 2012 kerana sudah la fredoom of allocation sudah hilang entri lamanya,kini teh tarik gelas besar pula akan di 'cuci gelas' nya tanda sudah habis segala kemanisan dan kepekatan dalam teh itu.

Tuesday, August 21, 2012

aku merindui mu I miss you

when i see her,it always made me thinking of you.you the only one i has.no one but you standstill beside me against all odds in this long journey




hartanam

di suatu petang pada bulan november 2004 seorang budak sedang merenung ke arah kawasan lapang sebelah rumah ibu-bapanya.budak yang baru saja mengetahui result upsr nya tidak begitu cemerlang memilih untuk melupakan kenangan pahit itu dengan melakukan aktiviti yang dirasa mampu menaikkan semula moralnya.sedang dalam kekalutan di musim cuti hujung tahun yang baru saja bermula serentak dengan sambutan aidilfitri itu anak muda itu berfikir sejenak yang tanah di sebelah rumah yang tak berapa siap itu agak lapang dan ada sedikit tanaman sebagai hiasan tanah di situ lalu dia pun mendapat idea untuk menjadikan tanah itu kebun mini kerana daun pandan,pucuk ubi dan labu sudah tumbuh dengan subur di situ lantas anak muda itu membawa cangkul tinggalan projek rumah ibu bapanya itu dengan merayau ke celah rumpun pisang lalu terjumpa sepohon anak pokok kuini yang sudah mengeluarkan tunas. melihat kepada rumpun pisang yang bermaharajalela di situ anak muda itu pun mengalihkan tunas kuini itu ke kawasan lapang tadi.

7 tahun kemudian,malas mengambil kisah tentang perihal pagar yang akan dibina di sebelah rumah tak berapa siap milik ibu bapanya anak muda itu datang semula ke kebun mini yang sudah bertukar menjadi mini semak samun dan sedikit tersenyum kerana pokok kuini yang disangkanya pokok mangga 7 tahun lalu sudah mula berbuah di bulan puasa 2011, buahnya tidak lah lebat tetapi itu sudah memadai kerana pokok itu baru saja berusia 7 tahun dan jika budak itu tidak memindahkan tunas kuini itu 7 tahun lalu sudah pasti pokok itu tidak membesar pada hari ini. 

setahun kemudian pada raya aidilfitri 2012 pokok kuini itu mula berbuah dengan lebat dan mampu menitiskan saliva sesiapa yang melihat kelebatan buahnya.hari itu budak itu sudah berusia 20 tahun dan dia masih ingat dengan jelas saat dia menemukan pohon kuini itu dan saat dia memindahkan kuini itu ke tempatnya sekarang.8 tahun dahulu tinggi pohon kuini itu hanya sepanjang separuh daripada tulang kering si penanamnya tetapi pada hari itu pokok kuini itu 3 kali ganda lebih tinggi dari penanamnya walaupun pokok kuini itu baru berusia 8 tahun dan si penanamnya kini seorang remaja berusia 20 tahun.  tersenyum sendiri anak muda itu melihat hartanam nya yang kini mula lebat berbuah, lagi manis bila pokok kuini itu berbuah bila mengetahui penanam dan pemindah nya akan pulang beraya dan menemuinya walau detik itu hanya berlaku setahun sekali.

itulah kebaikan bila berbudi kepada tanah kerana itu lah pepatah yang bermain di minda anak muda itu pada 8 tahun lalu, sebenarnya pohon kuini itu bukan ditanam oleh anak muda itu,dia hanya memindahkan pohon kuini itu dari rumpun pisang ke kawasan yang lebih lapang kerana bimbang pohon kuini itu tidak mendapat nutrien yang secukupnya jika dibiarkan terus di kawasan rumpun pisang itu. sebenarnya yang menanam dan meletakkan benih kuini itu di rumpun pisang ialah nenek kepada anak muda itu pada  8 tahun lalu. nenek kepada anak muda itu telah meninggal dunia 7 tahun lalu agaknya setahun selepas pohon kuini itu diletakkan di rumpun pisang.

jika pokok kuini itu punya perasaan pasti dia sedikit terkilan kerana pemilik asalnya sudah tiada lagi di dunia ini dan dia hanya dibesarkan oleh cucu kepada pemiliknya untuk beberapa minggu sebelum anak muda itu kembali ke sekolah.dan setelah 7 tahun pemiliknya pergi si pohon kuini itu berbuah dengan lebat tanda terima kasih kepada pemilik asalnya dan pemindahnya. budak yang kini berusia 20 tahun itu merasa agak sayang untuk menjamah isi kuini itu kerana niat asalnya 8 tahun lalu hanya untuk memindahkan dan mencantikkan landskap kawasan kebun mini itu bukannya untuk menikmati rasa buah kuini itu.

Monday, August 20, 2012

tema raya tahun ni : merah

dah 3 tahun aku tak pakai warna merah atas alasan tahun lepas dah pakai warna merah dari mulut si bapak.akhirnya tahun ni aku kembali memakai warna merah.aku suka warna merah sebab dwi function iaitu dua fungsi, pertama sesuai dipakai di hari raya, sesuai dipakai di tahun baru cina.sejujurnya aku pilih baju bukan untuk satu fungsi saja,tetapi untuk kegunaan lain."
tahun depan insyaAllah aku akan pakai warna ungu

untuk tahun ni yang wajib aku makan ialah kelupis,sejenis ketupat daun palas tetapi bentuknya panjang,kek lapis sarawak dah tentu wajib di suap ke mulut.bukan orang sarawak la kalau tak makan kek sarawak.lagi satu laksa sarawak! pergh !! sedap gila walaupun dalam setahun lebih 5-6 kali makan tapi tak rasa jemu maklumlah laksa sarawak ni jenis susah dijumpai di semenanjung.


Saturday, August 18, 2012

dunia ini milik kanak-kanak

bila tengok kemeriahan sepupu-sepupu kecik aku meraikan aidilfitri tercetus rasa mengimbas kembali kenangan aku 11 tahun dulu.masa tu aku hanyalah seorang kanak-kanak ceria dan aku rasa seronok dapat jumpa sepupu aku.kalau boleh time seronok ni aku tak nak terjumpa kelibat bapak yang serius orangnya.

bila 11 tahun kemudian iaitu pada hari ni aku pulak mengawal keselamatan sepupu kecik aku ni,rata-ratanya berusia bawah 10 tahun,mereka ni selayaknya digelar cucu generasi kedua haji ali dan hajah nipah.aku memberi arahan kepada diorang supaya bermain dengan berhati-hati tanpa mencetuskan sebarang insiden.aku tak mahu memarahi budak-budak ni macam bapak aku marah aku dulu.bagi aku tak elok nak hancurkan mood budak-budak masa diorang nak bergembira.

 dunia ini milik mereka,kita sebagai orang berusia hendak lah memberi yang terbaik kepada mereka kerana kelak mereka yang akan mewarisi apa yang ada pada hari ini.masa kawal sepupu aku, aku tak marah pun diorang dan aku siap dirikan dan nyalakan pelita untuk diorang jadikan pembakar bunga api.seronok tengok budak-budak ni main tanpa larangan keras dari orang tua dan seronok tengok diorang bebas buat apa diorang mahu.
.

poskad raya tahun ni tema raya : ada ku kesah??

selamat hari raya diucapkan kepada semua,malas nak tulis panjang-panjang lagipun aku bukan tipikal meleis/melayu yang mintak maaf bagai nak rak bila time nak raya je.oh sayang,sambut la raya dengan tenang walaupun kita terpisah lautan biru.



nike t90 laser : terima kasih D

aku tak pernah beli barangan nike yang original.ini pertama kali aku beli kasut futsal- sebenarnya miss D yang belikan,aku cuma tambah rm 19 ringgit je.kasut ni aku beli kat sebuah kedai barangan sukan di Sungei wang plaza.harga nya rm 169, saiz kasut aku 8 dan pilihan warna di buat atas kehendak pembayarnya miss D.asalnya aku ingatkan D nak warna pink + putih tapi dia nak warna biru + silver + hitam.nak pakai kasut ni pun aku rasa sayang sebab kasut paling mahal aku pernah beli.rasa nak je aku wariskan kasut ni kepada andi khairul.






Thursday, August 16, 2012

4 tahun dalam penipuan

 
aku terlibat dalam persembahan padang sempena kemerdekaan ke 51 malaya. masa tu aku masih belum mendapat hidayah untuk menjadi aktivis. dan aku tak tahu langsung yang logo kemerdekaan ke 51 tu meniru logo quality taiwan. aku berasa sensitif kerana aku terlibat dalam pembentukan logo merdeka perpaduan teras kejayaan tu dengan aku berada di posisi depan sekali garisan merah sebelah kiri yang bersebelahan garisan biru.aku hairan logo kemerdekaan pun nak tiru ?? sudah kering idea ke para-para menteri aka perompak duit rakyat ni??




Tuesday, August 14, 2012

s.m.k taman setiawangsa.

bermula pada tahun 2004 hingga tahun 2008 aku melangkah ke alam sekolah menengah..leceh betol sbb dah mula kena naik bas skolah,pagi2 pukul6.25 dah kena tunngu bas dkat bawah.masa tunggu2 bas tu aku sllu la teringat masa skolah rendah dulu aku x payah nak amek bas.pkul7.15 dtg skolah pn sempat lagi nak masuk tapak perhimpunan.maklumlah skolah rendah aku tu depan tempat aku tunghgu mas kerramat permai je masa tu jadi aku suka la nak imbas kesenangan2 waktu tu..aku x suka skolah masa tu sbb aku x kenal sape2..dah lah aku ni x reti nak potpet2 sgt..pejam celik pejam celik aku dah besar..huhu..cam x percaya masa tu..alhamdulillah lah aku dapat kawan2 y memang sporting gila smpy pernah buat kerja gila main 'spirit2 of the coin' plk..taubat laa....start form2 aku terpisah dgn kwn2 aku y best2 la sbb dorang pindah ada y ke beranang ada y ke mana tah aku pun dah x ingat..huhu..

THE MOST SWEET MEMORIES utk aku masa tu masa aku form5.

biasalah dah final year sape plk y x suka n sedih kan..hehe..gambar2 ni masa last day aku kat skolah..last spm paper..:( ni je la koleksi gambar y aku masih simpan..




 ni je lah gambar y masih ada..
 baru aku tau zaman skolah adalah zaman paling best..
tapi lg best klu aku berkenal2 dgn junior masa tu.
bolehlah aku x membuang masa dgn bercintass dgn org lain sbaliknya dgn dia..
mungkin masa tu belum masanya utk aku jumpa dia..hehe..

Saturday, August 11, 2012

lagu raya untuk tahun ni

lagu ni dah lama tapi aku dah bosan dengan lagu raya yang sedih dan pilu.aku tak nak teringat kepada mereka yang dah pergi nanti aku sebak dan mood raya tu hilang.jadi aku pilih lagu ni jadi tema rya 2012.


selipar bowling dan sejarahnya

selipar bowling ni sentiasa mengingatkan aku kepada zaman nerd aku iaitu dalam tahun 2006 - 2007.
masa tu aku tak reti sangat dalam memilih selipar ni asal ada selipar pakai jela.sekarang bila pakai selipar ni kaki aku rasa ganjil dan tak selesa,sebab dah 4 tahun kaki aku ni disarungkan selipar jenama teen spirit.sungguh klasik selipar ni,tetapi sekarang aku dah tak sanggup pakai selipar ni pasal tapak dalam dia ada garis-garis dan tak selesa untuk tapak kaki.lagipun kalau pakai selipar ni aku tak tau nak sesuaikan dengan seluar slack atau jean.

Friday, August 10, 2012

permintaan yang bukan-bukan di bulan puasa

puasa tahun ni paling teruk buat aku pasal aku jadi sangat letih dan lesu bila keluar padahal puasa tahun yang sudah aku ok dan takde masalah untuk jalan-jalan dalam cuaca panas terik.dan dalam kehausan dan kegersangan tekak itu aku mula memikirkan apa alternatif yang harus aku lakukakan untuk mengatasi masalah de hydration yang menghantui aku selama 14 jam mulai 5.40 pagi hinggalah 7.30 petang.

dalam angan-angan mat far itu aku mula berfikir alangkah indahnya berpuasa di dalam suhu sejuk beku pasal cuaca di musim panas begitu menyeksa tubuh aku dan aku memang tak suka kan cuaca panas.aku di bulan puasa lebih rela menghabiskan masa di shopping mall yang ada air cond pasal itu mampu memberi daya tahan kepada tubuh aku untuk gagah berpuasa.dan berpuasa dalam keadaan sejuk sungguh selesa kerana kurang dehydration iaitu pengeluaran air melalui peluh dan menyejukkan suhu badan.serta aku tak menunggu masa berbuka pasal aku tak lapar disebabkan cuaca sejuk yang membuat aku berasa nyaman dan selesa.


nak minum satu balang besar pepsi blue, atau tak kisah lemon blue ke sebagainya asalkan ianya berwarna biru.sejak bulan puasa ni mula,aku sungguh ketagih dengan air biru ni.lemon blue ni pada aku jauh lebih sedap dari air jus yang lain walaupun rasanya dengan pepsi blue original sungguh berbeza.dan warna biru ini sungguh menarik selera aku untuk meminumnya.

kalau boleh jadi iceman adalah yang paling aku nantikan pasal aku tak perlu berbaring bawah air cond atau kipas.cukup dengan aku bekukan diri aku jadi ais sudah selesa untuk badan aku berada dalam keadaan nyaman dan selesa.
ice man pada bulan puasa ni sungguh bertuah sebab badan sentiasa sejuk,tak mandi pun tak pe


sukan renang adalah sukan yang begitu afdhal untuk di ceburi di bulan ramadhan ni kerana menyejukkan badan dan mengelakkan kita dari berpeluh dengan menghabiskan masa di dalam air.aku tak boleh bayang kan macam mana nikmat berendam dalam swimming pool untuk tempoh 3-4 jam.mesti best kan!


selain renang, sukan ski ais juga mujarab dan wajib diceburi semasa bulan puasa sebagai langkah kekal sejuk dan selesa sepanjang hari walaupun penat.dengan salji sejuk di sekeliling mengurangkan nafsu makan dan diharap tak keluar idea gila untuk menuang sirap,gula melaka,cendol,susu cair di atas salji untuk di buat ABC.

we live only once

Talk to me now I'm older Your friend told you 'cause I told her Friday nights have been lonely
Change your plans and then phone me.12:51 is the time my voice Found the words i sought...
Is it this stage I want? The world is shutting out...for us. We were tense for sure,
But we was confident...
 We'd go out and get 40s Then we'd go to some party Oh really, your folks are away now?
Alright I'm coming...I'll be right there.


Sejak dua menjak ini, kumencari fungsi kewujudan,Dalam persekitaran yang penuh kejumudan,
Terperangkap dalam jasad, ku keliru,Mujur ada kau si peneutralisasi pilu,
Namun aku tetap murung berkurung,

macam entah a...

 senang sekali kau ada
 tapi bagaimana nak ku kata padanya ?
 haruskah aku kejam demi rasa ?


Thursday, August 9, 2012

Wanna-Lepaskanlah [Lirik]

jangan nak salahkan orang lain sangat lah!

mentang2 aku bagi muka kat kau,kau nak aku memanjang respect timing kau?apa kau fkir aku ni kuli batak kau?aku y ptot cakap sejarah mungkin berulang kalau aku maafkan kau.x penah nak berubah.aku rasa kau pun x faham apa tu maksud BERUBAH kan?knapa aku nak bodohkn diri utk tolong org y x nak d tolong mcm dia????for what? masa y aku ada bukan utk habiskan dgn menggembirakan org lain je kejenya.aaku sape nak amek tau? kau dengar sini baik2, aku dah tau prangai kau y BUAYA tu! gatal nak mampos. menyampah aku.memang aku pura pura x nampak apa kau buat blakang aku,tapi pasni aku akan pastikan aku x nak tengok muka die lagi! die nak aku respect masa tidor die, tapi ada kau respect bila aku x suka kau sakitkan hati kawan aku?kau x boleh respect pn kan? ada aku biseng?ada aku gertak kau?hidup ni kalau kau mantain nak aku ikut cakap kau je x kan kemane nye lah. aku dah x rsa bhagia dgn dia.ntah la makin lama makin susah hati aku fkir pasal dia.tapi bila aku nak tlg kau y x nak share kan?pasni lntak la kalau kau down,aku dah malas nak dengar lagi k?aku memberi kau mamaki.cermin prangai kau tu dulu.hari2 aku respect masa tidor kau.dah kau balas msg tu, aku buat bodoh kang kata apa plak.aku btol2 x faham apa y kau layan aku mcm sampah sgt!!aku jaga kau elok2,kau x jaga aku balik.kau rapat dgn aku pun sbb nak kacau kawan2 aku kan?respect is meaningless to you! aku janji dgn diri aku, aku x kan jpe kau lagi.penat aku layan kau mcm raja ini y kau balas kat aku.aku nak tengok ada x perempuan y boleh sabar dgn kau.aku akan makesure aku kenal laki lebih baik dripada kau. biar luaran tak cantik pun janji hati dia x sebusuk hati kau.aku x kan lupa muka kau.aku ingat sbagai org terahir y sakitkan hati aku.superb kau.aku benci kau smpy aku x tgok kau lagi.

Wednesday, August 8, 2012

bulan madu di hotel monastero santa rosa ,itali

tengok kemudahan yang disediakan seperti swimming pool,taman bersiar-siar,bilik mandi,gimnasium,restoran,balkoni,bilik air,sauna,jakuzi,tempat rendam kaki,katil urut ini sudah menaikkan selera aku dan dalam keadaan yang romantik ini tak mustahil ratio untuk mendapatkan zuriat 90 : 100