Wednesday, August 22, 2012

kecewa di raya ke 4

ini  bukan kecewa tak dapat merasa seafood,kek lapis,rendang atau ayam pansoh.tapi ini kekecewaan aku tak dapat ke stadium sarawak.sejak balek raya aku dah bersemangat nak pergi ke stadium untuk tengok team sarawak main di depan mata aku.tapi hari ini 22 ogos 2012 aku akan ingat sampai bila-bila.pertamanya, aku dah plan nak pergi dengan pakcik tapi disebabkan hal astro rumah dia rosak jadi dia terpaksa batalkan trip.sedikit bengkak pasal aku bersemangat ibarat budak kecik tetapi bila harapan musnah,tak payah la diceritakan rupa kecewa anak kecil bila hajat nya tak termakbul.

keduanya,setelah dicarik sape sape yang nak pergi sekor pun tak mengaku nak pergi ke stadium, ini ke saudara?? lantak la,nanti kalau ada match besar kat KL jangan harap aku nak tolong,hukum karma tu penting untuk mengajar orang.dapat la jugak sorang nak pergi tapi hampeh # harapan palsu.
tunggu punya lama sekali tak jadi pergi la.#nakharon
cukup kecewa aku dengan penantian berakhir sampai sebegini,di tanah sarawak ni aku dilahirkan,dibesarkan tapi di tanah air ni juga aku tak dapat menjejak kan kaki ke stadium negeri,tak berpeluang menonton aksi pasukan sarawak di depan mata.
dari sini dengan jelas aku dah nampak yang aku takde jodoh dengan pasukan sarawak.lagi pun aku bukannya bangga dengan pasukan sedia ada kerana pasukan so called sarawak ini bermain di kuching,pemain majoriti berasal dari kuching.aku dilahirkan di gedong,membesar di gedong dan kem penrissen batu 8.dalam setahun boleh dikira dengan jari bila aku pergi ke bandar kuching.dari seni makin kuat keinginan aku untuk ada team bola yang berkaitan dengan aku.contohnya 
FC penrissen 08, aku menetap di kem penrissen batu 8 selama 7 tahun dari situ aku berasa ada kaitan aku dengan kem itu.

untuk tubuhkan FC Gedong pulak aku lebih bersemangat kerana di kampung ini aku dilahirkan,di mana aku membesar dan bersekolah walaupun hanya untuk sekejap.di sini jugak ada saudara mara aku.jadi aku lebih menyokong FC gedong jika ditubuhkan.untuk batch terawal aku memilih budak-budak berusia 7-8 tahun sebagai first class team.kemudian pasukan ini akan dilatih dari kecil hingga remaja sebelum mereka dibentuk menjadi FC Gedong senior team. dan sudah pasti pasukan ini bermain di kampung gedong kerana lebih dekat di hati penduduk kampung gedong.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.