Wednesday, August 8, 2012

kita masih muda


berkenaan kisah syafiq dan yana,ini PANDANGAN PERIBADI aku.aku bercakap atas dasar jujur dana atas dasar orang dah amek spm dan pmr.
pada aku perkahwinan atau pernikahan tiada had umur,yang menjadi had nya untuk berkahwin ialah keperluan atau komitmen seseorang contohnya aku dulu terikat dengan  PMR dan kemudian SPM sekarang pulak DIPLOMA.jadi keinginan untuk berumah tangga tu memang ada dalam diri aku pasal itu fitrah setiap manusia,tetapi bila di fikirkan secara matang di usia begini masih banyak yang aku perlu tempuhi,pelajari dan teroka. ilmu di dada juga tak cukup lagi jadi macam mana nak memimpin keluarga ?
# soalan aku pada syafiq : sembahyang lima waktu cukup ke dik ?
# soalan aku pada yana : tahun depan pmr boleh ke beri komitmen pada rumah tangga ?
# soalan aku pada ibu-bapa mereka : pakcik makcik ni ada pasang CCTV 24 jam ke pantau anak-anak anda buat sebelum mereka berkahwin ??

itu soalan yang basic sekali.pasal baka kahwin muda, itu sajalah alasan mereka tanpa ada alasan lain.kalau ibu bapa kahwin muda seawal usia 14 dan 16 tahun tak terkejut ke kalau anak syafiq dan yana nanti bernikah pada umur 12 dan 11 tahun ?? kesian anak korang umur muda begitu dah kena fikir pasal rumah tangga.aku dulu umur begitu fikir pasal hobi dan minat aku je 24jam tak fikir nak bagi makan anak,susu dan didik keluarga.matang itu penting tapi kalau matang sebelum usia itu sesuatu yang merugikan.bayangkan,seorang remaja perlu berfikir seperti lelaki dewasa pada dia itu memang cool dan macho tapi bila dah melepasi usia remaja baru kau akan tau betapa ruginya masa remaja tidak berseronok dan tiada komitmen yang berat.

aku bukan dengki korang kawen umur 16-14 tetapi fikir la umur korang terlalu muda dan sekolah pun tak abes lagi. biasanya kawen muda ni jugak berisiko cerai kerana nafsu yang membuak untuk kahwin tetapi tak fikirkan risiko yang bakal korang tempuhi.memang la ada meleis yang sibuk dok tayangkan hadis syaitan menangis bila pasangan lelaki dan perempuan berkahwin tetapi syaitan jugak akan ketawa bila berkahwin tapi bercerai.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.