Friday, August 10, 2012

permintaan yang bukan-bukan di bulan puasa

puasa tahun ni paling teruk buat aku pasal aku jadi sangat letih dan lesu bila keluar padahal puasa tahun yang sudah aku ok dan takde masalah untuk jalan-jalan dalam cuaca panas terik.dan dalam kehausan dan kegersangan tekak itu aku mula memikirkan apa alternatif yang harus aku lakukakan untuk mengatasi masalah de hydration yang menghantui aku selama 14 jam mulai 5.40 pagi hinggalah 7.30 petang.

dalam angan-angan mat far itu aku mula berfikir alangkah indahnya berpuasa di dalam suhu sejuk beku pasal cuaca di musim panas begitu menyeksa tubuh aku dan aku memang tak suka kan cuaca panas.aku di bulan puasa lebih rela menghabiskan masa di shopping mall yang ada air cond pasal itu mampu memberi daya tahan kepada tubuh aku untuk gagah berpuasa.dan berpuasa dalam keadaan sejuk sungguh selesa kerana kurang dehydration iaitu pengeluaran air melalui peluh dan menyejukkan suhu badan.serta aku tak menunggu masa berbuka pasal aku tak lapar disebabkan cuaca sejuk yang membuat aku berasa nyaman dan selesa.


nak minum satu balang besar pepsi blue, atau tak kisah lemon blue ke sebagainya asalkan ianya berwarna biru.sejak bulan puasa ni mula,aku sungguh ketagih dengan air biru ni.lemon blue ni pada aku jauh lebih sedap dari air jus yang lain walaupun rasanya dengan pepsi blue original sungguh berbeza.dan warna biru ini sungguh menarik selera aku untuk meminumnya.

kalau boleh jadi iceman adalah yang paling aku nantikan pasal aku tak perlu berbaring bawah air cond atau kipas.cukup dengan aku bekukan diri aku jadi ais sudah selesa untuk badan aku berada dalam keadaan nyaman dan selesa.
ice man pada bulan puasa ni sungguh bertuah sebab badan sentiasa sejuk,tak mandi pun tak pe


sukan renang adalah sukan yang begitu afdhal untuk di ceburi di bulan ramadhan ni kerana menyejukkan badan dan mengelakkan kita dari berpeluh dengan menghabiskan masa di dalam air.aku tak boleh bayang kan macam mana nikmat berendam dalam swimming pool untuk tempoh 3-4 jam.mesti best kan!


selain renang, sukan ski ais juga mujarab dan wajib diceburi semasa bulan puasa sebagai langkah kekal sejuk dan selesa sepanjang hari walaupun penat.dengan salji sejuk di sekeliling mengurangkan nafsu makan dan diharap tak keluar idea gila untuk menuang sirap,gula melaka,cendol,susu cair di atas salji untuk di buat ABC.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.