Saturday, August 25, 2012

Rambut Baru

Rambut baru ni mendatangkan kos RM 8.00 tunai kepada aku.kali ni di kedai gunting yang diusahakan oleh 2 orang lelaki berketurunan Acheh.# sebenarnya semua kedai gunting area Datuk Keramat ni diusahakan oleh keturunan Acheh.

Pilihan style rambut kali ini ialah layer-pendek sebab sebelum ni layer panjang mendatangkan masalah kepada aku kerana panjang yang tak sekata dengan panjang rambut sideburn boleh merosakkan penampilan.untuk rambut baru ni penampilan aku lebih mirip ALIF SATAR.
Muka aku sebelum digunting rambut agak kelihatan garang,ditambah dengan lebatnya janggut dan misai mampu menggerunkan sesiapa yang tak mengenali diri ini.

Akan tetapi selepas rambut digunting dan misai serta janggut dicukur aku kelihatan muda semula,sebenarnya punca aku tak mencukur janggut dan misai ialah kerana aku tak bawak balik pisau cukur dan krim pencukur yang aku tinggalkan di rumah sewa.atas sebab rimas dengan janggut dan misai yang makin lama makin menjadi lebat nya aku pun membeli krim pencukur dan pisau cukur yang baru untuk digunakan di rumah keluarga di KL.
 

sebelum

selepas

 

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.