Tuesday, August 21, 2012

hartanam

di suatu petang pada bulan november 2004 seorang budak sedang merenung ke arah kawasan lapang sebelah rumah ibu-bapanya.budak yang baru saja mengetahui result upsr nya tidak begitu cemerlang memilih untuk melupakan kenangan pahit itu dengan melakukan aktiviti yang dirasa mampu menaikkan semula moralnya.sedang dalam kekalutan di musim cuti hujung tahun yang baru saja bermula serentak dengan sambutan aidilfitri itu anak muda itu berfikir sejenak yang tanah di sebelah rumah yang tak berapa siap itu agak lapang dan ada sedikit tanaman sebagai hiasan tanah di situ lalu dia pun mendapat idea untuk menjadikan tanah itu kebun mini kerana daun pandan,pucuk ubi dan labu sudah tumbuh dengan subur di situ lantas anak muda itu membawa cangkul tinggalan projek rumah ibu bapanya itu dengan merayau ke celah rumpun pisang lalu terjumpa sepohon anak pokok kuini yang sudah mengeluarkan tunas. melihat kepada rumpun pisang yang bermaharajalela di situ anak muda itu pun mengalihkan tunas kuini itu ke kawasan lapang tadi.

7 tahun kemudian,malas mengambil kisah tentang perihal pagar yang akan dibina di sebelah rumah tak berapa siap milik ibu bapanya anak muda itu datang semula ke kebun mini yang sudah bertukar menjadi mini semak samun dan sedikit tersenyum kerana pokok kuini yang disangkanya pokok mangga 7 tahun lalu sudah mula berbuah di bulan puasa 2011, buahnya tidak lah lebat tetapi itu sudah memadai kerana pokok itu baru saja berusia 7 tahun dan jika budak itu tidak memindahkan tunas kuini itu 7 tahun lalu sudah pasti pokok itu tidak membesar pada hari ini. 

setahun kemudian pada raya aidilfitri 2012 pokok kuini itu mula berbuah dengan lebat dan mampu menitiskan saliva sesiapa yang melihat kelebatan buahnya.hari itu budak itu sudah berusia 20 tahun dan dia masih ingat dengan jelas saat dia menemukan pohon kuini itu dan saat dia memindahkan kuini itu ke tempatnya sekarang.8 tahun dahulu tinggi pohon kuini itu hanya sepanjang separuh daripada tulang kering si penanamnya tetapi pada hari itu pokok kuini itu 3 kali ganda lebih tinggi dari penanamnya walaupun pokok kuini itu baru berusia 8 tahun dan si penanamnya kini seorang remaja berusia 20 tahun.  tersenyum sendiri anak muda itu melihat hartanam nya yang kini mula lebat berbuah, lagi manis bila pokok kuini itu berbuah bila mengetahui penanam dan pemindah nya akan pulang beraya dan menemuinya walau detik itu hanya berlaku setahun sekali.

itulah kebaikan bila berbudi kepada tanah kerana itu lah pepatah yang bermain di minda anak muda itu pada 8 tahun lalu, sebenarnya pohon kuini itu bukan ditanam oleh anak muda itu,dia hanya memindahkan pohon kuini itu dari rumpun pisang ke kawasan yang lebih lapang kerana bimbang pohon kuini itu tidak mendapat nutrien yang secukupnya jika dibiarkan terus di kawasan rumpun pisang itu. sebenarnya yang menanam dan meletakkan benih kuini itu di rumpun pisang ialah nenek kepada anak muda itu pada  8 tahun lalu. nenek kepada anak muda itu telah meninggal dunia 7 tahun lalu agaknya setahun selepas pohon kuini itu diletakkan di rumpun pisang.

jika pokok kuini itu punya perasaan pasti dia sedikit terkilan kerana pemilik asalnya sudah tiada lagi di dunia ini dan dia hanya dibesarkan oleh cucu kepada pemiliknya untuk beberapa minggu sebelum anak muda itu kembali ke sekolah.dan setelah 7 tahun pemiliknya pergi si pohon kuini itu berbuah dengan lebat tanda terima kasih kepada pemilik asalnya dan pemindahnya. budak yang kini berusia 20 tahun itu merasa agak sayang untuk menjamah isi kuini itu kerana niat asalnya 8 tahun lalu hanya untuk memindahkan dan mencantikkan landskap kawasan kebun mini itu bukannya untuk menikmati rasa buah kuini itu.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.