Friday, December 23, 2016

Filem Desolasi 2016

Dalam thriller filem ini seakan-akan sebuah filem aksi dimana Shamsul seperti berada di dunia lain, dimana dia bebas melakukan apa-apa saja. Tetapi apabila sudah habes menontonnya...kami sedikit terkilan kerana filem ini begitu jelas dan terus terang berdakwah, sesuatu yang kami kurang gemari dan membuatkan kami malas berfikir maksud disebaliknya. Tetapi kredit untuk Viper Studios yang menghasilkan CGI yang baik kerana berjaya menghidupkan mood filem ini. 

Aiman, seorang pekerja di balai seni lukis. Sebagai seorang manusia normal, memang tidak lari dari masalah kehidupan. Tapi bagi Aiman dugaan demi dugaan yang menimpanya membuatkan dia jadi lari dari landasan agama, sering mempersoalkan perkara dan benda di sekelilingnya, kenapa tuhan jadikan ada manusia miskin, ada yang kaya. Mengapa daun pokok berwarna hijau tetapi tidak biru ??

Kemuncak kemarahan Aiman apabila ibunya meninggal dunia, ditambah pula dengan hubungannya dengan bapanya yang sentiasa dingin. Satu hari Aiman terlibat dalam kemalangan dan apabila sedar, dia sebenarnya berada di dunia yang tiada seorang pun manusia hidup. Dia jadi gembira kerana bebas melakukan apa sahaja. Tetapi tidak dapat lari dari kesunyian, 

Sebenarnya Aiman menghidap sindrom Anton Babinski, dimana dia berada dalam dunianya sendiri. Tetapi sindrom itu dirahsiakan darinya sejak kecil. Watak Dr Chua menjadi jawapan kepada segala persoalan dalam filem ini. Dr Chua diamanahkan oleh mendiang bapanya yang juga seorang doktor untuk mengawasi perkembangan Aiman ini dari jauh, tanpa pengetahuan Aiman. 

Aiman sebenarnya gila tetapi dia boleh berfikir menjadi waras dengan mesin yang dicipta oleh Dr Chua. Walaupun gila dan ' buat ' sementara, dia masih lagi boleh mempunyai deria sentuhan dimana dia boleh menerima dan merasa sebarang sentuhan dari orang lain di dunia nyata yang dia tak dapat lihat di dalam dunia nya sendiri. 

Di dunia fantasi itu, Aiman bertemu Maya yang dia sangka sama manusia normal sepertinya, tetapi sebenarnya tidak. Dia juga mempunyai sindrom sama seperti Aiman. Sebab itu mereka boleh bertemu di dunia sama. Aiman yang sudah mendapat kewarasannya mengambil risiko untuk menyembuhkan Maya walaupun kelak dia mungkin buta. Bapanya yang mencari Aiman kesana kemari akhirnya mengorbankan nyawanya untuk menyelamatkan Aiman yang sedang berimginasi dalam dunia nya sendiri untuk bertarung dengan musuhnya, Aiman yang berteraskan nafsu dan ketamakan. 

Aiman selamat dan dia mendirikan rumah tangga bersama Maya. Bezanya kini dia walaupun buta, dia tidak lagi lapar pada nafsu duniawi yang merajai dirinya dulu. 

* Kami lebih menumpukan pada aspek CGI dalam filem ini yang membuatkan filem ini menarik untuk ditonton. Bayangkan bagaimana pihak produksi berjaya ' mengosongkan ' kawasan yang sentiasa sesak dalam filem ini seperti depan Sogo, Chow Kit, Petaling Street dan Bukit Bintang. 

Kami menonton filem ini di TGV Wangsa Walk Mall dan sedikit wujud elemen ' umpama mimpi dalam mimpi ' disini apabila babak Shamsul Yusoff menaiki scrambler dan masuk ke pusat beli belah Wangsa Walk Mall ini dan menuju ke kaunter tiket TGV !! membuatkan kami tersenyum sinis dan terkejut seolah-olah dia akan menuju ke dalam pawagam. 

Ramai juga yang berteka teki sama ada Syafiq Yusoff menggunakan pengaruh bapanya untuk mengosongkan lokasi pengambaran di tengah-tengah kotaraya yang sentiasa sesak ini. Penjelasannya ada dibawah. 















Thursday, November 24, 2016

Reputasi Pelakon Yang Dimusnahkan Oleh Satu Watak Filem

Pastinya pedih apabila filem/siri TV yang diharap mampu mengukuhkan nama mereka dalam persada Hollywood kemudiannya menjatuhkan reputasi mereka lantas mengakibatkan mereka tenggelam dalam industri perfileman tersohor dunia ini.


Sunday, October 30, 2016

Filem Rock Bro!



Merupakan filem terakhir dalam trilogi filem Rock, kali ini penceritaan atau narratif berada pada watak Jijo (Khir Rahman) setelah 2 filem terdahulu Rock 2005 & Rock Ooo 2013, menggunakan watak Zack (Hasnul Rahmat) dan Amy Mat Piah (Que Haidar)

Cerita dimulakan dengan siapa sebenarnya Jijo, dia dilahirkan dalam keluarga pemuzik dimana ayahnya adalah pemuzik amatur. Dia adalah hasil perkahwinan campuran bapanya dari kaum India dan ibunya, Cina.

Malang sekali bapanya meninggal dunia pada usia 38 tahun, iaitu ketika dia masih lagi kanak-kanak dan tidak sempat mempelajari seni muzik. Selepas bapanya meninggal ibunya berkahwin lagi dengan seorang lelaki Melayu. Titik hitam dalam hidup Jijo bermula disitu apabila bapa tirinya menikam ibunya sehingga mati. Jijo menjadi anak yatim piatu dan dibesarkan oleh penjaga berbeza sehingga dia remaja di rumah pusaka bapa tirinya. Agaknya dari situlah dapat dijelaskan bagaimana Jijo mampu bertutur bahasa Melayu dengan begitu fasih.

Rimba Bara kini tiada pengurus setelah Amy Mat Piah disahkan mengalami masalah mental. Walaupun pernah muncul di kaca televisyen dan layak ke Anugerah Juara Lagu, Rimba Bara masih belum mempunyai pengaruh yang kukuh dalam industri Muzik. Mereka gagal menarik pengunjung ke funfair dan bilangan show makin lama makin merosot. Begitu juga dengan peminat muzik Rock pada era itu yang begitu berkira untuk membelanjakan duit membeli tiket konsert. Sebaliknya lebih suka menonton secara percuma.

Dio pula adalah ahli baru kumpulan ini yang bertindak sebagai Roadie kerana dia mempunyai peralatan muzik yang lengkap. Black pula mula menunjukkan tanda-tanda bermasalah seperti sering pengsan ketika membuat persembahan dan menjejaskan Rimba Bara secara keseluruhan. Slash masih lagi bersama mereka, Zul pula sering keluar masuk kerana tidak tahan dengan dugaan yang dihadapi. Akhirnya dia menyertai Al-Taqwas, sebuah gerakan agama yang mula meningkat naik.

Satu hari, surat tawaran untuk merakam album datang dan mereka menerima dengan hati terbuka, Tetapi satu masalah pula timbul, syarikat rakaman mahukan mereka tampil dengan seorang pengurus. Cik Man pula masih meringkuk dalam penjara, dia bakal bebas sebulan kemudia. Mereka pula perlu ke Kuala Lumpur pada minggu itu juga. Cik Man mencadangkan Cik Nod, adiknya yang juga pernah terlibat dalam menguruskan band-band rock membuat persembahan. Malangnya, Cik Nod yang baru saja dibebaskan dari Pusat Serenti telah ditahan dalam satu road block, dimana dia menyeludup masuk dadah ke dalam van Dio. Cik Nod ditahan Polis, manakala ahli-ahli Rimba Bara yang lain dibebaskan.

Jijo berjaya memujuk Zul Kapan untuk kembali, mereka di Kuala Lumpur telah menandatangani kontrak rakaman dengan Syarikat Guntol Recording. Malangnya, isi-isi perjanjian itu tidak dipersetujui Jijo. Salah satunya, semasa sesi rakaman hendaklah menggunakan sessionist yang dipilih oleh syarikat. Lagi menambah perih adalah lagu-lagu untuk rakaman telah dipilih sendiri oleh produser tanpa persetujuan dari ahli-ahli kumpulan. Sekaligus mendatangkan rasa bengang Jijo kerana kebebasan seorang rockers untuk berkarya dijahanamkan oleh syarikat rakaman.

Jijo mula menjalin hubungan dengan Ella tetapi hubungan itu sering pasang surut kerana prinsip masing-masing yang berbeza. Sebaik sahaja album pertama Rimba Bara dilancarkan, Jijo telah mengumumkan untuk bersara dari kumpulan itu. Terjadi pergaduhan antara Slash dan Jijo, Slash yang mahukan Rimba Bara kekal telah mengambil alih peranan Jijo sebagai ketua kumpulan. Malang sekali, Rimba Bara jatuh tersungkur kerana Slash terlalu mengikut panas barannya.

Jijo pula memeluk agama Islam, walaupun dia asalnya agama Kristian dia tidak mengamalkan ajaran itu kerana ibunya memeluk Islam sebelum berkahwin dengan bapa tirinya. Dia juga tidak memeluk Islam kerana tiada didikan. Akhirnya kembali ke babak-babak akhir dalam hidup Jijo, dia bersedia untuk membuat persembahan di majlis kahwin Zack dan Khaty, sewaktu dalam van Jijo hairan dimana Slash ?? diceritakan Slash dimasukkan ke penjara kerana menyebabkan kematian Ajak, pengganti Jijo yang terlibat dengan dadah. Sepanjang tempoh hiatus itu, Zul telah menukar haluan nya dengan menjadi penyanyi rap.

Ella, Jojie dan pengurus dari syarikat rakaman telah datang untuk menemui Jijo tetapi satu kemalangan ngeri telah berlaku dimana sebuah lori telah merempuh van yang dinaiki anggota Rimba Bara. Black dan Zul selamat, Jijo meninggal dunia dituruti Cik Man seminggu kemudian dan Dio 2 minggu selepas itu.

Di masa kini, Zack tampil menceritakan serba sedikit riwayat kumpulan Rimb Bara semasa sesi sidang media, kemudian anak Slash seorang pelajar datang dan meminta Zack menceritakan pengalamannya bersama kumpulan itu untuk dijadikan bahan dokumentari mereka. Slash yang kini sudah berusia tidak lagi bermain muzik dan bekerja sebagai penjual barang-barang ibadat. Di akhir babak, Black sudah boleh bercakap itu pun hasil pembiayaan Zul yang kini menghabiskan masa dengan kucing peliharaannya. 2 karakter ulung dalam Rimba Bara, Zack dan Slash yang tidak pernah bertemu akhirnya kini beradu tenaga bermain gitar.

* Que Haidar sebenarnya terlibat dengan projek lain yang menyebabkan dia tidak dapat turut serta

* Zack dalam filem ini dilakonkan oleh Isma Yusof, bukan Hasnul Rahmat dalam Rock 2005 dahulu

* Azmi Baharon aka Black sebenarnya memang menghidap sejenis penyakit. Sewaktu ditemuramah oleh wartawan dia mengakui sering pengsan dan kadang kala tidak sedarkan diri akibat penyakit itu.  sama seperti yang dipaparkan dalam filem ini.

* Pemilihan lagu-lagu untuk filem ini pula berdasarkan era itu.

* Artis seperti Hattan, Jihan Muse, Man Kidal, Black Wings turut membuat penampilan khas dalam filem ini.

* Diselitkan juga kritikan dari filem ini yang menyindir masyarakat pada waktu itu yang memandang serong pada muzik rock

* Gerakan Agama seperti Al Taqwas yang disertai oleh Zul Kapan itu seakan-akan menyindir kumpulan Al-Arqam yang bergiat aktif pada waktu itu


Tuesday, October 18, 2016

Filem-filem Yang Rugi Teruk Di Pasaran

Belanja besar, pelakon ternama masih belum cukup untuk menarik penonton ke pawagam dan meraih kutipan berganda. Mungkin juga penonton tidak begitu memahami jalan cerita ini ? atau filem-filem ini tidak menepati jangkaan penonton ??


Wednesday, October 12, 2016

Pelakon Yang Dipecat Dari Filem Lakonan

Back To The Future terpaksa di re shoot semula setelah pelakon asal watak Marty McFly,  Eric Stoltz digugurkan dan Michael J Fox dilantik untuk mengisi peranan itu dengan baik.




Saturday, October 8, 2016

Kisah Disebalik Filem Terburuk : Birdemic

Birdemic adalah filem terbitan James Nguyen yang dilabelkan sebagai filem paling teruk di Hollywood. Filem itu memiliki skrip yang teruk, CGI dan juga kualiti lakonan. James Nguyen bukanlah pembikin filem sepenuh masa, dia bekerja sebagai penjual software.

Penghasilan Birdemic juga hasil dari wang simpanannya, ikuti dokumentari filem Birdemic dibawah.


Friday, October 7, 2016

Trailer Filem Rock Bro

Filem Rock Bro bakal menemui penonton di pawagam pada 27 oktober nanti. Filem ketiga dalam siri Rock ini menampilkan barisan sama seperti Rock Ooo dahulu tetapi melihat dari sudut trailer filem ini, seakan akan pengarah cuba menonjolkan sisi kehidupan Khir Rahman atau Jijo dalam filem ini. Kebetulan juga, Dato' A Rahman Hassan, bapa kepada Khir adalah seorang pemuzik di era 60 an.




Saturday, September 24, 2016

Pelakon-pelakon Yang Hampir Memegang Watak Joker

Joker lakonan mendiang Heath Ledger dalam Dark Knight pastinya dikenang sebagai watak yang dibawa dengan baik dan berkesan, hinggakan Joker dalam Suicide Squad lakonan Jared Leto gagal menandingi karakter versi Heath Ledger itu. Jack Nicholson yang terlebih dahulu memegang watak Joker dalam filem Batman arahan Tim Burton turut ditenggelami pengaruh Joker versi Heath Ledger itu.

Siapa pula yang hampir-hampir memegang watak penjahat ikonik itu ?? pasti anda terkejut ada diantara calon-calon untuk watak itu bukan calang-calang orangnya.


Monday, September 19, 2016

Amazing Bulk : Filem Dengan CGI Yang Mampu Buat Anda Ketawa

Is this kind of movie ?? Saya sendiri biasa menonton cerita bajet murah tetapi apabila menonton trailer filem The Amazing Bulk ini saya ketawa tak kering gusi kerana CGI yang digunakan sangat lah amatur. Sama taraf dengan CGI filem-filem keluaran Nigeria.


Sunday, September 11, 2016

Pelakon Yang Bijak Menyembunyikan Diri Mereka Dalam Filem

Watak Tom Cruise dan Robert Downey Jr dalam Tropic Thunder begitu mengejutkan semua pihak kerana siapa sangka disebalik 2 lelaki berkepala botak tengah dan berkulit hitam itu adalah 2 pelakon yang segak penampilan mereka. Seakan-akan kita melihat watak itu dilakonkan oleh orang lain, bukan 2 pelakon gah Hollywood ini.

Jika ingin tahu siapakah dia pelakon yang bijak menyembunyikan identiti mereka tontoni video ini.


Thursday, August 25, 2016

Filem Dari Kisah Benar Yang Menipu Peminat Mereka

Agak terkejut  juga kerana filem-filem ini berpengaruh dan rata-rata diadaptasi dari kisah benar. Tapi ada juga fakta-fakta di dunia nyata yang diubah dalam filem ini.


Tuesday, August 23, 2016

Air Oren Berkarbonat Kris

Aku ni agak skeptikal bila pertama kali mencuba air yang dari jenama aku tak pernah dengar dan jumpa sebelum ni. Kebetulan pulak air ni aku dapat dari hamper. Apa kata aku cuba rasa ? mula-mula aku imajin air ni mesti rasa macam ubat sebab pengalaman aku pernah minum air berkarbonat dari brand-brand cap ayam ni biasanya macam tu.

Tapi lepas tegukan yang pertama, aku berubah fikiran. Rasanya walaupun kurang bergas tapi perisanya tidak lah begitu teruk. Manis, pekat dan menyengat !! Bukan rasa seperti ubat, malahan juga lebih baik dari Monten Diyu yang kuat dengan dos bikarbonat nya tapi rasa oren nya begitu teruk. Aku pun cuba la gugel nak tengok ada ke tidak orang yang bagi review pasal air ni. Tapi takde langsung !

Aku pun cubalah belek tepi-tepi botol ni kot2 ada alamat dari kilang yang sama dengan jenama yang sudah established dan dikenali ramai. Malangnya, tiada alamat kilang dicetak, hanya alamat pengedar iaitu Gan Choon Hin & Bros Trading Sdn Bhd. Sebab sebelum ni aku pernah beli jenama-jenama yang dijual pada harga murah seperti susu pekat dan air kola EST, tidak mengejutkan kerana produk-produk ini dikilangkan dari kilang produk-produk yang sudah lama bertapak dengan kukuh dalam pasaran.

Gan Choon Hin & Bros Trading Sdn Bhd
Lot Plo 11, Jalan Mahsuri 1,
Kawasan Perindustrian Kluang, 6.5km Jalan Mersing
86007, Kluang, Johor

 

Tuesday, August 2, 2016

Trivia Filem : Deadpool

Deadpool hanya menelan belanja 58 juta USD ! satu jumlah yang dianggap kecil untuk sebuah filem bertemakan superhero yang banyak menggunakan CGI. Bilamana filem yang dihasilkan oleh studio yang sama seperti Guardian Of The Galaxy dan Captain America Civil War masing-masing menelan belanja lebih 200 juta USD untuk pembikinan.

Filem ini juga mendapat kutipan paling tinggi dalam filem yang diklasifikasikan sebagai ' Rated R ', disebabkan Deadpool ini masih berada dalam dimensi garis masa X Men, filem ini turut mendapat kutipan tertinggi berbanding filem-filem X Universe yang lain, 782 juta USD !! jauh mengatasi kuitpan sebuah lagi filem X Men yang dikeluarkan pada tahun yang sama, X Men : Apocalypse.


Saturday, July 30, 2016

Filem Juvana Perhitungan Terakhir

Filem Juvana yang dikeluarkan tahun lepas mengundang sedikit rasa berang pada penonton kerana ending cerita yang memeningkan. Setelah diterangkan oleh pihak produksi bahawasanya akan ada sambungan pada filem itu barulah semua pihak berpuas hati.

Jarak antara filem ini dengan filem Rock Bro nampak nya beza sebulan saja, pastinya para penggemar filem-filem berkualiti tanah air sempat menabung untuk memberikan sokongan pada filem ini.


Friday, July 29, 2016

Filem Rock Bro...Yang Ditunggu Sudah Tiba

Sekian lama, 3 tahun menanti..akhirnya filem terakhir dalam francais Rock Ooo... kini tiba. Agak menghairankan kenapa Que Haidar aka Amy Mat Piah tidak muncul dalam filem ini ( berdasarkan nama pada poster filem ).

Mungkin kah beliau hanya muncul sebagai kameo ?? kita sendiri tahu Que Haidar adalah pelakon yang classy dan ada standard, bukan cacamarba,asal boleh punya pelakon. Mungkin Que kurang bersetuju dengan skrip dalam filem ini barangkali. Sementelahan filem Rock Ooo Rimba Bara Kembali dulu berjaya memujuk dia berlakon setelah lama bersara dari dunia lakonan.

Apapun sama-sama kita nantikan bulan oktober ini, bersama-sama kita 'rock' kan pawagam berdekatan.


Tuesday, July 19, 2016

Filem Get A Job 2016




Filem komedi ini dihasilkan pada 2012 tetapi hanya ditayangkan pada umum pada 2016 setelah label besar memiliki hak pengedaran keatas filem ini. Filem ini mengisahkan tentang sekumpulan remaja yang baru saja menamatkan pengajian dan cabaran mereka untuk menempuhi hidup baru sebagai orang dewasa yang berdikari dan cabaran di alam pekerjaan.

Will dan Jillian adalah sepasang kekasih yang baru saja memasuki dunia pekerjaan, mereka menyangka dengan memiliki segulung ijazah mereka sudah cukup bersedia untuk memasuki alam baru tetapi sangkaan mereka meleset. Will datang ke firma internet yang mana dia menghabiskan masa cuti semesternya dengan bekerja sebagai budak internship secara percuma, malangnya tiada sebarang jawatan ditawarkan kepadanya kerana syarikat itu mengecilkan skala pekerjanya dimana para pekerja sedia ada turut diberhentikan.

Dia mencuba nasib dengan menjawat jawatan receptionist di sebuah motel tetapi dipecat kerana menjual bilik untuk khidmat pelacuran tanpa disedarinya tindakan itu salah disisi undang-undang. Semasa berkunjung ke kelab hiburan, dia mendapat nasihat dari seorang penari bogel untuk mengenali potensi diri yang ada pada dirinya dan memanfaatkan kelebihan itu. Akhirnya dia berjaya menjawat jawatan sebagai penyunting video korporat di sebuah syarikat penempatan pekerjaan terkemuka.

Teman wanitanya, Jillian pula hilang mata pencarian dan dibebani hutang akibat gaya hidup yang mewah. Will juga menetap bersama 2 sahabatnya yang sudah mempunyai pekerjaan tetap masing-masing iaitu Luke di syarikat pelaburan, Charlie pula Cikgu Sains dan Ethan sebagai Software Developer.


Tanpa pengetahuan ibunya, bapanya iaitu Roger diberhentikan kerja akibat kegawatan ekonomi. Bapanya berpura-pura berpakaian kemas dan menghabiskan masa di kafe hipster untuk melayari internet dan mencari peluang pekerjaan baru. Bapanya terlebih dahulu menggunakan khidmat firma dimana Will kemudiannya ditawarkan jawatan di situ, tetapi kos penggunaan khidmat firma itu terlalu mahal dan menelan belanja 30 ribu.

Semasa bekerja sebagai receptionist, Will sempat merakam video untuk mempromosi khidmat yang ditawarkan oleh Skizzy D, bapa ayam. Video itu mendapat tontonan tinggi di youtube lantas menaikkan profail Will sebagai youtuber ternama.


Bosan dengan kehidupan korporat yang hipokrit, Will mula menanam impian untuk membangunkan jenamanya sendiri sebagai penyunting video tanpa perlu bergantung pada firma besar. Lantas dia memiliki kebebasan dalam berkreativiti tanpa batasan seperti yang ditetapkan oleh majikannya.

Bapanya akhirnya memiliki pekerjaan baru dan Will memilih untuk membangunkan kariernya sendiri sebagai penyunting video bebas. Bermula dengan menghasilkan video promosi deodoran dari sebuah jenama baru.

  • Christopher Mint Plasse bekerja sebagai Software Developer dalam filem ini, kemudiannya dalam Filem Neighbour 2 Sorority Rising, dia ditanya tentang perkembangan kerjayanya sebagai Software Developer. Seakan-akan ada kesinambungan disitu walaupun dalam N2SR dia memegang watak yang berbeza dan tiada kaitan antara 2 filem ini. 

  • Walaupun watak-watak mereka dalam filem ini berusia awal 20an, usia sebenar mereka sewaktu pengambaran filem ini ialah Anna Kendrik 27, Brandon T Jackson 28. 

  • Anna Kendrick walaupun berusia 31 tahun, masih lagi diberikan watak remaja berusia 20 an padanya.
  • Filem ini tidak memasuki pasaran Malaysia

Thursday, June 2, 2016

Filem Demolition



Davis Mitchell - seorang pelabur yang berjaya, satu hari semasa berbual tentang peti sejuk di rumah mereka yang sudah bocor tiba-tiba kereta yang dipandu isterinya dan mereka tetlibat dalam kemalangan.

Isterinya terkorban tetapi Davis hanya cedera ringan. Isterinya sebenarnya mengandung dan berita seakan-akan tidak mengejutkan Davis. Seolah-olah dia baru saja bangun dari tidur yang panjang. Semasa di hospital, dia membeli snek dari mesin layan diri, tetapi snek itu tersangkut. Davis menelefon operator syarikat pembekal mesin layan diri itu supaya memulangkan wang nya kembali. Walaupun jumlahnya hanya 50 sen !! Davis pula bukanlah seorang yang miskin, dia tinggal di rumah banglo dan bekerjaya tetap di syarikat milik bapa mertua nya dan memegang jawatan besar. 

Pada satu malam selepas memecahkan dan meleraikan peti sejuk yang menjadi bahan leteran mendiang isterinya, Julia. Dia mendapat panggilan dari Karen, wakil dari syarikat pembekal mesin. Dari situ bermula lah hubungan persahabatan antara mereka walaupun pada awalnya Karen enggan bersemuka dengan Davis. Karen tinggal di sebuah rumah usang bersama pasangannya yang juga pemilik syarikat pembekal mesin itu, bersama seorang anak lelaki yang mempunyai masalah disiplin di sekolah. 

Secara tidak sengaja, semasa menaiki keretapi, Davis telah menegur seorang wanita. Dan tak lain tak bukan itu adalah Karen !. Davis akhitnya merasakan kehidupannya kembali bermakna. Selama ini dia hanya bangun-pergi kerja-pulang kerja-tidur, satu fasa yang cukup membosankan dalam hidupnya. 

Dia mula hilang pedoman dengan membayar kontraktor meroboh rumah, untuk melepaskan giannya. Tindakan Davis yang seperti orang hilang akal itu merisaukan bapa mertuanya, setelah dia meleraikan satu persatu komputer miliknya di pejabat. Dia akhirnya disuruh berehat. 

Chris, anak lelaki Karen mula berkawan dengan Davis setelah dia digantung persekolahan. Davis pula mula hilang akal apabula membawa Chris datang ke rumahnya dan meroboh rumah itu. Kerana rumah itu lambang kejayaan nya tetapi sebenarnya Davis kosong kerana dia tiada kawan untuk bersosial, tiada pengalaman manis untuk dikenang, tiada keluarga. 

Davis akhirnya mendapat tahu, mendiang isterinya sebenarnya mengandung anak hasil hubungan dengan orang lain. Orang yang melanggar kereta mereka semasa kemalangan itulah pasangan skandal isterinya. Apabila mendapat tahu semua itu, Davis menerima dengan tenang kerana dia tidak cintakan isterinya itu. Mendiang isterinya itu hanyalah platform kepadanya untuk mencapai status yang dimilikinya pada hari ini, iaitu status yang tidak ada makna pada hidupnya. 

Bapa mertuanya, Phil akhirnya menggunakan wang insuran milik Julia sebagai biasiswa kepada pelajar Universiti. Davis semasa zaman kolejnya bukanlah pelajar cemerlang, dia mengupgh seorang rakan untuk membuat segala paperwork itu. 

Davis mula menemui erti hidup yang sebenar, dimana dia rasa circle kehidupannya lebih ber erti dengan Chris dan Karen yang jadi tempatnya berkongsi cerita. Kini Davis lebih bersemangat untuk membina semula kehidupannya. 


Wednesday, June 1, 2016

Mirshad Hassan Kulasic

Mirshad, kini 22 tahun. Terkenal menerusi drama, Diari Ramadhan Rafique yang ditayangkan di TV3 pada bulan puasa 2006 dan 2007. Dalam drama itu dia memegang watak budak lelaki Perancis kacukan Melayu yang dihantar ke Malaysia untuk menjalani ibadah puasa bersama keluarga sebelah ibunya di Malaysia. Drama itu mendapat sambutan hangat dari kanak-kanak dan remaja, tetapi tidak didedahkan kenapa selepas drama itu Mirshad tidak lagi berlakon dalam mana-mana drama.

Dia yang berasal dari Bosnia Herzegovina datang ke Malaysia untuk mengikuti bapanya yang bekerja sebagai Chef.




Astro Hitz 705 Ditamatkan Siaran

Aku mula mengikuti siaran bercorak muzik tv ini pada 2004 pada waktu ia masih lagi dikenali sebagai Hitz.Tv sebelum ditukar kepada Astro Hitz, jangan terkeliru dengan HITS 720 yang menyiarkan siri tv,sitkom terkenal era 80an,90 an.

Awalnya siaran ini beroperasi pada  16 sebelum bertukar ke 705, setelah Astro mula menggunakan sistem 3 angka mulai Oktober 2007.

Pada waktu itu dimana YouTube masih belum wujud Hitz.tv ibarat YouTube pada remaja era itu untuk menonton video muzik-muzik hits terkini.

Paling diingati tentunya segmen Up 2 You, dimana para penonton diberi hak untuk mengundi video muzik mana yang mereka mahu mainkan untuk playlist seterusnya. Dan pada waktu inilah para pengundi akan berperang sesama sendiri bagi memastikan lagu kesukaan mereka dimainkan.

Sejak 2009 Hitz.tv menukar format mereka dengan lebih spesifik. Dengan setiap segmen atau slot waktu siaran mempunyai tema sendiri seperti Best Of British, yang hanya memainkan lagu-lagu dari Britain. Begitu juga homeboy, lagu-lagu artis tempatan dimainkan.
Tetapi Hitz.Tv terpaksa akur dengan persaingan semasa, dikala YouTube sudah mula tampil dalam format Vevo, begitu juga dengan kewujudan pemain muzik online seperti Spotify. Hitz.TV seakan akan tidak lagi relevan dikala pendengar muzik pada masa kini lebih gemar meluangkan masa mendengar lagu kegemaran mereka di smartphone berbanding menontonnya di tv.

Format siaran Hitz.tv yang masih lagi menggunakan format standard definition juga menyebabkan kualiti siaran mereka kurang digemari.

Dadah Dan Bolasepak Apa Kaitannya?

Bill Clinton, bekas Presiden Amerika Syarikat begitu dibenci penyokong kelab liga divisyen 2 Colombia, America De Cali.

Ini kerana semasa era Clinton, yang memerangi kartel dadah besar-besaran telah menyebabkan kelab mereka mengalami kemerosotan drastik.

Punca??  kelab ini dibiayai oleh adik-beradik Orejuela, Miguel dan Gilberto Orejuela. Yang juga kartel dadah di bandar Cali, dimana kelab ini terletak.

Hasil dana dari kartel Orejuela ini, kelab mereka pada masa itu antara kelab terbaik dunia, hanya dibelakang Juventus.

Kesan penangkapan 2 bersaudara ini yang kemudiannya di ekstradisi ke Amerika telah menyebabkan kelab ini tiada sumber kewangan untuk beroperasi. Kesan domino itu juga membawa kepada kejatuhan kelab ini.

Tiada yang pelik tentang dadah dan bolasepak di Colombia. Kerana hasil siasatan selepas pembunuhan Pablo Escobar, rata-rata kelab di Colombia dibiayai hasil wang penjualan dadah oleh kartel tempatan. Ini termasuk juga FA mereka!!

https://youtu.be/WNJDLWbv9j4

Monday, May 23, 2016

Filem X Men Apocalypse

Apocalypse atau En Sabah Nur adalah Tuhan di zaman Mesir Purba. Sewaktu upacara pemindahan roh En Sabah Nur ke dalam jasad mutan yang lain, untuk memastikan dia kekal hidup telah berlaku satu kejadian luar jangkaan dimana para pengikutnya telah mensabotaj upacara itu dan 4 Horsemen yang jugak pengikut setia En Sabah Nur terkorban akibalo t runtuhan piramid.

En Sabah Nur gagal menjalani upacara pemindahan jasad lama ke jasad baru. Selain dapat memanjangkan hayatnya, dia juga dapat memiliki kuasa dari bandar mutan yang baru menjadi "rumah" pada roh nya itu. Jasad dia kekal terperangkap di bawah runtuhan itu beribu tahun lamanya, cuma ada segelintir saja pengikut kultusnya yang mahu En Sabah Nur dihidupkan kembali.

Di zaman moden, perisik CIA Dr Moira McTaggert yang dahulunya muncul dalam XMen First Class telah menjumpai tapak purba dimana jasad En Sabah Nur terkubur. Akibat kecuaian kecil, cahaya matahari telah menuju masuk ke tempat pembaringan En Sabah Nur dan menyambungkan semula upacara yang terbatal pada awal babak filem ini.

Di USA, Sesuatu yang tidak kena berlaku pada mata Scott Summers. Seorang pelajar sekolah menengah, dia secara tiba-tiba terpancar cahaya laser merah dari matanya dan hampir membunuh seorang pembuli.

Scott atau Cyclop dibawa oleh Alex, abangnya ke sekolah mutan Prof Charles Xavier. Disitu dia berkenalan dengan Jean yang mempunyai kuasa membaca minda.

Mystique pula dianggap hero oleh remaja pada era 80 an itu, 10 tahun selepas filem Days Of Future Past dimana dia menyelamatkan nyawa Presiden dari dibunuh Magneto.

Mystique membebaskan Nightcrawler dari menjadi hamba kelab gusti mutan. Nightcrawler dipaksa untuk berlawan dengan ArchAngel, seorang mutan bersayap seperti malaikat. Pertarungan itu disabotaj dan Mystique lari bersama Nightcrawler dan begitu juga Angel.

Mystique menyeludup Nightcrawler ke sekolah mutan Charles. Disana dia dikejutkan dengan berita Magneto yang kini hidup seperti biasa di Poland bersama keluarganya telah melakukan pembunuhan. Erik atau Magneto membunuh kerana dia diburu oleh pihak polis selepas dia melarikan diri dari Amerika. Dia dikesan mempunyai kuasa menolak objek besi setelah dia menolak kawah besi panas dari mengorbankan nyawa rakan sekerjanya dan insiden itu disaksikan segelintir pekerja yang lain.

Anak perempuan Erik diculik oleh Polis yang memburunya, anaknya itu mempunyai suara yang mampu menarik sekumpulan burung gagak. Akibat kemunculan burung itu, secara tidak sengaja, seorang anggota polis telah memanah anak Erik dan isterinya. Erik yang marah telah memanipulasi kalung besi anaknya dan menembusi leher kumpulan anggota polis itu.

Di Mesir moden, En Sabah Nur yang baru dihidupkan terkejut dengan perubahan zaman dan tamadun manusia. Dimana mereka sudah mempunyai " Tuhan Baru " dan tidak lagi menyembahnya. Dia tertarik dengan kuasa Ororo atau Storm dan merekrut Storm untuk berkhidmat padanya.

Storm, remaja yang menyanjung tinggi pada Mystique kerana jasanya pada mutan. En Sabah Nur telah mendownload segala maklumat yang terjadi sepanjang ketiadaannya ke dalam fikirannya.

Bersama Storm, dia mencari Caliban seorang mutan yang mempunyai kuasa menghidu dimana seseorang itu berada. Psylocke yang menjadi orang kanannya, menyertai En Sabah Nur setelah kuasanya ditambah oleh En Sabah Nur. Mereka kemudian menjejak ArcAngel dan akhir sekali, Magneto.

Semasa berkomunikasi dengan minda Erik melalui Cerebro, perbualan Charles telah dipintas oleh En Sabah Nur yang mahukan kuasa telepati milik Charles yang mampu menembusi minda dan akal seseorang itu. Charles telah dirasuk oleh En Sabah Nur dan dia tidak mampu menahannya.

Dia mengarah Alex menggunakan kuasanya untuk memusnahkan cerebro itu kerana ianya bakal menjadi satu malapetaka jika jatuh ke tangan En Sabah Nur yang mahu menggunakan mesin itu untuk mengesan semua mutan di dunia.

Alex yang berang apabila En Sabah Nur dan 4 Horsemen nya membawa pergi Charles telah mengeluarkan pancaran laser dan akibatnya berlaku letupan yang maha dahsyat menyebabkan sekolah itu terbakar.

Quicksilver yang dimaklumkan bahawa Erik itu bapanya telah pergi ke Sekolah mutan, dia sampai tepat pada masanya dimana letupan itu berlaku. Dengan kepantasan yang ada padanya  dia sempat membawa keluar penghuni di sekolah itu. Scott,Jean, Jubilee dan Nightcrawler baru saja pulang dari bandar semasa letupan itu terjadi dan mereka terkejut atas apa yang berlaku. Alex terkorban walaupun dialah yang paling awal dibawa keluar oleh Quicksilver.

Tiba-tiba sebuah helikopter datang ke sekolah itu atas dasar memberi bantuan tetap sebenarnya mereka ialah unit khas yang diketuai major William Stryker. Satu das tembakan yang mengeluarkan cahaya telah menyebabkan mereka yang ada dilokasi itu pengsan. Hanya Nightcrawler, Cyclop dan Jean terselamat. Mereka berjaya menembus masuk ke dalam helikopter yang membawa pergi Quicksilver, Beast, Moira, Mystique ke sebuah lokasi rahsia.

Kecanggihan teknologi di lokasi itu menyebabkan Quicksilver tidak dapat menggunakan kuasanya. Semasa Jean,Night, Cyclop berjaya menyeludup masuk ke kawasan itu mereka yang diburu oleh pengawal keselamatan telah membebaskan Wolverine dari bilik kebal. Wolverine yang berang itu telah membunuh semua pengawal disitu dan melarikan diri. Atas kuasa minda Jean, Wolverine telah mendapat semula ingatan nya yang telah terpadam.

En Sabah Nur yang menculik Charles telah menggunakan kuasa telepati Charles untuk memberitahu dunia yang dia akan menakluk dunia. Charles secara senyap menghantar mesej rahsia pada Jean,  yang dia berada di Syria.

Mereka pun pergi ke Syria untuk membawa pulang Charles sebelum jasad dia disatukan dengan roh En Sabah Nur. Mystique bersama Quicksilver cuba memujuk Magneto yang hilang harapan pada manusia, Beast dan Cyclop pula akan bertempur dengan Psylocke dan Storm. Nightcrawler ditugaskan untuk membawa keluar Charles tetapi dia kerap dihalang oleh ArchAngel.

Beast berjaya menumpaskan Psylocke, begitu juga dengan Nightcrawler setelah berhempas pulas melawan asakan ArchAngel dia akhirnya sempat membawa keluar Profesor X dari disatukan dengan roh En Sabah Nur.

ArchAngel dan Psylocke cuba mensabotaj pesawat yang dinaiki mereka untuk pulang ke USA. Akibatnya pesawat itu terhempas dan ArchAngel terkorban. Psylocke yang kini cedera berlindung disebalik timbunan runtuhan. Nightcrawler menggunakan kuasa nya semaksimum mungkin untuk membawa mereka semua keluar dari pesawat itu dan ke tempat yang lebih selamat. Akibatnya dia keletihan dan pengsan.

Mystique dan Quicksilver yang kecewa dengan Magneto telah cuba sedaya upaya menghalang En Sabah Nur dari memburu Charles. Quicksilver hampir berjaya menumpaskan En Sabah Nur dengan kuasa pecutan dan kelajuan nya tetapi terhenti akibat kakinya ditanam ke dalam tanah oleh kuasa En Sabah Nur. Mystique yang menyamar sebagai Psylocke pula berjaya menyelamatkan Quicksilver tetapi dia hampir hilang nyawanya.
Storm pula terkejut apabila mendapat tahu Mystique yang juga idolanya itu sebenarnya selama ini berpihak kepada musuhnya. Akibat itu dia berpaling tadah dan memilih untuk menentang En Sabah Nur.

En Sabah Nur yang berang telah bertempur dengan Charles di dalam mimpinya. Kesan daripada penyatuan yang tidak menjadi itu Charles telah gugur rambutnya dan kini botak. En Sabah Nur terbukti terlalu kuat untuk Charles hinggakan di dalam mimpi pun dia tidak mampu menang.

Dengan bantuan Magneto, X Men masih belum cukup kuat untuk memusnahkan En Sabah Nur. Dibantu Cyclop dan Mystique pun mereka belum cukup kuat. Akhirnya Charles mengarahkan Jean Grey menggunakan kuasa mutlaknya yang hanya diketahui oleh Charles untuk mematikan En Sabah Nur. Akhirnya kemenangan berpihak pada mereka.

* Masih ada kekurangan dalam filem ini. Seperti watak En Sabah Nur dalam komik adalah berwajah seperti King Kong tetapi dalam filem ini dia mirip Dr Doom.

Cyclop dan Havoc jika di dalam komik. Cyclop adalah abang, manakala Havoc adik. Tetapi dalam filem ini Havoc abang, Cyclop pula adik.

Hairan kenapa Charles, Hank dan Erik langsung tidak menyebut tentang Wolverine. Seakan akan mereka hilang ingatan tentangnya, walaupun dalam filem Days Of Future Past dulu mereka bersama sama pergi ke Paris. Wolverine turut membantu Hank dan Charles menghalang rancangan jahat Magneto. Begitu juga dengab Mystique yang langsung tidak tahu tentang Wolverine padahal diakhir babak Days Of Future Past dialah yang mengeluarkan Wolverine dari Sungai.

Dalam Xmen United dan Wolverine Origin, Wolverine dikurung di dalam akuarium kaca untuk eksperimen memasukkan besi Adamantium ke dalam badannya. Tetapi kali ini di dikurung dalam bilik besi/ bilik kebal.

Berbanding Nightcrawler versi Xmen United yang berwarna biru kehitam hitaman, versi kali ini dia berwarna biru pekat. Sama seperti biru Mystique.

Dalam Xmen The Last Stand, ArchAngel atau Warren Worthington III berasal dari keluarga kaya. Tetapi kali ini dia dia adalah seorang mutan yang tidak memiliki apa apa.

Friday, May 20, 2016

Filem-filem Yang Membuatkan Penonton Keluar Pawagam

Bukan sebab jalan cerita yang tipikal atau lakonan yang kayu. Tetapi disebabkan kekuatan mutu teknikal filem ini yang menyebabkan penonton keluar panggung. Efek yang terlalu realistik, audio bunyi yang menyeramkan dan sudut kamera yang menggerunkan menjadi faktor utama penonton tidak mampu bertahan.

https://youtu.be/682pOPYLueQ

Wednesday, April 27, 2016

Bencana Nuklear Mayak : Tapak Nuklear Yang Dirahsiakan

Umum mengetahui tentang bencana loji nuklear Chernobyl 1986 antara punca utama kejatuhan Soviet Union.

Tetapi tidak ramai yang tahu tentang bencana loji nuklear Mayak yang juga dikenali sebagai Kyshtm Disaster. Bencana Kyshtm terjadi pada 1957!!  29 tahun sebelum terjadi nya bencana Chernobyl.

Mungkin sebab pembinaan bandar ini yang dirahsiakan dari umum contoh menerima kawalan ketat anggota tentera dan kedudukannya yang terletak jauh di pedalaman dan dirahsiakan dalam peta Rusia!

Pihak Amerika yang juga musuh ketat Soviet di era perang dingin turut merahsiakan perkara ini dari umum. Atau mungkin mereka juga sedang dalam usaha memulakan projek nuklear pada waktu itu.

https://youtu.be/0GNSer8T6TA

Posisi Paling Sukar Dalam Acara Sukan

Setiap acara sukan pasti ada posisi yang paling rumit dan berat fungsinya. Mereka yang bermain di posisi ini dianggap sebagai hero dan nadi pasukan. Jika mereka yang bermain di posisi ini tidak bermain dengan baik, persembahan pasukan akan terjejas

https://youtu.be/03_lgITyYms

Tuesday, April 26, 2016

Jika Kelab EPL Adalah Watak Dalam Siri Tv Game Of Thrones

Siapa sangka kelab bolasepak mempunyai common characteristics dengan watak-watak dalam drama tv?? Menarik

https://youtu.be/7Uoey1qTAvg

Thursday, April 21, 2016

11 Prospek Pemain Muda Yang Tidak Menepati Ramalan

Mereka ini dibeli oleh kelab besar atas reputasi cemerlang mereka di peringkat remaja. Tetapi jolokan ' Bintang Masa Depan ' hanyalah satu sumpahan buat mereka apabila gagal meningkat naik menjadi pemain berkelas dunia dan gagal menonjol dengan mana-mana pasukan.

https://youtu.be/wIETvKBP2XE

Wednesday, April 20, 2016

Aksi Gusti Yang Mampu Mengorbankan Nyawa

Ramai yang menganggap aksi gusti atau movement dalam sukan gusti hiburan hanyalah lakonan semata-mata. Tetapi jika silap percaturan ada yang hilang nyawa semasa sedang beraksi.

Untuk aksi yang tersenarai dalam video dibawah, kami memilih gerakan shattered dream, vertebreaker, styles clash, last ride dan tombstone piledriver yang nampak ganas dan ngeri.

https://youtu.be/utSiXOWEMi0

Perkhidmatan Membuang Tatu

Jika menyertai mana-mana kumpulan samseng, kartel. Tatu sudah menjadi kemestian untuk ahli-ahli mereka. Dimana dengan mencacah tatu lambang kumpulan mereka diibaratkan mereka itu adalah abang besar di kawasan itu.

Tetapi ianya boleh menjadi masalah jika kumpulan lain terserempak dengan anda. Anda berkemungkinan mati ditembak di jalanan atau diculik sebagai tebusan.

Homeboy industry melihat peluang ini sebagai jalan untuk bekas-bekas ahli kumpulan samseng ini memulakan hidup baru dan kembali kepada masyarakat. Tatu mereka dibuang supaya mereka kelak tidak lagi menjadi sasaran kumpulan lain.

https://youtu.be/rT9jcDrFGxs

Tuesday, April 19, 2016

Restoran-restoran Dengan Tema Yang Ganjil

Bosan dengan fine dining dan restoran makanan segera? Apa kata anda berkunjung ke restoran di dalam video ini untuk pengalaman baru yang mengujakan.

Anda mungkin berasa jijik, aneh dan sedikit kekok dengan cara anda dilayan dan makanan anda dihidangkan.

https://youtu.be/cDSHALu-tXE

Item Aneh Yang Dilelong Di Ebay

Siapa sangka ada pembida yang sanggup membida kawan ghaib iaitu imaginary friend?

Tak cukup dengan itu lagi ada pula yang sanggup membida tisu yang telah digunakan oleh Scarlett Johanson, lagi gila ada yang membida hingga ribuan dollar untuk pakaian yang dipakai oleh Jennifer Lawrence dalam filem Silver Lining Playbook.

Tonton video dibawah untuk info lebih lanjut.

https://youtu.be/JRLtUPFpbOU

Saturday, April 16, 2016

Ahli Silap Mata Yang Mati Semasa Membuat Persembahan

Ada diantara mereka yang mati secara mengejut atas faktor kesihatan, ada pula yang tidak bernasib baik mati sebab masalah teknikal lantas hilang nyawa sekelip mata.

https://youtu.be/sGaD6VbUk-E

Friday, April 15, 2016

Kesilapan Jelas Dalam Filem

Kita mungkin tidak sedar yang dalam filem dibawah ini berlaku sedikit kelemahan seperti set prop yang tidak realistik, kemunculan krew filem secara tidak sengaja dalam sesuatu adegan.

https://youtu.be/ZuVEs1HevTE

Thursday, April 14, 2016

Pembikinan Filem Captain America Civil War

Seperti biasa filem thriller aksi Marvel Comic ini banyak menggunakan effects letupan dan juga CGI. Faktor penarik untuk aku menonton filem ini adalah watak Black Panther yang buat pertama kali di adaptasi ke dalam filem.

https://youtu.be/r_cMcndBS-A

External HardDisk Rosak

Sejak external HardDisk rosak ni. Tak dapat dah aku nak layan movie macam dulu. Musnah segala khazanah tv series,filem-filem kegemaran aku dalam external tu.

Dekat 3 bulan jugak aku tak dapat nak layan movie dan tv series ni. Dahla laptop pun orang pinjam tak cakap, lepas tu buat harta sendiri sampai sekarang tak pulang-pulang.
Penyudahnya, hobi movie aku tersekat di situ saja. Dahlah tahun ni tak sempat layan movie kat wayang. Entah apa punya bala la yang menimpa aku ni.

Sunday, April 10, 2016

Kejadian Tak Diingini Berlaku Sewaktu Pembikinan Filem

Ada pengarah yang mahukan hasil serba serbi sempurna dan sanggup mengambil risiko sewaktu penggambaran dijalankan.

Tetapi siapa sangka risiko yang diambil itu menyebabkan krew filem,pelakon dan juga pengarah sendiri maut kerana idea gila mereka itu.

https://youtu.be/nwP6wu4gL3E

Thursday, January 14, 2016

Filem-Filem Barat Yang Diharamkan Tayangannya Di Malaysia

Filem-filem ini tidak dibenarkan tayangannya di pawagam kerana unsur-unsur yang keterlaluan dan terlalu sensitif kepada norma masyarakat di negara ini. Disini dinyatakan sebab kenapa filem-filem ini diharamkan. Hairan juga kenapa filem Zoolander, American Pie dan Cannibal Ferox tidak termasuk dalam senarai.


Tuesday, January 5, 2016

Filem Melayu Bajet Besar Yang Lenyap Ditelan Zaman

Filem ini pernah diuar-uarkan sebagai filem yang bakal mengubah landskap industri perfileman Malaysia, tetapi lama-kelamaan filem ini hilang dari peta Malaysia. Tidak dipastikan kenapa filem ini hilang begitu saja tanpa khabar berita dari pihak produksi, dikhabarkan bajet nya saja sudah mencecah jutaan ringgit.