Friday, May 30, 2014

Marriage ?? Nah, I Just Dont Believe On It

If two sides ( brides man and woman ) are humble and dont demand too much from the men side, I think today many of us will get marry easily. 


Wednesday, May 28, 2014

Adam Dan Coklat Kedberi

Di suatu petang, setelah membaca berita Utusan Meloya, Adam dengan tiba-tiba jadi manusia hilang akal dan pedoman. Ini kerana laporan menyebut coklat Kedberi kegemarannya mengandungi DNA babi, " Allah !!! macam mana aku nak sucikan darah daging ku yang bercampur dengan dna binatang haram ini ! " getus Adam dalam hati.

24 jam sebelum itu....  Adam dijanjikan sejumlah wang tunai oleh kontraktor kerana berjaya melobi nya untuk memenangi tender pembinaan walaupun Syarikat pembinaan itu ada rekod yang kurang cemerlang sebelum ini. Adam yang tengah kering poketnya dengan senang hati menerima imbuhan itu tanpa memikirkan tindakan nya itu menyebabkan para kontraktor lain yang lebih baik rekod perkhidmatannya gagal mendapatkan tender itu.

Di malam itu Adam bergembira di kelab malam di jalan P Ramlee, macam biasalah mesti lah minum selepas dapat duit. Takkan hendak duduk saja di rumah ye dak ? Apa beza dapat ' bonus ' dengan tak dapat bonus kalau macam tu kan ?

Tengah hari esoknya.... Adam menangis dan berasa berdosa kepada Tuhan kerana coklat kedberi yang dimakannya itu mengandungi DNA babi, tak boleh Adam bayangkan betapa hina,kotor,najis dan jijiknya binatang berkaki pendek itu. Menangislah Adam.....

# Halal pada umat Islam - Melayu ni hanyalah apa yang masuk ditekak mereka saja. Aku dah perhatikan perangai segolongan keparat ini. Mereka ini rasa tak berdosa apabila mencuri makanan orang lain, menganiaya orang lain tetapi rasa berdosa apabila dikaitkan dengan babi.......

Friday, May 9, 2014

Kem Penrissen Batu 8 #1999

Aku mula pindah masuk ke kem ni masa tahun 1999, masa tu aku menetap di blok CF3. Waktu tu aku berjiran dengan 1 keluarga dari semenanjung, si suami bernama Zaidi dan isteri bernama Liza, mereka ada 2 orang anak bernama Amin dan Mira (tak silap aku) kemudian masuk tahun 2000 mereka pun berpindah ke Kuala Lumpur, menetap di Sungai Besi. Alhamdulillah keluarga kami masih lagi menjalin silaturrahim sehingga ke hari ini.

Di jiran atas rumah aku pula ada sepasang suami isteri, si suami bernama Midon dan isteri bernama Ina, waktu itu mereka ada seorang anak bernama syuhada. Pada november 2013, Mejar Midon telah meninggal dunia semasa tidor. Aku masih ingat lagi jasa arwah semasa kami baru saja sampai ke rumah dari pasar malam Satok ( kini tiada lagi ) kami tidak dapat memasuki rumah kerana masalah pada tombol pintu, bapa ku kemudian meminta pertolongan dari Encik Midon dan kami berjaya masuk ke rumah. Pada tahun 2000 juga keluarga yang menetap di tingkat 2 atas rumah aku ini berpindah.

Berhadapa rumah Encik Midon dan Puan Ina, ada sepasang suami isteri dan ada seorang anak kecicl perempuan tetapi aku tidak begitu mengenali mereka kerana aku hanya berkawan dengan amin yang berjiran dengan aku dan asyraf, jiran di CF 4.

Di tingkat 3  ada seorang abang bernama Hafiz, dia pada waktu itu berada di darjah 5 ( 1999 ) dan aku berkawan dengannya kerana kesudian dia meminjamkan video tape cybercop kepada aku dan pada musim cuti sekolah hujung tahun, keluarganya mengadakan majlis berkhatan dengan menjemput ramai tetamu, tetapi aku pada masa itu melepak di rumah amin kerana tidak suka menghadiri majlis sebegitu. Tiba-tiba ibu si amin, memadamkan tv dan meminta kami mendengar suara Hafiz menjerit, sebenarnya dia ketakutan dan cemas kerana pada waktu itu ramai tetamu hadir dan dia berasa kurang selesa hingga berlari masuk ke rumah jiran nya iaitu auntie Yuni, dia berjaya ditangkap dan disunatkan. Sejak itu dia pun berpindah tetapi tidak tahu kemana.

Bersebelahan rumah si Hafiz pula rumah Auntie Yuni dan suaminya, maaf aku terlupa nama suaminya. Seingat aku di penghujung tahun 2000 juga Auntie Yuni berpindah ke semenanjung. Hingga kini ibu aku masih berkawan dengan Auntie Yuni. Semacam 1 pertemuan pula bila keluarga kami berpindah ke Kuala Lumpur, kami kembali menjalin silaturrahim dengan jiran-jiran kami di CF 3 dulu tetapi suasana sudah berbeza buat aku.

Pada waktu itu aku ke sekolah di SK Wira Jaya, di kelas 1 putih. Guru kelas aku ketika itu ialah Cikgu Madinah binti kadri. Aku ke sekolah menaiki trak askar bernombor 18 dari unit 3 skuadron. Jangan terkeliru dengan sebuah lagi trak 3 skuadron iaitu 18A yang mengambil dan menghantar budak-budak SK Mejar Jeneral Dato Ibrahim Kem Semenggo Batu 7.

Masih ku ingati, pertama kali aku menaiki trak itu. Ayah aku menemankan aku dan abang ku menaiki trak itu. Kami selamat sampai ke sekolah dan masa pulang kami serba cemas kerana tidak tahu nombor trak itu dan kami juga tidak diberitahu di mana trak itu menunggu pelajar/penumpang untuk dihantar pulang. Mujurlah selepas melepasi pos kawalan kem kami ditegur oleh seorang sahabat yang memanggil kami dengan bertanya ' wey tadi korang naik trak 18 kan ? ' aku dan abang aku pun mengangguk tanda setuju. Kami pun menaiki trak itu yang sedang menunggu sambil driver trak ketika itu Patrick dan pembantunya Bundal yang juga tukang jaga di belakang trak yang bertugas menurunkan tangga untuk memastikan para penumpang/pelajar turun dengan selamat. Ketika itu trak 18 belum ada tangga yang siap pasang untuk memudahkan kami turun naik, hanya tangga manual yang diperbuat dari kayu saja yang ada. Bila kami hendak menaiki trak, tangga itu akan diturunkan dan bila kami sudah menaikinya tangga itu akan ditarik ke atas.

Ashraf, kawan yang aku kenali kerana menegur aku dan abangku sejak itu menjadi kawan kami. Aku dan Hafiz sempat juga melepak di rumah Ashraf bermain game tape dan dia juga yang memperkenalkan  aku yang rumah di depan blok CF4 nya itu adalah sebuah rumah kelab golf di mana ada menjual air tin dan gula-gula. Rumah itu tidak selalu dibuka kerana hanya dibuka bila ada pegawai-pegawai yang bermain golf di kawasan kem itu. Ashraf berpindah sebaik saja cuti sekolah hujung tahun bermula dan aku sedikit sedih kerana sejak itu aku tidak lagi bertemu dengan dia, masih hidup atau sudah pergi kah dia ??

Dalam tahun 1999 itu juga aku berkawan dengan Rafiq Syahmi dan Rafiq Syahir 2 orang adik beradik yang menetap di rumah CQ / rumah 1unit di depan blok flat aku. 2 beradik aku lambat kenali kerana mereka bersekolah di Sk St Thomas, sekolah untuk budak-budak pandai. Abang aku terlebih dahulu berkawan dengan adik beradik ini kerana mereka berdua, sama 1 trak askar dengan abang aku pergi ke sekolah Agama Rakyat, sebuah sekolah agama dimana para ustazah dan ustaznya terdiri daripada anggota KAGAT, Kor Agama Angkatan Tentera. Rafiq Syahir, sebaya dengan abang aku dan Rafiq Syahmi pula sebaya dengan aku. Pada tahun itu 1999 aku tidak pergi ke sekolah agama rakyat Ittifaqiyah itu.

Di blok bersebelahan ( CF4 ) ada seorang lagi rakan sekolah aku bernama Naim, aku mula perasan kewujudan dia sebab dia satu kelas dengan aku, fakta ini aku sedikit ragui kerana aku ingat-ingat lupa oleh kerana pada waktu itu bila mata pelajaran agama islam kelas kami 1 putih akan berkongsi 1 kelas dengan pelajar 1 kuning, jadi aku terlupa sama ada si Naim ini 1putih dengan aku atau lain kelas. Sebab semasa darjah 1 itu aku tidak ada ramai kawan oleh kerana aku budak baru pada waktu itu. Bapa si Naim iaitu Mohd Kamal ( betulkan jika aku tersilap ) seorang yang bagus dalam bab agama dan ibu nya ustazah di sekolah Wira Jaya itu. Inilah yang dinamakan dekat tapi jauh.

Di blok CF 2 pula ada adik beradik yang bernama Nazrin dan Syah, tidak banyak yang aku tahu tentang mereka ini kerana aku berkawan dengan mereka ini pada hujung tahun, tapi jangan risau. Tahun 2000 mereka masih ada di blok itu.

Tuesday, May 6, 2014

Bersyukur lah



Tak semua benda kita nak dalam hidup ni kita dapat capai dengan mudah... macam aku, 6 tahun dulu aku nak ada sebuah band, tour 1 Malaysia, kerja dalam bidang muzik, ada kedai jual merchandise sendiri tapi hari ni ?? 1 apa pun tak jadi dan aku semakin jauh dari semua tu. Aku akui, semakin meningkat usia kita semakin realistik kita berfikir.

Contohnya, aku dulu memang over konfiden yang aku boleh score A untuk exam bahasa Inggeris aku, tapi hasilnya ?? aku hanya dapat score B, mula-mula memang aku rasa tak puas hati. Tapi bila aku bandingkan diri aku dengan orang yang usaha lebih, lebih fasih berbahasa Inggeris dari aku. Jadi aku pun mula berfikiran realistik, apa yang jadi ini ada hikmahnya. Walaupun aku tak begitu fasih berbahasa Inggeris tetapi aku berani untuk belajar dan tak takut untuk mengaku yang aku ini tak begitu fasih. Keyakinan dalam berbahasa Inggris itu menenggelamkan kesemuanya.

Kadang-kadang kita ni bukan takut kepada diri sendiri, tapi takut apa pandangan orang terhadap kita. Walaupun tak mencapai kecemerlangan dalam apa yang kita ceburi bukan bermakna kita ni bodoh, cuma kita ni underachiever, memang ramai rasa rendah diri dan terhina bila di kata under achiever, tapi percayalah kalau kita berusaha tak henti lama-lama kejayaan tu akan datang. Tak kira lah besar atau tidak kecemerlangan itu. Yang penting kita tak berputus asa, bila renung segala usaha dan pencapaian kendiri kita akan merenung sejenak yang kita tidak lah seteruk mana, biarpun tidak cemerlang yang penting kita mencuba dan beri apa yang kita terdaya bukan memberi alasan itu tak boleh, ini tak boleh.

Bukan aku menggalakkan kamu bersyukur dan hanya berserah. Kalau dah berusaha dan memberi apa yang kamu terdaya itu sudah memadai kerana kamu sudah memenuhi ciri-ciri untuk maju kedepan iaitu usaha dan mencuba. Aku akui yang aku tak pernah mencapai sebarang jenis kecemerlangan baik dari segi akademik ataupun sukan dalam hidup aku. Tapi biarlah orang yang di sekeliling kamu yang tahu dan peka dengan perkembangan kamu menilai dan betapa istimewanya kamu di mata mereka. Ingatlah Thomas Alva Edison bukanlah mencapai kecemerlangan dalam hidupnya dengan score straight A dalam peperiksaan di sekolah. Dia berhenti di sekolah di usia muda tetapi kejayaan dia ?? mentol lampu yang menerangi hari-hari kamu siang dan malam.

Aku bukanlah hendak membangga diri yang aku ini under achiever, percayalah walau seburuk mana pun diri aku, pasti ada gunanya. Janganlah sebab kamu tidak cemerlang dalam sesuatu perkara/bidang itu kamu berasa kecewa, rendah diri dan tak guna. Hey ! setiap orang ada potensi diri lah. Ambil contoh Pipiyapong Abdillah Hamzah, seorang kutu dari Kuala Lipis, Pahang. Dia hanya pemuda kampung yang tidak bekerja tetap, sekejap kerja pomen, sekejap buat kerja lain. Kadang-kadang tak bekerja langsung, tapi itu bukan pematah semangat untuk dia seorang yang cool, dengan minat dia dalam bidang penulisan dia dah bukak 1 label buku indie dan sekarang dah ada kedai buku pun kat Stesen Kereta Api Kuala Lipis, bernama Neon Terbit. Buku-buku yang diterbitkan dalam label dia pun boleh tahan laku jugak walaupun skala jualan buku Neon Terbit ni kecil dan tak meluas macam label lain. Semua itu dicapai bila dia di usia 30 an, kejayaan tetap akan datang bezanya cepat atau lambat.


Friday, May 2, 2014

1 Mei 2014

Pergi ke PWTC sempena Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur, macam biasa melangkah saja ke dalam PWTC mesti lah carik booth Lejen Fixi, tapi aisehman ! dia punya customer ramai macam semut lah. Terus aku tukar haluan pergi ke booth Indieke, booth dimana buku-buku terbitan dubook dan label-label indie lain dijual. Dari sini aku beli buku Molotov Koktel - himpunan tulisan-tulisan Adam Adli. Sekali lagi aku berpatah balik ke Lejen Fixi, kali ini dapat la aku menyusup masuk tapi nak barisan nak bayar dia macam tunggu bantuan makanan mangsa bencana je, terbatal lagi niat aku. Aku pun merayau-rayau ke tingkat 2 tempat dimana Gerak budaya dan Creative Enterprise selalu bertapak. Di tingkat 2 ni, trafik pengunjung dia terkawal dan stabil. takde sesak,sempit dan sardin macam di tingkat 1.

Di booth Gerak budaya, aku sempat membelek buku tulisan Anas Alam Faizli dan Syed Husin Ali bertajuk Malaysia Kaya, Rakyat Miskin. kemudian aku melilau-lilau mencari dimana letaknya Creative Enterprise tetapi masih tidak jumpa, kemudian aku ke tingkat 3, pun tidak ada. Tetapi tiba-tiba aku terpandang ke aras bawah, dari anak tangga tingkat 3 aku dapat melihat dengan jelas signboard Creative Enterprise. Hairan, macam mana aku tadi berlegar di aras yang sama tapi tidak menjumpai di mana letaknya booth ini. Sempat juga aku membeli 4 edisi gila-gila tahun lepas.

Memikirkan untuk pulang saja ke rumah tetapi dalam kepala masih rasa ralit jika tidak membeli buku Enam Darjah tulisan Nami Cobnobbler. Kembali untuk kali ketiga di booth Lejen Fixi aku pun berpeluang untuk mendapatkan buku ini dan terus membayar tanpa perlu berbaris dalam barisan yang panjang. Kerana sebelum itu pelanggan yang beratur panjang ialah mereka yang datang secara rombongan dari sekolah-sekolah.