Wednesday, February 29, 2012

29 februari

aku tak tau mengapa 29 februari diperkenalkan dan kenapa februari hanya ada 28 hari mengikut kalendar 365 hari.29 februari hanya muncul 4 tahun sekali entah sape yang mencipta 29 februari ni masih menjadi misteri kepada aku.tahun 2012 juga dipanggi tahun lompat kerana mempunyai 366 hari setahun kerana sudah termasuk 29 februari yang hanya muncul 4 tahun sekali. tetapi hingga ke hari ini 29 februari masih tak memberi sebarang makna dan sejarah kepada time line kehidupan aku.

dan aku berharap di masa akan datang 29 februari akan memberi makna kerana perlu menunggu 4 tahun sekali untuk tahun ni ada.antara permintaan aku ialah aku nak anak kembar 3 aku dilahirkan pada tarikh 29 februari.

Sunday, February 26, 2012

rekaan pagar yang LOL

tengok betul-betul

 takde shape lain ke?
gay ke menganjing ??

nama nama ganjil manusia

perempuan ni mengubah namanya sebagai sokongan kempen PETA menghentikan jualan foie gras (sejenis makanan yang dibuat dari hati itik atau angsa ) di fortnum & mason.

harry potter yang sebenarnya tak popular

james bond identiti dibongkar kepada semua!

nama terpanjang di brazil dan mungkin juga di dunia.tak di ketahui apakah nick name si pemilik

                                       
disney land ??

the wizard ?? ahli sihir !

jonny walker ?? terlalu taksub dengan wiski agaknya

lord voldemort ??

tension


minggu ni serba tak kena dengan aku.ada-ada je masalah melanda.tension di tempat kerja,aku langsung takde mood nak kerja sejak masuk laundry ni.sejak keja 11malam-7 pagi hubungan aku dengan dia plak semakin renggang bukan aku tak sayang tapi keadaan memaksa.kalau dulu time cuti mid sem aku available 24 jam kalau nak mesej sekarang jangan kata nak mesej nak tidur pun tak boleh.

masalah utama melanda ialah aku tak kenal sape pun kat departmen laundry ni dan orang sini pun macam tak suka dengan kehadiran aku.aku boleh terima korang tak suka tapi tunggu lah seminggu ni je aku kat sini isnin nanti aku dah tak tengok muka korang lagi la.korang kena ingat korang tu part time je kat vistana ni, staff permanent yang lain semua ok dengan aku.dari aku room attendant hinggalah ke Public area semuanya boleh jadi kawan dengan aku walaupun tak pernah bertegur sapa dengan diorang sebelum tu.


sejak minggu ni lah aku langsung tak semangat nak kerja dah la bad communication dengan diorang dahtu plak aku masih blur pasal kerja aku.saat ni paling teruk dalam hidup aku dah la tension dengan dia bak kata the a.c.a.b
hingga ku tertanya entah di mana salah dan silapnya 
adakah engkau hanya bersandiwara membiarku sengsara
,tension plak dengan kerja aduh ! gawat ni sampai bile otak aku boleh bertahan dengan masalah ni.tiap kali masuk kerja aku rasa macam bukan dalam hotel tu dah la orang laundry ni buat hal sendiri nak lepak dan borak-borak dengan diorang pun macam takde isi.baru aku rasa betapa berharga nya masa aku kerja public area dengan taufik,lan,razif,sudin dulu walaupun baru kenal tapi aku cepat kamcing dengan diorang rasa macam nak cancel je laundry ni nak je aku belajar water jet dan asah kemahiran buffing machine aku ni  dengan budak2 PA ni.selama aku praktikal ni aku takde kawan rapat selain ame.

sampai bila la harus aku berdepan situasi getir ni.minggu depan dah mula buat order taker harap2 normal balek la hidup aku bile berjumpa dengan staff permanent hotel ni yang hargai dan sedar akan kewujudan aku.aku dapat rasakan perbezaan attitude part time staff laundry yang layan aku macam sampah takde customer service berbanding permanent staff yang ada budi bahasa dan senyum walaupun tak pernah bertegur sapa.
minggu ni plak aku demam teruk,batuk tak henti-henti celaka punya demam pasal demam la aku tak dapat mengakhiri PA aku dengan happy ending.di mana aku kerja sejam dengan razif tapi rehat 2 jam fuh! sempoi mamat ni walaupun first time aku jumpa dia dulu nampak macam garang tapi kelakar tanpa dia tak seronok la hari-hari kitorang .hari tu jugak last aku ber-partner dengan taufik.tak dapat lagi la mengular dengan dia pegi minum kat mamak ghulam belakang vistana tu.kalau dah selalu minum nescafe & teh tarik 3 in 1 kat kafe vistana tu muak dan loya jugak asyik mengadap air sama je tiap hari.

Saturday, February 25, 2012

kenangan zaman 90 an

 

aku sentiasa merindui zaman 90 an dan berharap ada mesin masa yang membawa aku kembali ke zaman tu.yang aku tau pasal zaman 90 an ialah fesyen zaman tu tak kira la rock,hiphop,mod ke cutting baju dan seluar semuanya besar.dan bukan macam zaman sekarang dimana warna hitam dan kelabu jadi kegemaran penggemar fesyen,dekad tu baju semua warna warni.cantik sungguh zaman tu pada pandangan aku yang melalui zaman remaja pertengahan dekad 2000 an.

era 90 an jugak bermula era dimana boyband jadi ikon macam backstreet boys, Nsync jugak jadi kegilaan kerana justin timberlake yang jambu.kalau dilihat wajah justin masa tu dan sekarang jauh sangat bezanya.setiap kali tengok gambar-gambar zaman 90 an aku rasa wujud satu nilai kenangan dalam gambar tu bukan kerana gambar nya yang HD tapi kualiti nya yang tidak diubah atau diedit dan bila dilihat pada masa ini dah macam nostalgia yang lama walaupun jarak dekad 90 an dengan zaman sekarang hanyalah 22 tahun ( lama jugak !)

                                     
drama atau sitkom zaman tu jugak satu nostalgia bila semuanya lokasi nya dibuat dalam studio dan memaparkan ragam sebuah keluarga di mana seorang ibu pening menguruskan kerenah anak-anaknya dan bapa pula seperti menganggap kelakuan nakal si anak itu satu lumrah seorang kanak-kanak.juga setiap kali si ayah tersedar silapnya akan ada suara latar ketawa yang berdekah-dekah tak tahu sama ada suara audiens atau speaker.

remaja di zaman 90 adalah kenangan yang tak dapat dilupakan.walaupun masa tu takde teknologi canggih,takde facebook,twitter,blogspot macam sekarang tapi diorang masih lagi enjoy dengan skateboard,hip hop,b boy,bmx dan muzik rock macam grunge,metal,brit rock,pop punk,skate punk. jadi tak hairanlah remaja era aku ni dikutuk oleh  nami (teh tarik gelas besar.blogspot) sebagai tak kreatif kerana generasi z ni hanya menerima segala kemudahan dan teknologi yang diberikan kepada mereka tanpa cuba mencipta atau membuat trend mereka sendiri seperti yang dibuat remaja 90 an dan generasi sebelumnya.generasi 60 berbangga dengan hippies mereka,70 dengan budaya punk,80 dengan rock and roll, dan 90 an dengan X games. habis generasi aku ni hendak tunjukkan apa kepada generasi akan datang ?? aku pun mula berfikir apa yang harus aku banggakan kepada generasi pelapis aku kelak.
bila tengok gambar selebriti zaman tu terasa macam di dunia kanak- kanak pun ade.dengan fesyen yang berwarna warni macam kanak-kanak tadika . tak banyak yang boleh aku ulas pasal apa yang jadi kegilaan gadis-gadis zaman tu pasal aku takde kakak yang melalui zaman remaja masa tu
 
.yang aku tau aaron carter, nick carter,justin timberlake,brian mcfadden,ronan keating,adik-beradik moffats,gil ofarim,adik beradik hanson, dan sekutu boy band yang lain menjadi kegilaan dan menjadi poster yang wajib ditampal di dinding bilik. aku mengaku yang aku tak selera pun dengan awek zaman 90 pasal diorang tak cantik dan fesyen diorang tak mampu menundukkan aku.bukan aku tak bernafsu tapi aku cerewat dalam memilih pasangan,
tak selera langsung aku.agak-agaknya kalau aku remaja zaman ni tak kahwin atau jadi forever alone la
rasa-rasanya kalau zaman tu aku pakai seluar skinny atau straight cut dah lama aku kena pulau pasal tak ikut trend,zaman tu pakai seluar jeans baggie atau besar di bahagian pinggang,paha dan kaki adalah satu fenomena di kalangan lelaki.tak kira la hip hop,rock ke tetap kena pakai jugak. baju plak jangan harap la nak pakai baju yang ketat dan menampakkan susuk badan macam jual kat butik tu.baju t shirt masa tu kena besar,lengan pulak kena lebih siku baru nampak cool.kalau tinggi dan dada luas ok la,tapi kalau pendek dan badan bersaiz S & M pakai baju besar memang nampak macam budak kecik la walaupun umur 16-18 tahun. hahaha kelakar la zaman tu.kalau takde skate,basketball tak macho la.zaman tu popular dengan istilah GENERASI X.

                                                  
sekarang ni kalau duduk lepak rumah je sepanjang hari orang tak kisah la.tapi zaman tu kalau lepak rumah tak keluar petang-petang kena label nerd la pulak.ye la pasal zaman tu hiburan terlalu terhad nak tengok tv 1 & 2 ,tv 3, metrovision(sekarang metrovision dah takde) je la. kalau kaya sikit boleh la langgan mega tv.kalau terlebih kaya langgan astro la,jangan main-main bil astro masa tu beribu jugak la sebulan bukan beratus-ratus macam sekarang.kalau dah bosan tengok tv tengok je la video tape.masa tu movie dalam format cd tak banyak di keluarkan.

penat aku bercerita.ni sikit je ni.banyak lagi yang aku tak tau

Thursday, February 23, 2012

ARASH feat Helena- Broken Angel (Official Video)

Note a loved story

Since dah lama aku x mencoret dalam blog ni,
Harini aku terasa nak meluahkan sesuatu pulak.
Ye la,boring hari cuti aku x tau nak buat apa.
X de y nak teman means y aku syg la.
Y aku x sayang sebok pulak.
Tapi,aku ada la rasa terkilan sikit.nope actually banyak.
Aku ingat kan dia tidor ke apa since msg dr dia lgsung x msok.
Tp elok je on9.
Aku kacau nt,aku balik y sakit hati.so for what kan?
Aku dah maaf kan hamba Allah ni banyak5 kali.
Tapi kan knapa susah sgt bg dia nak ubah?
Aku x la mitak sesuatu y memnag dia x boleh buat.
Aku nak sesuatu y rasional je.
Aku fed up pn aku masih sayang die.
Tp masa dia sakit,haram la die nak msg aku.
Aku ni ada la rasa mcm menibukkan diri dlm urusan dia.
Cakap la terus terang dgn aku.
Bila aku marah tau pulak pujuk tp x smpy sehari kau dah buat balik.
Aku tau aku ni lembut hati.
Tp it doesn’t mean you can do as you want.
Alku ni tunggul ke?
Brape kali aku Tanya dia mcm tu tp x berjawap pn.
Aku kalau sakit mesti nak mengadu kat die.
Tp tgok die mcm x perlukan aku je mase die x sehat.
Hrm..aku happy sangat masa dia bgtau die dapat mc 2 hari.
Coz aku ingatkan dapat la die rehat n msg dgn aku.hehe
Tp salah tanggapan aku.
Dia kata dia x sehat malam td.
X pe lah aku nak buat mcm mne.
Tp rindu tu x kan hilang.
Wlaupun dia aggap aku ni tong sampah ke tuala wanita ke aku tetap sayang dia.
Aku sllu x buat apa y aku cakap.
Sebab kan dia, pendirian aku hilang.
Mungkin aku patot diam utk bg masa kat kami.
Kalau dia x nak luang masa dgn aku.
Then I have to find something that can make me happy and forget about him.
Kalau dia x happy dgn aku,mungkin dia dah mula happy dgn org lain which is dia more comfortable dgn org tu.
Go on.aku x kan penah dapat curik masa dia walau 5 minit.
Aku pergi pun terpaksa.
K lah.tu je nak luah.now I feel release.
Semoga Tuhan cepat sembuhkan dia n beri dia org y boleh buat dia ketawa.
Sbb aku Cuma nak tengok dia ketawa.
Walaupun bukan dgn aku.
Kalau dah sihat nanti,kerja elok2.huhu.adios.

berdua bersatu

Monday, February 20, 2012

P.A @ public area a.k.a public attendant

pagi tadi tamat la perjalanan kerja separuh masa aku di public area salah satu sub-department dalam departmen housekeeping.

minggu pertama:

aku di suruh tolong pakcik rahman yang jaga kawasan lobi hotel.2 hari bekerja dengan dia aku plak disuruh jaga tingkat 1-3 kebetulan plak masa tu takde orang jadi dalam masa sejam setengah kak nora dah train macam-macam kat aku.nasib baik aku cepat faham.tapi yang peliknya nazilan@ lan ada plak hari tu jaga 1-3.


best friend aku masa first week
jaga level 1-3 ni tak la bizi sangat macam lobi.setiap 40 minit aku akan ronda kawasan 1-3 untuk pastikan keadaan sentiasa bersih.rabu dan khamis aku ditugaskan jaga 1-3 dan start khamis - sabtu aku kerja dari 3petang - 11 malam.aku lah trainee,akulah permanent staff .aku mula belajar tugas-tugas rutin macam amek tuala biru dari laundry untuk diletakkan di swimming pool,baca PH air,tutup swimming pool,tentukan berapa jumlah klorin patut dimasukkan ke dalam air kolam dengan taufik

minggu kedua plak aku disuruh buat 11 malam - 7 pagi.mulai selasa,1st day sungguh menyeksakan dah la taufik 3-11, nazilan off day 5 hari, razif off day & shahrel off day, sudin plak 3-11 oh azab sungguh aku.malam tu aku la runner,permanent staff dan trainee. esoknya lega sikit dah la dapat membe sempoi razif plak kerja cepat rehat pun lame,sudin plak jenis friendly banyak ajar itu ini kiranya hari kedua 11-7 tu semua kerja relaks la ada rehat . last day plak aku belajar buffing machine,susah jugak la nak handle,nampak senang tapi bile 1st time guna terus belok kiri mesin ni pasal kalau handle dia direndahkan dia belok ke kiri kalau handle dia di angkat dia pegi kanan.buffing machine ni kitorang guna untuk crystal bermaksud kilatkan lantai.

buffing machine

azfar

budak 7 tahun di label racist

hanya kerana dia seorang yang naif dan hanya ingin tahu dari mana rakannya berkulit hitam berasal dia dilabell racist atau perkauman.earlott dearlove 7 tahun bertanya kepada seorang kanak-kanak afrika berusia 5 tahun adakah dia berasal dari afrika kerana warna kulitnya coklat ??

ibunya hayley white 29.terkejut dengan makluman itu dan datang ke sekolah untuk mengisi borang dan bertemu anaknya,gurunya dan timbalan ketua sekolah rendah griffin di Hull,england.ibunya diarahkan untuk mengisi borang yang mengakui anak nya seorang racist tetapi anak nay berkata dia hanya bertanya bukannya ingin menghina.ibunya merancang untuk memindahkan anaknya ke sekolah lain kerana kes tidak munasabah itu.
aku tertanya adakah budak afrika tu sepupu evra atau anak saudara evra yang tak sedar keturunan dia berasal dari afrika.

Sunday, February 19, 2012

suzie, bayi perempuan terberat di UK

 
gemma tevendale 26,melahirkan suzie gzowski pada berat 5.5 kilogram.proses melahirkan itu d
 ilakukan secara normal berbanding cara pembedahan caeseran yang biasanya digunakan untuk mengeluarkan bayi yang berat badannya seperti yang dilalui ibu mengandung yang lain.

44 minit masa diperlukan untuk menyambut kelahiran sue.gemma dan pasangannya, james Gzowski 25, memiliki 2 anak yang turut memiliki berat badan berbeza dari bayi normal.pada kelahiran terdahulu gemma turut melahirkan bayi yang luar biasa berat badannya. vincent 6 tahun memiliki berat sebanyak 4.5kg ketika dilahirkan dan violet 4 tahun, sebanyak 5 kg semasa bayi.


sebab kenapa aku jarang update

Friday, February 17, 2012

fakta-fakta menarik






j.lo pose untuk valentine day dan perfume

baru2 ni j.lo baru saja pose 'bogel' untuk minyak wangi nya 'glowing' dan yang terbaru dia bersama kekasihnya 'lelaki paling bertuah di muka bumi' casper smart apabila j.lo dan casper bergambar dalam keadaan yang so sweet.

Tuesday, February 14, 2012

transformasi 19 minit, sejarah aku dan rambut spike

 gambar atas ni diambil pukul 10: 45 pagi tadi.tepat jam 11 pagi tadi rambut aku di gunting untuk pertama kali pada tahun 2012.kali terakhir rambut aku digunting ialah hujung bulan november 2011. upacara peng-guntingan  rambut aku berakhir pada pukul 11:19 dengan menelan belanja sebanyak rm 7.00 tunai.
gambar di atas plak ditangkap pukul 11: 47 tadi.asalnya aku merancang hendak mengunting rambut pada pertengahan bulan mac nanti tapi setelah di tegur oleh nakesh yang kata rambut aku ni serupa jungle,bapak aku plak : boleh ke kerja hotel rambut tebal macam ni?? mak aku : panjang sangat rambut kau ni.  dengan sumbangan rm 10 dari mak aku akhirnya aku akur dengan permintaan semua yang ingin kembali melihat aku berambut pendek.pada hakikatnya aku lebih selesa berambut tebal macam gambar yang pertama tu pasal aku nampak macam dah meninggalkan zaman persekolahan.

bukannya aku takde duit nak gunting tapi duit aku banyak dihabis kan dengan membeli token lrt untuk ke tempat aku praktikal.style rambut baru ni macam biasa la layer, tapi kali ni lebih panjang sedikit dari biasa pasal aku tak nak pendek sangat layer dia nanti nampak macam rambut askar plak.

sejarah :

aku mula menjadikan style rambut spike sebagai trademark aku sejak tahun 2007, pada mulanya aku tak gemar rambut nampak macam punk padahal aku masa tu masih lagi tak kenal sape itu johhny rotten,joe strummer,jimmy pursey, jadi minat untuk berambut spike tu muncul bila aku mula minat dengan style rambut spike yang digayakan oleh test iaitu penggusti wwe.aku tengok gaya tu sesuai sangat dengan bentuk muka dia yang petak.jadi aku pun try la style tu.aku perhatikan sejak tahun 2008 rambut spike ni mula jadi trend bila ronaldo dan fabregas mula jadi kegilaan remaja masa tu.aku tak minat pun dengan 2 orang player ni.
test wwe
scott moffatt
sejak tu pun aku mula mengkaji bila rambut spike ni jadi trend.rambut ni asalnya di gayakan oleh budak2 skate punk macam blink 182,simple plan,green day kemudian scott moffats dari kumpulan the moffats mengayakan rambut ni.

ada jugak yang tanya aku minat fabregas ke? classmate aku pun kata besar nanti aku jadi fabregas pasal style rambut,kulit putih,bentuk muka,dan kening lebat tu sebijik macam dia.
masuk tahun 2012 genap la 5 tahun aku menjadikan rambut spike ni identiti aku.

Sunday, February 12, 2012

dirty jobs @ vistana

sebelum ni aku cuma tengok dalam tv je mike rowe buat kerja kotor macam bersihkan bangkai binatang,bagi babi makan tapi kali ni yang betul2 punya. setiap setengah jam aku akan check tandas lobi ni bila aku duty kat situ,itulah antara cabaran aku praktikal di vistana ni.kena bersihkan air banjir, kena cuci tandas yang ada emas coklat ni semua keja orang tak reti guna tandas la ni,tak flush pun ada,kadang2 ada tandas yang tersumbat sampai mengalir keluar air dia dari mangkuk tandas tu.sabar je la
memang macam ni la ekspresi muka aku bila terjumpa emas coklat ni dalam tandas,jangan salah faham aku tak pernah pegang emas aku cuma flush saje
majoriti yang guna tandas ni orang luar maksud aku orang yang lalu lalang lepas tu bila terasa nak kencing/berak diorang datang sini.tau la free tapi jangan sampai emas coklat melekat kat mangkuk tandas tu, paling bangang ada yang tak reti flush nak mampus aku dibuatnya.bukan takde tandas awam kat luar tu, ada tandas awam kat belakang vistana ni kat bus stop pekeliling tu, tapi kena caj la pasal tu diorang tak nak guna situ nak guna tandas hotel ni jugak.
kes macam ni aku tak pernah buat lagi,pasal kitorang tak letak tuala dalam tandas @ restroom

PA = public area @ vistana

minggu ni aku memulakan tugasan baru aku di public area iaitu kena jaga lobi hotel dan kemudian ke tingkat 1-3 hotel vistana KL.2 hari pertama dengan pakcik rahman,aku awal2 lagi kena berjaga-jaga dengan pakcik ni pasal dia cerewet dan teliti sungguh buat kerja tu yang buat aku cuak.tapi 2 hari kerja dengan pakcik ni ok la tak la seteruk yang aku sangka.
hari ketiga plak aku disuruh jaga tingkat 1-3, tingkat 1 ada meeting manager hotel jadi kena pastikan tandas kat situ sentiasa bersih.gila ape! aku dah la budak praktikal tak pasal-pasal kena buat kerja permanent staff.nasib baik makcik nora ada, dia tunjuk itu ini lega la sikit.dalam satu hari macam2 benda aku kena buat.haritu shot staff pasal ada yang cuti panjang dahtu ada plak yang pegi sambut thaipusam.di tingkat 3 plak ada lagi meeting room,surau,dan swimming pool.tapi yang selalu kena check macam biasa la tandas tingkat 1&3.
kenapa 1-3 tingkat 2 tak buat ?? ini aku nak cerita tingkat 2 tu dikira backhouse iaitu kerja pembersihan dibuat oleh makcik nora. tingkat 2 vistana ni ada YTL- international college hotel management, ofis housekeeping dan bilik laundry jadi budak2 ICHM ni akan masuk ke kolej ikut pintu belakang iaitu staff entrance.jadi pasal tu lif depan iaitu lift guets takde berhenti kat tingkat 2, tak payah berhenti pun pasal kat button dalam lif tu takde button ke tingkat 2.
 selain jaga tandas,aku jugak kena pastikan plastik sampah sentiasa dikosongkan,tisu tandas dilipat,singki di lap selalu kering,lilin ditukar,kalau banjir dalam tandas mop lantai tandas tu.kalau puntung rokok dan belambak atas ashtray cepat buang,dan paling mencabar baca klorin air swimming pool lepas tu masukkan 5 titis cecair merah dan kuning dalam test kit,lepas tu masukkan klorin.pening jugak nak buat benda ni.
 
tapi bila dah seminggu buat public area ni aku rase rindu plak nak buat room service.