Showing posts with label azfar. Show all posts
Showing posts with label azfar. Show all posts

Saturday, May 25, 2013

Satu Panahan Kilat





Di tahun 2013, aku kebosanan selepas habis pengajian diploma sedang aku berjalan disekitar desa wangsa keramat aku terkejut kenapa tiba-tiba ada ribut,aku dah sampai ke blok D dan sedang aku berfikir patut kah aku kembali ke rumah atau menunggu hujan teduh tu aku pun berangan-angan lah,memikirkan sepanjang 5 tahun dulu apa yang telah berubah disini.

Aku membuat keputusan untuk pulang saja ke rumah kerana hujan terlalu lebat dan dijangka tengah malam mungkin hujan ini berhenti.dalam kehujanan itu aku mengikuti jalan utama bukan jalan belakang kedai wak, sepanjang perjalanan ke rumah itu aku begitu gerun mendengar bunyi kilat petir guruh di langit dan tiba-tiba satu dentuman kedengaran dan aku berasa kebas di dalam badan aku.

aku tersedar dan melihat keadaan sekeliling tidak basah tetapi kering seperti hujan tidak pernah berlaku. aku berfikir adakah tadi hujan atau aku bermimpi ?? aku pun berjalan pulang ke rumah.aku terkejut kenapa di rumah aku terkejut kenapa sofa coklat masih ada ? dan lagi mengejutkan tv rumah aku masih lagi memakai panasonic Sophia yang dibeli tahun 2000,dan ironinya decoder astro rumah aku berwarna perak !! dimanakah aku ini adakah aku di dimensi lain ??

jam di rumah pukul 11 malam, kenapa jam dinding ini bukan berwarna biru  sebaliknya berwarna hitam.! aku pun meneliti surat khabar kerana ini alat yang paling penting untuk menentukan tarikh dan peristiwa. tarikhnya ialah  23 MEI 2008 !! lagi haru biru !! aku selepas dipanah petir tadi telah dihantar ke 5 tahun  lampau. apa yang aku ingat pada masa ini ?? hanyalah pada 31 mei bisul buta dikaki aku dipotong di rumah sakit angkatan tentera.

aku pun pergi ke bilik.,oh mai god! tiada sebarang wayar yang melingkari di lantai bilik ni kerana aku tak pakai sebarang handfon pada waktu ini.lagi mengharukan macam mana aku nak charge blackberry aku ni? kerana apa  yang ada dalam blackberry ini sajalah bukti yang aku datang dari tahun 2013.
bilik aku ni hanya dipenuhi majalah g3,wisel dan mastika saja.dalam serabut  aku   menangis macam mana aku hendak kembali ke tahun 2013 ?? 

aku terkejut kerana pintu bilik dibuka oleh azfar 2008,lantas aku menutup mulutnya dan bercerita siapa sebenarnya aku dan macam mana aku boleh berada di sini.agak susah juga nak menerangkan kepadanya siapa aku dan mujurlah malam  itu malam jumaat dan tiada sekolah pada hari sabtu esoknya.untuk mengatasi masalah ini aku akan tidur di sebelah katil far dengan syarat jika dia keluar bilik,aku akan duduk di dalam dan jika aku keluar dia akan duduk di dalam.tidak sukar untuk mengatur rancangan ini kerana pada masa ini aku belum mempunyai laptop dan jika azfar 2008 keluar bilik tiada anip atau abu yang akan masuk ke bilik ini untuk main laptop seperti yang  berlaku di tahun 2013.

aku memberitahu azfar yang dia perlu mencari pasangan yang lebih baik, jadi untuk mencari pasangannya aku perlu menyamar jadi dia di sekolah.jadi isnin nanti aku akan ganti dia di sekolah tapi far menjawab yang cuti sekolah baru saja bermula dan aku perlu menunggu 2 minggu lagi untuk kembali ke sekolah.


2 minggu !!! lama tu,yang aku ingat minggu depan ialah sepupu azfar 2008 akan bertunang dan rumah ini akan jadi venuenya,dimana harus aku tinggal ?? pening kepala macam ni.setelah berfikir aku pun mengambil keputusan untuk menumpang tidor di mana-mana surau di kawasan setiawangsa dan keramat.keputusan itu dibuat kerana aku tak mahu menganggu perjalanan masa.dengan meminjam seluar slack coklat dockers azfar yang lusuh dan baju forest corak contengan warna aku pun berbekalkan rm 200 yang aku bawa dari masa depan untuk survive selama 2 minggu,aku membeli 5 helai baju untuk dipakai satu baju rm 5-8 saja,aku beli di kedai cap ayam kompleks Campbell,cukup la membalut tubuh aku dari aku bertelanjang bulat.


aku juga akan membawa baju dan seluar sekolah beserta  neck tie smk setiawangsa untuk menyamar menjadi azfar 2008 isnin nanti.aku membeli kasut yang mirip kasut sekolah di kedai kasut yebeng.
aku menggantikan tempat azfar 2008 hari ini dan aku terasa tua sebenarnya walaupun aku lahir di tahun 1992 berumur sebaya dengan nazrin adib,nazreyn,rizal,faliq,syaiful dan epy tetapi aku rasa seperti abang kepada mereka kerana aku berasal dari tahun 2013 iaitu 5 tahun lagi tua dari mereka.


tiba-tiba aku terlihat kelibat diyana sedang bercakap dengan rakannya.aku tak boleh menghampiri kerana aku berada di barisan depan dan peluang yang ada hanyalah mengorat dia di waktu rehat kebetulan kelas J hingga T waktu rehatnya ialah rehat kedua dan aku berharap semua berjalan lancar.di waktu rehat aku tidak melepak bersama mereka seperti biasa sebaliknya aku melilau sekeliling kantin mencari diyana dan nasib baik aku jumpa dia di pentas bawah blok A,dari situ aku pun menghampiri.aku memanggil dia diyana dan aku pun memberikan nombor telefon aku yang aku baru beli di sebuah kedai dobi sebelah restoran jumma.


Misi Berjaya ! aku ada beli handfon second hand hasil sumbangan azfar 2008 rm50 dari dicampur baki yang aku ada aku pun berjaya merealisasikan hasrat aku untuk mempertemukan azfar 2008 dengan diyana 2008.aku menasihatkan kepada azfar jangan risau kerana pagi tadi di sekolah semasa rehat aku ada mengusik nurul diyana faizah di pentas blok A dan sempat juga memberikan nombor telefon kepadanya,apa yang azfar 2008 perlu buat ialah tunggu mesej dari diyana.aku tidak memberikan nombor telefon blackberry 9320 ini kerana telefon ini pada masa itu belum wujud dan perkhidmatan tune talk hanya wujud pada tahun 2009 !! jadi aku perlu membeli servis yang ada pada masa itu iaitu maxis,celcom,digi, dan sebab ramai remaja memakai digi aku pun membeli maxis.


petang itu aku tak dapat balik awal kerana setiap isnin aku kena balik 1.45 petang,jadi aku pun menghantar mesej kepada nurul diyana dan bertanya dia ada dimana ?
jawapan diyana dia di rumah,aku pun mempelawa dia dating dan berkata aku berada di stesen teksi berdekatan rumahnya,dia terkejut dengan surprise yang dibuat aku.disebabkan waktu ini wangsa walk mall dan aeon au 2 belum wujud kami pun pergi berdating di KLCC,mujurlah waktu ini tambang bas masih lagi 1 ringgit.segala tambang bas,lrt aku tanggung.tiket wayang pun pakai duit aku tapi nurul diyana ni belanja kitorang makan.dalam wayang cerita speed racer, sebenarnya aku ada plan lain,wayang pukul 3.30 dan sebaik saja masuk ke wayang aku pun memeluk erat diyana,aku tanya dia tak marah dan dia suka,lepas itu mencium pipi nya dia tersenyum dan perlahan-lahan aku mencium bibirnya yang seksi,mula-mula dia berasa malu,tidak lama kemudian dia menyukainya dan petang kami pulang dengan berpegangan tangan menuju ke stesen lrt dan berpesan padanya jangan lupa mesej aku malam kelak.


aku mengatakan pada far aku hendak pergi mengambil angin malam ini risau  perbualan kami didengari oleh penghuni lain rumah ,ini pukul 10.45 malam aku pun keluar rumah untuk mencari burger,sedang aku melalui dewan masyarakat desa wangsa keramat ini tiba-tiba hujan turun dan semasa aku melalui  rumah tangki tiba-tiba aku dipanah petir dan aku tersedar dari mimpi,aku merenung blackberry 9320 aku dan aku tersenyum tarikh menunjukkan 14 mei 2013.

Tuesday, May 7, 2013

Dunia 2 Dimensi

aku di rumah sewa,aku bukak pintu rumah sewa je aku terkejut kenapa tembok penghalang rumah aku dan rumah sebelah dirobohkan separuh ?? tiba-tiba datang lelaki india,dia masuk rumah tu rupa-rupanya dia jiran aku.sejak bila aku berjiran dengan india ni??

lepas tu datang pemintak sedekah nak kata gila tak gila cuma dia ni sebatang kara.perempuan,berkepala botak,berpakaian lusuh dulu masa aku kecik dia ni la yang mak aku upah cuci tangga rumah.sebab dia berkepala botak aku tak tau la dan aku tak pernah bertanya kerana yang bercakap dengan dia ni mak aku dan nenek aku.dia boogey kepada aku,aku rasa macam jumpa hantu kak limah pun ada.dia ni pun memang tak pegi sekolah buah rambutan tu dia cakap buah merah.dah sah-sah tak pegi sekolah kan ??

aku yang cuba menyembunyikan rasa terkejut campur takut tu pun halau dia dari rumah sewa ni,tak tau mana asal usul nak mengemis kat rumah aku pulak,dia ni pun tak tau yang aku ni mengemis bezanya aku ni mengemis dalam masa yang sama kau mengisi kotak fikiran aku ni dengan ilmu,tak la nampak bodoh.aku masuk ke dalam rumah sewa balik terkejut kenapa rak tv dan tv takde dalam rumah ? pegi mana ? faedah ghaibnya rak tv dan tv ni ialah si che'fiq tak la miang lagi ketika tidur.

selepas itu aku keluar semula,terkejut pengemis tu memulangkan alas kaki,eh apasal ??baru aku perasaan semasa aku halau dia tadi secara curi-curi dia ambil alas kaki rumah aku.gila punya pengemis.dibelakang pengemis itu ada van navy warna  biru pekat yang menunggunya agak menghairankan di awal tadi aku buka pintu aku sempat melihat van navy biru pekat itu pergi ke rumah orang kampung di tanah sebelah menghantar 2 orang anaknya pulang dari sekolah.tak menghairankan pun pasal aku dulu form 5 pun naik van navy tu pergi-balik sekolah.tapi kenapa kali ni van navy ni menunggu pengemis ni ? itu yang aku tak faham.ke van navy ni undercover polis?? pelik betul la situasi sekarang ni.lagi satu dah la sabak bernam ni tak ada pengkalan navy macam kat lumut macam mana van navy tu boleh hantar sampai sini ?? hanya tuhan yang tahu macam mana aku boleh berada di dunia tunggang terbalik ni.

seperti kadoya tsukasa kamen rider decade yang berubah dunia dari dunia A ke B apabila dinding kaca melaluinya secara tiba-tiba aku berada pulak di sebuah hotel lama,lebih kurang macam hotel bajet pun ada.aku rasa aku ni kat perlis pasal persekitaran hotel ni mengingatkan aku kepada putra brasmana,tapi yang ni nama dia putera berasmara.memang kena sungguh sini port anak-anak muda mencurahkan kasih sayang kepada pasangan mereka.kali ni ada abang aku pulak kat sini berdiri sebelah aku memang ajaib ! aku masuk ke dalam lif,agak pelik bila dalam hotel murah boleh ada lif........

aku tekan button ke tingkat 7,sebelum tingkat 7 semua orang dah keluar.Yang tinggal aku dan abang je la.aku terkejut kenapa beg-beg aku yang diletak di tepi lif seperti disedut oleh lantai aku panik dengan apa yang berlaku?! sampai ke tingkat 7 aku dan abang pun berhati-hati untuk melangkah keluar dari lif bimbang dugaan seperti destinasi akhir melanda lagi.dia meloncat sedikit untuk keluar dari lif dan tiba-tiba lif pun seperti putus kabel nya menjunamkan aku sekali ke bawah setelah terhempas di dalam lif aku rasa seperti lemah,aku tak pasti di tingkat mana aku sangkut.aku pun membuka bahagian atas lif dan keluar dari situ untuk turun ke bawah.di bawah aku menjumpai semula beg aku tadi yang disedut oleh lantai lif dan dibuang ke sini,tiba-tiba lif yang tergantung tadi terjatuh dan cuba menghempap aku.aku tidak dapat berbuat apa-apa dan menahan lif menggunakan sebelah tangan dan ajaib ! tangan aku cukup kuat untuk menahan lif sebelum aku mengambil sedikit ruang di tepi dinding untuk berlindung.

aku pun terjaga dari tidur.............dan jam menunjukkan pukul 7.30 pagi.miss D masih marah-marah aku semasa aku menyambung cerpen ini pukul 2.20

Monday, May 6, 2013

Minggu Suai Kenal Ahad

semasa aku sampai ke bilik ada sorang mamat ni tinggi,kurus dan lurus bendul,dia masuk bilik aku perkenalkan nama dia dan kos ape.aku pun pelawa la dia pilih la mana-mana katil kosong dalam bilik ni,tiba-tiba dia cakap bilik dia 1.12 !! hell !! kalau macam tu jangan la masuk dalam bilik aku ni,ingatkan roommate tadi cis!

sambil ada masa lapang tu izzul pelawa aku datang ke bilik dia,nombor bilik aku tak ingat yang aku ingat bilik izzul ni aras 2 dan ada katil untuk 4 orang.roommate izzul ni muka jambu dan suci macam syed shamim dalam video klip be mine - tasha manshahar tapi berbeza tinggi dan tahap lebat rambut dia. kimi panggilan dia,tak berapa mesra sangat.aku pun tak kisah bukan budak kos aku dan agak sombong baru balik dari plkn.

lepas siren haler dibunyikan para freshie yang berbaju putih berseluar hitam berkasut kulit beratur di depan susur gajah.aku pada masa ni fikirkan semua kami berumur 18 tahun tapi aku silap.ada yang lepasan kolej komuniti dan ada yang drop college sebelum ni.paling leceh bila abang fasi ni sound mana-mana freshie yang pakai sneaker hitam,aku makin rasa bosan dengan sistem ni dah la sini panas terik,kau nak kami pakai pakaian orang suhu 15-10 darjah celcius pakai.dah la aku serabut fikri nak selamat tidor macam mana?? dah la ada gangguan charlie brown.charlie brown ni bukan student tapi dia ni sejenis serangga yang orang melayu panggil semut kayap.sesapa yang kena gigitan dia memang berkayap la nanti.aku ada buat research jugak sebelum ke sini sebab tu bila taklimat ada sebut pasal charlie brown aku relax je

dari susur gajah aku bergerak beramai-ramai dalam 2 barisan panjang ke satu bangunan yang di yang aku tak apa di dalamnya,setelah masuk ke dalam dan mendengar taklimat baru aku tau itu dewan syarahan utama,hmm...sini ke tempat aku ada kelas nanti ? aku dah mula runsing ni macam mana nak survive,dah la aku tak tau macam mana life style student dah tu pembelajaran dia pun aku tak tau.banyak sangat nak di fikir dan lagi sayu ialah ni kali pertama aku berjauhan dengan mak bapak,dalam hati rasa sedih pulak.lepas dengar taklimat tu freshie lelaki bergerak ke satu lagi bangunan tinggi yang aku pun tak tau apa fungsinya.di situ kami melihat segerombolan freshie perempuan.dalam hati dan minda mula berfikir nak cari awek ,matlamat utama aku masuk dhk ni senang nak carik awek dan mulakan hidup baru dengan berkawan dengan perempuan,juga nak meningkatkan skill komunikasi  aku dengan kaum hawa.

sampai ke satu bilik kami diminta beratur mengikut jabatan,selepas tu baru masuk ke dalam bilik darjah yang ada baju di sedia kan.di situ aku ambik baju untuk polibriged,seluar polibriged yang macam belon,baju minggu suai kenal,
baju batik !oh mai god ini first time aku kena pakai baju batik yang sinonim dengan orang tua gedebe-perut gendut,beg kasut yang dah 3 tahun aku tak jumpa tak tau mana hilangnya.

lepas tu bergerak pulak ke dewan besar.ditayangkan video lawak amende ntah yang mamat sepah jadi wartawan interview shuib,jep dan beberapa orang lagi mereka tu memakai pakaian menyerupai orang jepun.aku ambik seat kat tepi sekali pasal malas nak berhimpit-himpit.dahla aku rasa macam alien dalam dewan ni,tiba-tiba ada mamat botak ber kaca mata tegur aku sebelah ni,dia hulur salam nama dia dickso,dia cakap duduk bilik 1.11,wow ! aku tak tau dia ni jiran aku rupanya,baru lepas balik dari plkn kat bintulu.takde geng nak diikut aku pun ikut lepak dengan geng dia masa rehat sembahyang asar di situ la aku kenal 2 mamat sorang berbadan besar berkulit putih dan rambut macam harith iskandar masa muda nama aku tak tau pasal aku ni malu nak bertanya nama orang,sorang lagi pulak berkaca mata,kulit gelap,kurus kering,aku tak tau nama jugak aku gelar dalam kepala dia ni sinyu je la.

lepas solat asar tu patah balik ke dewan,dan menghabiskan masa tengok freshie lain yang cuba tarik perhatian perempuan.bosan la kalau nak perempuan ni kena dekati dia cara privasi la bukan tunjuk hebat depan perempuan ramai-ramai lepas tu konon dapat tackle awek cara mudah,tu bukan perempuan tu betina.

habis sesi membebel kat dewan besar bergerak lagi ke bilik.di bilik aku fikir nak mandi,makan dan pakai baju melayu warna maroon ke pusat islam aka surau.di pusat islam aku sampai meleleh hingus putih sebab aku mengantuk sangat dan aku dari petang tadi takde rehat.bodohnya sistem poli ni,adalah lebih elok kalau hari ahad tu bagi masa kat student untuk kemas bilik,berkenalan dengan jiran tetangga,dah la bilik berhabuk dahtu sampai ada yang pakai kasut dan selipar sampai ke tepi katil.takkan nak berkaki ayam pulak dengan bilik yang kotor dan tak dibekalkan mop,penyapu dan penyodok.

semasa mandi aku terkejut kerana pancuran air dia bukan ada lubang-lubang kecik tu untuk jadikan dia macam air hujan sebaliknya pancuran air ni begitu saja.kalau macam ni bila air tu kena pada badan aku memang rasa macam kena tembak dengan air hos bomba la.tapi aku tabahkan diri dengan memperlahankan air tu.lepas saja mandi aku pergi ke bilik tapi aku rasa asing pasal kenapa tangan kiri aku ada baldi,mana pergi kunci bilik aku?? terus aku patah balik ke bilik air aku bernasib baik ada sorang mamat ni badan dia kecik dan pendek je,tapi muka ada janggut dan jambang sedikit,mamat ni la yang bawak kunci aku keluar nasib baik jumpa kunci aku balik.

lepas balik dari pusat islam aku dalam masa beberapa saat dah terlelap dan diakui oleh faez yang aku ni senang tidur berbanding dia.tidur diulit mimpi kosong,aku pun tersentak dari tidur bila faez ketuk pintu bilik pukul 4.45 pagi.aku yang terkejut dan tak tau cerita pape tanya dia kau tinggal kunci ke ??
dia cakap malam tu lepas aku tertidor dia kunci pintu bilik dan dia lupa nak bawak kunci bilik1.9. dia dah mintak tolong dickso and the gang,dibantu budak-budak dhk yang lain untuk kejut aku dari mimpi dengan memanggil aku dari tingkap bilik.tapi tak berhasil pasal aku tidor mati dan diorang ingatkan aku dah mati.esoknya heboh satu dorm area budak jabatan hospitaliti pasal aku tidor mati dan biarkan roommate tidor di luar,sebenarnya faez malam tu dengan memakai t shirt dan boxer terpaksa tidur di bilik 1.11 nasib baik ada 1 katil lebih,berkorban kejap la dia tidur atas tilam miang takde cadar.mau nya kecoh sekejap nama aku dengan cara macam tu,lepas bangun tidor aku pun pegi la mandi.bila tunggu je air dari pancuran tu kena ke tubuh aku terus aku mengigil kesejukan pasal sejuk sangat air ni.dah macam orang cacat aku dalam bilik air tu menahan kesejukan tak pernah aku merasa sejuk macam ni di KL walaupun zaman sekolah dulu aku mandi pukul 4-5.bila dah keluar bilik aku pun control macho dengan menyorokkan ekspresi sejuk itu.hari isnin pun bermula.......

Sunday, May 5, 2013

Freshie Pra Sem 1

aku bertolak ke sabak bernam,kawasan yang aku tak pernah jejak dan lalu pada petang tengah hari sabtu,aku tak tidor dari kuala lumpur sampai la ke sungai besar,lepas sungai besar tu aku tertidur kejap kerana perjalanan yang panjang.sampai depan poli aku aku testing kad atm bank islam,aku depress sikit pasal aku tak pernah ada akaun bank dan pergi ke bank pada masa tu adalah satu taboo kepada aku.

aku datang sini dengan rasa segalanya jauh,macam mana nak survive datang situ je dah mengadap pokok kelapa dan parit.lepas tu aku kembali ke sungai besar entah apa yang bapak aku carik.masa tu berhenti depan ATM bank islam dan aku tak tau apa ada kat pekan ni.lepas tu terus bertolak ke sekinchan sebab masa tu bapak aku dah booking bilik kat hotel bajet mana entah.malam tu lepas mandi pegi makan kat kedai makan sebelah petronas sekinchan.nak makan pun aku rasa terganggu dengan bau minyak petrol menusuk hidung.

esoknya aku bangun dalam keadaan paling benci sekali pasal kena pakai baju kemeja putih,seluar hitam dan kasut kulit.aku tak suka berpakaian formal begini sebenarnya dah habes sekolah pun kena pakai macam ni jugak ke.aku mandi pun sampai mengigil badan,serius tu la keadaan paling teruk aku pernah lalui.mengigil dia sampai aku rasa dah tak boleh mandi walaupun aku pakai heater masa tu.

bersiap ke poli aku pun mesej izzul yang selalu lepak dengan aku masa form 3-5 kat smk taman setiawangsa dulu.izzul dapat kos programming.sekurang-kurangnya aku tak la berasa asing sangat sampai poli ni.aku jumpa izzul kat susur gajah court futsal.lepas tu aku terus melapor ke kafe admin.sampai ke kafe admin aku tiba-tiba rasa pressure pasal aku rasa macam tak cukup aku punya dokuman dan secara tiba-tiba aku naik suara kat mak-bapak aku,mana aku tak bengang.aku dahla tak tau hal dokumen ni lepas tu boleh pulak sibuk fikir pasal makan dan abaikan aku.aku bukan pernah masuk kolej dan U.

lepas mendaftar aku pun ambik kunci bilik 1.9 aku pun pergi ke blok A1.mujur ada abang fasilitator yang handle alamat bilik ni,dia tunjukkan bilik 1.9 aku,dia cakap dulu dia duduk bilik tu.sekarang dia sem 5,dan aku pun tanya dia course apa,dia cakap dia amik kos komunikasi,lepas aku pilih almari dan katil yang tepi tingkap aku punya pressure dah kurang.sekurang-kurangnya aku dah ada hostel dan tempat tidur.cuma nak carik member saje sekarang ni dan bilik aku pulak untuk 4 orang jadi aku orang pertama menjejak kaki ke bilik ni. lepas tu aku pergi ke kereta amik segala isi barang aku.

lepas punggah semua barang ke bilik aku terkejut siapa bukak pintu bilik aku ? rupanya aku dah ada roommate pertama,nama dia faez umur 18 datang dengan abang dan duduk semalam kat sabak pasal dia ada saudara situ.dia amik katil sebelah katil aku dan kos sama jugak dengan kos aku.lepas tu aku pergi kafe dan makan dengan mak bapak aku.

lepas beli sikit barang kat kedai koperasi aku pun balik ke bilik,tiba-tiba terdengar satu siren yang membingitkan telinga.......!!!!!!!!! para ibu bapa diminta meninggalkan asrama dan para freshie diminta berhimpun di susur gajah.aku sebenarnya tak jelas dengar apa yang dia cakap menerusi pembesar suara tu.yang aku pelik apa tu susur gajah ?? dan siren itu menghantui aku selama seminggu bermula hari itu.......

Mengigau Yang Tak Seram

1.0 siri

di malam terakhir bulan puasa 2010 aku mimpi dengan lena dan melalui hari raya esoknya dengan jaya.tapi di suatu petang abang aku berkata pada aku.kau mengigau apa malam semalam ? kau bangun tidur kau amik laptop letak atas laci lepas tu kau bukak flip laptop tu dan mengadap laptop tu.kemudian kau sambung tidur balik.
???????????

2.0

di malam ahad dickso dan zie menumpang rumah sewa aku sebab kitorang balik petang dari kl sampai malam kat sabak bernam.pada tengah malam aku tak pasti sama ada aku bermimpi aku bangun kepanasan dan mengambil guni beras letak di ruang kepala tilam,disitu ada ruang kecik yang menjarakkan tilam aku dengan dinding.

pagi esoknya aku terkejut ada guni beras di kepala tilam.aku heran siapa yang angkat ? esoknya ame cakap dia ingat benda yang jatuh kat kepala tilam tu kepala pontianak pasal masa tu dia cucuk benda tu.zie plak cakap yang aku malam tu tiba-tiba bangun dan letak guni beras tu kat situ

3.0

di malam bulan april 2013 semasa ahli rumah sewa baru lepas main game melewati tengah malam diorang terkejut tengok aku tiba-tiba bangun tidor dan pergi ke bilik aku dan pulas tombol pintu tapi tak dapat masuk,diorang tanya kau carik apa far ??
diorang kata aku cakap : aku dengar suara fixxo dalam bilik.
diorang :!!!!!!!!!!!!!

lepas tu aku cuba bukak pintu rumah pulak tapi sebab dah sendal jadi aku pun tak dapat bukak pintu dan aku sambung tidor balik.esoknya syafiq yang nak pergi kelas tanya aku ,yang aku sedar ke tak aku mengigau semalam.aku cakap aku tak tau dan aku bangun macam biasa je

4.0

tak lama terjadi selepas peristiwa 3.0 berlaku.aku bangun tido dalam keadaan mengejut dan terus duduk.diorang yang seronok main game pun terkejut tengok aku tiba-tiba bangun tidor dan duduk sambil berselubung selimut putih !! dan aku terus tanggalkan selimut dan merenung ke tingkap belakang yang terbuka

esoknya diorang kata nasib baik aku duduk dan merenung ke tingkap belakang,kalau aku bangun mengejut lepas tu menari tarian siam atau jawa sah-sah diorang akan lari keluar rumah

5.0

peristiwa pelik ni berlaku waktu aku darjah 6.masa tu aku ikut kem pra upsr 3 hari 2 malam di kaki gunung santubong kem ni wajib disertai budak-budak darjah 6 sk mejar jeneral dato ibrahim,kem semenggo.aku asalnya tidur berdekatan ashraf,wilson,redza.tapi entah macam mana aku ingatkan dah pagi lantas aku amik towel dan berjalan sambil tutup mata.

tiba-tiba aku rasa macam sempit dan aku terus mencari ruang tidor kerana aku berasa tak selesa.aku hairan kenapa kiri dan kanan aku lain sungguh orangnya ini bukan tempat tidor aku.tapi aku yang mamai tu putus asa kerana ruang yang sempit sungguh menyeksa.dan aku betul-betul sedar yang aku tertidur di kaki meja,lebih tepat lagi bawah meja !!!! meja itu dipasang sebagai sempadan memisahkan ruang tidor lelaki dan perempuan di dewan serbaguna kaki gunung santubong itu.aku hairan apa aku buat disini dan macam mana aku boleh ada disini ??!! aku tengok betul-betul orang yang aku himpit tadi ialah uriah dan terry,uriah badannya gemok dan terry kurus dan 2 ekor ni la yang aku himpit tadi.pelik macam mana aku boleh pindah ke tempat diorang?  padahal jarak antara tempat tidur uriah-terry dan tempat tidur asal aku lebih kurang dari ofis cik din ke laundri..

sampai sekarang aku tertanya misteri aku berpindah tempat tidur tu tiada siapa yang tahu dan tiada siapa yang bertanya pada aku kerana masing-masing tidur dan tiada siapa yang berjaga

Saturday, May 4, 2013

Medal Of Hina

11 tahun dulu aku mula masuk acara lumba lari pertama kali dalam hidup aku.mewakili rumah rentap yang berbaju sukan warna kuning-putih aku pun mencabut nombor giliran lorong larian.aku dapat no 2,aku ingatkan lorong no 2 ni depan tapi rupanya lorong ke 2 belah kiri sekali.aku ambik tempat dan mulakan langkah dengan bergaya tiba-tiba kaki aku tergelincir dan nasib baik aku sempat cover dan teruskan larian walaupun malu dapat no 5 dari 6 peserta.dah la aku pulak yang mulakan acara sukan untuk pagi tu.
ini yang dalam fikiran aku ....
tapi bawah ini yang jadi kenyataan aku punya lorong no 2 dari kanan
tengah hari pulak aku dipilih untuk acara 400 meter lari berpagar ada 4 orang wakil dari rumah rentap.aku,james,haikal dan ???? yang kekal jadi misteri siapa sorang lagi tu.lari berganti baton ni yang best nya bila tengok member kita ni bersaing dengan wakil rumah sukan lain kita timbul rasa semangat membara dalam diri nak jadi lebih baik,aku dapat baton dari james yang lari macam pelesit dengan semangat membara aku pun berlari lebih pantas dari acara pembukaan tadi dan dari 6 orang itu aku no 3 dan memberi baton terakhir kepada haikal.semasa haikal berlari tu aku dah ke khemah rumah sukan,dari situ aku memerhati haikal bergelut di posisi no3 dan no 4 sebelum ke garisan penamat.dari pandangan aku haikal dah di tempat ke 4 bermakna takde medal la untuk acara sukan aku tahun tu
aku pun duduk di rumah sukan menahan rasa kecewa,tidak lama kemudian aku terkejut kenapa james dan 2 orang tu ada medal gangsa.acara apa dia masuk ?? james tu pun cakap tadi masa diorang terima medal diorang tak jumpa aku.lepas tu diorang ajak aku pegi ke khemas pengacara majlis untuk terima medal gangsa tu,dikalungkan oleh guru besar,tuan rosli bin haji ekom aku pun rasa sedikit terkejut campur bangga sebab abang dan adik aku yang mewakili rumah sukan yang berlainan  tak dapat apa-apa,tapi aku ada la jugak medal gangsa.walaupun nama rumah sukan aku RENTAP jadi bahan ketawa pasal dalam bahasa sarawak rentap tu bermaksud runtuh,roboh dan tumbang.tapi pada acara sukan tu yang tumbang bukan khemah rumah sukan aku tapi khemah rumah sukan shariff masahor.
sampai sekarang medal gangsa tu aku jaga walaupun dah hilang tag dia

tapi aku terkejut jugak bila di ipoh ada sekolah yang gunakan nama yang sama tapi langsung tiada kaitan antara 2 sekolah ini iaitu sekolah kebangsaan wira jaya di ipod dan sekolah kebangsaan wira jaya ,kem penrissen,kota samarahan,kuching,sarawak tempat asal aku.

Thursday, May 2, 2013

Cerpen Mimpi

di petang khamis,aku tunggu member kelas aku sebelum bergerak ke dewan peperiksaan di  tempat parking kereta untuk student poli iaitu jalan belakang pintu gol padang bola tu.tempat selalu parking kereta bila parking biasa penuh.tunggu punya tunggu sampai la hari nak hujan,main-main betul diorang ni dah la hari ni exam bapak aku yang gerak dari kl pun boleh hantar aku cepat.aku tunggu bawah pokok dekat besi penghalang tu.langit dari cerah berganti gelap,hari dari panas berganti dingin tiba-tiba hujan turun dengan lebatnya tapi aku masih menanti mereka sampai dan aku berteduh di bawah pokok dengan harapan tak terlalu basah kuyup,dah nak exam last paper kan pulak tu.

kereta satria maroon nombor plat WGE 8033 pun sampai dan lantas aku duduk di belakang.duduk dibelakang melalui jalan warung sarang burung aku pun membebel macam takde exam je hari ni duduk bawah pokok tunggu diorang lepas tu balik.dalam fikiran aku exam account tu cancel tiba-tiba diorang cakap yang tadi diorang baru habes paper account lepas tu baru amik aku kat bawah pokok.wad da fak !! kalau tau macam ni baik aku terus pergi dewan tadi lepas bapak aku drop kat bawah pokok sebelah besi penghalang merah.rupa-rupanya sepanjang aku tunggu diorang tadi dari hari panas sampai ke berubah menjadi hujan diorang masa tu tengah jawab exam rupanya!!! celaka betul kalau macam tu baik aku lepak dengan dyana kat luar pintu Dewan serbaguna.

bila tersedar yang aku tak amik paper exam account tadi kereta satria maroon WGE 8033 yang dipandu amer pun patah balik ke poli sebaik saja sampai penghujung jalan restoran sarang burung.sampai di poli aku masuk ke dewan serbaguna dan aku pelik campur terkejut kenapa student JKE ni kemas meja exam dan susun bertingkat-tingkat lepas jawab exam ?? aku pun bertanya pengawas peperiksaan kat situ yang tadi aku tak masuk dewan untuk jawab paper account dan sekarang aku datang untuk jawab pasal tu paper yang last.dia pun cakap tak boleh ! aduh ! aku rasa hempapan satu batu meteorit ke atas aku.bila aku tengok jadual exam baru aku tau yang silap aku ialah aku tak tengok pukul berapa exam sebenar.patutnya 1.30 dah exam tapi aku fikir 3.30 petang !! aduh kalau macam ni dah sah-sah aku kena repeat paper,sedih betul aku sampai mengalir air mata dah la ni final sem,aku tak nak repeat paper.

tiba-tiba aku tersedar dari kebodohan itu rupa-rupanya aku last paper  ialah sales marketing dan tourism and hospitality law bukannya akaun! dan paper akaun ialah untuk sem 5 sekarang aku sem 6! dan baru tersedar yang sekarang aku dah habes belajar dan terjaga dari mimpi dari ngeri turn to wrong timing itu aku pun tengok jam bb 9320.dah pukul 3.55 pagi aduh ! terlupa ada game barcelona vs bayern munich bangun dan pergi bilik air untuk basuh muka dan berkumur aku pun melupakan mimpi entah pape tu.agak memeranjatkan plot mimpi tu walaupun tak benar dan rekaan oleh minda aku yang sedang bermimpi

Tuesday, April 2, 2013

rock 2005 - rock ooo 2013 - satu perjalanan panjang

 bak kata pepatah abang aku pada tahun 2006

' filem rock adalah filem yang tak kan jemu ditonton'

7 tahun dulu di zaman aku disogok muzik oleh astro dan radio era aku cukup benci dengan kata-kata hikmat abang aku ni.tapi setelah melalui alam rock,konsert,indie,hard rock,glam rock,metal core,punk rock,ska,post punk,brit pop dan macam-macam muzik rock aku mula meng iya kan kata-kata hikmat abang aku tu.

filem rock pertama mamat khalid tu keluar hujung tahun 2005 waktu cuti sekolah di mana aku meneruskan kehidupan aku di rumah mak bapak di kampung,masa tu rutin harian aku ialah bangun subuh 5 pagi,berdiri di tepi jalan menunggu van teksi untuk atuk aku yang menjalani rawatan hemodialisis 2 hari sekali.kemudian aku basuh baju,sidai kain,tolong mak masak dan main game,tengah hari pacik aku transit rumah kitorang lepas tu aku akan ikut dia pegi ambik atuk aku kat pusat hemodialisis bawak balik rumah.petang-petang aku akan tengok di balik tabir filem rock di tv3,sebab aku terpengaruh dengan iklan filem dia pada masa tu,filem tu tak mencatat kutipan tinggi sebab masa tu masyarakat di sogok dengan muzik AF dan mawi yang kononnya bersih,halal dan suci dan scene rock masa tu plak tak berapa boleh cari makan kecuali kepada kumpulan spider yang meletop masa tu.bila tengok iklan tu ada satu scene di mana amy mat piah menyebut beberapa nama band lepas tu menjerit rock oooo!!!! adik aku yang masa tu masih menyusu umur 2 tahun boleh mengajuk perbuatan amy mat piah lakonan que haidar dengan baik sekali,dah la pelat dia sebut rock oo bertambah lucu.
berpindah ke kl pada januari 2006 aku mula bebas dari tanggungjawab pada atuk itu.sebagai seorang yang culture shock tak tau budaya di kl ni dan tak boleh terima life style di kl ni yang kapitalis aku pun banyak menghabiskan masa dirumah dan hanya berkawan dengan aswad,haris,hafizat di smk taman setiawangsa.setiap sabtu hanya satu tempat yang aku tau iaitu pasar malam au2 depan majlis sukan negara au2 dan sekarang ni lokasinya bersebelahan aeon au2.pada masa tu aku pergi ke pasar malam semata-mata untuk beli cd wrestling sebab masa tu aku berhenti main bola dna rumah aku takde langgan pay per view astro box office channel 21,pada petang sabtu abang aku pun ikut sekali pergi pasar malam tu,di situ kitorang first, pergi port jual cd cetak rompak dan pada masa tu abang aku ternampak cd filem rock arahan mamat khalid jadi dia pun beli cd tu.

balik rumah je terus main cd tu dan aku yang tak berapa amik tau pasal movie tu pun join tengok sekali.rupa-rupanya best jugak movie tu lebih-lebih lagi kisah dia bukan rekaan tetapi realiti atau sejarah zaman muda mamat khalid di mana dia ahli kumpulan rock rimba bara,tapi karakter mamat khalid yang bermain keyboard untuk rimba bara tak di zahirkan.di tahun 2000 an zubir bercerita tentang life dia yang bosan sebagai seorang pekerja pejabat pos,balik menonton tv dengan keluarga dan menjalani rutin harian yang membosankan,pada satu hari dia diarahkan membersih kan surat-surat lama dan tiba-tiba dia terjumpa satu surat lama yang lusuh dan dialamatkan kepada kumpulan rimba bara.surat itu secara tiba-tiba mem flash back kepada zaman remajanya semasa dia memakai nama,zack yang menganggur tapi sebab minatnya nak jadi rock star dia pun sanggup tak bekerja sebaik saja habes spm semata-mata nak berseronok di  alam remaja dan merealisasikan hajatnya menjadi rock star.dia jugak bercerita tentang life harian dia berjamming bersama amy mat piah,jijo alfonso pareira abdullah dan black.
diselang selikan juga dengan kisah perkenalan si zack ni dengan khaty lakonan siti elizad.khaty ni awek yang dikenali secara tak sengaja masa tu zack baru lepas jumpa doktor ditemani ibunya kerana menghidap kayap dan dari situ dia berkenalan dengan khaty.dalam tahun 80 an itu juga zack berdepan tekanan dari bapanya yang mahu dia bekerja di pejabat pos dan melupaka impiannya untuk bersama rimba bara.rimba bara berjaya memenangi battle of the band dan ditawarkan kontrak ke kl tapi zack tidak ikut serta kerana tuntutan kehidupan baru nya.sejak itu terpisah lah dunia zack dengan kumpulan rimba bara.kali terakhir zack bermain bersama rimba bara ialah pada tahun 1994 di majlis kahwinnya dengan khaty.dan itu juga lah kali terakhir zack bersama rimba bara kerana mereka terlibat dalam kemalangan dan jijo meninggal dunia.tiba-tiba masa kembali ke tahun 2000 an,zack membaca surat itu dan terkejut kerana surat itu dari khaty dan khaty menyatakan dia sedia bersama zack dalam apa jua keadaan dan bersamanya mengharungi dugaan.tiba-tiba zack kembali tersenyum kerana cita-citanya lebih hampir 15 tahun dulu di sokong oleh khaty pada masa itu.pulang ke rumah dia membelikan anak nya gitar dan moodnya gembira kerana khaty merestui perjuangannya dalam arena rock.

rock tahun 2005 itu lebih menjurus kepada kisah rimba bara di secara ringkas dan pada 2011 aku terkejut campur gembira kerana di astro awani mamat khalid akan menerbitkan filem rock oo yang kesinambungan filem rock 2005 itu.que haidar pula kembali berlakon setelah 2 tahun bersara.aku terlalu menantikan rock oo kerana sepanjang tempoh 2007-2011 itu aku telah melalui pelbagai irama rock dan dari pembacaan aku di majalah konsert dan rottw itu menerangkan betapa peritnya rockers pada  era 80 an dan 90 an survive dalam industri dan betapa cekalnya hati mereka semata-mata mahu muzik mereka di dengar dan di jadikan pengaruh.dan aku dapat merasakan filem rock 2005 itu ibarat satu peristiwa yang menjadi batu penghalang kepada rockers zaman itu untuk berjaya.
rock oo 2013,situasi sudah berubah.amy yang wataknya terhenti di separuh jalan kerana posisi vokalisnya diambil oleh zul kapan dari malaikat maut, kembali di hidupkan semula dengan jadi watak utama dalam filem ini.amy yang dalam rock 2005 tidak dijelaskan dengan mendalam siapa sebenarnya telah dikembangkan dengan baik wataknya dalam rock oo ini.dengan amy meniaga abc di depan rumahnya,dan amy juga cuba menghidupkan kembali rimba bara setelah m nasir meng songlap zul dari rimba bara untuk digabungkan kembali dengan band lamanya malaikat maut.yang menghairankan zul kapan kata label m nasir,luncai emas aku pernah baca sejarah pasal search bukan ke label m nasir zaman 80 an dulu ialah polygram ?
rock oo kali ini juga menceritakan apa yang kumpulan rimba bara buat selepas trip pertama mereka ke kl gagal kerana di kapur oleh manager.jijo yang digambarkan tak bekerja dalam rock 2005 dulu bekerja sebagai tukang sapu di waktu malam atau awal pagi.amy menjadi penjual abc di depan rumahnya walaupun dalam rock 2005 dulu dia menjadi peniaga abc di sebuah kedai makan selepas zul di bawa masuk sebagai vokalis baru rimba bara,black pula tidak didedahkan lebih lanjut tentang kisahnya.ada juga unsur sarkastik dalam scene di mana flash back zul dan malaikat maut tengah perform tiba-tiba ajak kokak itik.masa tahun 2005 dulu jugak mastika sibuk besarkan kembali isu black metal di mana ahli kumpulan black metal minum darah kambing masa perform,padahal realitinya takde pun adegan minum darah kambing ciptaan mastika tu,agak-agak la nak minum darah kambing pun.seekor kambing harganya terlalu mahal duit bayar pemuzik indie pun bukannya besar kadang-kadang ada yang tak berbayar.mana datang duit nak beli kambing ? 
walaupun ending rock oo ini sesuatu yang kita angankan untuk sebuah kumpulan rock pada masa itu yang mahu bertanding di juara lagu,tapi itu hanyalah rekaan semata-mata dalam rock oo ini kerana tidak mahu penonton terlalu emosional terhadap apa yang berlaku seperti ending rock 2005 dulu di mana, jijo di meninggal dunia,pak syed owner studio syj jadi gila,rimba bara tak jadi rekod album kerana di tipu oleh label.




Saturday, March 23, 2013

Ini Malam Earth Hour

masuk tahun ini sudah kali ke 5 earth hour diwujudkan.

2009 -  aku bagi cadangan kat member aku di petang jumaat, kau tutup lampu tapi kipas dan tv kau on

2010 -  aku tidor petang dan tak sedar dah pukul 8.30 malam,aku tengok mak dan bapak tengah tengok tv kat runag tamu

2011 - takde apa yang aku ingat kecuali aku rasa masa ni aku mula-mula buat blog

2012 -  masa ni aku praktikal kat fnb dan sebelum balik aku bertungkus lumus siapkan dewan sitiawan kat hotel vistana dengan kak shida.leceh betul la orang yang sewa dewan tu namanya tengku apa entah aku dah lupa yang pasti perempuan meleis la.dah la pakai sound system sampai rosak.itu rasanya first time aku balik hotel dalam keadaan hotel gelap.

2013 -  apa aku akan buat malam ni ???



Cool Ke Jadi Lelaki Tradisional ??

 
kajian dan tinjauan yang dibuat universiti missouri dan universiti negeri utah menunjukkan hubungan suami isteri akan lebih bahagia bila suami membantu atau melakukan tugasan suri rumah dan juga menjalin hubungan rapat dengan anak-anak.

ini kita dapat lihat dalam norma keluarga melayu, si suami bekerja pagi - petang balik rumah baca paper,makan dan tido.tak pasti adakah kerja office itu mampu membuatkan badan lemah atau minda lemah,atau mungkin kerja luar office seperti meniaga itu hanya membuatkan si lelaki menunjukkan pada orang dia gagah mengangkat kotak berat,tetapi di rumah hendak menyapu lantai pun malas.

ini benda yang perlu diubah,pada aku perempuan bergelar isteri itu bukan sekadar mesin melahirkan anak,suri rumah atau pasangan halal.tetapi lebih dari itu,aku mengaku yang mak-bapak aku jugak tak mengamalkan apa yang aku sembangkan ini tetapi bagi bujang seperti aku yang akan mempunyai rumah tangga nanti pasti merancang dari sekarang bagaimana membentuk keluarga sendiri dengan budaya berumah tangga yang  baru iaitu melakukan apa jua tugasan rumah seperti membasuh,mencuci kain,memasak kerana pada aku lelaki itu lebih dihormati oleh wanita jika dia membuat apa yang wanita buat.
aku jugak sedikit berang dengan bapak aku yang membiarkan mak aku seorang buat kerja di dapur.apa salahnya dia potong bawang,basuh sayur,masak nasik dan sediakan air minum untuk makan tengah hari.takkan sepanjang hari minggu dihabiskan untuk tidor,baca surat khabar dan tengok berita saja.

dalam kajian itu juga menunjukkan lelaki yang menjalin hubungan baik dengan anak-anak akan lebih bahagia,dalam tipikal kekeluargaan melayu si bapak lebih membiarkan tanggungjawab mendidik anak-anak kepada isteri sudah la isteri mencari nafkah,membuat kerja rumah,dia juga dibebankan seorang dengan tanggungjawab mendidik anak.aku rasa lelaki melayu ni hanya romantik bila bercinta tetapi tak romantik bila berumah tangga.

jalan mudah untuk menjalin hubungan mesra bapa-anak ialah membaca buku cerita kepada anak-anak sebelum mereka tidor,dan juga menemani anak-anak itu membuat apa yang mereka minat seperti menonton wayang cerita kartun,pergi ke kedai mainan itu berkesan kerana si anak itu berasa bapa mereka sedia masuk ke dunia mereka.
aku sekeras-kerasnya menentang mana-mana bapa yang memberatkan isteri mereka,sebagai lelaki apa salahnya membantu membuat kerja rumah seperti membasuh kain,menyapu lantai,memvakum,melipat kain,dan membuat air minuman untuk isteri.isteri itu adalah pasangan hidup bukan hamba

Tuesday, February 12, 2013

Mengapa :)

Mengapa nafasku tersentak
bila kau menegur
sedangkan tiada apa di antara kita ikatan
Hanya sekadar teman biasa
Mengapa terketar
lidah kelu untuk bertutur
bagaikan adanya perasaan berdebar
mungkinkah kasihku mula bermekar

Jika benar apa kurasa
haruskah ku dedahkan segalanya
hasrat terpendamku padamu
namun takut kau tak sudi
memberiku ruang di hati

mengapa tubuhku lesu kerapnya kuhilang selera
hanya dahagakan kasih bahagia
dengan kenalan baru bernama cinta

Jika benar apa kurasa
haruskah ku dedahkan segalanya
hasrat terpendamku padamu
namun takut kau tak sudi
tapi ku tak tertahan lagi

Mengapa siang hariku gelap dan pemandangan kabur
oh mana tidaknya subuh hingga senja
ku asyik mengamut kau membuta

mengapa malam ku geberau tidurku tak lena
mungkin ini tanda ku dilamun cinta
jika tidak mengapa tak menentu tingkah ku
mengapa oh mengapa?
katakan mengapa?

Setelah....


Aku mencari, memanggil berjuta kali
Aku merintih, mencari kau tak aku temui
Hingga ku tertanya, entah di mana salah & silapnya?
Apakah engkau hanya bersandiwara, membiar ku sengsara?

Engkau & aku nyata dah tak dapat menahannya
Engkau & aku bila kan bahagia?

Setelah, setelah
Sekian lama berdua
Mengapa seakan tak bermakna?
Setelah, setelah
Sekian lama berdua
Mengapa seakan tak bermakna bercinta?

Monday, February 11, 2013

Kau Baik Seperti Dulu


Selalu ku mengharapkan
Kau akan segera pulang
Kau balik seperti dulu
Menghapuskan rindu
Yang sering menghantuiku


Semenjak kau datang
Di hatiku sayang
Semua resahku hilang
Diriku bukanlah
Seorang yang mudah
Menyerahkan cinta semudah kata

Kudambakan cinta
Indah seperti dulu
Kerna cintaku tak pernah rasa jemu

Biar hati bimbang
Aku terus menunggu
Benar ku tahu kau tak pernah jauh
Kau di hatiku

Di hari yang datang
Janganlah kau ulang
Lukai hatiku sayang

Aku pun bukanlah
Seorang yang bisa
Menggantikan cinta sekelip mata

Aku inginkan cinta
Kita seperti dulu
Kerna cintaku tak mudah rasa jemu
Biar hati bimbang
Aku terus menunggu
Dan aku tahu kau tak pernah jauh
intuisiku

Bila Kejujuran Di Salah Ertikan



 Ku lihat kau berlegar-legar di kaki lima
Ingin ku tegurmu tapi terasa curiga
Mungkin ekspresimu nanti tak sepertiku harapkan
Adakah kau merinduku sepertiku merinduimu
Tanpa aku sedari
Cinta pun mula berputik
Mulanya dari teguran “Boleh kita berkenalan?”
Tanya “Apa nama, buat apa, nak ke mana?”
Hati rasa berdebar

 
Janganlah hancurkan hati ini
Ku hanya mencuba meluahkan perasaan
Usahlah ragui hati ini
Kerna kau satu-satunya gadis yang ku cinta
Janganlah hancurkan hati ini
Ku hanya mencuba meluahkan perasaan

Usahlah ragui hati ini
Kerna kau satu-satunya gadis yang ku cinta
I got home that day, feeling so tired and in pain
I wanna call you but you need your rest
You might feel the same

Something’s wrong with me
I can’t seem to find myself
I think I’m crazy over you
I called my friend and asked her
What should I do what should I say
Cause everytime I hear your voice
You throw me miles away
My cellphone suddenly rings
Your name is on the screen
 

Janganlah hancurkan hati ini
Ku hanya mencuba meluahkan perasaan
Usahlah ragui hati ini
Kerna kau satu-satunya gadis yang ku cinta selamanya

Janganlah hancurkan hati ini
Ku hanya mencuba meluahkan perasaan
Usahlah ragui hati ini
Kerna kau satu-satunya gadis yang ku cinta selamanya
Selamanya

Jangan Jadi Bodoh


umur dah masuk 25 tapi masih tak boleh buat keputusan sendiri ?? yang nak kahwin kau ke bapak kau ?? ke bapak kau nak berbesan dengan kaum se kaki MLM macam dia jugak ??
bak kata sharnaz ahmad, orang tua je la semua betul kan !
orang nak bina masjid pun salah ke bang ? apa lancau awak tanggung dosa ?? lepas anak awak tu kahwen lepas la tanggungjawaba awak,semua tanggungjawab tu jatuh ke tangan suami.ada faham ??

Sunday, February 10, 2013

Apa Yang Aku Buat Di PSIS 3 Tahun

cibai miang

Ehem..Ehem...


Kau Harus Tahu...


Walau aku mampu
Mengalahkanmu
Kau harus tahu
Hanya aku yang tak mahu
Memburu… umpanmu…
Lembah beracun

Debu tuju-tuju
Menyesakkanku
Walau malammu
Berkelip nion yang indah
Itu hanya
Perangkap membara
Hati dan mindaku

Kau menjadi ibu
Ibu sang cinta
Dan si cita-cita
Entah ke mana
Ingin engkau bawa
Bersama usia
Di ufuk jingga
Kota ibu kota
Kota ibu kota
(Ibu kota, helah dunia)
Tempat lahir tipu daya
Tempat memburu mangsamu
Tempat memburu mangsamu…