Sunday, May 5, 2013

Freshie Pra Sem 1

aku bertolak ke sabak bernam,kawasan yang aku tak pernah jejak dan lalu pada petang tengah hari sabtu,aku tak tidor dari kuala lumpur sampai la ke sungai besar,lepas sungai besar tu aku tertidur kejap kerana perjalanan yang panjang.sampai depan poli aku aku testing kad atm bank islam,aku depress sikit pasal aku tak pernah ada akaun bank dan pergi ke bank pada masa tu adalah satu taboo kepada aku.

aku datang sini dengan rasa segalanya jauh,macam mana nak survive datang situ je dah mengadap pokok kelapa dan parit.lepas tu aku kembali ke sungai besar entah apa yang bapak aku carik.masa tu berhenti depan ATM bank islam dan aku tak tau apa ada kat pekan ni.lepas tu terus bertolak ke sekinchan sebab masa tu bapak aku dah booking bilik kat hotel bajet mana entah.malam tu lepas mandi pegi makan kat kedai makan sebelah petronas sekinchan.nak makan pun aku rasa terganggu dengan bau minyak petrol menusuk hidung.

esoknya aku bangun dalam keadaan paling benci sekali pasal kena pakai baju kemeja putih,seluar hitam dan kasut kulit.aku tak suka berpakaian formal begini sebenarnya dah habes sekolah pun kena pakai macam ni jugak ke.aku mandi pun sampai mengigil badan,serius tu la keadaan paling teruk aku pernah lalui.mengigil dia sampai aku rasa dah tak boleh mandi walaupun aku pakai heater masa tu.

bersiap ke poli aku pun mesej izzul yang selalu lepak dengan aku masa form 3-5 kat smk taman setiawangsa dulu.izzul dapat kos programming.sekurang-kurangnya aku tak la berasa asing sangat sampai poli ni.aku jumpa izzul kat susur gajah court futsal.lepas tu aku terus melapor ke kafe admin.sampai ke kafe admin aku tiba-tiba rasa pressure pasal aku rasa macam tak cukup aku punya dokuman dan secara tiba-tiba aku naik suara kat mak-bapak aku,mana aku tak bengang.aku dahla tak tau hal dokumen ni lepas tu boleh pulak sibuk fikir pasal makan dan abaikan aku.aku bukan pernah masuk kolej dan U.

lepas mendaftar aku pun ambik kunci bilik 1.9 aku pun pergi ke blok A1.mujur ada abang fasilitator yang handle alamat bilik ni,dia tunjukkan bilik 1.9 aku,dia cakap dulu dia duduk bilik tu.sekarang dia sem 5,dan aku pun tanya dia course apa,dia cakap dia amik kos komunikasi,lepas aku pilih almari dan katil yang tepi tingkap aku punya pressure dah kurang.sekurang-kurangnya aku dah ada hostel dan tempat tidur.cuma nak carik member saje sekarang ni dan bilik aku pulak untuk 4 orang jadi aku orang pertama menjejak kaki ke bilik ni. lepas tu aku pergi ke kereta amik segala isi barang aku.

lepas punggah semua barang ke bilik aku terkejut siapa bukak pintu bilik aku ? rupanya aku dah ada roommate pertama,nama dia faez umur 18 datang dengan abang dan duduk semalam kat sabak pasal dia ada saudara situ.dia amik katil sebelah katil aku dan kos sama jugak dengan kos aku.lepas tu aku pergi kafe dan makan dengan mak bapak aku.

lepas beli sikit barang kat kedai koperasi aku pun balik ke bilik,tiba-tiba terdengar satu siren yang membingitkan telinga.......!!!!!!!!! para ibu bapa diminta meninggalkan asrama dan para freshie diminta berhimpun di susur gajah.aku sebenarnya tak jelas dengar apa yang dia cakap menerusi pembesar suara tu.yang aku pelik apa tu susur gajah ?? dan siren itu menghantui aku selama seminggu bermula hari itu.......

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.