Sunday, May 5, 2013

Mengigau Yang Tak Seram

1.0 siri

di malam terakhir bulan puasa 2010 aku mimpi dengan lena dan melalui hari raya esoknya dengan jaya.tapi di suatu petang abang aku berkata pada aku.kau mengigau apa malam semalam ? kau bangun tidur kau amik laptop letak atas laci lepas tu kau bukak flip laptop tu dan mengadap laptop tu.kemudian kau sambung tidur balik.
???????????

2.0

di malam ahad dickso dan zie menumpang rumah sewa aku sebab kitorang balik petang dari kl sampai malam kat sabak bernam.pada tengah malam aku tak pasti sama ada aku bermimpi aku bangun kepanasan dan mengambil guni beras letak di ruang kepala tilam,disitu ada ruang kecik yang menjarakkan tilam aku dengan dinding.

pagi esoknya aku terkejut ada guni beras di kepala tilam.aku heran siapa yang angkat ? esoknya ame cakap dia ingat benda yang jatuh kat kepala tilam tu kepala pontianak pasal masa tu dia cucuk benda tu.zie plak cakap yang aku malam tu tiba-tiba bangun dan letak guni beras tu kat situ

3.0

di malam bulan april 2013 semasa ahli rumah sewa baru lepas main game melewati tengah malam diorang terkejut tengok aku tiba-tiba bangun tidor dan pergi ke bilik aku dan pulas tombol pintu tapi tak dapat masuk,diorang tanya kau carik apa far ??
diorang kata aku cakap : aku dengar suara fixxo dalam bilik.
diorang :!!!!!!!!!!!!!

lepas tu aku cuba bukak pintu rumah pulak tapi sebab dah sendal jadi aku pun tak dapat bukak pintu dan aku sambung tidor balik.esoknya syafiq yang nak pergi kelas tanya aku ,yang aku sedar ke tak aku mengigau semalam.aku cakap aku tak tau dan aku bangun macam biasa je

4.0

tak lama terjadi selepas peristiwa 3.0 berlaku.aku bangun tido dalam keadaan mengejut dan terus duduk.diorang yang seronok main game pun terkejut tengok aku tiba-tiba bangun tidor dan duduk sambil berselubung selimut putih !! dan aku terus tanggalkan selimut dan merenung ke tingkap belakang yang terbuka

esoknya diorang kata nasib baik aku duduk dan merenung ke tingkap belakang,kalau aku bangun mengejut lepas tu menari tarian siam atau jawa sah-sah diorang akan lari keluar rumah

5.0

peristiwa pelik ni berlaku waktu aku darjah 6.masa tu aku ikut kem pra upsr 3 hari 2 malam di kaki gunung santubong kem ni wajib disertai budak-budak darjah 6 sk mejar jeneral dato ibrahim,kem semenggo.aku asalnya tidur berdekatan ashraf,wilson,redza.tapi entah macam mana aku ingatkan dah pagi lantas aku amik towel dan berjalan sambil tutup mata.

tiba-tiba aku rasa macam sempit dan aku terus mencari ruang tidor kerana aku berasa tak selesa.aku hairan kenapa kiri dan kanan aku lain sungguh orangnya ini bukan tempat tidor aku.tapi aku yang mamai tu putus asa kerana ruang yang sempit sungguh menyeksa.dan aku betul-betul sedar yang aku tertidur di kaki meja,lebih tepat lagi bawah meja !!!! meja itu dipasang sebagai sempadan memisahkan ruang tidor lelaki dan perempuan di dewan serbaguna kaki gunung santubong itu.aku hairan apa aku buat disini dan macam mana aku boleh ada disini ??!! aku tengok betul-betul orang yang aku himpit tadi ialah uriah dan terry,uriah badannya gemok dan terry kurus dan 2 ekor ni la yang aku himpit tadi.pelik macam mana aku boleh pindah ke tempat diorang?  padahal jarak antara tempat tidur uriah-terry dan tempat tidur asal aku lebih kurang dari ofis cik din ke laundri..

sampai sekarang aku tertanya misteri aku berpindah tempat tidur tu tiada siapa yang tahu dan tiada siapa yang bertanya pada aku kerana masing-masing tidur dan tiada siapa yang berjaga

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.