Tuesday, May 7, 2013

Dunia 2 Dimensi

aku di rumah sewa,aku bukak pintu rumah sewa je aku terkejut kenapa tembok penghalang rumah aku dan rumah sebelah dirobohkan separuh ?? tiba-tiba datang lelaki india,dia masuk rumah tu rupa-rupanya dia jiran aku.sejak bila aku berjiran dengan india ni??

lepas tu datang pemintak sedekah nak kata gila tak gila cuma dia ni sebatang kara.perempuan,berkepala botak,berpakaian lusuh dulu masa aku kecik dia ni la yang mak aku upah cuci tangga rumah.sebab dia berkepala botak aku tak tau la dan aku tak pernah bertanya kerana yang bercakap dengan dia ni mak aku dan nenek aku.dia boogey kepada aku,aku rasa macam jumpa hantu kak limah pun ada.dia ni pun memang tak pegi sekolah buah rambutan tu dia cakap buah merah.dah sah-sah tak pegi sekolah kan ??

aku yang cuba menyembunyikan rasa terkejut campur takut tu pun halau dia dari rumah sewa ni,tak tau mana asal usul nak mengemis kat rumah aku pulak,dia ni pun tak tau yang aku ni mengemis bezanya aku ni mengemis dalam masa yang sama kau mengisi kotak fikiran aku ni dengan ilmu,tak la nampak bodoh.aku masuk ke dalam rumah sewa balik terkejut kenapa rak tv dan tv takde dalam rumah ? pegi mana ? faedah ghaibnya rak tv dan tv ni ialah si che'fiq tak la miang lagi ketika tidur.

selepas itu aku keluar semula,terkejut pengemis tu memulangkan alas kaki,eh apasal ??baru aku perasaan semasa aku halau dia tadi secara curi-curi dia ambil alas kaki rumah aku.gila punya pengemis.dibelakang pengemis itu ada van navy warna  biru pekat yang menunggunya agak menghairankan di awal tadi aku buka pintu aku sempat melihat van navy biru pekat itu pergi ke rumah orang kampung di tanah sebelah menghantar 2 orang anaknya pulang dari sekolah.tak menghairankan pun pasal aku dulu form 5 pun naik van navy tu pergi-balik sekolah.tapi kenapa kali ni van navy ni menunggu pengemis ni ? itu yang aku tak faham.ke van navy ni undercover polis?? pelik betul la situasi sekarang ni.lagi satu dah la sabak bernam ni tak ada pengkalan navy macam kat lumut macam mana van navy tu boleh hantar sampai sini ?? hanya tuhan yang tahu macam mana aku boleh berada di dunia tunggang terbalik ni.

seperti kadoya tsukasa kamen rider decade yang berubah dunia dari dunia A ke B apabila dinding kaca melaluinya secara tiba-tiba aku berada pulak di sebuah hotel lama,lebih kurang macam hotel bajet pun ada.aku rasa aku ni kat perlis pasal persekitaran hotel ni mengingatkan aku kepada putra brasmana,tapi yang ni nama dia putera berasmara.memang kena sungguh sini port anak-anak muda mencurahkan kasih sayang kepada pasangan mereka.kali ni ada abang aku pulak kat sini berdiri sebelah aku memang ajaib ! aku masuk ke dalam lif,agak pelik bila dalam hotel murah boleh ada lif........

aku tekan button ke tingkat 7,sebelum tingkat 7 semua orang dah keluar.Yang tinggal aku dan abang je la.aku terkejut kenapa beg-beg aku yang diletak di tepi lif seperti disedut oleh lantai aku panik dengan apa yang berlaku?! sampai ke tingkat 7 aku dan abang pun berhati-hati untuk melangkah keluar dari lif bimbang dugaan seperti destinasi akhir melanda lagi.dia meloncat sedikit untuk keluar dari lif dan tiba-tiba lif pun seperti putus kabel nya menjunamkan aku sekali ke bawah setelah terhempas di dalam lif aku rasa seperti lemah,aku tak pasti di tingkat mana aku sangkut.aku pun membuka bahagian atas lif dan keluar dari situ untuk turun ke bawah.di bawah aku menjumpai semula beg aku tadi yang disedut oleh lantai lif dan dibuang ke sini,tiba-tiba lif yang tergantung tadi terjatuh dan cuba menghempap aku.aku tidak dapat berbuat apa-apa dan menahan lif menggunakan sebelah tangan dan ajaib ! tangan aku cukup kuat untuk menahan lif sebelum aku mengambil sedikit ruang di tepi dinding untuk berlindung.

aku pun terjaga dari tidur.............dan jam menunjukkan pukul 7.30 pagi.miss D masih marah-marah aku semasa aku menyambung cerpen ini pukul 2.20

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.