Wednesday, August 8, 2012

bazaar ramadhan kem penrissen



ini cerita zaman aku budak-budak dulu.di kem tempat aku tinggal ada satu pasar yang jadi tumpuan orang untuk carik makanan yang datang dari semenanjung.pasar ni dibuka setiap hari ada bahagian bahan-bahan kering,ada barang-barang basah,ada jugak makanan.tak di nafikan di kuching agak susah untuk jumpa selera makanan dari semenanjung kerana di sana orang semenanjung yang bekerja secara tetap susah dijumpai dan aku bersyukur tinggal di kem penrissen di kawasan blok rumah di mana majoriti dari mereka berasal dari semenanjung dan dari situ aku mula membiasakan diri dengan budaya luar.contohnya saudara aku mengadu pedas bila makan nasik kukus ayam dara, tapi aku tak rasa pun pedas ?? agaknya aku dah biasa makan cili kot.pada aku sambal ayam dara tu pedas + manis dan aku tak boleh berhenti makan ayam goreng berempah cicah sambal tu.

berbalik kepada bazaar tadi,tarikan utama di bazaar tu adalah makanan yang dijual majoriti nya selera masyarakat malaysia barat/ semenanjung dan itu menjadi buruan kepada orang sarawak yang sudah 'lejuk' dengan ikan terubuk panggang,'manok' panggang, mee kolok dan laksa sarawak.
macam screen shot di atas aremania itu adalah pak su aku jadi dia pergi ke bazaar kem penrissen untuk cari menu 'sungkei' lain dari yang lain dan sudah pasti juadah berbuka yang dibelinya sik dijual rah bazaar kota sentosa atau pekan serian.

populariti bazaar kem penrissen di bulan ramadhan tak usah dipertikaikan lagi kerana sudah terbukti waktu petang semasa orang balik kerja, jalan dalam kem tu sungguh sibuk dan MP - polis tentera akan bertugas mengawal lalu lintas.macam pakcik aku sebutkan di atas  laksam,nasi kerabu,bubur lambuk,terengganu,sup tulang amat rare lagi nyakit dicarik di sana.yang menjual menu tu sudah tentu lah isteri-isteri anggota tentera yang bertugas di kem tu.jadi mereka masing-masing menjual makanan dari negeri mereka.
agaknya kalau nasik kukus ayam dara di jual di sana sudah tentu roboh gerai makcik tu pasal ramai sangat orang,itu belum char keuy tiow lagi agaknya baru sejam bukak bisnes dah tutup kedai pasal banyak sangat permintaan.


No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.