Saturday, August 18, 2012

dunia ini milik kanak-kanak

bila tengok kemeriahan sepupu-sepupu kecik aku meraikan aidilfitri tercetus rasa mengimbas kembali kenangan aku 11 tahun dulu.masa tu aku hanyalah seorang kanak-kanak ceria dan aku rasa seronok dapat jumpa sepupu aku.kalau boleh time seronok ni aku tak nak terjumpa kelibat bapak yang serius orangnya.

bila 11 tahun kemudian iaitu pada hari ni aku pulak mengawal keselamatan sepupu kecik aku ni,rata-ratanya berusia bawah 10 tahun,mereka ni selayaknya digelar cucu generasi kedua haji ali dan hajah nipah.aku memberi arahan kepada diorang supaya bermain dengan berhati-hati tanpa mencetuskan sebarang insiden.aku tak mahu memarahi budak-budak ni macam bapak aku marah aku dulu.bagi aku tak elok nak hancurkan mood budak-budak masa diorang nak bergembira.

 dunia ini milik mereka,kita sebagai orang berusia hendak lah memberi yang terbaik kepada mereka kerana kelak mereka yang akan mewarisi apa yang ada pada hari ini.masa kawal sepupu aku, aku tak marah pun diorang dan aku siap dirikan dan nyalakan pelita untuk diorang jadikan pembakar bunga api.seronok tengok budak-budak ni main tanpa larangan keras dari orang tua dan seronok tengok diorang bebas buat apa diorang mahu.
.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.