Friday, October 11, 2013

Sifat Harian Metro Dalam Diri Kita

Bila Harian Metro paparkan berita pelik-pelik mula la masyarakat kita ni berkata macam-macam pasal akhbar tabloid itu.Tapi 9 oktober lalu, kecoh sekejap di twitter jaya dengan kes budak kptm cheras mati dirogol bergilir-gilir oleh 13 orang warga Bangladesh, dekat 4 jam jugak isu tu berlegar-legar di twitterjaya cawangan Malaysia.

 
 
Sampai ada yang memaki hamun si Bangladesh punca jenayah makin teruk di Malaysia ni, tapi yang memaki hamun dan mengutuk Bangla di twitter jaya tu tak sedar, dia ada sifat Maha- Harian Metro dalam diri dia. Contoh mudah, belum confirm apa-apa lagi dan PDRM belum keluarkan sebarang statement dan paling mustahak, Berita Tv3 jam 8 malam belum menyiarkan berita ini si polan ini sudah buat kecoh di Twitter jaya Malaysia pasal isu pelajar perempuan KPTM itu dirogol 13 Bangladesh sehingga mati di LRT Pandan Jaya, disebabkan aku ni jenis tak mudah percaya berita ini dan paling penting, adik aku belajar di KPTM Cheras dan 4 hari seminggu berulang alik dari rumah ke kolej langsung tak cakap ape-ape pasal isu ni. selepas pukul 7 petang, barulah PDRM mengeluarkan kenyataan dan berita pelajar mati dirogol 13 Bangladesh itu adalah palsu semata-mata...selepas itu keadaan trafik di twitter jaya cawangan Malaysia kembali aman.


Dari perkara ini, kita perlu tahu bukan Harian Metro saja yang suka cari publisiti murahan dengan berita yang bertajuk ada unsur seks, tetapi masyarakat kita juga ada perangai sedemikian

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.