
Wednesday, September 10, 2014
Aku Dah Konvo !!
Rabu lepas 3.9.2014 berlangsungnya kovokesyen ke 9 Poli tempat aku belajar dulu. Lama menunggu akhirnya konvo jugak aku. 1 Tahun 4 bulan.....bayangkan sampai setahun lebih tunggu semata-mata nak konvokesyen saje. Ada ke IPTS/A lain yang tunggu selama ni nak konvo ?? mujur lah sidang konvokesyen aku pagi tu tak terlalu lama. Sebelum pukul 12 dah keluar dewan dan bergambar bersama kawan-kawan dan famili.

Wednesday, August 13, 2014
Corned Beef Greatwall

Dulu time kecik-kecik aku selalu makan daging corned beef ni, daging yang diawet dengan garam dan dibungkus dalam tin, macam sardin dan tuna dalam tin jugak lah. Corned Beef ni popular di UK dan semasa era perang dunia ke 2 dimana bekalan daging lembu terpaksa dicatu kerana kekurangan bekalan. Semasa aku duduk kat Sarawak dulu corned beef ni selalu di makan bila takde makanan lain, maklumlah daging segar kan mahal jadi makan daging perap je lah. Nak masak corned beef ni campurkan dengan hirisan bawang besar pastu goreng dan tambah sikit garam bagi rasa pastu makan la dengan nasik putih.

Sejak berpindah ke Malaya, aku tak jumpa corned beef ni dijual di pasarraya tak tahu kenapa, mungkin orang sini tak biasa makan daging lembu perap. Tapi bila tengok statement paper di bawah ni boleh putus selera aku nak makan corned beef greatwall ni.

Tuesday, August 12, 2014
Sekolah Itu Apa Sebenarnya ??
Datang ke sekolah bukan untuk membentuk jadi diri menjadi seperti yang kita mahu, tetapi dibentuk dan diasah sehingga menjadi seperti yang lain... hingga kita tidak tahu sebenarnya siapa diri kita dan apa kelebihan kita....
Pendidikan Itu Adalah Perniagaan....
Apa guna kita berhutang dan berhabis duit simpanan semata-mata untuk digagalkan ?? Dan tiada dari kita yang memilih untuk digagalkan...pendidikan dari sebuah kitaran yang seronok bertukar menjadi sebuah igauan ngeri....


Realiti Sebuah Pendidikan

Apabila tamat belajar dan terima sebuah skrol majoriti dari kita nak jadi seperti seperti dalam gambar di atas ni, tapi tak ramai yang sedar. Selepas itu kita akan jadi hamba kepada semua tu seperti macam gambar di bawah ni...

Kejayaan Itu Tak Semanis Yang Dilihat
Semua orang bila lihat kejayaan kita mereka nak jadi macam kita, tapi mereka tak sedar kejayaan hari ini dibentuk dan terhasil dari kesusahan dan rintangan yang dilalui sepanjang perjalanan itu......

Realiti Sebenar Sebuah Perniagaan
Bisnes ni nampak macam best di mata orang yang kerja makan gaji, tapi diorang tak tau keperitan sebenar yang dilalui sebelum berjaya....

Subscribe to:
Comments (Atom)

