Thursday, February 16, 2017
Pelakon Yang Hampir-hampir Putus Asa Dengan Watak Lakonan Mereka
Semasa sesi pengambaran, tekanan memang tidak dapat dielakkan hingga ada yang nekad meninggalkan set pengambaran dikala pembikinan filem masih lagi separuh jalan dan hampir-hampir siap. Tetapi mereka kembali untuk meneruskan kerja dan hasilnya, watak lakonan mereka menjadi ikonik dalam dunia perfileman dan tercalon ke anugerah-anugerah ternama.
Adaptasi Permainan Video Dari Filem Yang Gagal
Filem berlandaskan video game atau permainan video selalunya menemui kegagalan seperti Mortal Kombat, Street Fighter dan Resident Evil. Bagaimana pula dengan permainan video yang diadaptasi dari filem ??
Wednesday, February 15, 2017
Fakta Filem Batman Michael Keaton
Selepas Christian Bale, Michael Keaton adalah pelakon yang kedua berjaya membawakan watak Batman ( Batman 1989 dan Batman Return ) dengan cemerlang. Jauh mengatasi Val Kilmer dan George Clooney. Walaupun Michael Keaton yang terlebih dulu melakonkan watak itu.
Tuesday, January 17, 2017
Perkembangan Terbaru Crocodile Dundee
Filem Crocodile Dundee adalah filem Australia kedua yang kami minati selepas Mad Max. Tetapi hanya filem yang pertama sahaja benar-benar menambat hati kami. 2 sekuel selepas itu gagal mengatasi filem yang pertama.
Wednesday, January 4, 2017
Pelakon Yang Patut Memegang Watak Wolverine Selepas Hugh Jackman
Filem Wolverine yang bakal keluar pada tahun 2017 adalah filem terakhir dimana Hugh Jackman memegang watak serigala jadian yang mempunyai keupayaan untuk sembuh dengan pantas dan hidup lebih 300 tahun itu.
Tidak pasti pula samaada kontrak itu hanya untuk francais solo Wolverine atau melibatkan filem-filem X Men yang lain dimana biasanya ada watak Wolverine. Kami terkilan kerana tidak dapat melihat Wolverine versi Hugh Jackman memakai kostum biru kuning seperti dalam komik dan juga kostum oren hitam versi X Men Evolution.
Friday, December 23, 2016
Filem Desolasi 2016
Dalam thriller filem ini seakan-akan sebuah filem aksi dimana Shamsul seperti berada di dunia lain, dimana dia bebas melakukan apa-apa saja. Tetapi apabila sudah habes menontonnya...kami sedikit terkilan kerana filem ini begitu jelas dan terus terang berdakwah, sesuatu yang kami kurang gemari dan membuatkan kami malas berfikir maksud disebaliknya. Tetapi kredit untuk Viper Studios yang menghasilkan CGI yang baik kerana berjaya menghidupkan mood filem ini.
Aiman, seorang pekerja di balai seni lukis. Sebagai seorang manusia normal, memang tidak lari dari masalah kehidupan. Tapi bagi Aiman dugaan demi dugaan yang menimpanya membuatkan dia jadi lari dari landasan agama, sering mempersoalkan perkara dan benda di sekelilingnya, kenapa tuhan jadikan ada manusia miskin, ada yang kaya. Mengapa daun pokok berwarna hijau tetapi tidak biru ??
Kemuncak kemarahan Aiman apabila ibunya meninggal dunia, ditambah pula dengan hubungannya dengan bapanya yang sentiasa dingin. Satu hari Aiman terlibat dalam kemalangan dan apabila sedar, dia sebenarnya berada di dunia yang tiada seorang pun manusia hidup. Dia jadi gembira kerana bebas melakukan apa sahaja. Tetapi tidak dapat lari dari kesunyian,
Sebenarnya Aiman menghidap sindrom Anton Babinski, dimana dia berada dalam dunianya sendiri. Tetapi sindrom itu dirahsiakan darinya sejak kecil. Watak Dr Chua menjadi jawapan kepada segala persoalan dalam filem ini. Dr Chua diamanahkan oleh mendiang bapanya yang juga seorang doktor untuk mengawasi perkembangan Aiman ini dari jauh, tanpa pengetahuan Aiman.
Aiman sebenarnya gila tetapi dia boleh berfikir menjadi waras dengan mesin yang dicipta oleh Dr Chua. Walaupun gila dan ' buat ' sementara, dia masih lagi boleh mempunyai deria sentuhan dimana dia boleh menerima dan merasa sebarang sentuhan dari orang lain di dunia nyata yang dia tak dapat lihat di dalam dunia nya sendiri.
Di dunia fantasi itu, Aiman bertemu Maya yang dia sangka sama manusia normal sepertinya, tetapi sebenarnya tidak. Dia juga mempunyai sindrom sama seperti Aiman. Sebab itu mereka boleh bertemu di dunia sama. Aiman yang sudah mendapat kewarasannya mengambil risiko untuk menyembuhkan Maya walaupun kelak dia mungkin buta. Bapanya yang mencari Aiman kesana kemari akhirnya mengorbankan nyawanya untuk menyelamatkan Aiman yang sedang berimginasi dalam dunia nya sendiri untuk bertarung dengan musuhnya, Aiman yang berteraskan nafsu dan ketamakan.
Aiman selamat dan dia mendirikan rumah tangga bersama Maya. Bezanya kini dia walaupun buta, dia tidak lagi lapar pada nafsu duniawi yang merajai dirinya dulu.
* Kami lebih menumpukan pada aspek CGI dalam filem ini yang membuatkan filem ini menarik untuk ditonton. Bayangkan bagaimana pihak produksi berjaya ' mengosongkan ' kawasan yang sentiasa sesak dalam filem ini seperti depan Sogo, Chow Kit, Petaling Street dan Bukit Bintang.
Kami menonton filem ini di TGV Wangsa Walk Mall dan sedikit wujud elemen ' umpama mimpi dalam mimpi ' disini apabila babak Shamsul Yusoff menaiki scrambler dan masuk ke pusat beli belah Wangsa Walk Mall ini dan menuju ke kaunter tiket TGV !! membuatkan kami tersenyum sinis dan terkejut seolah-olah dia akan menuju ke dalam pawagam.
Ramai juga yang berteka teki sama ada Syafiq Yusoff menggunakan pengaruh bapanya untuk mengosongkan lokasi pengambaran di tengah-tengah kotaraya yang sentiasa sesak ini. Penjelasannya ada dibawah.













Thursday, November 24, 2016
Reputasi Pelakon Yang Dimusnahkan Oleh Satu Watak Filem
Pastinya pedih apabila filem/siri TV yang diharap mampu mengukuhkan nama mereka dalam persada Hollywood kemudiannya menjatuhkan reputasi mereka lantas mengakibatkan mereka tenggelam dalam industri perfileman tersohor dunia ini.
Subscribe to:
Posts (Atom)