Saturday, November 12, 2011

taman bunga Butchart

posted by azfar

taman bunga butchart ini diiktiraf antara taman bunga terbaik di dunia. mula dibuka pada 1904 usianya kini mencecah 107 tahun dan dibuka kepada pelancong setiap musim, setiap musim dari musim panas-sejuk-bunga-luruh, akan menjanjikan pemandangan yang indah kepada para pengunjungnya. terletak di british columbia, terletak 21 kilometer dari bandaraya victoria dan di sekitar taman ini terdapat hotel untuk para pengunjung.setiap pokok disini dijaga dengan teliti untuk memastikan ia akan selalu memberi pemandangan yang sempurna kepada para pengunjung.berkeluasan 50 ekar, taman ini juga berhampiran dengan vancouver island, dan aku pun mula berangan-angan akan pergi kesini.

di musim panas pengunjung akan terpegun dengan keindahan bunga2 yang tumbuh mekar di sini, semasa musim luruh pula daun maple keemasan yang menjadi tarikan pengunjung, semasa sambutan krismas taman ini akan dihiasi tema krismas dan ketika musim sejuk akan tumbuh pula pokok yang baru,ini menjadikan taman ini sesuai untuk dilawat sepanjang tahun. dari jun-september waktu lawatan bermula pukul 2 petang dan lebih2 lagi semasa musim bunga, kawasan disini pasti sibuk dikunjungi para pelawat.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.