Saturday, April 18, 2015

Filem Romeo Kota 2015




Filem Jenayah-aksi ( crime-comedy ) tentang kisah 2 orang sahabat yang bertugas sebagai anggota polis. Mereka bertindak sebagai unit risikan aka Undercover. Shahrumi dan Fakhrul berjaya mambanteras aktiviti pengedaran dadah tetapi gagal menangkap ketua kumpulan itu dan dihukum menjadi polis road block.

Mereka dipanggil ASP Yusri untuk kembali bertugas sebagai undercover, kali ini di sebuah kolej. Fakhrul menyamar sebagai pelajar manakala Shahrumi sebagai pensyarah. Mereka ditugaskan menangkap pusher dadah dan mengumpul maklumat untuk mengesan siapa dalang pengedaran dadah di kalangan pelajar kolej itu. Fakhrul berjaya diserap masuk ke dalam kumpulan Botak dan hasil kerjasama dengan Ben dan Elena mereka berjaya menumpaskan sindiket pengedaran dadah itu.

Filem ini dengan jelas meniru plot filem 22nd Jump Street, Agak sedikit kecewa juga dengan filem ini kerana kurang thrill dan terlalu play safe. Paling jelas bila adegan tembak menembak dihujung filem dimana banyak peluru ditujukan ke arah Nabil tetapi tidak satu pun yang mengena, ini tidak logik. Sekurang-kurangnya peluru itu mestilah mengenai arah kaki atau pun paha.

Sejujurnya tiada sebarang elemen kejutan diharapkan dari filem ini, sementalahan pula filem ini karya Ahmad Idham. Jadi kita terpaksa terima apa yang dihidangkan dalam filem ini. Kelak disuruh buat filem sendiri pula nanti oleh beliau.

Lokasi filem ini pula, kebanyakkan nya dijalankan di kawasan Jalan Semarak dan Keramat, KL. Kolej dimana mereka menyamar ialah UTM Semarak. Adegan Nadiya Nisaa dan Aaron Aziz bertemu di luar hospital ( konon nya ) ialah di luar Keramat Mall ( UTC Keramat ). Rumah dimana Nabil dibawa untuk bertemu boss ialah sebuah rumah di kawasan Jalan Ampang, rumah ini dapat dilihat dengan jelas jika menaiki LRT dari aliran Gombak - Kelana Jaya, selepas melepasi stesen Damai dan ketika menuju ke terowong bawah tanah, rumah ini dapat dilihat dengan jelas.




Rumah di Jalan Ampang


Dihadapan Keramat Mall, UTC Keramat. 



UTM Semarak


No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.