












Gan Choon Hin & Bros Trading Sdn Bhd Lot Plo 11, Jalan Mahsuri 1, Kawasan Perindustrian Kluang, 6.5km Jalan Mersing 86007, Kluang, Johor |
Aku mula mengikuti siaran bercorak muzik tv ini pada 2004 pada waktu ia masih lagi dikenali sebagai Hitz.Tv sebelum ditukar kepada Astro Hitz, jangan terkeliru dengan HITS 720 yang menyiarkan siri tv,sitkom terkenal era 80an,90 an.
Awalnya siaran ini beroperasi pada 16 sebelum bertukar ke 705, setelah Astro mula menggunakan sistem 3 angka mulai Oktober 2007.
Pada waktu itu dimana YouTube masih belum wujud Hitz.tv ibarat YouTube pada remaja era itu untuk menonton video muzik-muzik hits terkini.
Paling diingati tentunya segmen Up 2 You, dimana para penonton diberi hak untuk mengundi video muzik mana yang mereka mahu mainkan untuk playlist seterusnya. Dan pada waktu inilah para pengundi akan berperang sesama sendiri bagi memastikan lagu kesukaan mereka dimainkan.
Sejak 2009 Hitz.tv menukar format mereka dengan lebih spesifik. Dengan setiap segmen atau slot waktu siaran mempunyai tema sendiri seperti Best Of British, yang hanya memainkan lagu-lagu dari Britain. Begitu juga homeboy, lagu-lagu artis tempatan dimainkan.
Tetapi Hitz.Tv terpaksa akur dengan persaingan semasa, dikala YouTube sudah mula tampil dalam format Vevo, begitu juga dengan kewujudan pemain muzik online seperti Spotify. Hitz.TV seakan akan tidak lagi relevan dikala pendengar muzik pada masa kini lebih gemar meluangkan masa mendengar lagu kegemaran mereka di smartphone berbanding menontonnya di tv.
Format siaran Hitz.tv yang masih lagi menggunakan format standard definition juga menyebabkan kualiti siaran mereka kurang digemari.
Bill Clinton, bekas Presiden Amerika Syarikat begitu dibenci penyokong kelab liga divisyen 2 Colombia, America De Cali.
Ini kerana semasa era Clinton, yang memerangi kartel dadah besar-besaran telah menyebabkan kelab mereka mengalami kemerosotan drastik.
Punca?? kelab ini dibiayai oleh adik-beradik Orejuela, Miguel dan Gilberto Orejuela. Yang juga kartel dadah di bandar Cali, dimana kelab ini terletak.
Hasil dana dari kartel Orejuela ini, kelab mereka pada masa itu antara kelab terbaik dunia, hanya dibelakang Juventus.
Kesan penangkapan 2 bersaudara ini yang kemudiannya di ekstradisi ke Amerika telah menyebabkan kelab ini tiada sumber kewangan untuk beroperasi. Kesan domino itu juga membawa kepada kejatuhan kelab ini.
Tiada yang pelik tentang dadah dan bolasepak di Colombia. Kerana hasil siasatan selepas pembunuhan Pablo Escobar, rata-rata kelab di Colombia dibiayai hasil wang penjualan dadah oleh kartel tempatan. Ini termasuk juga FA mereka!!
https://youtu.be/WNJDLWbv9j4
Apocalypse atau En Sabah Nur adalah Tuhan di zaman Mesir Purba. Sewaktu upacara pemindahan roh En Sabah Nur ke dalam jasad mutan yang lain, untuk memastikan dia kekal hidup telah berlaku satu kejadian luar jangkaan dimana para pengikutnya telah mensabotaj upacara itu dan 4 Horsemen yang jugak pengikut setia En Sabah Nur terkorban akibalo t runtuhan piramid.
En Sabah Nur gagal menjalani upacara pemindahan jasad lama ke jasad baru. Selain dapat memanjangkan hayatnya, dia juga dapat memiliki kuasa dari bandar mutan yang baru menjadi "rumah" pada roh nya itu. Jasad dia kekal terperangkap di bawah runtuhan itu beribu tahun lamanya, cuma ada segelintir saja pengikut kultusnya yang mahu En Sabah Nur dihidupkan kembali.
Di zaman moden, perisik CIA Dr Moira McTaggert yang dahulunya muncul dalam XMen First Class telah menjumpai tapak purba dimana jasad En Sabah Nur terkubur. Akibat kecuaian kecil, cahaya matahari telah menuju masuk ke tempat pembaringan En Sabah Nur dan menyambungkan semula upacara yang terbatal pada awal babak filem ini.
Di USA, Sesuatu yang tidak kena berlaku pada mata Scott Summers. Seorang pelajar sekolah menengah, dia secara tiba-tiba terpancar cahaya laser merah dari matanya dan hampir membunuh seorang pembuli.
Scott atau Cyclop dibawa oleh Alex, abangnya ke sekolah mutan Prof Charles Xavier. Disitu dia berkenalan dengan Jean yang mempunyai kuasa membaca minda.
Mystique pula dianggap hero oleh remaja pada era 80 an itu, 10 tahun selepas filem Days Of Future Past dimana dia menyelamatkan nyawa Presiden dari dibunuh Magneto.
Mystique membebaskan Nightcrawler dari menjadi hamba kelab gusti mutan. Nightcrawler dipaksa untuk berlawan dengan ArchAngel, seorang mutan bersayap seperti malaikat. Pertarungan itu disabotaj dan Mystique lari bersama Nightcrawler dan begitu juga Angel.
Mystique menyeludup Nightcrawler ke sekolah mutan Charles. Disana dia dikejutkan dengan berita Magneto yang kini hidup seperti biasa di Poland bersama keluarganya telah melakukan pembunuhan. Erik atau Magneto membunuh kerana dia diburu oleh pihak polis selepas dia melarikan diri dari Amerika. Dia dikesan mempunyai kuasa menolak objek besi setelah dia menolak kawah besi panas dari mengorbankan nyawa rakan sekerjanya dan insiden itu disaksikan segelintir pekerja yang lain.
Anak perempuan Erik diculik oleh Polis yang memburunya, anaknya itu mempunyai suara yang mampu menarik sekumpulan burung gagak. Akibat kemunculan burung itu, secara tidak sengaja, seorang anggota polis telah memanah anak Erik dan isterinya. Erik yang marah telah memanipulasi kalung besi anaknya dan menembusi leher kumpulan anggota polis itu.
Di Mesir moden, En Sabah Nur yang baru dihidupkan terkejut dengan perubahan zaman dan tamadun manusia. Dimana mereka sudah mempunyai " Tuhan Baru " dan tidak lagi menyembahnya. Dia tertarik dengan kuasa Ororo atau Storm dan merekrut Storm untuk berkhidmat padanya.
Storm, remaja yang menyanjung tinggi pada Mystique kerana jasanya pada mutan. En Sabah Nur telah mendownload segala maklumat yang terjadi sepanjang ketiadaannya ke dalam fikirannya.
Bersama Storm, dia mencari Caliban seorang mutan yang mempunyai kuasa menghidu dimana seseorang itu berada. Psylocke yang menjadi orang kanannya, menyertai En Sabah Nur setelah kuasanya ditambah oleh En Sabah Nur. Mereka kemudian menjejak ArcAngel dan akhir sekali, Magneto.
Semasa berkomunikasi dengan minda Erik melalui Cerebro, perbualan Charles telah dipintas oleh En Sabah Nur yang mahukan kuasa telepati milik Charles yang mampu menembusi minda dan akal seseorang itu. Charles telah dirasuk oleh En Sabah Nur dan dia tidak mampu menahannya.
Dia mengarah Alex menggunakan kuasanya untuk memusnahkan cerebro itu kerana ianya bakal menjadi satu malapetaka jika jatuh ke tangan En Sabah Nur yang mahu menggunakan mesin itu untuk mengesan semua mutan di dunia.
Alex yang berang apabila En Sabah Nur dan 4 Horsemen nya membawa pergi Charles telah mengeluarkan pancaran laser dan akibatnya berlaku letupan yang maha dahsyat menyebabkan sekolah itu terbakar.
Quicksilver yang dimaklumkan bahawa Erik itu bapanya telah pergi ke Sekolah mutan, dia sampai tepat pada masanya dimana letupan itu berlaku. Dengan kepantasan yang ada padanya dia sempat membawa keluar penghuni di sekolah itu. Scott,Jean, Jubilee dan Nightcrawler baru saja pulang dari bandar semasa letupan itu terjadi dan mereka terkejut atas apa yang berlaku. Alex terkorban walaupun dialah yang paling awal dibawa keluar oleh Quicksilver.
Tiba-tiba sebuah helikopter datang ke sekolah itu atas dasar memberi bantuan tetap sebenarnya mereka ialah unit khas yang diketuai major William Stryker. Satu das tembakan yang mengeluarkan cahaya telah menyebabkan mereka yang ada dilokasi itu pengsan. Hanya Nightcrawler, Cyclop dan Jean terselamat. Mereka berjaya menembus masuk ke dalam helikopter yang membawa pergi Quicksilver, Beast, Moira, Mystique ke sebuah lokasi rahsia.
Kecanggihan teknologi di lokasi itu menyebabkan Quicksilver tidak dapat menggunakan kuasanya. Semasa Jean,Night, Cyclop berjaya menyeludup masuk ke kawasan itu mereka yang diburu oleh pengawal keselamatan telah membebaskan Wolverine dari bilik kebal. Wolverine yang berang itu telah membunuh semua pengawal disitu dan melarikan diri. Atas kuasa minda Jean, Wolverine telah mendapat semula ingatan nya yang telah terpadam.
En Sabah Nur yang menculik Charles telah menggunakan kuasa telepati Charles untuk memberitahu dunia yang dia akan menakluk dunia. Charles secara senyap menghantar mesej rahsia pada Jean, yang dia berada di Syria.
Mereka pun pergi ke Syria untuk membawa pulang Charles sebelum jasad dia disatukan dengan roh En Sabah Nur. Mystique bersama Quicksilver cuba memujuk Magneto yang hilang harapan pada manusia, Beast dan Cyclop pula akan bertempur dengan Psylocke dan Storm. Nightcrawler ditugaskan untuk membawa keluar Charles tetapi dia kerap dihalang oleh ArchAngel.
Beast berjaya menumpaskan Psylocke, begitu juga dengan Nightcrawler setelah berhempas pulas melawan asakan ArchAngel dia akhirnya sempat membawa keluar Profesor X dari disatukan dengan roh En Sabah Nur.
ArchAngel dan Psylocke cuba mensabotaj pesawat yang dinaiki mereka untuk pulang ke USA. Akibatnya pesawat itu terhempas dan ArchAngel terkorban. Psylocke yang kini cedera berlindung disebalik timbunan runtuhan. Nightcrawler menggunakan kuasa nya semaksimum mungkin untuk membawa mereka semua keluar dari pesawat itu dan ke tempat yang lebih selamat. Akibatnya dia keletihan dan pengsan.
Mystique dan Quicksilver yang kecewa dengan Magneto telah cuba sedaya upaya menghalang En Sabah Nur dari memburu Charles. Quicksilver hampir berjaya menumpaskan En Sabah Nur dengan kuasa pecutan dan kelajuan nya tetapi terhenti akibat kakinya ditanam ke dalam tanah oleh kuasa En Sabah Nur. Mystique yang menyamar sebagai Psylocke pula berjaya menyelamatkan Quicksilver tetapi dia hampir hilang nyawanya.
Storm pula terkejut apabila mendapat tahu Mystique yang juga idolanya itu sebenarnya selama ini berpihak kepada musuhnya. Akibat itu dia berpaling tadah dan memilih untuk menentang En Sabah Nur.
En Sabah Nur yang berang telah bertempur dengan Charles di dalam mimpinya. Kesan daripada penyatuan yang tidak menjadi itu Charles telah gugur rambutnya dan kini botak. En Sabah Nur terbukti terlalu kuat untuk Charles hinggakan di dalam mimpi pun dia tidak mampu menang.
Dengan bantuan Magneto, X Men masih belum cukup kuat untuk memusnahkan En Sabah Nur. Dibantu Cyclop dan Mystique pun mereka belum cukup kuat. Akhirnya Charles mengarahkan Jean Grey menggunakan kuasa mutlaknya yang hanya diketahui oleh Charles untuk mematikan En Sabah Nur. Akhirnya kemenangan berpihak pada mereka.
* Masih ada kekurangan dalam filem ini. Seperti watak En Sabah Nur dalam komik adalah berwajah seperti King Kong tetapi dalam filem ini dia mirip Dr Doom.
Cyclop dan Havoc jika di dalam komik. Cyclop adalah abang, manakala Havoc adik. Tetapi dalam filem ini Havoc abang, Cyclop pula adik.
Hairan kenapa Charles, Hank dan Erik langsung tidak menyebut tentang Wolverine. Seakan akan mereka hilang ingatan tentangnya, walaupun dalam filem Days Of Future Past dulu mereka bersama sama pergi ke Paris. Wolverine turut membantu Hank dan Charles menghalang rancangan jahat Magneto. Begitu juga dengab Mystique yang langsung tidak tahu tentang Wolverine padahal diakhir babak Days Of Future Past dialah yang mengeluarkan Wolverine dari Sungai.
Dalam Xmen United dan Wolverine Origin, Wolverine dikurung di dalam akuarium kaca untuk eksperimen memasukkan besi Adamantium ke dalam badannya. Tetapi kali ini di dikurung dalam bilik besi/ bilik kebal.
Berbanding Nightcrawler versi Xmen United yang berwarna biru kehitam hitaman, versi kali ini dia berwarna biru pekat. Sama seperti biru Mystique.
Dalam Xmen The Last Stand, ArchAngel atau Warren Worthington III berasal dari keluarga kaya. Tetapi kali ini dia dia adalah seorang mutan yang tidak memiliki apa apa.
Bukan sebab jalan cerita yang tipikal atau lakonan yang kayu. Tetapi disebabkan kekuatan mutu teknikal filem ini yang menyebabkan penonton keluar panggung. Efek yang terlalu realistik, audio bunyi yang menyeramkan dan sudut kamera yang menggerunkan menjadi faktor utama penonton tidak mampu bertahan.
https://youtu.be/682pOPYLueQ
Umum mengetahui tentang bencana loji nuklear Chernobyl 1986 antara punca utama kejatuhan Soviet Union.
Tetapi tidak ramai yang tahu tentang bencana loji nuklear Mayak yang juga dikenali sebagai Kyshtm Disaster. Bencana Kyshtm terjadi pada 1957!! 29 tahun sebelum terjadi nya bencana Chernobyl.
Mungkin sebab pembinaan bandar ini yang dirahsiakan dari umum contoh menerima kawalan ketat anggota tentera dan kedudukannya yang terletak jauh di pedalaman dan dirahsiakan dalam peta Rusia!
Pihak Amerika yang juga musuh ketat Soviet di era perang dingin turut merahsiakan perkara ini dari umum. Atau mungkin mereka juga sedang dalam usaha memulakan projek nuklear pada waktu itu.
https://youtu.be/0GNSer8T6TA
Setiap acara sukan pasti ada posisi yang paling rumit dan berat fungsinya. Mereka yang bermain di posisi ini dianggap sebagai hero dan nadi pasukan. Jika mereka yang bermain di posisi ini tidak bermain dengan baik, persembahan pasukan akan terjejas
https://youtu.be/03_lgITyYms
Siapa sangka kelab bolasepak mempunyai common characteristics dengan watak-watak dalam drama tv?? Menarik
https://youtu.be/7Uoey1qTAvg
Mereka ini dibeli oleh kelab besar atas reputasi cemerlang mereka di peringkat remaja. Tetapi jolokan ' Bintang Masa Depan ' hanyalah satu sumpahan buat mereka apabila gagal meningkat naik menjadi pemain berkelas dunia dan gagal menonjol dengan mana-mana pasukan.
https://youtu.be/wIETvKBP2XE
Ramai yang menganggap aksi gusti atau movement dalam sukan gusti hiburan hanyalah lakonan semata-mata. Tetapi jika silap percaturan ada yang hilang nyawa semasa sedang beraksi.
Untuk aksi yang tersenarai dalam video dibawah, kami memilih gerakan shattered dream, vertebreaker, styles clash, last ride dan tombstone piledriver yang nampak ganas dan ngeri.
https://youtu.be/utSiXOWEMi0
Jika menyertai mana-mana kumpulan samseng, kartel. Tatu sudah menjadi kemestian untuk ahli-ahli mereka. Dimana dengan mencacah tatu lambang kumpulan mereka diibaratkan mereka itu adalah abang besar di kawasan itu.
Tetapi ianya boleh menjadi masalah jika kumpulan lain terserempak dengan anda. Anda berkemungkinan mati ditembak di jalanan atau diculik sebagai tebusan.
Homeboy industry melihat peluang ini sebagai jalan untuk bekas-bekas ahli kumpulan samseng ini memulakan hidup baru dan kembali kepada masyarakat. Tatu mereka dibuang supaya mereka kelak tidak lagi menjadi sasaran kumpulan lain.
https://youtu.be/rT9jcDrFGxs
Bosan dengan fine dining dan restoran makanan segera? Apa kata anda berkunjung ke restoran di dalam video ini untuk pengalaman baru yang mengujakan.
Anda mungkin berasa jijik, aneh dan sedikit kekok dengan cara anda dilayan dan makanan anda dihidangkan.
https://youtu.be/cDSHALu-tXE
Siapa sangka ada pembida yang sanggup membida kawan ghaib iaitu imaginary friend?
Tak cukup dengan itu lagi ada pula yang sanggup membida tisu yang telah digunakan oleh Scarlett Johanson, lagi gila ada yang membida hingga ribuan dollar untuk pakaian yang dipakai oleh Jennifer Lawrence dalam filem Silver Lining Playbook.
Tonton video dibawah untuk info lebih lanjut.
https://youtu.be/JRLtUPFpbOU
Ada diantara mereka yang mati secara mengejut atas faktor kesihatan, ada pula yang tidak bernasib baik mati sebab masalah teknikal lantas hilang nyawa sekelip mata.
https://youtu.be/sGaD6VbUk-E
Kita mungkin tidak sedar yang dalam filem dibawah ini berlaku sedikit kelemahan seperti set prop yang tidak realistik, kemunculan krew filem secara tidak sengaja dalam sesuatu adegan.
https://youtu.be/ZuVEs1HevTE
Seperti biasa filem thriller aksi Marvel Comic ini banyak menggunakan effects letupan dan juga CGI. Faktor penarik untuk aku menonton filem ini adalah watak Black Panther yang buat pertama kali di adaptasi ke dalam filem.
https://youtu.be/r_cMcndBS-A
Sejak external HardDisk rosak ni. Tak dapat dah aku nak layan movie macam dulu. Musnah segala khazanah tv series,filem-filem kegemaran aku dalam external tu.
Dekat 3 bulan jugak aku tak dapat nak layan movie dan tv series ni. Dahla laptop pun orang pinjam tak cakap, lepas tu buat harta sendiri sampai sekarang tak pulang-pulang.
Penyudahnya, hobi movie aku tersekat di situ saja. Dahlah tahun ni tak sempat layan movie kat wayang. Entah apa punya bala la yang menimpa aku ni.
Ada pengarah yang mahukan hasil serba serbi sempurna dan sanggup mengambil risiko sewaktu penggambaran dijalankan.
Tetapi siapa sangka risiko yang diambil itu menyebabkan krew filem,pelakon dan juga pengarah sendiri maut kerana idea gila mereka itu.
https://youtu.be/nwP6wu4gL3E