Saturday, December 22, 2012

Demam Lagi

 Ini Kali ke 4 aku demam tahun ni.agaknya tahun 2012 tahun demam aku rasanya.secara purata aku demam 2 kali setahun tapi untuk 2012 dah 4 kali bermakna ada sesuatu yang tak kena pada sistem imunisasi aku.seksa rasanya walaupun demam dan selesema saja, nampak ringan pada mereka yang tak kena,tapi berat pada yang merasa tau !!!!

oh god cepat la pulihkan selesema ku ini,sudah 2 kotak dequadine + 3 paket halls dihabeskan  sakit tekak hari ni baru hilang,yang paling aku benci selesema ye lah,dah la hidung berhingus,bersin lagi.setiap masa nak kesat hidung je rabak la tisu aku nanti.masa demam ni la aku tak boleh meneruskan hobi baru aku iaitu membaca buku,sebab asyik nak mengesat hingus je kadang-kadang boleh membantutkan selera dan adrenalin membaca aku.

Wednesday, December 19, 2012

PMR lima tahun lalu....

credit to effi saharudin
kenangan yang paling aku tak dapat lupa dan sentiasa dalam ingatan ialah zaman aku form 3 tahun 2007.hari ni bila aku sedar,masa tu aku belum terbuka kepada teknologi dan boleh kata zaman itu zaman jahil aku kepada teknologi.yang aku tau 5 tahun dulu aku beli wisel,majalah g3 untuk mengisi masa lapang aku dan aku jugak membaca mastika pasal masa tu aku tak mengerti apa itu myspace,blogspot,friendster. disebabkan teknologi yang terhad itu  aku banyak menghabiskan masa aku mengulangkaji pelajaran lebih-lebih lagi subjek sejarah yang perlu banyak membaca.

masih segar dalam ingatan bila abes saja paper sejarah aku akan menyemak sendiri kertas soalan yang dibawa balek dan merujuk dengan buku teks,dari situ aku tak perlu berdebar-debar menanti keputusan peperiksaan mata pelajaran sejarah aku.sama ada A atau B itu saje.

tiba masa yang dinanti result PMR pun diumumkan masih aku ingat 26 disember 2007 lepas semayang maghrib berjemaah bapak aku buat perjanjian berat sebelah.dia kata 1A dia bagi 20 ringgit pada seorang remaja yang inginkan sebuah handfon pastinya aku nak handfon tak kira la dia offer satu A tu tiket lrt or wad so ever.

dan esoknya 27 disember 2007 - cantik tarikh tu result pmr pun keluar,mujurla masa tu aku tak pakai fon lagi jadi takde la mesej-mesej yang sibuk bertanya ' kau dapat berapa A ??'  dan masa tu aku belum memiliki sebarang akaun laman sosial jadi lagi tenang la aku menyorokkan keputusan PMR aku.datang ke sekolah dengan skemanya berbaju kemeja putih,seluar hijau dan ber neck tie aku pun pergi ambil result PMR dan satu perkara yang paling aku suka ialah MATHEMATIC aku tak fail !!! itu je benda yang paling aku nantikan selepas final paper PMR tu.

suka cita diumumkan PMR 2007 ialah Keputusan PMR terbaik dalam sejarah smk Taman Setiawangsa, bangga aku beb padahal bila difikirkan hari ni PMR tu ibarat AFF pada pandangan pemerhati bolasepak macam aku. pmr atau aff itu tidak membawa aku kemana-mana dan juara aff tu tak membawa sebarang makna pada malaysia.

keputusan PMR aku hanyalah : 3A 3B 1C 1D -
                                                A- Sejarah,geografi,agama islam
                                                B- Sains,bahasa melayu,kemahiran hidup
                                                C-bahasa inggeris
                                                D- Mathematik

Friday, December 14, 2012

Family Trip Of The Year

ini percutian keluarga yang paling aku enjoy sejak sekian lama.dalam percutian ini tercapai hajat aku untuk menjelajah kedah-perlis-langkawi.misi aku lepas ni nak menjejak terengganu-kelantan-singapura

perak - family day
 kedah - sepupu kawen
 kuala perlis  - transit 1 malam sebelum ke langkawi
 langkawi - cable car
 
perlis - padang besar 
 
 jelajah penang aku tak masukkan sebab aku  ke penang setengah jam saja itu pun hanya meronda dan duduk di dalam kereta lepas tu kembali semula ke tanah besar

Thursday, December 13, 2012

Final Kami Datang

apa de hal istanbul aku datang ??  oh ye,gol jaringan saya semalam saya tujukan khas kepada cik nurul diyana faizah binti yahya. singapura layak ke final menepati ramalan saya sejak sebulan yang lalu semasa melepak bersama khairul amir dan han di hadapan kedai runcit KMK yang sudah tutup sementara menunggu liverpool vs newcastle.

kebetulan pulak nombor memainkan peranan penting di sini 19 adalah umur awak semasa kita mula bertemu, 19 juga umur saya semasa ulang tahun pertama kita, 19 juga nombor saya yang menjaringkan gol kemenangan malam tadi dan 19 juga minit di mana jaringan itu berlaku.
dan KHAIRUL juga bakal nama anak lelaki saya nanti


Wednesday, December 12, 2012

HariJadi Mu Yang Akan Tiba

dalam akaun ada 93 ringgit,takde apa yang mampu aku belikan.aku akui masa-masa mustahak ni la mencemburui hubungan kami.pagi esok genap la 21 tahun en yahya mendapat anak perempuan ke  5 beliau yang akan menjadi tanggungjawab aku satu hari nanti. memang aku tak sweet macam mamat selebriti twitter dan fb yang tuju-tuju ayat cinta pada makwe diorang dengan  mempublish photo-photo ayat cinta yang dishare dari mana entah,ditambah lagi update status dengan lagu-lagu band-band jiwang era eddie hamid yang tak tahu apa itu muzik dan mamat-mamat jambu yang selalu mengupdate status 'baby i loveeee uuuu' ' shayunk hug me muah' yang cukup membuat aku rasa tak perlu ber friend dengan individu sebegini.

aku bukan takde perasaan jiwang cuma aku lebih suka meluahkan dengan cara bersastera melalui lagu

m nasir -  suatu masa adalah lagu yang puitis aku tujukan pada miss d sebab lagu itu menggambarkan apa yang aku rasa 6 bulan kami terpisah

click 5 - empty, aku tak pernah berpisah dengan miss d untuk tempoh yang lama dan sejak 1 disember 2011 aku mula merasa apa itu erti kesunyian dan kehilangan.

apa pun selamat hari jadi sayang :) tahun 2010 kita tak sambut dengan makan di A&W, tahun 2011 kita sambut dengan masing-masing terpisah, dan tahun 2012 kita bakal sambut tapi secara postpone.

IRWANSYAH - TENTANG PERASAANKU

IRWANSYAH _ TENTANG PERASAANKU azfar, dyana sayang azfar woo..;)))