Saturday, July 30, 2016

Filem Juvana Perhitungan Terakhir

Filem Juvana yang dikeluarkan tahun lepas mengundang sedikit rasa berang pada penonton kerana ending cerita yang memeningkan. Setelah diterangkan oleh pihak produksi bahawasanya akan ada sambungan pada filem itu barulah semua pihak berpuas hati.

Jarak antara filem ini dengan filem Rock Bro nampak nya beza sebulan saja, pastinya para penggemar filem-filem berkualiti tanah air sempat menabung untuk memberikan sokongan pada filem ini.


Friday, July 29, 2016

Filem Rock Bro...Yang Ditunggu Sudah Tiba

Sekian lama, 3 tahun menanti..akhirnya filem terakhir dalam francais Rock Ooo... kini tiba. Agak menghairankan kenapa Que Haidar aka Amy Mat Piah tidak muncul dalam filem ini ( berdasarkan nama pada poster filem ).

Mungkin kah beliau hanya muncul sebagai kameo ?? kita sendiri tahu Que Haidar adalah pelakon yang classy dan ada standard, bukan cacamarba,asal boleh punya pelakon. Mungkin Que kurang bersetuju dengan skrip dalam filem ini barangkali. Sementelahan filem Rock Ooo Rimba Bara Kembali dulu berjaya memujuk dia berlakon setelah lama bersara dari dunia lakonan.

Apapun sama-sama kita nantikan bulan oktober ini, bersama-sama kita 'rock' kan pawagam berdekatan.


Tuesday, July 19, 2016

Filem Get A Job 2016




Filem komedi ini dihasilkan pada 2012 tetapi hanya ditayangkan pada umum pada 2016 setelah label besar memiliki hak pengedaran keatas filem ini. Filem ini mengisahkan tentang sekumpulan remaja yang baru saja menamatkan pengajian dan cabaran mereka untuk menempuhi hidup baru sebagai orang dewasa yang berdikari dan cabaran di alam pekerjaan.

Will dan Jillian adalah sepasang kekasih yang baru saja memasuki dunia pekerjaan, mereka menyangka dengan memiliki segulung ijazah mereka sudah cukup bersedia untuk memasuki alam baru tetapi sangkaan mereka meleset. Will datang ke firma internet yang mana dia menghabiskan masa cuti semesternya dengan bekerja sebagai budak internship secara percuma, malangnya tiada sebarang jawatan ditawarkan kepadanya kerana syarikat itu mengecilkan skala pekerjanya dimana para pekerja sedia ada turut diberhentikan.

Dia mencuba nasib dengan menjawat jawatan receptionist di sebuah motel tetapi dipecat kerana menjual bilik untuk khidmat pelacuran tanpa disedarinya tindakan itu salah disisi undang-undang. Semasa berkunjung ke kelab hiburan, dia mendapat nasihat dari seorang penari bogel untuk mengenali potensi diri yang ada pada dirinya dan memanfaatkan kelebihan itu. Akhirnya dia berjaya menjawat jawatan sebagai penyunting video korporat di sebuah syarikat penempatan pekerjaan terkemuka.

Teman wanitanya, Jillian pula hilang mata pencarian dan dibebani hutang akibat gaya hidup yang mewah. Will juga menetap bersama 2 sahabatnya yang sudah mempunyai pekerjaan tetap masing-masing iaitu Luke di syarikat pelaburan, Charlie pula Cikgu Sains dan Ethan sebagai Software Developer.


Tanpa pengetahuan ibunya, bapanya iaitu Roger diberhentikan kerja akibat kegawatan ekonomi. Bapanya berpura-pura berpakaian kemas dan menghabiskan masa di kafe hipster untuk melayari internet dan mencari peluang pekerjaan baru. Bapanya terlebih dahulu menggunakan khidmat firma dimana Will kemudiannya ditawarkan jawatan di situ, tetapi kos penggunaan khidmat firma itu terlalu mahal dan menelan belanja 30 ribu.

Semasa bekerja sebagai receptionist, Will sempat merakam video untuk mempromosi khidmat yang ditawarkan oleh Skizzy D, bapa ayam. Video itu mendapat tontonan tinggi di youtube lantas menaikkan profail Will sebagai youtuber ternama.


Bosan dengan kehidupan korporat yang hipokrit, Will mula menanam impian untuk membangunkan jenamanya sendiri sebagai penyunting video tanpa perlu bergantung pada firma besar. Lantas dia memiliki kebebasan dalam berkreativiti tanpa batasan seperti yang ditetapkan oleh majikannya.

Bapanya akhirnya memiliki pekerjaan baru dan Will memilih untuk membangunkan kariernya sendiri sebagai penyunting video bebas. Bermula dengan menghasilkan video promosi deodoran dari sebuah jenama baru.

  • Christopher Mint Plasse bekerja sebagai Software Developer dalam filem ini, kemudiannya dalam Filem Neighbour 2 Sorority Rising, dia ditanya tentang perkembangan kerjayanya sebagai Software Developer. Seakan-akan ada kesinambungan disitu walaupun dalam N2SR dia memegang watak yang berbeza dan tiada kaitan antara 2 filem ini. 

  • Walaupun watak-watak mereka dalam filem ini berusia awal 20an, usia sebenar mereka sewaktu pengambaran filem ini ialah Anna Kendrik 27, Brandon T Jackson 28. 

  • Anna Kendrick walaupun berusia 31 tahun, masih lagi diberikan watak remaja berusia 20 an padanya.
  • Filem ini tidak memasuki pasaran Malaysia

Thursday, June 2, 2016

Filem Demolition



Davis Mitchell - seorang pelabur yang berjaya, satu hari semasa berbual tentang peti sejuk di rumah mereka yang sudah bocor tiba-tiba kereta yang dipandu isterinya dan mereka tetlibat dalam kemalangan.

Isterinya terkorban tetapi Davis hanya cedera ringan. Isterinya sebenarnya mengandung dan berita seakan-akan tidak mengejutkan Davis. Seolah-olah dia baru saja bangun dari tidur yang panjang. Semasa di hospital, dia membeli snek dari mesin layan diri, tetapi snek itu tersangkut. Davis menelefon operator syarikat pembekal mesin layan diri itu supaya memulangkan wang nya kembali. Walaupun jumlahnya hanya 50 sen !! Davis pula bukanlah seorang yang miskin, dia tinggal di rumah banglo dan bekerjaya tetap di syarikat milik bapa mertua nya dan memegang jawatan besar. 

Pada satu malam selepas memecahkan dan meleraikan peti sejuk yang menjadi bahan leteran mendiang isterinya, Julia. Dia mendapat panggilan dari Karen, wakil dari syarikat pembekal mesin. Dari situ bermula lah hubungan persahabatan antara mereka walaupun pada awalnya Karen enggan bersemuka dengan Davis. Karen tinggal di sebuah rumah usang bersama pasangannya yang juga pemilik syarikat pembekal mesin itu, bersama seorang anak lelaki yang mempunyai masalah disiplin di sekolah. 

Secara tidak sengaja, semasa menaiki keretapi, Davis telah menegur seorang wanita. Dan tak lain tak bukan itu adalah Karen !. Davis akhitnya merasakan kehidupannya kembali bermakna. Selama ini dia hanya bangun-pergi kerja-pulang kerja-tidur, satu fasa yang cukup membosankan dalam hidupnya. 

Dia mula hilang pedoman dengan membayar kontraktor meroboh rumah, untuk melepaskan giannya. Tindakan Davis yang seperti orang hilang akal itu merisaukan bapa mertuanya, setelah dia meleraikan satu persatu komputer miliknya di pejabat. Dia akhirnya disuruh berehat. 

Chris, anak lelaki Karen mula berkawan dengan Davis setelah dia digantung persekolahan. Davis pula mula hilang akal apabula membawa Chris datang ke rumahnya dan meroboh rumah itu. Kerana rumah itu lambang kejayaan nya tetapi sebenarnya Davis kosong kerana dia tiada kawan untuk bersosial, tiada pengalaman manis untuk dikenang, tiada keluarga. 

Davis akhirnya mendapat tahu, mendiang isterinya sebenarnya mengandung anak hasil hubungan dengan orang lain. Orang yang melanggar kereta mereka semasa kemalangan itulah pasangan skandal isterinya. Apabila mendapat tahu semua itu, Davis menerima dengan tenang kerana dia tidak cintakan isterinya itu. Mendiang isterinya itu hanyalah platform kepadanya untuk mencapai status yang dimilikinya pada hari ini, iaitu status yang tidak ada makna pada hidupnya. 

Bapa mertuanya, Phil akhirnya menggunakan wang insuran milik Julia sebagai biasiswa kepada pelajar Universiti. Davis semasa zaman kolejnya bukanlah pelajar cemerlang, dia mengupgh seorang rakan untuk membuat segala paperwork itu. 

Davis mula menemui erti hidup yang sebenar, dimana dia rasa circle kehidupannya lebih ber erti dengan Chris dan Karen yang jadi tempatnya berkongsi cerita. Kini Davis lebih bersemangat untuk membina semula kehidupannya. 


Wednesday, June 1, 2016

Mirshad Hassan Kulasic

Mirshad, kini 22 tahun. Terkenal menerusi drama, Diari Ramadhan Rafique yang ditayangkan di TV3 pada bulan puasa 2006 dan 2007. Dalam drama itu dia memegang watak budak lelaki Perancis kacukan Melayu yang dihantar ke Malaysia untuk menjalani ibadah puasa bersama keluarga sebelah ibunya di Malaysia. Drama itu mendapat sambutan hangat dari kanak-kanak dan remaja, tetapi tidak didedahkan kenapa selepas drama itu Mirshad tidak lagi berlakon dalam mana-mana drama.

Dia yang berasal dari Bosnia Herzegovina datang ke Malaysia untuk mengikuti bapanya yang bekerja sebagai Chef.




Astro Hitz 705 Ditamatkan Siaran

Aku mula mengikuti siaran bercorak muzik tv ini pada 2004 pada waktu ia masih lagi dikenali sebagai Hitz.Tv sebelum ditukar kepada Astro Hitz, jangan terkeliru dengan HITS 720 yang menyiarkan siri tv,sitkom terkenal era 80an,90 an.

Awalnya siaran ini beroperasi pada  16 sebelum bertukar ke 705, setelah Astro mula menggunakan sistem 3 angka mulai Oktober 2007.

Pada waktu itu dimana YouTube masih belum wujud Hitz.tv ibarat YouTube pada remaja era itu untuk menonton video muzik-muzik hits terkini.

Paling diingati tentunya segmen Up 2 You, dimana para penonton diberi hak untuk mengundi video muzik mana yang mereka mahu mainkan untuk playlist seterusnya. Dan pada waktu inilah para pengundi akan berperang sesama sendiri bagi memastikan lagu kesukaan mereka dimainkan.

Sejak 2009 Hitz.tv menukar format mereka dengan lebih spesifik. Dengan setiap segmen atau slot waktu siaran mempunyai tema sendiri seperti Best Of British, yang hanya memainkan lagu-lagu dari Britain. Begitu juga homeboy, lagu-lagu artis tempatan dimainkan.
Tetapi Hitz.Tv terpaksa akur dengan persaingan semasa, dikala YouTube sudah mula tampil dalam format Vevo, begitu juga dengan kewujudan pemain muzik online seperti Spotify. Hitz.TV seakan akan tidak lagi relevan dikala pendengar muzik pada masa kini lebih gemar meluangkan masa mendengar lagu kegemaran mereka di smartphone berbanding menontonnya di tv.

Format siaran Hitz.tv yang masih lagi menggunakan format standard definition juga menyebabkan kualiti siaran mereka kurang digemari.

Dadah Dan Bolasepak Apa Kaitannya?

Bill Clinton, bekas Presiden Amerika Syarikat begitu dibenci penyokong kelab liga divisyen 2 Colombia, America De Cali.

Ini kerana semasa era Clinton, yang memerangi kartel dadah besar-besaran telah menyebabkan kelab mereka mengalami kemerosotan drastik.

Punca??  kelab ini dibiayai oleh adik-beradik Orejuela, Miguel dan Gilberto Orejuela. Yang juga kartel dadah di bandar Cali, dimana kelab ini terletak.

Hasil dana dari kartel Orejuela ini, kelab mereka pada masa itu antara kelab terbaik dunia, hanya dibelakang Juventus.

Kesan penangkapan 2 bersaudara ini yang kemudiannya di ekstradisi ke Amerika telah menyebabkan kelab ini tiada sumber kewangan untuk beroperasi. Kesan domino itu juga membawa kepada kejatuhan kelab ini.

Tiada yang pelik tentang dadah dan bolasepak di Colombia. Kerana hasil siasatan selepas pembunuhan Pablo Escobar, rata-rata kelab di Colombia dibiayai hasil wang penjualan dadah oleh kartel tempatan. Ini termasuk juga FA mereka!!

https://youtu.be/WNJDLWbv9j4