Monday, November 14, 2011

jambatan tenggelam fort de roovere

posted by azfar

 lagi cerita tentang belanda, kubu perang tentera eropah dibina parit yang dalam di depannya dan jika musuh menyerang jambatan yang menghubungkan kubu dengan kawasan luar akan dinaikkan, tapi kubu ini digunakan untuk tujuan pelancongan dan para arkitek yang genius lagi pelik dapat idea dengan menggunakan jambatan tenggelam dari jambatan tergantung dan rasa2nya kalau hujan lebat mungkin jambatan ni akan banjir. jambatan ni dianugerahkan BNA building of the year oleh persatuan arkitek belanda.


Saturday, November 12, 2011

rekaan kek hari jadi lain dari yang lain

posted by azfar

aku dah bosan dengan dekorasi kek hari jadi yang ada bunga,rumah,karton dan payunng.jadi aku pun carik la gambar2 kek yang menarik,dan inilah hasilnya

dekorasi kopi yang kreatif

posted by azfar

kopi atau latte sering dihiasi dengan corak krim diatasnya, biasanya corak daun dan kali ni aku bagi corak yang jarang dijumpai

taman bunga Butchart

posted by azfar

taman bunga butchart ini diiktiraf antara taman bunga terbaik di dunia. mula dibuka pada 1904 usianya kini mencecah 107 tahun dan dibuka kepada pelancong setiap musim, setiap musim dari musim panas-sejuk-bunga-luruh, akan menjanjikan pemandangan yang indah kepada para pengunjungnya. terletak di british columbia, terletak 21 kilometer dari bandaraya victoria dan di sekitar taman ini terdapat hotel untuk para pengunjung.setiap pokok disini dijaga dengan teliti untuk memastikan ia akan selalu memberi pemandangan yang sempurna kepada para pengunjung.berkeluasan 50 ekar, taman ini juga berhampiran dengan vancouver island, dan aku pun mula berangan-angan akan pergi kesini.

di musim panas pengunjung akan terpegun dengan keindahan bunga2 yang tumbuh mekar di sini, semasa musim luruh pula daun maple keemasan yang menjadi tarikan pengunjung, semasa sambutan krismas taman ini akan dihiasi tema krismas dan ketika musim sejuk akan tumbuh pula pokok yang baru,ini menjadikan taman ini sesuai untuk dilawat sepanjang tahun. dari jun-september waktu lawatan bermula pukul 2 petang dan lebih2 lagi semasa musim bunga, kawasan disini pasti sibuk dikunjungi para pelawat.

apartment warna warni

posted by azfar

sebuah bangunan apartment di jepun direnovate untuk oleh seorang arkitek yang ingin mendidik masyarakat supaya memanfaatkan dan menggunakan dengan bijak semua ruang yang ada di rumah kita, kerana di jepun harga rumah teramatlah mahal dan kecik jadi kita kena lebih kreatif dengan menjadikan sesuatu yang kecil itu kelihatan besar. apartment ini dikenali sebagai reversible destiny lofts renovasi kreatif lagi berwarna warni ni dibuat kepada 9 unit apartment.