Friday, July 3, 2015

Ah Boys To Men Bahagian 3



ABTM bahagian 3 ini spin-off kepada ABTM 1 & 2 sebelum ini. Dalam filem ini mereka menjalani khidmat negara/kerah tenaga/ National Service di tempat yang sama iaitu Pulau Tekong. Masih mengekalkan pelakon yang sama cuma sedikit rombakan, tiada watak Ismail, Muthu dan IP Man. Skop watak dikecilkan dengan hanya Hei Long dibawa masuk sebagai pelatih dan tambahan watak BT Lum aka No.2, iaitu pegawai waran yang sering disebut-sebut dalam ABTM 1 dan 2.



Permulaan cerita kali ini ditampilkan Ken,Aloysius dan Luobang menjalani operasi sebagai frogmen dalam misi menumpaskan sekumpulan lanun yang telah menawan sebuah kapal. Menjadi kekeliruan buat semua mengapa mereka bertugas sebagai tentera laut sedangkan dahulu mereka dilatih sebagai tentera darat. Rupa-rupa nya itu pemberitahuan, jika mereka tidak ditugaskan ke dalam tentera darat mereka akan dipilih ke dalam tentera laut atau udara, peluang untuk dipilih ke dalam unit navy dan airforce ini amat tipis berbanding tentera darat.

Cerita dimulakan dengan Luobang bekerja sebagai jurujual henfon dan dia telah menipu seorang pelanggan wanita dengan mengenakan harga yang lebih tinggi untuk henfon yang kurang berkualiti. Ken pula masih berkeras hati untuk tidak menyertai NS dan mengikut teman wanita nya belajar di luar negara. Hei Long pula seorang anak imigran dari Hong Kong, ibu-bapanya berhijrah ke Singapura dan memiliki kerakyatan Singapura. Oleh sebab itu dia sebagai generasi kedua wajib menjalani khidmat negara sama seperti anak-anak Singapura yang lain.




Heng Long bertindak sebagai pembuli dalam filem ini dengan dia sering berselisih faham dengan Luobang, Aloysius pula dengan misi nya untuk menjadi pelatih terbaik dan Ken pula memikirkan 1001 cara untuk keluar dari Naval Diving Unit seperti berpura-pura sakit, ponteng latihan dan memohon untuk menyertai tentera udara. Luobang bertindak sebagai penglipurlara dalam platun itu dengan sering menceritakan tentang seorang waran yang garang dan tegas dan mereka bernasib baik jika tidak di bimbing oleh waran itu. Malangnya mereka terpilih untuk dibawa pemerhatian waran itu iaitu No.2, dia digelar nombor 2 kerana rekod selam tanpa tangki oksigen nya yang hanya mampu diatasi oleh seorang pelatih sebelum itu yang digelar no 1.

Luobang masih meneruskan misinya sebagai peniaga dan penyeludup dalam platun itu, cakap saja apa yang mereka mahu dia pasti akan cari jalan untuk menyeludup ke dalam kem itu. Hei Long pula tidak mempedulikan kedua ibu-bapanya dan masih meneruskan hidupnya di luar kem sebagai ketua samseng Tiong Bahru.




Ken yang sudah berputus asa dengan cabaran di NDU telah memohon untuk keluar dan dia bertindak dengan mencabar No 2 untuk beradu tenaga dengannya untuk membuktikan dia juga cergas sepertinya. Malangnya Ken tidak mampu menyaingi no2 dan itu memburukkan lagi namanya di kalangan pelatih.


Hei Long yang hilang sabar dengan Aloysius telah membuli nya tetapi dia yang teruk dibelasah kerana Aloysius sebenarnya mahir dalam seni mempertahankan diri dan dia tidak menggunakan kelebihan dan kekuatan yang ada pada dirinya itu untuk membuli mereka yang lemah.

Luobang yang berdepan masalah peribadi kerana dia lah ketua keluarga kerana bapanya sudah lama meninggal dunia, adik perempuannya masih bersekolah dan ibu nya pula terlibat dengan pengambilan dadah. Jadi dia perlu bekerja keras untuk menyara adiknya, hingga satu ketika dia melanggar polisi NS dengan berenang meninggalkan pulau Tekong untuk ke Singapura dan bergegas ke rumah menyelamatkan adiknya dari dibunuh ibunya yang hilang kawalan.




Mereka kesemua berjaya tamat latihan, Ken paling gembira kerana teman wanitanya meninggalkan dia bukan untuk lelaki lain tetapi untuk mencabar dia supaya kuat dan berdikari. Post-kredit pula menunjukkan, IP Man bukannya tidak menghadiri NS tetapi dia telah tersalah kem. dia patut melapor di Kem Selarang sebaliknya dia pergi ke Kem Sembawang.



No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.