Thursday, July 2, 2015

Filem Ah Boys To Men Bahagian 2



Sambungan dari ABTM Bahagian 1, Ken Chow kini menjadi lebih matang dan berdisiplin setelah apa yang terjadi ke atas bapanya. Perubahan pada Ken Chow itu mengejutkan Aloysius dan PS Alex Ong. Dia tidak lagi mencari 1001 alasan untuk dikeluarkan dari Kem Tekong dan mula berlatih dan memberi fokus untuk jadi rekrut yang terbaik dalam platun nya.


Luobang pula semakin menyampah dan sakit hati dengan Aloysius yang disifatkannya sebagai poyo dan perasan bagus. Semakin menjadi-jadi prank keji dikenakan oleh Luobang terhadap Aloysius seperti meletakkan batu dalam bag pack nya. Aloysius tertekan kerana menjadi bahan buli dalam platun itu, tiada sesiapa yang sudi berkawan dengannya kecuali Ken. Dia merancang untuk membalas kembali apa yang mereka lakukan padanya tetapi dinasihatkan oleh bapanya supaya tidak membalas dendam.

Kali ini IP Man pula berdepan masalah peribadi, teman wanita nya meninggalkan dia untuk lelaki lain yang lebih tegap, sasa dan gagah perkasa. Hal ini menyebabkan IP Man menjadi tak keruan, Luobang membantunya dengan meng upload video dia ada "teman wanita" yang lebih mantap dari ex- gf nya itu, tetapi ex-gf dan bf baru nya tidak terkesan dengan video IP Man itu kerana mereka percaya itu hanyalah kamera trick.


IP Man semakin tertekan dengan tindak balas ex-gf nya yang memuat naik video bersama bersama bf baru di internet. Luobang merancang untuk membuat prank keji dengan melemparkan tahi kepada pasangan itu di hujung minggu sewaktu hari outing mereka. Rancangan itu berjaya dan mereka berjaya menyelamatkan diri dari dipukul kumpulan gangster. Pada satu malam, semasa mereka melepak di kedai makan mereka telah diserang oleh kumpulan gangster milik bf baru bekas teman wanita IP Man. Luobang dan rakan-rakannya dibelasah teruk mujurlah Ken datang membantu, lain pula dengan Aloysius yang melarikan diri.


Luobang dan mereka yang terlibat dalam pergaduhan itu dikenakan hukuman berkawal di sekitar kem. semasa latihan di hutan dia telah mencuri kelongsong peluru Aloysius dan membuangnya ke dalam semak. Tanpa disedari kelongsong miliknya pula terjatuh dan kelongsong itu dipakai oleh Aloysius sebaik saja dia tersedar dari lelap dan mendapati kelongsong pelurunya tiada.


Semasa hendak bersiap untuk latihan, Luobang menyedari kelongsong pelurunya telah tercicir dan Aloysius memulangkan kelongsong yang ada padanya. Platun itu pun mencari kelongsong yang hilang itu. Luobang pula menyedari segala perbuatan kejinya pada Aloysius dan meminta maaf atas perbuatannya. Latihan BMT mereka pun akhirnya tamat dan masing-masing ditugaskan ke unit yang berbeza.


No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.