Tuesday, August 18, 2015

Filem Hugo

Hugo, seorang anak yatim piatu tinggal di stesen kereta api di tengah bandar Paris. Dia tidak ke sekolah kerana  pakcik nya tidak mahu menghantar dia ke sana, Hugo dijaga oleh pakciknya kerana dia tiada waris lain yang masih hidup setelah bapa nya meninggal dunia kerana terkorban dalam kebakaran gudang tempat dia bekerja.

Tugas harian Hugo ialah menjaga waktu menara jam di tengah bandaraya Paris dan juga dimana terletaknya stesen keretapi. Pada waktu itu jika kanak-kanak sebaya Hugo jikalau mereka ditangkap kerana merayau-rayau & mencuri mereka akan dihantar ke rumah anak yatim. Dia tidak mahu begitu, jadi Hugo yang sering mencuri roti dan susu dari kedai bakeri di stesen itu sering melarikan diri menggunakan saluran udara yang hanya mampu memuatkan saiz tubuhnya.


Disebabkan dia masih budak bawah umur, sebenarnya Hugo dilarang untuk bekerja di situ. Pakcik nya yang kaki mabuk dan tidak bertanggungjawab itu sering mengingatkan Hugo supaya berhati-hati agar tidak ditangkap oleh Ketua Pengawal di stesen itu.


Ada sebuah kedai menjual barang mainan kanak-kanak di stesen itu, Hugo merancang untuk mencuri alat ganti mekanikal dari mainan itu untuk menyiapkan sebuah robot mekanikan diberi nama, Automaton yang mampu melukis yang di bawa pulang dari muzium tempat mendiang bapanya bekerja. Disebabkan bapanya tidak mampu membeli alat ganti itu, projek robot itu gagal disiapkan. Oleh kerana itu, Hugo sentiasa cuba menantikan masa yang sesuai untuk mencuri mainan dari kedai lelaki tua itu. Akhirnya dia ditangkap tetapi dilepaskan kerana menyerahkan sebuah buku blue print manual tentang cara melengkapkan pemasangan robot itu.

Hugo cuba meminta supaya dipulangkan buku manual pemasangan robot itu tetapi buku itu dibakar oleh lelaki tua itu, Papa George. Hugo berkawan dengan Isabelle, budak perempuan yang dijaga oleh Papa George  dan isterinya Mama Jeanne.

Jeanne rupa-rupanya memiliki satu rantai yang mempunyai kunci untuk menghidupkan automaton. Automaton mampu melukis adegan-adegan filem dan itu membawa kepada penemuan lukisan yang sama tersimpan kemas di bilik papa George. Papa George yang berang dengan tindakan Hugo itu memarahinya. Tetapi Isabelle dan Hugo masih tidak berputus asa untuk mengetahui sejarah-sejarah awal dia.

Mereka pergi ke muzium dan disitu mereka terjumpa dengan seorang peminat filem-filem lama karya Papa George, Rene Tabart. Dari Rene segala kisah lampau tentang dia terbongkar, Papa George satu ketika dulu adalah seorang karyawan filem, dikala komputer belum dicipta dia sudah menghasilkan imej-imej khas menggunakan kreativiti nya sendiri. Tetapi itu semua gagal bertahan lama kerana krisis perang dunia pertama, gulungan filem-filem miliknya di proses untuk dijadikan tumit kasut, dan dia dilanda kemiskinan.


Kesan daripada itu banyak karya filem milik Papa George tak dapat dipelihara dan sedikit saja yang sempat disimpan untuk tatapan generasi masa kini. Sementara itu pacik Hugo ditemui mati di tebing sungai kerana masalah alkohol. Lantas mendatangkan rasa kekeliruan kepada Ketua Inspektor di stesen keretapi itu siapa yang menggendalikan waktu di menara jam itu. Hugo yang cuba melarikan terjatuh ke dalam laluan kereta api tetapi  diselamatkan oleh Inspektor Gustave untuk dihantar ke rumah anak yatim. Mujur Papa George sempat datang dan mendakwa Hugo itu anaknya.

Di penghujung cerita mereka dijemput ke majlis gilang gemilang dan Papa George diberikan anugerah atas jasanya dalam industri perfileman.


George Melies
* ini adalah kisah benar tentang George Melies, seorang pembuat filem yang tersohor dalam sejarah perfileman dunia dan Perancis. Karya nya yang dianggap sebagai avant garde ialah A Trip To Moon dan The Impossible Voyage.




No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.