Wednesday, August 19, 2015

Mad Max Fury Road 2015

Mad Max yang terbaru diterbitkan selepas 30 tahun ini menampilkan Tom Hardy sebagai Max, menggantikan Mel Gibson yang kini tidak lagi aktif berlakon lebih aktif sebagai produser. Ramai menjangka kan Mad Max ini akan memulakan perjalanan baru selepas Mad Max Beyond Thunderdome dulu dia membawa sekumpulan kanak-kanak kembali ke bandaraya Sydney yang sudah menjadi padang jarak padang tekukur.


Tetapi sangkaan itu meleset kerana MMFR ini diibaratkan gabungan Mad Max The Road Warrior & Beyond The Thunderdome. Sekaligus itu menjadi penyebab kenapa kutipan tiket ini hanya meraih 368 juta sahaja dikala filem-filem blockbuster lain mampu meraih 500 juta kutipan buat masa ini.


Agak ketara kesan penggabungan 2 edisi itu yang dikitar semula untuk menjadi edisi Fury Road ini. Dalam Road Warrior, Max membantu sekumpulan komuniti kecil yang diancam oleh penjenayah yang sentiasa cuba menceroboh masuk ke kawasan tapak perkhemahan mereka untuk mengambil petrol. Max berkorban dengan membawa keluar tangki petrol yang sebenarnya diisi dengan pasir untuk mengalih perhatian para penjenayah bermotosikal. Rancangan Max berjaya dan penduduk itu berjaya berhijrah dengan selamat.


Mad Max Beyond The Thunderdorm pula Max yang masuk ke dalam Thunderdorm dimana sumber tenaga daripada najis babi & air minuman dikawal pihak pemerintah. Menyebabkan ramai penduduk di dalam Thunderdome itu bergelut untuk hidup. Unsur-unsur dari 2 filem terdahulu ini digabungkan lantas menjadikan Mad Max Fury Road ini.

Mad Max Fury Road 2015



Max ditangkap oleh War Boys, budak-budak suruhan Immortan Joe, diktator bertopeng yang memerintah Joe Citadel, sebuah kota yang mana penduduknya dikawal dari segi mental dan fizikal. Max dijadikan beg darah untuk seorang budak perang bernama Nux.


Max cuba melarikan diri tetapi gagal kerana binaan kota Joe Citadel yang rumit dan tiada jalan keluar yang selamat. Sehinggalah satu hari dimana Furiosa, orang kanan Joe ditugaskan untuk membawa treler pergi ke bandar berdekatan untuk mengisi petrol tetapi dia ingkar dengan membawa trak itu pergi ke tempat lain, kampung asalnya Green Place, sebuah daerah yang diibaratkan bagai syurga kerana dipenuhi tumbuhan hijau dan pemandangan indah.
 

Berang dengan tindakan Furiosa itu, Joe telah berkomplot dengan konco-konconya dari bandar berdekatan dan budak perangnya untuk memburu Furiosa. Max yang dibawa sekali sebagai beg darah Nux turut terlibat dalam misi itu dan hampir terkorban kerana ribut pasir, mujurlah dia dan Nux selamat. Max menemui Furiosa dan isteri-isteri Joe yang disorokkan nya dalam treler itu. Max berjaya bebas dari menjadi hamba Nux dan merampas treler itu. Tetapi gagal kerana ada suis pemati dalam trak itu.

Mereka pun memulakan perjalanan ke Green Place, berang dengan kehilangan anggotanya Immortan Joe sendiri turun mengetuai angkatan budak perang nya memburu Furiosa, Nux yang ditemui tersadai gurun itu dijadikan petunjuk untuk memburu Furiosa. Salah seorang isteri Furiosa terkorban dalam perjalanan itu, Nux yang asalnya taat kepada Immortan Joe akhirnya berpaling tadah dengan menyertai Furiosa.



Setibanya di Green Place, semuanya sudah berubah dan berbeza sama sekali dari apa yang dilihat nya buat kali terakhir dulu. Hanya tinggal sekumpulan wanita tua yang menghuni kawasan itu. Rupa-rupanya kawasan paya yang mereka lalui sebelum itu adalah Green Place yang kini hanya tinggal padang jarak padang tekukur. Mereka pun berpakat untuk mencari penempatan baru, tetapi Max tidak setuju dan memilih untuk kembali ke Joe Citadel yang sudah pun mempunyai apa yang mereka inginkan.

 


Kumpulan itu pun berpatah balik ke Joe Citadel tetapi perlu berhadapan dengan rombongan Immortan Joe dari arah bertentangan. Dalam situasi getir itu para wanita tua itu dan Nux terkorban akibat bertempur dengan bala tentera Immortan Joe, yang turut terbunuh dalam pertempuran itu. Max dan yang lain-lain berjaya kembali ke Joe Citadel dan menayangkan kepala Immortan Joe, bukti merekalah pemerintah baru Joe Citadel.


No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.