Monday, November 30, 2015

Filem Juvana 2 : Terperangkap Dalam Kebebasan




Pihak produksi memaklumkan, filem Juvana 2 dan 3 dijalankan serentak pembikinannya. Memberikan penerangan yang cukup jelas mereka tidak mahu penonton tertanya-tanya apakah bakal ada juvana 3 atau terhenti disitu saja.


Apek masih lagi di dalam penjara, manakala Ayam dan Botak dibebaskan pada permulaan cerita ini. Daim, menyambung pelajaran di Universiti Malaya dalam bidang undang-undang bersama Sara, dia masih lagi berhubung bersama rakan-rakan Wira Bakti nya tetapi ditegah oleh Sara kerana mahu Daim meneruskan kehidupan baru nya tanpa dihantui kenangan lampau.




Panjang, Kicap dan Apek tidak ada dalam filem Juvana 2 ini. Tetapi Jalan cerita kali ini lebih menarika kerana watak Abe, Gajah, Gaban, ditampilkan seakan-akan mahu mengubat kerinduan penonton setelah mereka tidak muncul dalam juvana 2 dulu. Komeng juga turut serta, tetapi kali ini lebih berani apabila dia melindungi kawan-kawannya dengan membelasah konco Jebat.




Walaupun sudah keluar dari penjara, mereka masih dibelenggu ketakutan dalam kebebasan kerana mereka serba serbi diekori dan seakan ada mata yang memerhati pergerakan mereka menyebabkan mereka sentiasa terancam. Ayam yang menjaga adik beradik Apek terkejut dengan perubahan Lan, adik Apek yang kini menyara keluarga itu dengan wang haram hasil jualan dadah.





Botak kembali ke rumah nya untuk berbaik dengan bapanya dengan harapan dia dapat memulakan kehidupan baru dan mula bertanggungjawab. Tetapi masalah kembali tercetus kerana Lan dan rakan-rakannya datang dan membelasah bapa Botak kerana menyembunyikan stok dadah. Ayam datang dan mereka berdua teruk dibelasah dan bila sedar bapa Botak sudah diculik dan adik-adik Apek berada dalam tahanan Tok Ki ( Pekin )





Mereka bertiga tidak mahu rakan-rakan lain ditimpa masalah dengan hanya memberitahu mahu mereka membantu menjejak adik-adik Apek. Tetapi kawan-kawan mereka itu mula menghidu seakan akan ada sesuatu yang disembunyikan dari mereka.




Mereka tiada pilihan lain melainkan mendapatkan bantuan Cikgu Raja yang dilakonkan oleh Hasnul Rahmat menggantikan Bront Palarae, nampaknya lakonan Hasnul Rahmat lebih psiko dari Bront. Dia seperti memanipulasikan keadaan dengan mengambil kesempatan atas Ayam, Daim dan Botak dengan memberi mereka bantuan tetapi kemudian mencantas mereka dengan melaksanakan misinya untuk menumpaskan kumpulan samseng Jebat.




Dalam cerita ini, boleh dirumuskan bahawa ini bukan tentang si A vs B tetapi lebih kompleks, iaitu A perlu mengalahkan B tetapi dia perlu bantuan C untuk menumpaskan B. Setelah berjaya menumpaskan B, si A pula menghapuskan C kerana C tidak lagi berkepentingan pada nya dan memastikan dia kekal berkuasa tanpa ada C sebagai pesaing baru selepas B.




Tanpa pengetahuan si C, si A telah merancang semua ini dengan si B. Tetapi si B tidak sangka mereka bukan saja bakal berdepan dengan si C sebaliknya A pula yang akan menumbangkan mereka secara proksi. Tok Ki dalam cerita ini pula boleh dikira sebagai kategori B, kerana dia menculik Sara, Bapa Botak dan adik-adik Apek sebagai umpan memaksa mereka menculik anak Jebat, Nabila . Kerana dia mahu menghapuskan Jebat. Tetapi dia tidak sedar, Cikgu Raja lebih licik akhirnya Jebat, Tok Ki dan 3 sekawan itu terkorban.





Di plot lain pula, Nadia yang dilihat ada berkenalan dengan lelaki misteri dalam cerita ini akhirnya diperangkap dan dimasukkan ke sebuah bilik yang turut dihuni oleh perempuan-perempuan lain. Mungkin dia terjebak ke dalam pelacuran ? harap dalam juvana 3 nanti Botak dapat menyelamatkan dia.

Berkenaan penamat cerita ini yang penuh teka teki ke mana Botak, Ayam dan Daim dibawa ? kenapa Botak dan Daim bertempur sesama sendiri ? tidak perlulah kita persoalkan. Tunggu saja Juvana 3 di pawagam.

* Ada sedikit elemen pelik dalam cerita ini, pada episod akhir Juvana digambarkan Daim kembali ke Wira Bakti selepas 10 tahun dan mengajar sebagai Cikgu. Tetapi dalam cerita ini, Wira Bakti ditutup setelah terjadi rusuhan pelajar dan Ibu Nadia telah membeli tapak sekolah itu untuk dijadikan resort tarikan pelancong. Daim pula menyambung pengajian dalam bidang undang-undang bagaimana pula dia boleh menjadi guru ?

* Rumah bapa Botak pula dikunci dari luar menggunakan mangga dan tingkap nya ditampal dengan kertas surat khabar sesuatu yang normal petanda penghuni rumah itu sudah berpindah. Tetapi setelah dia masuk ke rumah itu bapa muncul. Bagaimana bapanya mengunci pintu rumah menggunakan mangga dari luar ? sedangkan dia ada di dalam rumah ? kenapa pula dia menutup tingkap dengan surat khabar sedangkan dia masih disitu ? bapanya tidak bekerja dan terlibat dengan penagihan dadah secara serius mengapa pula dia tidak diusir dari rumah itu atau rumah itu disita kerana dia tidak mampu membayar pinjaman rumah atau sewa rumah ?

* Begitu juga dengan penculik Sara, bagaimana dia boleh masuk ke UM dengan mudah sebarang tujuan dan alasan kukuh untuk masuk? bukankah UM itu sebuah institusi pengajian tinggi. pastinya mereka memastikan keselamatan pelajar dijaga.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.