Friday, November 27, 2015

Filem McFarland USA 2015




Siapa sangka Disney mampu menerbitkan filem biografi sukan ini, agak unik filem ini digarap dengan menarik dan teliti. Sehinggakan tidak dimasukkan elemen-elemen remaja yang sinonim dengan Disney Channel ke dalam filem ini, ini petanda baik bagi mereka yang menjangkakan Disney bakal menjadikan filem ini seperti High School Musical.


Jim White, cikgu pendidikan jasmani dan kesihatan telah berpindah ke sebuah kawasan yang didiami majoriti penduduk immigran Mexico. Dia berpindah ke situ kerana rekod buruk nya di sekolah lama dimana dia telah mencederakan seorang pemain American Football sekolah dengan melontar kasut but dan secara tidak sengaja tepat mengenai kening nya. Ini lucu kerana insiden ini mirip dengan apa yang terjadi kepada David Beckham semasa karier nya di Manchester United.


Di sekolah baru yang bernama McFarland itu, Jim masih melatih pasukan  American Football tetapi mereka begitu lemah untuk bersaing dalam sukan itu. Idea untuk menubuhkan pasukan merentas desa wujud setelah dia sering ternampak anak muridnya mampu berlari dengan konsisten dalam jarak yang jauh dan dibawah sinaran matahari yang terik.




Anak-anak murid Jim rata-rata nya berasal dari keluarga petani, mereka harus membantu keluarga di ladang untuk mendapatkan makanan. Melihat situasi ini, Jim cuba mendekati ibu bapa mereka dan menjalin hubungan baik supaya anak-anak mereka diberi kelonggaran untuk berlatih.

Keluarga nya pula sudah mula menyesuaikan diri dengan masyarakat setempat, ini mengubah tanggapan asal Jim pada tempat itu yang rata-rata dihuni oleh immigran Mexico. Pasti nya kumpulan samseng atau kartel berleluasa di kawasan itu. Tetapi dia tersilap kerana mereka hanyalah penggemar kereta unik dan sekadar meronda-ronda tanpa terlibat dengan sebarang kumpulan gangster.




Pada permulaan, pasukan McFarland gagal bersaing kerana mereka berlumba di kawasan berbukit, berbeza dengan latihan mereka yang diadakan di kawasan tanah rata. Jim cuba mengenal pasti lokasi pertandingan dan memastikan mereka berlatih secara konsisten untuk menaikkan reputasi sekolah mereka.




Lama kelamaan mereka mula menjadi antara pasukan merentas desa terbaik di negeri California. Dan kekal mendominasi sukan itu untuk sekian lama. Di akhir babak, di paparkan apa yang terjadi pada ahli pasukan itu. Mereka telah meninggalkan legasi yang baik untuk sekolah tinggi McFarland dalam acara merentas desa.

Pengajaran yang boleh kita perolehi dari filem ini ialah, gagal dalam sesuatu sukan bukan bermakna kita tak boleh cemerlang dalam sukan lain. Kadang kala kita tidak sedar kebolehan kita, melainkan orang lain menyedarkan kita. Anak-anak didik Jim tidak menyedari mereka mempunyai kebolehan untuk berlumba dalam acara merentas desa walaupun mereka berlari dalam jarak yang jauh dari sekolah ke ladang hampir setiap hari.

Sama seperti filem Cool Running, gagal dalam satu sukan tidak bermakna kita tak boleh jadi lebih baik dalam sukan lain. Apa salah nya kita mencuba ? tiada sesiapa yang dilahirkan untuk gagal.


* Rata-rata watak dalam filem ini bukanlah pelakon yang sudah meningkat naik kecuali Kevin Costner. Sebenarnya, Jim White sudah berada di McFarland sejak dekad 60an lagi, bukan 80an seperti yang digambarkan dalam cerita ini. Dia hanya melatih pasukan merentas desa itu sejak 80an.




Ada ahli asal pasukan merentas desa itu yang tidak ditampilkan dalam filem ini, tuan pengarah memilih untuk menonjolkan lebih elemen kekeluargaan. Disebabkan itu adik beradik Diaz dipilih sebagai watak utama.

Jim juga mewujudkan pasukan wanita untuk merentas desa, tetapi hanya pasukan lelaki yang difilemkan.




Sebenarnya, Jim memiliki 3 orang anak. Bukan 2 orang, dan semasa Jim memulakan pasukan itu anak-anaknya sudah tamat persekolahan bukan kanak-kanak dan remaja seperti dalam filem itu.

Agak lucu, semasa Jim bertandang makan malam di rumah keluarga Diaz. Dia diberi makanan oleh ibu anak muridnya untuk dibawa pulang dalam bekas tupperware. Ironinya bekas jenis itu belum wujud lagi pada waktu itu ( 80 an ) !!!

Kawasan McFarland itu juga didominasi kaum kulit putih Amerika, bukannya Mexico seperti digambarkan dalam filem.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.