Saturday, May 4, 2013

Medal Of Hina

11 tahun dulu aku mula masuk acara lumba lari pertama kali dalam hidup aku.mewakili rumah rentap yang berbaju sukan warna kuning-putih aku pun mencabut nombor giliran lorong larian.aku dapat no 2,aku ingatkan lorong no 2 ni depan tapi rupanya lorong ke 2 belah kiri sekali.aku ambik tempat dan mulakan langkah dengan bergaya tiba-tiba kaki aku tergelincir dan nasib baik aku sempat cover dan teruskan larian walaupun malu dapat no 5 dari 6 peserta.dah la aku pulak yang mulakan acara sukan untuk pagi tu.
ini yang dalam fikiran aku ....
tapi bawah ini yang jadi kenyataan aku punya lorong no 2 dari kanan
tengah hari pulak aku dipilih untuk acara 400 meter lari berpagar ada 4 orang wakil dari rumah rentap.aku,james,haikal dan ???? yang kekal jadi misteri siapa sorang lagi tu.lari berganti baton ni yang best nya bila tengok member kita ni bersaing dengan wakil rumah sukan lain kita timbul rasa semangat membara dalam diri nak jadi lebih baik,aku dapat baton dari james yang lari macam pelesit dengan semangat membara aku pun berlari lebih pantas dari acara pembukaan tadi dan dari 6 orang itu aku no 3 dan memberi baton terakhir kepada haikal.semasa haikal berlari tu aku dah ke khemah rumah sukan,dari situ aku memerhati haikal bergelut di posisi no3 dan no 4 sebelum ke garisan penamat.dari pandangan aku haikal dah di tempat ke 4 bermakna takde medal la untuk acara sukan aku tahun tu
aku pun duduk di rumah sukan menahan rasa kecewa,tidak lama kemudian aku terkejut kenapa james dan 2 orang tu ada medal gangsa.acara apa dia masuk ?? james tu pun cakap tadi masa diorang terima medal diorang tak jumpa aku.lepas tu diorang ajak aku pegi ke khemas pengacara majlis untuk terima medal gangsa tu,dikalungkan oleh guru besar,tuan rosli bin haji ekom aku pun rasa sedikit terkejut campur bangga sebab abang dan adik aku yang mewakili rumah sukan yang berlainan  tak dapat apa-apa,tapi aku ada la jugak medal gangsa.walaupun nama rumah sukan aku RENTAP jadi bahan ketawa pasal dalam bahasa sarawak rentap tu bermaksud runtuh,roboh dan tumbang.tapi pada acara sukan tu yang tumbang bukan khemah rumah sukan aku tapi khemah rumah sukan shariff masahor.
sampai sekarang medal gangsa tu aku jaga walaupun dah hilang tag dia

tapi aku terkejut jugak bila di ipoh ada sekolah yang gunakan nama yang sama tapi langsung tiada kaitan antara 2 sekolah ini iaitu sekolah kebangsaan wira jaya di ipod dan sekolah kebangsaan wira jaya ,kem penrissen,kota samarahan,kuching,sarawak tempat asal aku.

Thursday, May 2, 2013

Cerpen Mimpi

di petang khamis,aku tunggu member kelas aku sebelum bergerak ke dewan peperiksaan di  tempat parking kereta untuk student poli iaitu jalan belakang pintu gol padang bola tu.tempat selalu parking kereta bila parking biasa penuh.tunggu punya tunggu sampai la hari nak hujan,main-main betul diorang ni dah la hari ni exam bapak aku yang gerak dari kl pun boleh hantar aku cepat.aku tunggu bawah pokok dekat besi penghalang tu.langit dari cerah berganti gelap,hari dari panas berganti dingin tiba-tiba hujan turun dengan lebatnya tapi aku masih menanti mereka sampai dan aku berteduh di bawah pokok dengan harapan tak terlalu basah kuyup,dah nak exam last paper kan pulak tu.

kereta satria maroon nombor plat WGE 8033 pun sampai dan lantas aku duduk di belakang.duduk dibelakang melalui jalan warung sarang burung aku pun membebel macam takde exam je hari ni duduk bawah pokok tunggu diorang lepas tu balik.dalam fikiran aku exam account tu cancel tiba-tiba diorang cakap yang tadi diorang baru habes paper account lepas tu baru amik aku kat bawah pokok.wad da fak !! kalau tau macam ni baik aku terus pergi dewan tadi lepas bapak aku drop kat bawah pokok sebelah besi penghalang merah.rupa-rupanya sepanjang aku tunggu diorang tadi dari hari panas sampai ke berubah menjadi hujan diorang masa tu tengah jawab exam rupanya!!! celaka betul kalau macam tu baik aku lepak dengan dyana kat luar pintu Dewan serbaguna.

bila tersedar yang aku tak amik paper exam account tadi kereta satria maroon WGE 8033 yang dipandu amer pun patah balik ke poli sebaik saja sampai penghujung jalan restoran sarang burung.sampai di poli aku masuk ke dewan serbaguna dan aku pelik campur terkejut kenapa student JKE ni kemas meja exam dan susun bertingkat-tingkat lepas jawab exam ?? aku pun bertanya pengawas peperiksaan kat situ yang tadi aku tak masuk dewan untuk jawab paper account dan sekarang aku datang untuk jawab pasal tu paper yang last.dia pun cakap tak boleh ! aduh ! aku rasa hempapan satu batu meteorit ke atas aku.bila aku tengok jadual exam baru aku tau yang silap aku ialah aku tak tengok pukul berapa exam sebenar.patutnya 1.30 dah exam tapi aku fikir 3.30 petang !! aduh kalau macam ni dah sah-sah aku kena repeat paper,sedih betul aku sampai mengalir air mata dah la ni final sem,aku tak nak repeat paper.

tiba-tiba aku tersedar dari kebodohan itu rupa-rupanya aku last paper  ialah sales marketing dan tourism and hospitality law bukannya akaun! dan paper akaun ialah untuk sem 5 sekarang aku sem 6! dan baru tersedar yang sekarang aku dah habes belajar dan terjaga dari mimpi dari ngeri turn to wrong timing itu aku pun tengok jam bb 9320.dah pukul 3.55 pagi aduh ! terlupa ada game barcelona vs bayern munich bangun dan pergi bilik air untuk basuh muka dan berkumur aku pun melupakan mimpi entah pape tu.agak memeranjatkan plot mimpi tu walaupun tak benar dan rekaan oleh minda aku yang sedang bermimpi

Tuesday, April 2, 2013

rock 2005 - rock ooo 2013 - satu perjalanan panjang

 bak kata pepatah abang aku pada tahun 2006

' filem rock adalah filem yang tak kan jemu ditonton'

7 tahun dulu di zaman aku disogok muzik oleh astro dan radio era aku cukup benci dengan kata-kata hikmat abang aku ni.tapi setelah melalui alam rock,konsert,indie,hard rock,glam rock,metal core,punk rock,ska,post punk,brit pop dan macam-macam muzik rock aku mula meng iya kan kata-kata hikmat abang aku tu.

filem rock pertama mamat khalid tu keluar hujung tahun 2005 waktu cuti sekolah di mana aku meneruskan kehidupan aku di rumah mak bapak di kampung,masa tu rutin harian aku ialah bangun subuh 5 pagi,berdiri di tepi jalan menunggu van teksi untuk atuk aku yang menjalani rawatan hemodialisis 2 hari sekali.kemudian aku basuh baju,sidai kain,tolong mak masak dan main game,tengah hari pacik aku transit rumah kitorang lepas tu aku akan ikut dia pegi ambik atuk aku kat pusat hemodialisis bawak balik rumah.petang-petang aku akan tengok di balik tabir filem rock di tv3,sebab aku terpengaruh dengan iklan filem dia pada masa tu,filem tu tak mencatat kutipan tinggi sebab masa tu masyarakat di sogok dengan muzik AF dan mawi yang kononnya bersih,halal dan suci dan scene rock masa tu plak tak berapa boleh cari makan kecuali kepada kumpulan spider yang meletop masa tu.bila tengok iklan tu ada satu scene di mana amy mat piah menyebut beberapa nama band lepas tu menjerit rock oooo!!!! adik aku yang masa tu masih menyusu umur 2 tahun boleh mengajuk perbuatan amy mat piah lakonan que haidar dengan baik sekali,dah la pelat dia sebut rock oo bertambah lucu.
berpindah ke kl pada januari 2006 aku mula bebas dari tanggungjawab pada atuk itu.sebagai seorang yang culture shock tak tau budaya di kl ni dan tak boleh terima life style di kl ni yang kapitalis aku pun banyak menghabiskan masa dirumah dan hanya berkawan dengan aswad,haris,hafizat di smk taman setiawangsa.setiap sabtu hanya satu tempat yang aku tau iaitu pasar malam au2 depan majlis sukan negara au2 dan sekarang ni lokasinya bersebelahan aeon au2.pada masa tu aku pergi ke pasar malam semata-mata untuk beli cd wrestling sebab masa tu aku berhenti main bola dna rumah aku takde langgan pay per view astro box office channel 21,pada petang sabtu abang aku pun ikut sekali pergi pasar malam tu,di situ kitorang first, pergi port jual cd cetak rompak dan pada masa tu abang aku ternampak cd filem rock arahan mamat khalid jadi dia pun beli cd tu.

balik rumah je terus main cd tu dan aku yang tak berapa amik tau pasal movie tu pun join tengok sekali.rupa-rupanya best jugak movie tu lebih-lebih lagi kisah dia bukan rekaan tetapi realiti atau sejarah zaman muda mamat khalid di mana dia ahli kumpulan rock rimba bara,tapi karakter mamat khalid yang bermain keyboard untuk rimba bara tak di zahirkan.di tahun 2000 an zubir bercerita tentang life dia yang bosan sebagai seorang pekerja pejabat pos,balik menonton tv dengan keluarga dan menjalani rutin harian yang membosankan,pada satu hari dia diarahkan membersih kan surat-surat lama dan tiba-tiba dia terjumpa satu surat lama yang lusuh dan dialamatkan kepada kumpulan rimba bara.surat itu secara tiba-tiba mem flash back kepada zaman remajanya semasa dia memakai nama,zack yang menganggur tapi sebab minatnya nak jadi rock star dia pun sanggup tak bekerja sebaik saja habes spm semata-mata nak berseronok di  alam remaja dan merealisasikan hajatnya menjadi rock star.dia jugak bercerita tentang life harian dia berjamming bersama amy mat piah,jijo alfonso pareira abdullah dan black.
diselang selikan juga dengan kisah perkenalan si zack ni dengan khaty lakonan siti elizad.khaty ni awek yang dikenali secara tak sengaja masa tu zack baru lepas jumpa doktor ditemani ibunya kerana menghidap kayap dan dari situ dia berkenalan dengan khaty.dalam tahun 80 an itu juga zack berdepan tekanan dari bapanya yang mahu dia bekerja di pejabat pos dan melupaka impiannya untuk bersama rimba bara.rimba bara berjaya memenangi battle of the band dan ditawarkan kontrak ke kl tapi zack tidak ikut serta kerana tuntutan kehidupan baru nya.sejak itu terpisah lah dunia zack dengan kumpulan rimba bara.kali terakhir zack bermain bersama rimba bara ialah pada tahun 1994 di majlis kahwinnya dengan khaty.dan itu juga lah kali terakhir zack bersama rimba bara kerana mereka terlibat dalam kemalangan dan jijo meninggal dunia.tiba-tiba masa kembali ke tahun 2000 an,zack membaca surat itu dan terkejut kerana surat itu dari khaty dan khaty menyatakan dia sedia bersama zack dalam apa jua keadaan dan bersamanya mengharungi dugaan.tiba-tiba zack kembali tersenyum kerana cita-citanya lebih hampir 15 tahun dulu di sokong oleh khaty pada masa itu.pulang ke rumah dia membelikan anak nya gitar dan moodnya gembira kerana khaty merestui perjuangannya dalam arena rock.

rock tahun 2005 itu lebih menjurus kepada kisah rimba bara di secara ringkas dan pada 2011 aku terkejut campur gembira kerana di astro awani mamat khalid akan menerbitkan filem rock oo yang kesinambungan filem rock 2005 itu.que haidar pula kembali berlakon setelah 2 tahun bersara.aku terlalu menantikan rock oo kerana sepanjang tempoh 2007-2011 itu aku telah melalui pelbagai irama rock dan dari pembacaan aku di majalah konsert dan rottw itu menerangkan betapa peritnya rockers pada  era 80 an dan 90 an survive dalam industri dan betapa cekalnya hati mereka semata-mata mahu muzik mereka di dengar dan di jadikan pengaruh.dan aku dapat merasakan filem rock 2005 itu ibarat satu peristiwa yang menjadi batu penghalang kepada rockers zaman itu untuk berjaya.
rock oo 2013,situasi sudah berubah.amy yang wataknya terhenti di separuh jalan kerana posisi vokalisnya diambil oleh zul kapan dari malaikat maut, kembali di hidupkan semula dengan jadi watak utama dalam filem ini.amy yang dalam rock 2005 tidak dijelaskan dengan mendalam siapa sebenarnya telah dikembangkan dengan baik wataknya dalam rock oo ini.dengan amy meniaga abc di depan rumahnya,dan amy juga cuba menghidupkan kembali rimba bara setelah m nasir meng songlap zul dari rimba bara untuk digabungkan kembali dengan band lamanya malaikat maut.yang menghairankan zul kapan kata label m nasir,luncai emas aku pernah baca sejarah pasal search bukan ke label m nasir zaman 80 an dulu ialah polygram ?
rock oo kali ini juga menceritakan apa yang kumpulan rimba bara buat selepas trip pertama mereka ke kl gagal kerana di kapur oleh manager.jijo yang digambarkan tak bekerja dalam rock 2005 dulu bekerja sebagai tukang sapu di waktu malam atau awal pagi.amy menjadi penjual abc di depan rumahnya walaupun dalam rock 2005 dulu dia menjadi peniaga abc di sebuah kedai makan selepas zul di bawa masuk sebagai vokalis baru rimba bara,black pula tidak didedahkan lebih lanjut tentang kisahnya.ada juga unsur sarkastik dalam scene di mana flash back zul dan malaikat maut tengah perform tiba-tiba ajak kokak itik.masa tahun 2005 dulu jugak mastika sibuk besarkan kembali isu black metal di mana ahli kumpulan black metal minum darah kambing masa perform,padahal realitinya takde pun adegan minum darah kambing ciptaan mastika tu,agak-agak la nak minum darah kambing pun.seekor kambing harganya terlalu mahal duit bayar pemuzik indie pun bukannya besar kadang-kadang ada yang tak berbayar.mana datang duit nak beli kambing ? 
walaupun ending rock oo ini sesuatu yang kita angankan untuk sebuah kumpulan rock pada masa itu yang mahu bertanding di juara lagu,tapi itu hanyalah rekaan semata-mata dalam rock oo ini kerana tidak mahu penonton terlalu emosional terhadap apa yang berlaku seperti ending rock 2005 dulu di mana, jijo di meninggal dunia,pak syed owner studio syj jadi gila,rimba bara tak jadi rekod album kerana di tipu oleh label.




Saturday, March 23, 2013

Ini Malam Earth Hour

masuk tahun ini sudah kali ke 5 earth hour diwujudkan.

2009 -  aku bagi cadangan kat member aku di petang jumaat, kau tutup lampu tapi kipas dan tv kau on

2010 -  aku tidor petang dan tak sedar dah pukul 8.30 malam,aku tengok mak dan bapak tengah tengok tv kat runag tamu

2011 - takde apa yang aku ingat kecuali aku rasa masa ni aku mula-mula buat blog

2012 -  masa ni aku praktikal kat fnb dan sebelum balik aku bertungkus lumus siapkan dewan sitiawan kat hotel vistana dengan kak shida.leceh betul la orang yang sewa dewan tu namanya tengku apa entah aku dah lupa yang pasti perempuan meleis la.dah la pakai sound system sampai rosak.itu rasanya first time aku balik hotel dalam keadaan hotel gelap.

2013 -  apa aku akan buat malam ni ???



Cool Ke Jadi Lelaki Tradisional ??

 
kajian dan tinjauan yang dibuat universiti missouri dan universiti negeri utah menunjukkan hubungan suami isteri akan lebih bahagia bila suami membantu atau melakukan tugasan suri rumah dan juga menjalin hubungan rapat dengan anak-anak.

ini kita dapat lihat dalam norma keluarga melayu, si suami bekerja pagi - petang balik rumah baca paper,makan dan tido.tak pasti adakah kerja office itu mampu membuatkan badan lemah atau minda lemah,atau mungkin kerja luar office seperti meniaga itu hanya membuatkan si lelaki menunjukkan pada orang dia gagah mengangkat kotak berat,tetapi di rumah hendak menyapu lantai pun malas.

ini benda yang perlu diubah,pada aku perempuan bergelar isteri itu bukan sekadar mesin melahirkan anak,suri rumah atau pasangan halal.tetapi lebih dari itu,aku mengaku yang mak-bapak aku jugak tak mengamalkan apa yang aku sembangkan ini tetapi bagi bujang seperti aku yang akan mempunyai rumah tangga nanti pasti merancang dari sekarang bagaimana membentuk keluarga sendiri dengan budaya berumah tangga yang  baru iaitu melakukan apa jua tugasan rumah seperti membasuh,mencuci kain,memasak kerana pada aku lelaki itu lebih dihormati oleh wanita jika dia membuat apa yang wanita buat.
aku jugak sedikit berang dengan bapak aku yang membiarkan mak aku seorang buat kerja di dapur.apa salahnya dia potong bawang,basuh sayur,masak nasik dan sediakan air minum untuk makan tengah hari.takkan sepanjang hari minggu dihabiskan untuk tidor,baca surat khabar dan tengok berita saja.

dalam kajian itu juga menunjukkan lelaki yang menjalin hubungan baik dengan anak-anak akan lebih bahagia,dalam tipikal kekeluargaan melayu si bapak lebih membiarkan tanggungjawab mendidik anak-anak kepada isteri sudah la isteri mencari nafkah,membuat kerja rumah,dia juga dibebankan seorang dengan tanggungjawab mendidik anak.aku rasa lelaki melayu ni hanya romantik bila bercinta tetapi tak romantik bila berumah tangga.

jalan mudah untuk menjalin hubungan mesra bapa-anak ialah membaca buku cerita kepada anak-anak sebelum mereka tidor,dan juga menemani anak-anak itu membuat apa yang mereka minat seperti menonton wayang cerita kartun,pergi ke kedai mainan itu berkesan kerana si anak itu berasa bapa mereka sedia masuk ke dunia mereka.
aku sekeras-kerasnya menentang mana-mana bapa yang memberatkan isteri mereka,sebagai lelaki apa salahnya membantu membuat kerja rumah seperti membasuh kain,menyapu lantai,memvakum,melipat kain,dan membuat air minuman untuk isteri.isteri itu adalah pasangan hidup bukan hamba