Monday, September 14, 2015

Filem Hansel And Gretel 2013

Sebuah lagi naskah mockbuster dari The Asylum, Hansel dan Gretel yang dikeluarkan untuk mendapat tempias dari filem Hansel & Gretel Witch hunter yang dikeluarkan pada tahun 2013.
Dengan bajet sekitar 135 000 Us Dollar, filem ini masih boleh ditonton kerana lebih banyak menggunakan practical effect berbanding CGI murah seperti kebiasaan filem keluaran The Asylum yang lain.


Gretel bekerja di Gingerbread House, sebuah kedai menjual manisan dan biskut. Kepunyaan seorang wanita tua bernama Lilith. Hansel, kembar kepada Gretel adalah remaja yang masih belum mempunyai hala tuju selepas tamat persekolahan. Bapa mereka merancang untuk berkahwin dengan teman wanita nya yang tua sedikit dari Hansel dan Gretel. Dia bercadang untuk berkahwin lagi dan menjual rumah mereka untuk mengembara bersama pasangan baru nya. Hansel yang berang dengan tindakan itu marah dan pergi  ke hutan dimana mereka sering menghabiskan masa bersantai bersama mendiang ibu mereka.

Gretel menjejaki Hansel setelah dia terpijak perangkap beruang. Mereka mendapatkan rawatan di sebuah rumah di dalam hutan. Rupa-rupanya pemilik rumah itu ialah Lilith, majikan Gretel. Mereka bermalam di rumah Lilith. Keesokan harinya Gretel terkejut dimana Hansel, Lilith memberitahu di dihantar ke Hospital untuk mendapatkan rawatan.


Misteri rumah itu terbongkar satu demi satu apabila Gretel terpandang sekeping gambar lama, Lilith bersama 3 orang anaknya, malangnya anak perempuan nya itu tidak hidup lama. 2 orang anak lelaki nya masih menjadi tanda tanya. Begitu juga dengan suami Lilith. Lilith memberikan Gretel sehelai kertas perjanjian dimana Gingerbread House itu akan menjadi miliknya kerana Lilith mahu bersara, secara tidak sengaja tangan Gretel terluka dan darahnya tercalit pada ruang persetujuan itu.


Gretel terjumpa kuku dan ada sebuah peti yang merupakan laluan rahsia ke ruang bawah tanah, disitu dia terjumpa Hansel tahanan lain.
Hansel tersedar dari tidur dan dia berada di ruang bawah tanah bersama 3 lagi tahanan. Mereka diberi makanan sedap-sedap dan apabila cukup masanya mereka akan disembelih dan dimakan oleh Lilith Bobby dan John, 2 orang anak lelaki nya.

Bapa dan ibu tiri mereka buntu dimana 2 orang beradik itu berada, mereka meminta bantuan Sheriff untuk mengesan kemana mereka berdua pergi. Dari sekeping gambar lama, mereka mendapat petunjuk untuk menjejak dimana Hansel dan Gretel berada, mereka pergi ke hutan itu hanya bersama ibu mereka dan tidak pernah bersama bapa mereka.



Mereka ber empat nekad untuk lari meninggalkan rumah itu. Hansel dan Gretel mahu menyelamatkan Jane terlebih dahulu, tetapi Kevin pula hanya mahu melarikan diri tanpa mempedulikan Jane. Jane berjaya diselamatkan dengan Gretel membunuh Bobby, tetapi tiada jalan keluar yang mudah kerana John  itu licik dalam memasang perangkap. Mereka bertiga terkena gas halucinogen dan mengalami halusinasi.

Deputy Sheriff pergi ke Gingerbread House untuk menyiasat kehilangan Gretel tetapi dia dibunuh dengan kejam oleh Lilith. Jane mati dibunuh apabila kepala nya dihantukkan ke arah kepala paip oleh John. Hansel yang naik berang telah membunuh John, ibu bapa mereka sampai ke rumah Lilith tetapi dibunuh oleh Lilith. Sherif yang dalam perjalanan ke rumah Lilith telah terlanggar Kevin yang menyelamatkan diri dan mati disitu.


Sheriff dibunuh setelah dipanah oleh Lilith, Hansel dan Gretel dibawa kembali ke rumah Lilith mereka melarikan diri dan berjaya memerangkap Lilith untuk masuk ke dalam ruang pembakaran dan dia dibakar hidup hidup oleh mereka..

* Agak tidak logik juga apabila John dan Bobby mengorbankan mangsa untuk dimakan hampir setiap hari kerana yang memakan daging itu hanya mereka bertiga saja dan mana mungkin daging bersaiz orang dewasa itu mampu dihabiskan dalam masa sehari ? lain lah kalau dimakan untuk 15-30 orang.

Usaha The Asylum mengetengahkan cerita ini di zaman moden patut dipuji kerana Hansel & Gretel ini ialah kisah di zaman purba.

Kesan daripada perjanjian itu, Gretel mengalami perubahan dan seakan-akan dirasuki roh syaitan dan akan menyusul kelak Hansel Vs Gretel.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.