Tuesday, September 15, 2015

Filem Hansel Vs Gretel 2015


Sequel kepada filem Hansel dan Gretel 2013, watak Gretel dalam filem ini dimainkan oleh Lilli Baross, bukan lagi Stephanie Greco dalam filem terdahulu. Brent Lydic masih lagi berperanan sebagai Hansel, cuma kali ini dia lebih matang dan kuat berbanding dahulu kerana kini dia menjadi pemburu ahli sihir.



Gretel pula masih meneruskan perniagaan Gingerbread House, akan tetapi disebabkan darahnya sudah tercalit pada surat perjanjian dengan Lilith dahulu kini dia menjadi ahli sihir kerana perjanjian itu. Mereka kini tinggal bersama nenek mereka, setelah kematian bapa. Hansel tidak lagi menetap bersama, lebih selesa meneruskan misi nya sebagai pemburu hantu.




Para sahabat ahli sihir Lilith kembali ke Gingerbread House kerana mereka mengesan sesuatu yang tidak kena pada tempat itu. Gretel yang keseorangan berjanji untuk membantu mereka bersama-sama mencari pembunuh Lilith. Hansel pula kebetulan kembali ke sana kerana menyiasat kes kehilangan orang tempatan. Dia terkejut kerana Gretel menjual pai daging, sama seperti yang dijual Lilith dulu iaiti pai yang ber intikan daging manusia. Tanpa diketahui nya daging dan darah yang terkandung dalam pai itu adalah milik mereka yang dibunuh kejam oleh Gretel.





Sepanjang cerita ini Hansel gagal mengesyaki sesuatu yang aneh pada Gretel kerana dia pandai memanipulasikan keadaan, dia berpakat dengan rakan-rakan Lilith dalam masa yang sama dia memerangkap Hansel untuk masuk ke perangkap dan membunuh ahli sihir itu satu demi satu. Supaya memudahkan kerja dia untuk menghapuskan mereka. Dibantu oleh Willy dan Jacob, kawan lama Hansel mereka cuba menjejaki dimana letaknya tempat persembunyian para ahli sihir itu.




Gretel yang sudah hilang kewarasan nya telah membunuh nenek mereka dan dia berpura-pura dia telah diserang oleh ahli sihir, Jacob dibunuh dan begitu juga Willy, misi Gretel untuk menghidupkan semula Lilith berjaya, Cthonia - satu-satu kawan ahli sihir Lilith yang masih hidup telah dibunuh oleh Gretel kerana niatnya mahu merampas kawasan Lilith. Paling mengejutkan, Willy yang selama ini menemani Hansel rupa-rupanya ahli sihir yang paling agung ! dia membunuh Lilith

Kuasa Gretel gagal menandingi ahli sihir agung itu, kemudian Hansel bertindak pantas dengan menikam di tengkuknya dan mati. Hansel menembak Gretel untuk melemahkannya dan kemudian membawanya lari bersama atas dasar kasih sayang.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.