Tuesday, December 6, 2011

tidur di kandang keldai pada caj 12 pound semalam

abbi broadbent, menantu kepada fiona turton
jika nak menyambut krimas dalam suasana dahulu kala,(macam nak sambut raya aidilfitiri zaman dulu la). fiona turton 54, sanggup menyewakan kandang keldai nya kepada sesiapa yang berminat merasai suasana krismas zaman dahulu dan macam mana keadaan nabi isa dilahirkan (dikatakan nabi isa dilahirkan di kandang kuda) boleh la ke south down,sussex,England.
antara kemudahan disediakan ialah katil beralaskan jerami,bangsal itu telah dibina sejak zaman victoria lagi dan masih mengekalkan seni bina asalnya. tapi kemudahan moden juga disediakan seperti lampu,alat pemanas,wifi,dan item unuk membancuh teh.tetamu juga boleh menyewa kostum pengembala seperti dipakai jesus,diberi tuala mandi dan diberi ceramah krismas secara percuma.
fiona dan suaminya adalah pasangan doktor dan mereka turut beramal dengan cara ini untuk mengumpul dana bagi kajian leukimia & lymphoma.idea ini tercetus setelah makcik kepada menantu mereka abbi broadbent, meninggal kerana leukimia.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.